You are on page 1of 2

Punca Kenaikan Harga Barangan di Malaysia

1. Kenaikan harga minyak


Selain daripada itu, kenaikan harga minyak juga memberikan impak yang besar dalam kenaikan harga
barangan. Harga minyak yang meningkat secara mendadak di pasaran antarabangsa telah memberi
kesan kepada setiap produk yang dikeluarkan kerana melibatkan kos perkhidmatan penghantaran.
Petroleum juga merupakan bahan keperluan di kilang untuk mengerakkan jentera. Kos untuk
mengeluarkan barangan akan meningkat dan peniaga akan memindahkan kenaikan kos kepada pembeli
untuk mengekalkan margin keuntungan. Tambahan pula, masalah ini akan lebih serius pada barangan
yang diimport kerana melibatkan lebih banyak kos pengangkutan.

2. Peniaga yang mengambil kesempatan


Terdapat juga peniaga yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan secara berlebihan.
Mereka menaikkan harga barangan apabila permintaan meningkat terutamanya pada musim perayaan.
Sikap tamak peniaga yang ingin mengekalkan keuntungan dengan menaikkan harga apabila kos
pengeluaran meningkat. Terdapat juga peniaga yang bersikap tamak akan menyimpan stok barangan
dan pengeluaran untuk menaikkan harga barangan. Hal ini berlaku kerana kurangnya pantauan yang
dibuat oleh pihak berkuasa terhadap syarikat-syarikat serta gedung-gedung perniagaan baik yang besar
mahupun perniagaan kecil di sesebuah negara tersebut. Apabila berlaku kelonggaran dari segi
penguatkuasaan tersebut, tidak mustahil seseorang peniaga itu menaikan harga barangan di kedainya
untuk mengaut keuntungan yang lebih.

3. Pengurangan subsidi
Subsidi boleh ditakrifkan sebagai bantuan berupa wang yang selalunya diberi kepada pihak tertentu.
Kerajaan sentiasa memberi subsidi terhadap barangan tertentu bagimengurangkan beban kos sara
hidup rakyat Malaysia. Sebagai contoh, kerajaan memberi subsidi terhadap barang keperluan asas
seperti gula, tepung dan minyak masak telah menstabilkan harga barangan tersebut. Kerajaan telah
mengurangkan pemberian subsidi terhadap minyak bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan kerana
negara kita sedang mengalami masalah kewangan. Tindakan ini telah menyebabkan harga minyak
meningkat dan seterusnya harga barangan meningkat. Selain itu, langkah mengurangkan subsidi harga
sesuatu produk seperti gula adalah disebabkan kerajaan mahu rakyat menyedari bahawa penggunaan
barang ini memberi kesan negative kepada kesihatan rakyat. Walau bagaimanapun, setiap tindakan
yang berkaitan dengan penambahan atau peningkatan subsidi akan memberi punca terhadap harga
barangan

4. Punca Bencana Alam


Kenaikan harga barangan biasanya berlaku apabila permintaan melebihi penawaran. Apabila
permintaan terhadap sesuatu produk melebihi keluaran oleh pengeluar, pengguna terpaksa berbelanja
lebih untuk membeli barangan tersebut. Salah satu punca yang menyebabkan masalah ini ialah bencana
alam. Negara kita bergantung kepada sumber import dari luar negara terutamanya bahan makanan
seperti sayur dan buah buahan. Harga barangan import akan menaik apabila berlakunya bencana alam
seperti banjir, ribut petir, kemarau dan sebagainya di negara tersebut kerana pengeluaran barang
tersebut akan terjejas. Sebagai contoh, apabila negara India dilanda banjir kilat, harga bawang melonjak
naik kerana pengeksportan bawang dari negara itu cukup terhad.

You might also like