Agrobazaar Online
-Platform pemasaran maya produk pertanian dan agro-makanan yang menemukan
pengeluar, pengilang, pembekal dan pengguna.
-Ruang pasaran baru dan mampan bagi produk pertanian dan agromakanan dengan
mewujudkan komuniti atas talian untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat tani.
-Komponen utama : Latihan, Khidmat Sokongan, Platform Perdagangan, Pembangunan
Komuniti, Rantaian Nilai Perniagaan Atas Talian dan Luar Talian.
Karavan Tani
Program Karavan Tani diilhamkan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah dipertanggungjawabkan
untuk merangka, merancang dan melaksanakan program ini.
Ia adalah lanjutan daripada Program Karavan Tani yang diperkenalkan oleh FAMA bagi
membantu peserta Karavan Tani memasarkan hasil pertanian secara bergerak dan telah
memulakan operasi pada Disember 2008.
OBJEKTIF
Meluaskan pasaran hasil pertanian dan produk agro makanan secara bergerak.
Meningkatkan jumlah pendapatan usahawan.
Meningkatkan bilangan usahawan peruncitan.
Merangsang ekonomi setempat supaya lebih produktif.
KONSEP
Memasarkan hasil pertanian dan produk makanan secara bergerak sama ada dikendalikan
di dalam atau luar trak;
Karavan dan perniagaan adalah milik usahawan;
Produk yang dijual adalah segar, berkualiti pada harga yang lebih kompetitif;
Imej karavan usahawan akan dinaik taraf melalui Geran Bantuan yang ditawarkan mengikut
persetujuan FAMA;
Usahawan Karavan Tani dibenarkan berniaga samada di tapak-tapak Karavan Tani sedia
ada tertakluk kepada kekosongan/kesesuaian tapak atau lain-lain lokasi yang dibenarkan.
GERAI BUAH-BUAHAN SEGAR (GBBS)
PENGENALAN
Projek Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) merupakan satu pendekatan baru dalam
membangunkan usahawan pemasar buah-buahan tempatan di seluruh negara. Projek
GBBS telah dimulakan pada 26 April 2006 di seluruh negara sebagai salah satu strategi
bagi mewujudkan ikatan kerjasama dan kesefahaman dengan usahawan gerai buah-buahan
sedia ada bagi membantu pihak FAMA memperluaskan luang pasaran alternatif pasaran
buah-buahan tempatan. GBBS adalah merupakan sebuah premis yang menjalankan aktiviti
urusniaga buah-buahan segar sebagai komoditi utamanya yang dinaiktaraf atau
dibangunkan oleh pihak FAMA dengan mengguna pakai imej koporat projek yang seragam.
OBJEKTIF
Objektif penubuhan Gerai Buah-Buahan Segar adalah seperti berikut;
Mewujudkan rangkaian gerai buah-buahan yang menarik sebagai saluran alternatif kepada
pengguna bagi mendapatkan buah-buahan tempatan
Sebagai salah satu outlet runcit bagi mengatasi masalah pemasaran seterusnya
memperluaskan pasaran urusniaga buah-buahan bermusim
Meningkatkan nilai jualan dan pendapatan usahawan melalui tarikan pengunjung ke atas
konsep keseragaman dan kebersihan gerai
Mewujudkan satu rantaian pemasaran runcit buah-buahan di seluruh negara dikalangan
peserta
KONSEP
Pembangunan Projek GBBS terbahagi kepada 3 konsep:
Naik Taraf Gerai Buah Sedia ada
Pembangunan premis sedia ada milik usahawan (bagi premis berbentuk berstruktur kanopi
kanvas / metal deck dan bangunan)
Naik taraf premis secara berkelompok dengan diuruskan minimum 3 orang
usahawan(Premis dalam bentuk rangkaian atau medan samada milik PBT/ Kerajaan Negeri/
Pusat yang dikendalikan oleh FAMA)
Pembinaan Lot Gerai Baru
FAMA akan membangunkan lot gerai GBBS baru dilokasi yang berpotensi untuk usahawan
peruncit buah. Usahawan tersebut perlu membayar sejumlah bayaran bulanan bagi tujuan
menampung kos pengurusan dan penyelenggaraan premis perniagaan. Tapak premis yang
dibangunkan boleh diatas tapak milik FAMA ataupun milik PBT .
