You are on page 1of 28
ULANGKAUJI PANTAS ZAKAT FITRAH eecccccce Corer ccceccccvccce 50 PERKARA YANG ANDA PERLU KETAHUI TENTANG ZAKAT FITRAH Bg 4 Q w ms & wi oO ir a 3 SF oo is Ertinya: “Sesungguhnya berjayalah orang yang (setelah menerima peringatan itu) berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal soleh), dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan solat (dengan khusyuk).” Diriwayatkan bahawa Saidina Umar Bin Abdul Aziz Radiya Allahu‘anhu mentafsirkan ayat tersebut dengan katanya: “Tunaikanlah zakat fitrah lalu laksanakanlah solat (iaitu solat sunat hari raya). Perkataan tazakka ditafsirkan sebagai menunaikan zakat fitrah. Manakala perkataan fa solla pula ditafsirkan sebagai melaksanakan solat sunat hari raya. ( x ( —— (Sy ney Zakat fitrah diwajibkan ke atas setiap orang Islam tanpa terkecuali. la difardhukan atas asas individual bukan berasaskan harta aaa sebagaimana zakat-zakat yang lain. Sabda Nabi *: he alk fp bbe Slay i bal 3 Ceghaell Se SS) seals SAG 45 Zh acl bey oe 5 al dys ve INE ULANGKAJIPANTAS: = Sy ZAKAT FRA 23) = @LZNK Ertinya: "Rasulullah @ telah mewajibkan zakat fitrah itu satu gantang dari tamar atau bali, ia diwajibkan ke atas setiap golongan hamba dan merdeka, samada lelaki mahupun perempuan, kanak-kanak mahupun dewasa dari kalangan orang Islam. "[HR. Jama’ah] ea CS) Zakat fitrah adalah diwajibkan ke atas setiap orang Islam tidak kira apa jua keadaannya (melainkan orang yang tersangat fakir). la diwajibkan ke atas orang yang mampu berpuasa ataupun tidak mampu, samada dewasa mahupun kanak-kanak. Bahkan seorang bayi yang baru dilahirkan juga wajib zakat fitrah ke atas dirinya. Begitu juga diwajibkan ke atas wanita yang tidak mampu berpuasa sepanjang Ramadan disebabkan baru melahirkan anak dan masih dalam keadaan nifas. ae} Syarat-syarat wajib zakat fitrah adalah : ~ # # Islam; tidak wajib zakat fitrah ke atas orang kafir. # Hidup ketika terbenam matahari pada hari terakhir Ramadan iaitu sekurangnya ia sempat bertemu dengan waktu saat terakhir Ramadan dan saat terawal Syawal. # Mampu; iaitu mempunyai lebihan harta pada malam hari raya dan juga siangnya setelah ditolak belanja keperluan asas diri dan tanggungannya. Keperluan asasi tersebut ertinya makanan dan minuman dan memiliki lebih dari satu Sha’ makanan asasi (2.6 kg beras). a BN @LZNK Zakat Fitrah tidak mempunyai nisab yang khusus. Namun barangsiapa yang memiliki lebihan dari makanan asasi buat diri dan keluarganya untuk malam hari raya dan siangnya, maka ia telah diwajibkan zakat fitrah (syarat minimum kewajipan zakat fitrah). aC a Anak yang masih dalam kandungan si ibu tidak diwajibkan zakat fitrah ke atas anak tersebut menurut pandangan jumhur ulama’ 4 mazhab. Namun terdapat sebahagian ulama’ yang mengatakan bahawa mengeluarkan zakat atas anak yang masih dalam kandungan adalah digalakkan. Diriwayatkan daripada Tabi’en, Abu Qalabah dan Ibnu Hazm bahawa Saidina Uthman bin Affan Radiya Allahu‘anhu mengeluarkan zakat fitrah atas orang dewasa, kanak-kanak dan anak dalam kandungan. aa CUT (ard Orang yang mempunyai tanggungan, ia wajib menyempurnakan zakat fitrah untuk dirinya sendiri dan juga setiap orang yang berada di bawah tanggungan nafkahnya seperti berikut ; ; e a) Isteri 9 b) Asal-usulnya (iaitu bapa, ibu, datuk, nenek Wd hingga berikutnya ke atas) ; = ¢ RR c) Zuriatnya (iaitu anak-pinak dan cucu- (samada lelaki/ perempuan, kecil/ de’ d) Hamba yang dimiliki @LZNK aL CN EL (ak) Setiap