You are on page 1of 2

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia perlu mengamalkan kesederhanaan dalam agama demi

menjamin keamanan dan harmoni dalam negara berbilang kaum.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata, selaras dengan konsep
1Malaysia, kerajaan menekankan kepada kesederhanaan sebagaimana diamalkan oleh semua
agama.

"Konsep wasatiyah atau kesederhanaan yang disebarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak boleh juga dilihat pada agama Buddha, di samping dalam ajaran Confucius,"
kata beliau semasa merasmikan Persidangan Buddha Sedunia 2012 di sini hari ini.

Pada Mac, Najib menegaskan konsep wasatiyah dalam Islam mengandungi nilai-nilai bersama
yang turut diamalkan oleh agama lain di negara ini, dan boleh dijadikan asas bagi memupuk
perpaduan lebih meluas di kalangan pelbagai kaum dan agama.

Koh berkata, jika semua rakyat Malaysia mengajar kesederhanaan, tidak ada sebab wujud
amalan ekstrem dan eksklusif.

"Kesederhanaan boleh menjadikan mereka bersifat inklusif, sedia berkongsi dan bersikap
prihatin terhadap satu sama lain," kata beliau.

Sementara itu, Koh menyerahkan cek RM250,000 daripada kerajaan kepada Young Buddhist
Association of Malaysia (YBAM) untuk membina pusat pentadbiran dan latihan belia mereka
di Kluang, Johor.

Beliau berkata, ini sebahagian daripada peruntukan RM500,000 diluluskan kerajaan, berikutan
permohonan persatuan itu tahun lepas. Baki wang itu akan disampaikan tahun depan.
Persidangan itu, anjura YBAM, Buddhist Gem Fellowship and Buddhist Missionary Society
Malaysia dihadiri oleh lebih 500 peserta dari Asean. – Bernama

2012

http://www.sinarharian.com.my/nasional/koh-amalkan-kesederhanaan-dalam-agama-demi-
keamanan-1.100534

You might also like