You are on page 1of 20

Oleh MATAPELAJARAN PERDAGANGAN

Maksud Perdaganganan
Perdagangan merupakan apa sahaja kegiatan atau aktiviti yang melibatkan penawaran barangan,
perkhidmatan, pertukaran barangan atau penyimpanan barangan. Berasaskan kepada keperluan dan
kehendak manusia untuk meneruskan kehidupan. Apabila wujudnya keperluan dan kehendak , maka
terhasillah pengeluaran. Pengeluaran sesuatu barangan dan perkhidmatan memerlukan faktor
pengeluaran yang terdiri daripada tanah, buruh, modal dan usahawan. Faktor pengeluaran juga akan
membantu sesebuah syarikat dalam memenuhi keperluan dan kehendak manusia ini. Matapelajaran
perdagangan bertujuan memberi pendidikan perdagangan supaya pelajar mengetahui, memahami
dan mempelajari selok-belok bidang perniagaan dan perkhidmatan.
Pendidikan Perdagangan
Jika selama ini fungsi sekolah adalah hanya untuk melahirkan individu yang bakal menjadi pekerja,
mengapa pula tidak di tanam nilai dan minat supaya pelajar menjadi seorang pengusaha atau pemilik
perniagaan secara kecil-kecilan apabila keluar dari sekolah nanti? Kita telah ketahui bahawa
pendidikan bukan lagi bertujuan untuk membentuk pelajar menghadapi alam dewasa tetapi adalah
untuk seumur hidup. Perdagangan menjadi penggerak dan penyokong kepada kejayaan keseluruhan
rancangan pembangunan ekonomi. Melalui Matapelajaran Perdagangan, usahawan boleh dilahirkan
dengan didikan dan latihan bukan bergantung kepada faktor tret atau bakat semulajadi sahaja. Untuk
ini, beberapa pendekatan dicadang bagi mencapai hasrat menambah bilangan pengusaha dari segi
kuantiti dan kualiti seperti berikut:

1.

melahirkan individu yang berkemahiran teknikal

2.

meninggikan kemahiran pengurusan

3.

mengadakan latihan keusahawanan

4.

mewujudkan suasana ekonomi yang baik

5.

mewujudkan kemudahan fizikal dan infrastruktur

6.

mewujudkan kemudahan sokongan sumber-sumber kewangan

7.

mewujudkan kemudahan sokongan teknikal.

Dalam pada itu, matapelajaran perdagangan akan dapat membantu seseorang untuk:

mempertingkatkan semangat dan dorongan untuk mencapai kejayaan

menimbulkan keinginan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi

membentuk sifat-sifat dan semangat keusahawanan di kalangan pelajar, guru dan


sebagainya

Tujuan mata pelajaran perdagangan diwujudkan adalah juga bertujuan untuk memberi pendidikan
perdagangan supaya pelajar mengetahui,memahami dan dapat menggunakan prinsip-prinsip dan
amalan-amalan positif dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan. Di mana ini dapat membantu
pelajar menjadi warganegara yang bertanggungjawab, berpandangan jauh, rasional serta bijaksana
dalam membuat sebarang keputusan, yakin diri, sanggup berdikari dan berani menghadapi