orang Islam wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk dirinya dan juga setiap mereka yang berada di bawah tanggungan nafkahnya sekalipun isterinya seorang yang kaya, anak lelakinya sudah dewasa / baligh namun tidak mampu (samada kerana menuntut ilmu, sakit atau tiada mampu mencari pendapatan) serta anak perempuannya telah dewasa namun belum berkahwin atau sudah berkahwin namun belum bersama suaminya. Wajib juga untuk memberi nafkah dan mengeluarkan zakat fitrah atas ibu bapa apabila mereka miskin dan _ tidak berkemampuan. Satu kaedah figh menyebut : B80 S307 oe Be SSror 7 OS jab aaj ond Aas anys oy Ertinya: “Barangsiapa yang wajib memberikan nafkah seseorang, wajib juga menunaikan zakat fitrahnya.” aC ary Suami wajib mengeluarkan zakat fitrah atas isteri yang telah diceraikannya dengan talak raj’ei (dalam tempoh iddah) dan tidak wajib atas isteri yang diceraikan dengan talak ba’in dan juga isteri yang nusyuz. Imam an-Nawawi Rahimahullah telah berkata: “Wajib ke atas suami mengeluarkan zakat fitrah ke atas isteri yang diceraikan dengan talak raj’ei dan talak ba’in jika isteri tersebut sedang hamil seperti mana wajib ke atas suami tersebut memberi nafkah kepada mereka. Adapun isteri yang diceraikan dengan talak ba’in dan tidak hamil, maka tidak wajib ke atas suami untuk membayar zakat fitrah ke atasnya”. [Kitab Al-Majmu] ULANGKAJIPANTAS: <>, ZAKAT FITRAH i 385 @LZNK PERKARA KE 15 Isteri yang yang kematian suami dan mencukupi segala syarat yang ditetapkan iaitu berkemampuan dan memiliki lebihan harta untuk diri setelah terbenamnya matahari pada hari akhir Ramadan hendaklah menunaikan zakat fitrah untuk dirinya sendiri. Namun sekiranya abang atau saudaranya ingin menunaikan zakat fitrah untuknya, maka hendaklah mendapat keizinannya terlebih dahulu. ea CT ay Anak lelaki tidak wajib mengeluarkan zakat fitrah ke atas isteri ayahnya (ibu tiri) yang miskin kerana tidak wajib ke atasnya untuk menanggung nafkah ibu tirinya itu. PERKARA KE 17 Tidak wajib membayar zakat fitrah atas anak tiri dan anak angkat kerana tanggungjawab tersebut terletak atas bapa kandung atau wali nasab mereka. Sekiranya sudah tiada wali nasabnya, maka bapa tirinya atau penjaganyalah yang wajib membayarkannya. Namun jika mereka sudah ada kemampuan_ sendiri, misalnya mempunyai harta sendiri atau wang hasil kerja sampingan, maka mereka lebih berhak mengeluarkan zakat mereka sendiri. Tetapi penjaga yang bukan wali nasab, masih boleh membayarkannya dengan syarat memaklumkan dahulu kepada anak-anak jagaanya. ‘wmecueums: KG, ‘IAKAT FITRAH 3S) @LZNK ae a) Selagimana seseorang anak lelaki dewasa itu mampu, maka dia wajib mengeluarkan zakat bagi dirinya sendiri. Sekiranya si ayah turut ingin mengeluarkan zakat bagi pihaknya tidak menjadi masalah dengan syarat perlu memaklumkan kepada anaknya. Khususnya jika ia sudah menjadi kebiasaan si ayah mengeluarkan zakat bagi pihak anak-anaknya setiap tahun walaupun mereka sudah besar dan sudah bekerja. PERKARA KE 19 Tidak diwajibkan ke atas majikan di sesuatu tempat kerja mengeluarkan zakat fitrah bagi pihak para pekerjanya yang beragama_ Islam, tetapi jika dia ingin mengeluarkannya bagi pihak mereka atas dasar kerelaan hatinya maka tidak menjadi masalah bahkan digalakkan atas dasar melakukan amal kebaikan dan dia wajib memaklumkan dan meminta keizinan mereka. PERKARA KE 20 Tidak diwajibkan bagi sesiapa yang memelihara anak yatim untuk mengeluarkan zakat fitrah bagi pihak mereka (anak yatim tersebut). Hal ini kerana zakat fitrah wajib dikeluarkan daripada harta anak yatim tersebut jika mereka memiliki harta. Sekiranya mereka tidak memiliki harta, maka ahli waris (ashab al-furud dan ‘asabah) dan ahli kerabat pewaris (zhawi al-arham) wajib mengeluarkan zakat fitrah bagi pihak mereka. ANA, TIAKAT FITRAH t= @LZNK Jika seseorang ingin mengeluarkan zakat fitrah bagi pihak seseorang yang bukan menjadi kewajipan atasnya (dalam mengeluarkan zakat fitrah serta menanggung nafkah buatnya), maka perlu memaklumkan dan meminta keizinannya supaya mereka melakukan niat. Hal ini kerana zakat fitrah merupakan ibadah dan ibadah itu mesti disertakan dengan niat. PERKARA KE 22 Kadar zakat fitrah yang diwajibkan : Satu gantang Sha’ ( ele ) daripada makanan asasi dan ruji majoriti penduduk disesuatu tempat. Hal ini berdasarkan kepada hadis riwayat Abu Sa’id al-Khudri Becky a aa ‘anhu, (ab ip eho HF gil Ole G Ibn ES Ertinya: ipetae berkata: “Sesungguhnya kami memberikan zakat Fitrah pada zaman Nabi Muhammad * satu gantang Sha’ daripada makanan”. [HR. Muttafaqun Alaih] ALOT exy Dimaksudkan dengan kadar sukatan satu gantang Sha’ di sini : Satu gantang Sha’ Nabawi iaitu bersamaan empat genggam daripada tapak tangan seorang lelaki yang bersaiz badan sederhana. yy Be = =e Sz 3 my Suess w @LZNK aC ara Timbangan berat bagi sesuatu bahan makanan ruji yang memenuhi satu gantang Sha’ itu berbeza-beza mengikut jenis makanan tersebut (mengikut makanan ruji sesuatu negara). Semasa mengeluarkan nilai timbangannya hendaklah dipastikan ia menyamai berat segantang Sha’ jenis yang dikeluarkan zakat daripadanya iaitu jika di Semenanjung Malaysia ia bersamaan dengan 2.60kg beras. Dalam keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-57 bertarikh 10 Jun 2003 telah diputuskan bahawa harga zakat fitrah bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah berdasarkan harga setempat oleh BERNAS bagi setiap beras Super Tempatan Gred A mengikut timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.60kg. Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah 27 Julai 2015 bersamaan 11 Syawal : 1 gantang Baghdad bersamaan 2.60kg, dan satu cupak bersamaan 650gram (satu cupak dinilai bersamaan % daripada 1 gantang Baghdad). PERKARA KE 25 Zakat Fitrah dikeluarkan daripada jenis bahan makanan asasi atau quut ( © ) yang menjadi ruji makanan masyarakat setempat, seperti gandum, beras dan lain-lainnya. Rasulullah * telah memerintahkan zakat fitrah dikeluarkan satu gantang Sha’ daripada makanan, dan para Sahabat Radiya Allahu‘anhum mengeluarkannya daripada jenis makanan asasi (quut) mereka. “ULANGKAdI PANTAS : mw TIAKAT FITRAH § 223) @LZNK Berkata Saidina Abu Sa’id Al-Khudri Radiya aap ‘anhu: ; gle bce ly ily GYG Cay jt COE KG oly 6 Ertinya: “Kami mengeluarkan zakat fitrah (pada zaman Rasulullah “) dengan kadar segantang dari gandum atau segantang dari barli atau segantang dari tamar atau segantang dari ‘agt (keju) atau segantang dari kismis (anggur kering)”. [HR Imam Bukhari] 4 Cea} Dimaksudkan dengan makanan quut adalah bahan makanan ruji yang dimakan oleh manusia sebagai hidangan makanan utama mereka sepanjang masa. Oleh itu tidak sah untuk mengeluarkan zakat fitrah daripada bukan bahan makanan utama seperti gula dan garam kerana keduanya bukanlah sesuatu makanan ruji utama manusia (sekalipun sangat diperlukan dalam setiap hidangan makanan). aC aay Digalakkan mengeluarkan zakat fitrah lebih daripada