Program Pinjaman Kanopi 10 x 10
FAMA memberi kemudahan kepada usahawan dalam bentuk pinjaman Kanopi GBBS
bersaiz 10’ x 10’ untuk tempoh 3 bulan bagi tujuan jualan buah-buahan bermusim dan
aktiviti jualan buah-buahan seperti karnival, jualan terus dari ladang.
JENIS PEMBANGUNAN GERAI GBBS:
Terdapat 2 kategori premis gerai GBBS yang dibangunkan adalah seperti berikut:
Berstruktur Kanopi
Premis Berstruktur Kanopi Jenis Kanvas Bersaiz 20’x20’
Premis Berstruktur Kanopi Jenis Metal Deck Bersaiz 20’x20
Premis Berstruktur Kanopi Jenis Kanvas Bersaiz 10’ x 10
Berstruktur Bangunan (Baru / Sediada) – Kekal
Premis perniagaan dalam dibangunan sedia ada
Premis perniagaan dalam bangunan sedia ada milik pihak ketiga (PBT / Kerajaan Negeri /
Pusat/ Swasta
Pembangunan baru separa kekal milik FAMA
Premis Berstruktur Kanopi Jenis Kanvas Bersaiz 20’x20’
PASAR TANI
PENGENALAN
Pasar Tani telah diperkenalkan pada tahun 1985 sebagai sebuah institusi pemasaran bagi
tujuan membangunkan saluran pemasaran serta menggalakkan penyertaan usahawan tani
memasarkan hasil-hasil pertanian mereka sendiri terus kepada pengguna. Ianya bercirikan
mudah alih, bersuasana karnival dengan identiti yang tersendiri dan seragam. Pasar tani
sebagai ‘Medan Pertemuan Pengeluar Pengguna’ berupaya membantu petani menerima
harga yang munasabah dan menguntungkan manakala pengguna mendapat bekalan
bermutu dengan harga yang berpatutan.
Pada masa ini pasar tani telah berkembang pesat seiring dengan pembangunan dan
kemajuan negara. Ianya kekal relevan sebagai pasar pilihan kepada pengguna dan menjadi
oulet pemasaran yang berjaya serta turut menyumbang kepada kemajuan pembangunan
ekonomi negara. Penubuhan pasar tani telah melahirkan ramai petani yang bersikap
responsif serta mempercepatkan proses pembangunan sosio ekonomi masyarakat tani
selaras dengan Dasar Agromakanan Negara.
Pasar tani pertama telah dibuka di Kompleks Bilik Sejuk FAMA Tampoi, Johor Bahru pada
31 Januari 1985
Di awal penubuhannya pada tahun 1985 pasar tani hanya berjumlah 12 buah melibatkan
317 orang peserta dengan nilai jualan RM 1.4 juta setahun
Sepanjang tempoh tersebut pasar tani telah melalui 4 fasa berikut ;
Fasa Pengenalan (1985 – 1994)
Fasa Pengukuhan (1995 – 2003)
Fasa Pemodenan (2004 – 2010)
Fasa Transformasi (2011 – 2020)
OBJEKTIF
Meningkatkan luang pasaran hasil pertanian
Meningkatkan pendapatan petani dan pengeluar
Meningkatkan bilangan usahawan pemasar
Menyediakan akses langsung kepada pengguna untuk mendapatkan bekalan hasil
pertanian dan produk asas tani dengan harga berpatutan
Mendapatkan bekalan barangan segar