You are on page 1of 2

1.

0 PENGENALAN
Inflasi ialah satu masalah utama yang sering dihadapi oleh sesebuah negara,terutamnya
negara yang mengamalkan ekonomi pasaran bebas.Inflasi merupakan fenomena kenaikan
harga secara menyeluruh dan berterusan dalam pasaran, Mansor Jusoh (1990).Manakala
kadar inflasi pula diukur berdasarkan perubahan indeks harga pengguna sesebuah negara dan
pada masa tertentu. Pada tahun 1960-an, kadar inflasi berada dalam lingkungan 2 peratus.
Jika kadar inflasi melebihi nilai tersebut, maka ekonomi dianggap mendesak. Purata
pergerakan kadar inflasi Malaysia mencatatkan nilai sebanyak 3 peratus kecuali pada tahun
2008 iaitu sebanyak 5 peratus.Kadar inflasi yang semakin meningkat memberi impak yang
besar kepada kuasa beli penduduk dan mempengaruhi struktur dan perkembangan ekonomi
sesebuah negara. Kesannya,nilai matawang Malaysia akan semakin mengecil dan berlaku
lambakan mata wang dalam pasaran semasa.
Menurut Mansor Jusoh (1990), inflasi hanya berlaku apabla berlaku kenaikan harga
secara menyeluruh dan berterusan hingga beberapa suku tahun. Bernstein (1968), inflasi
bermaksud kenaikan tingkat harga umum secara berterusan di sesebuah negara dalam tempoh
masa tertentu atau kenaikan berterusan tingkat harga umum (James 1986).Manakala Jefferson
(1977) mentakrifkan inflasi sebagai kenaikan tingkat harga umum akibat daripada
ketidakseimbangan antara pergerakan barangan dan pergerakan wang.
Dalam istilah Arab, Jarwan al-Sabiq, (1970) mentakrifkan inflasi sebagai bertambahnya
permintaan wang terhadap penawaran barang dengan pertambahan yang tidak terduga.
Kemudian ianya bukan hanya kenaikan yang bersifat sementara, tetapi kenaikan yang
berterusan dan sentiasa bertambah. MA. Mannan, (1970) pula menyatakan bahawa, inflasi
bermaksud kenaikan dalam tingkat harga umum yang biasanya diakibatkan oleh pertambahan
dalam penawaran wang yang tidak diikuti oleh pertambahan dalam permintaan.
Pengangguran berlaku apabila seseorang yang boleh bekerja dan mahu bekerja tetapi
tidak dapat mendapat pekerjaan. Mereka ini digolongkan dalam tenaga buruh sesebuah
Negara, iaitu mereka yang berumur 15 ke 64 tahun dan sanggup bekerja.
Menurut pakar ekonomi Keynes, sesebuah Negara yang mempunyai kadar pengangguran
4% atau kurang menunjukkan negara tersebut telah mencapai guna tenaga penuh.

2.0 PERNYATAAN MASALAH


Pengusaha kedai kek sering kali berhadapan dengan pelbagai masalah. Antara masalah
yang sering dihadapi oleh pengusaha ialah kekurangan pelanggan, mesin pengadun kek
sering rosak dan pesaing yang semakin ramai. Pesaing yang semakin ramai di pasaran
disebabkan oleh ekonomi negara yang baik dan permintaan yang tinggi daripada masyarakat.
Kajian ini diharapkan dapat membantu pengusaha-pengusaha kedai kek mengenal pasti
masalah dan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
Kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti perkaitan antara kadar inflasi dan
kadar pengangguran Malaysia pada tahun 2006 hingga tahun 2012. Kajian ini juga dilakukan
untuk mengenal pasti masalah pembiayaan kedai kek.Selain itu, sumber pembiayaan yang
mencukupi penting dalam memulakan atau memajukan sesuatu perniagaan. Tambahan pula,
perniagaan kedai kek memerlukan mesin-mesin atau peralatan yang canggih seperti
Panasonic Cooking Magic

untuk beroperasi dengan baik. Oleh itu, pemilik kedai kek

memerlukan pembiayaan yang tinggi. Kajian ini juga diharapkan dapat membantu pemilik
kedai kek menyelesaikan masalah pembiayaan.

You might also like