timbangan segantang Sha’ dengan niat tathawwu’ ( es ) iaitu secara sukarela melakukan kebaikan yang melebihi apa yang diwajibkan dan lebihan itu adalah dikira sebagai sedekah sunat yang akan mendapat ganjaran pahala. ‘IAKAT FITRAH 323) @LZNK Firman Allah Ta'ala dalam surah al-Baqarah ayat 184 : Se a eel ALS 98 Le ght ot Ertinya: "Barangsiapa yang sukarela membuat kebaikan, maka itulah yang lebih baik baginya.” Berdasarkan ketetapan di Lembaga Zakat Negeri Kedah dengan meraikan konsep keadilan adalah digalakkan bagi golongan yang berkemampuan untuk membayar zakat fitrah mengikut jenis beras yang dimakan secara sukarela dan tanpa paksaan seperti ketetapan kadar berikut : a)RM 7.00: Beras Super Spesial Tempatan5% . ™ \ b)RM 14.50: Beras Super Import ¢ & c)RM 22.00: Beras Basmathi % *Nota : Kadar ini pada tahun 2024M/1445H y ey a CN) = Harus mengeluarkan zakat fitrah dengan wang mengikut nilai harga makanan quut. Perbahasan isu ini terdapat khilaf di kalangan ulama silam seperti berikut; (@)Menurut mazhab Syafi’e, Maliki dan Hambali; zakat fitrah wajib dikeluarkan dalam bentuk makanan asasi setempat. Tidak harus dikeluarkan dalam bentuk wang sekalipun yang sama harga dengan makanan yang wajib dikeluarkan zakat mengikut nilaian semasa. (b) Menurut mazhab Hanafi; harus mengeluarkan zakat fitrah dengan wang yang sama nilai dengan harga satu gantang makanan asasi jika ia lebih memberi manfaat kepada fakir miskin. @LZNK Pandangan mazhab Hanafi ini dipilih oleh majoriti ulama kontemporari. Adapun fatwa negeri Kedah bertarikh 10 Disember 1989 telah menyebut : “Jawatankuasa fatwa berpendapat adalah harus bagi kaum Muslimin di dalam negeri ini membayar fitrah yang wajib di atas mereka dengan harga makanan (beras) yang biasa dimakannya iaitu dengan bertaqlidkan kepada mazhab Imam Abu Hanifah Rahimahullah.” aera} Waktu bermula hukum wajib mengeluarkan zakat fitrah adalah apabila terbenamnya matahari hari terakhir bulan Ramadan. Justeru, anak yang dilahirkan sebelum terbenamnya matahari pada akhir Ramadan adalah diwajibkan zakat fitrah ke atas dirinya. Begitu juga orang yang baru memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada hari tersebut. Namun, jika kelahiran anak tersebut berlaku setelah terbenam matahari pada hari terakhir Ramadan, maka tidak diwajibkan zakat fitrah ke atas dirinya. Begitu juga bagi orang yang memeluk Islam setelah terbenam matahari pada hari tersebut. LCE ait) Manakala orang yang meninggal dunia sebelum dari waktu wajib (sebelum terbenam matahari akhir Ramadan), maka tidak diwajibkan zakat fitrah atas dirinya. ULANGKAJI PANTAS : ZAKAT FITRAH #2 i ) @LZNK Adapun orang yang meninggal sejurus lepas masuk waktu wajib, maka diwajibkan zakat fitrah atas harta peninggalannya. Hal ini kerana kewajipan zakat fitrah tersebut adalah terletak atas tanggungjawab dirinya sendiri, maka ia menjadi hutang ke atas dirinya yang perlu ditunaikan oleh ahli waris. 2 PERKARA KE 31 Kesimpulan waktu untuk menunaikan zakat fitrah adalah seperti berikut; a)Waktu Harus_ : Dari awal Ramadan sehingga akhir bulan Ramadan. b)Waktu Wajib : Selepas maghrib hari terakhir Ramadan hingga sebelum solat sunat Aidilfitri. c)Waktu Sunat_ : Pagi Aidilfitri sebelum solat sunat Aidilfitri. d)Waktu Makruh : Selepas solat sunat hari raya Aidilfitri sehingga sebelum terbenam matahari 1 Syawal. e)Waktu Haram : Selepas terbenam matahari 1 Syawal aC kid Jika seseorang mewakilkan pembayaran zakatnya kepada seseorang maka kewajiban tersebut belum gugur kecuali dia memastikan bahawa wakilnya benar-benar telah membayar dan menunaikannya. ‘wmecueums: KG, ‘IAKAT FITRAH 3S) @LZNK aT aK) Adapun jika seseorang melenggah-lenggahkan bayaran zakat fitrah hingga terbenam matahari 1 Syawal, maka perbuatan ini adalah haram serta berdosa dan hendaklah dia mengqada’ zakat fitrah yang wajib atasnya dengan kadar segera. Sebagaimana disebutkan dalam hadis : Ertinya: “Bernese yang ima emencamiva sebelum solat Aidilfitri maka ia adalah zakat yang diterima dan barangsiapa yang menunaikannya setelah solat Aidilfitri maka dia dikira sebagai sedekah.” [HR. Abu Daud] Hal ini kerana perbuatan tersebut menyelisihi tujuan daripada zakat iaitu mencukupi keperluan orang miskin sehingga tidak meminta-minta pada hari yang penuh kebahagiaan. Adapun mengabaikan hak Allah berkenaan menunda waktunya, maka hal itu ditutupi dengan memperbanyakkan istighfar memohon ampun dan menyesali atas kesalahan tersebut. [Kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah] CULE Para ulama juga sepakat bahawa kewajipan mengeluarkan zakat fitrah tidak akan gugur dengan melewatkannya setelah ia menjadi wajib ke atas seseorang, bahkan ia menjadi hutang yang berada di bawah tanggungannya 2, B\ @LZNK hinggalah ia membayarnya walaupun di akhir umur. Jika ditakdirkan berlaku kematian ke atasnya sebelum ia sempat menunaikan zakat fitrah tersebut, hendaklah dikeluarkan dari harta peninggalannya oleh ahli waris. Hal ini kerana zakat adalah kewajipan harta yang mesti ditunaikan ketika hidup, maka ia tidak akan gugur dengan sebab berlakunya kematian sama seperti hutang dengan manusia. Neo “ULANGKAIIPANTAS: ‘IAKAT FITRAH i PERKARA KE 35 Wajib berniat ketika mengeluarkan zakat fitrah. Niat yang wajib ialah menghadirkan di dalam hati (ketika memberi zakat fitrah kepada orang yang berhak menerimanya) bahawa yang diberikan itu adalah zakat fitrah yang wajib ke atas diri atau orang-orang yang berada di bawah tanggungan. Adapun melafaz niat dengan lidah, hukumnya sunat sahaja mengikut mazhab Syafi’e. aC LK) Pembayaran zakat tidak disyaratkan padanya akad ijab dan qabul. Syarat sah pemberian zakat adalah mesti berniat, mempunyai hak pemilikan terhadap harta, serta berlaku penyerahan dan penerimaan barang. Imam Nawawi berpendapat sedekah atau zakat sama hukumnya dengan hadiah, dan ia tidak memerlukan lafaz ijab dan qabul. Cukup sekadar penyerahan dan penerimaan barang dan pendapat ini merupakan pendapat yang sahih di dalam mazhab Imam Syafi’e serta telah di naqa/kan oleh fuqaha’ mazhab muta’akhirin. [Kitab Raudhatul Thalibin] ULANGKAJI PANTAS : Shy ‘ZAKAT FITRAH i By @LZNK LC ky Sah zakat fitrah yang dibayar secara atas talian/online kerana akad yang berlaku dalam keadaan tersebut mempunyai gambaran akad secara tulisan yang dipersetujui para ulama tentang keabsahannya. OT ai) Tidak boleh diniatkan zakat fitrah dan sedekah pada waktu yang sama kerana zakat dan sedekah adalah dua perkara ibadah yang berbeza. Sedekah boleh diberikan kepada sesiapa sahaja dan tiada pengiraan khusus tetapi zakat pula terdapat syarat dan pengiraan khusus serta ia hanya boleh diterima oleh 8 golongan asnaf sahaja. PERKARA KE 39 Zakat fitrah diberikan kepada lapan (8) asnaf zakat seperti halnya di dalam zakat harta. Namun, sebahagian ulama’ menyatakan adalah terlebih afdhal ia diberikan kepada golongan fakir dan miskin. 9 Zakat Fitrah tidak boleh digunakan untuk mana-mana projek kebajikan lain seperti pembinaan masjid, sekolah dan seumpamanya. la hanya boleh dibelanjakan untuk kemaslahatan asnaf secara langsung. y “ULANGKAUIPANTAS: 2G. ZAKAT FITRAH wt 2° @LZNK add eaaaR eae RES —=— aa) Orang yang menunaikan zakat fitrah hendaklah mencari asnaf yang layak ketika ia ingin menunaikan zakat tersebut. Namun, menunaikan zakat melalui amil yang dilantik atau institusi zakat yang rasmi adalah lebih baik kerana pihak institusi lebih mengetahui kumpulan sasar di kalangan fakir dan miskin berdasarkan data yang mereka perolehi. aCe 4 Berkenaan mengagihkan zakat fitrah sendiri tanpa melalui amil yang dilantik oleh Ulil Amri maka keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 21-23 November 2006 telah menjawab dengan resolusi berikut: “Walaupun dari segi syarak, mengagihkan zakat secara persendirian tanpa melalui pemerintah adalah sah sekiranya diagihkan kepada asnaf yang layak, tetapi perbuatan melanggar peraturan dan undang-undang pemerintah dalam perkara kebaikan adalah berdosa, kerana di dalam Islam patuh dan taat kepada pemerintah atau Ulil Amri dalam perkara kebaikan adalah wajib”. aL a ky} Seseorang asnaf fakir atau miskin yang menerima zakat fitrah, lalu dia menjadi kaya dengan sebab banyaknya zakat yang diterima, maka kekayaan tersebut boleh digunakan pula olehnya untuk menunaikan zakat fitrah buat diri dan keluarganya. ULANGKAMIPANTAS: Ci ZAKAT FITRAH gt 3°3\ @LZNK aC Ley Tidak boleh menunaikan zakat kepada orang yang wajib diberikan nafkah, contohnya seperti seorang ayah kepada anaknya atau sebaliknya. la kerana ayah wajib memberi nafkah kepada anak, dan anak pula wajib memberi nafkah kepada ayahnya jika ayah tidak berkemampuan. Justeru, zakat tidak boleh ditunaikan seperti hal yang demikian itu. ACN Tidak boleh memberikan zakat fitrah dengan cara membayar hutang seseorang atau membayar pembiayaan Operasi pembedahan orang sakit atau pembayaran wang sekolah seorang pelajar yang memerlukan. Untuk keperluan seperti itu, terdapat sumber-sumber sedekah lain yang boleh memenuhi keperluan asnaf fakir seperti zakat harta dan sedekah-sedekah umum. ws =f, eh reneeres eee rene en Vol ea y Memberi zakat kepada pihak yang memerlukan adalah berdasarkan apa yang terzahir darinya. Jika zakat telah ditunaikan kepada pihak yang pada zahirnya adalah asnaf, kemudian didapati adalah sebaliknya maka zakat tersebut adalah dikira sah. la kerana kita hanya dituntut untuk meneliti pada zahir manusia, Adapun sesuatu yang tersembunyi itu adalah antara pihak tersebut dengan Allah #8. Justeru, adalah lebih afdhal menunaikan zakat melalui amil rasmi yang dilantik. 2 ULANGKAJIPANTAS: C4 ‘TAKAT FITRAH gt 22 @LZNK Menunaikan zakat kepada amil yang dilantik pemerintah adalah lebih selamat kerana amil merupakan pihak yang tiada keraguan dari segi syarak boleh menerima zakat. Tambahan pula, pihak pemerintah akan mengagihkannya kepada golongan yang benar-benar layak berdasarkan maklumat dan data yang mereka perolehi. a Zakat hendaklah diberikan kepada penduduk di dalam negara orang yang menunaikan zakat. la tidak * boleh berpindah ke negara lain melainkan ft ¢ terdapat keperluan yang mendesak. Tet) WE Zakat fitrah juga tidak boleh diberikan kepada orang bukan Islam. Tetapi ia harus diberikan dari sumber-sumber lain seperti sedekah dan seumpamanya. PERKARA KE 49 Zakat fitrah boleh ditunaikan di tempat kita tinggal. Namun fuqaha berpandangan, ia menjadi lebih afdhal ditunaikan di tempat kita mendirikan solat Aidilfitri. Ini berdasarkan hadis sahih Imam Bukhari, iaitu para sahabat diperintahkan oleh Nabi SAW untuk menunaikan zakat fitrah sebelum mereka keluar menunaikan solat Aidilfitri. Namun, jika di tempat kita terdapat asnaf yang layak menerima zakat, maka hendaklah dikeluarkan di tempat kita menetap. wunaaupams: Ci: ZAKAT FITRAK m= @LZNK PERKARA KE SO Seseorang yang dilantik sebagai amil oleh Ulil Amri adalah haram menerima hadiah disebabkan jawatan amil yang dipegangnya. Dalam satu hadis diceritakan terdapat seorang sahabat Nabi bernama Ibnu Luthbiyah dilantik menjadi amil zakat suatu kaum. Lalu setelah dia pulang membawa harta zakat disebutkan kepada Rasulullah bahawa satu bahagian harta tersebut adalah zakat manakala sebahagian lagi adalah miliknya yang telah dihadiahkan kepadanya. Rasulullah kemudian persaba é cd gal \isy ox \ds oe cael je dt Ve eT ses oot \ Ve edd E al ck dilegl oh 6G Si aye YC Re TE V cok FA sl Ves ab HGS CEE Tab) tle ade 14 CL GS Ertinya: “Apa kena dengan petugas (‘amil) yang kami hantar bertugas ini? Dia berkata, “harta ini untuk kamu dan yang ini pula untuk ku”. “Adakah jika dia sekadar duduk di rumah ibu bapanya dia akan diberi hadiah? Demi Allah, tidaklah dia mengambil dengan sesuatu itu melainkan ia nanti akan memikulnya kembali di bahu pada hari kiamat kelak (azab), ianya umpama unta yang memgeluarkan seumpama suara unta, atau seperti lembu yang akan keluarkan suara lembu, atau seperti kambing yang akan keluarkan suara kambing. [HR Al-Bukhari dan Muslim] do EZ, ULANGKAJI PANTAS : US oy ZAKAT FITRAH gt 3°3\ @LZNK Di dalam hadith tersebut juga baginda menjelaskan sebab haramnya seorang amil menerima hadiah, iaitu disebabkan jawatannya. Hal ini berbeza jika hadiah itu bukan atas faktor jawatan, hadiah seumpama itu memang disunatkan. Manakala hukum jika si amil telah pun menerima hadiah tersebut, maka hendaklah ia mengembalikan harta tersebut kepada pemiliknya, namun jika dia tidak mampu maka harta berkenaan hendaklah diserahkan ke Baitul Mal. [Kitab Syarah An-Nawawi ‘ala Sahih Muslim] ZAKAT FITRAH Persoalan tentang Zakat Fitrah sering kali dibangkitkan dalam kalangan masyarakat terutamanya apabila menjelang bulan Ramadhan saban tahun. Kurangnya akses masyarakat kepada sumber-sumber ilmiah berkaitan zakat menyebabkan kekeliruan dan persoalan dalam bab ini seperti tidak ada jalan penghujung dan berulang-ulang kali dibangkitkan setiap tahun apabila menjelang Ramadhan al-Mubarak serta musim perayaan Aidilfitri Ringkasnya, Zakat Fitrah pada takrifan istilahnya ialah sedekah yang wajib dikeluarkan selepas berbuka untuk beraya dan selesainya bulan Ramadan. Ibadah khusus yang berkaitan dengan harta ini diwajibkan kepada hampir semua umat Islam tidak kira jantina, umur dan taraf kehidupan kerana syarat kewajipannya yang sangat minima iaitu setiap individu yang mempunyai lebihan makanan atau harta dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya. Buku ini menghimpunkan 50 perkara yang periu masyarak umat Islam ketahui tentang hukum hakam Zakat Fitrah. Karya i dilihat dapat memberi manfaat yang besar kepada pembaca dalam menjawab kekeliruan dan persoalan-persoalan tentang Zakat Fitrah LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH LZN K Menara Zakat, Jalan Teluk Wan Jah, © 19BN o78-067-17121.041 rE 05200 Alor Setar, Kedah | | | " Tel: 04-733 1740 Faks : 04-732 0634 www.zakatkedah.com.my —-"786rtlrt219 TALIAN BEBAS TOL 1800 88 1740

You might also like