persaingan dalam apa jua usaha yang diceburi berlandaskan sifat amanah dan jujur untuk
kesejahteraan diri , keluarga, masyarakat dan negara.
Mata pelajaran Perdagangan ini diharap dapat memenuhi keperluan-keperluan pendidikan
perdagangan bukan sahaja dalam konteks persekitaran perdagangan yang dipengaruhi oleh aliran
dan perkembangan terbaru, tetapi juga dalam usaha serta komitmen untuk memberi pelajar
pendidikan umum seimbang dan menyeluruh dari aspek kognitif, psikomotor dan efektif.
Mata pelajaran Perdagangan ini bertujuan untuk memberi pendidikan Perdagangan dan
Keusahawanan supaya pelajar mengetahui, memahami dan dapat menerapkan prinsip-prinsip dan
amalan-amalan positif bagi membantunya menjadi insan yang bertanggungjawab, berpandangan
jauh, rasional serta bijaksana dalam membuat sebarang keputusan, yakin diri, sanggup berdikari dan
berani menghadapi persaingan dalam apa juga usaha yang diceburi berlandaskan sifat amanah dan
jujur untuk kesejahteraan diri, masyarakat dan negara.
Dengan mempelajari mata pelajaran ini juga, pelajar akan memperolehi persediaan yang mencukupi
untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi ataupun menceburkan diri dalam
pelbagai bidang kerjaya, khasnya yang berkaitan dengan perindustrian dan perniagaan. Mata
pelajaran perdagangan ini juga mendedahkan para pelajar dengan ilmu keusahawanan dan
menerapkan nilai-nilai dan ciri-ciri seorang usahawan supaya timbul kesedaran dan minat untuk
menceburi bidang keusahawanan.
Bertepatan dengan ini, Kementerian Pelajaran telah pun mengorak langkah awal dengan
memperkenalkan tajuk perniagaan dalam negeri dan subtopiknya ialah perniagaan peruncit dan
pemborong di dalam mata pelajaran Perdagangan bermula dari tingkatan empat.
Walaubagaimanapun pelajar mempunyai tahap motivasi yang berbeza terhadap pengajaran dan
pembelajaran. Pelajar belajar dalam berbagai cara dengan melihat dan mendengar, merefleksi dan
melakukan, berfikir secara logik dan intuitif, dan menghafal, mengingat dan menggambarkan.
Menurut Hargreaves (1996), pembelajaran tidak hanya berkaitan dengan penambahan pengetahuan
dan mengingat semula maklumat yang dipelajari tetapi merupakan aktiviti menguasai konsep dan
memahami maklumat pengetahuan dan seterusnya dapat mengaplikasinya ke dalam kehidupan.
Pembelajaran melibatkan usaha menguasai kemahiran dan pengetahuan di samping membentuk
sikap. Kajian dalam bidang psikologi dan pendidikan menunjukkan individu mempunyai kemahiran
yang berbeza memproses maklumat. Felder dan Henriques (1995), menyatakan kaedah tersendiri
individu mencari, menyimpan dan mengeluarkan semula maklumat dikenali sebagai gaya
pembelajaran. Oleh itu untuk berjaya, individu pelajar perlu memiliki sifat belajar dan menguasai
kaedah belajar untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran.
Para di bawah mungkin elok dipindah ke atas?
Perdagangan adalah satu daripada mata pelajaran elektif untuk Tingkatan 4 dan 5 dalam Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di bawah Kumpulan Sastera Ikhtisas. Mata pelajaran ini
dapat memperkembangkan dan mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran asas
perdagangan yang telah dipelajari dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup di Peringkat Menengah
Rendah. Melalui nilai-nilai murni dan sikap positif yang berkaitan akan dapat dipupuk dan
diperkukuhkan di kalangan pelajar.
Mata pelajaran perdagangan membolahkan pelajar mengenali segalanya mengenai asas
perdagangan dan kaitannya. Perdagangan melibatkan semua kegiatan yang mengagihkan barang
lebihan daripada pengeluar asal kepada pengguna terakhir tepat pada masa, tempat, harga dan
kuantiti yang dapat memenuhi kehendak pengguna. Di samping itu, pelajar dapat mengetahui aktiviti
perdagangan bukan sahaja merangkumi perniagaan, tetapi melibatkan bantuan perniagaan yang
terdiri daripada perbankan, insurans, pengangkutan, komunikasi, pergudangan dan promosi.

Sukatan matapelajaran Perdangangan


Isi-isi sukatan mata pelajaran ini juga dibentuk berasaskan beberapa keperluan dalam pendidikan
perdagangan yang melampaui peringkat kenal faham untuk :

1.

membangunkan tenaga manusia dan negara melalui bidang perdagangan

2.

menerapkan nilai-nilai murni dan menanamkan sikap positif dalam menjamin kesejahteraan
hidup melalui berbagai aktiviti perdagangan

3.

mengetahui, memahami dan menggunakan prinsip-prinsip dan amalan-amalan asa


perniagaan dalam negeri dan antarabangsa

4.

mengetahui dan memahami kegunaan dan penggunaan perkhidmatan-perkhidmatan yang


membantu perniagaan

5.

mengenalpasti peluang-peluang pekerjaan dalam bidang perdagangan supaya dapat


membuat pilihan dengan bijaK

Melalui matapelajaran perdagangan pelajar dapat mempelajari lebih mendalam tentang perkaraperkara asam dalam perdagangan seperti jenis perniagaan, pemilikan perniagaan,pelaburan dalam
perniagaan serta cara mempromosikan produk dalam perniagaan. Selain itu, pelajar dapat mengenal
pasti kelemahan yang mungkin wujud dalam sesebuah organisasi perniagaan itu.
Perdagangan atau dagang ialah penukaran barang-barang, perkhidmatan-perkhidmatan, atau keduadua ini secara sukarela. Mekanisme yang membenarkan perdagangan dipanggil pasaran. Bentuk
perdagangan yang asal ialah barter, iaitu penukaran barang dan perkhidmatan secara langsung.
Secara amnya, pedagang-pedagang moden berunding melalui media pertukaran seperti wang. Oleh
itu,pembelian boleh diasingkan daripada penjualan, atau pendapatan. Rekaan wang (dan
kemudiannya kredit, wang kertas, dan wang bukan fizikal) amat memudahkan dan mempromosikan
perdagangan. Perdagangan antara dua orang pedagang dipanggil 'perdagangan dua hala', manakala
perdagangan antara melebihi dua orang pedagang digelarkan 'perdagangan berbilang hala'.
Perdagangan wujud disebabkan banyak alasan. Disebabkan pengkhususan dan
pembahagian kerja, kebanyakan orang menumpukan usaha mereka pada suatu aspek pengeluaran
yang kecil, dan menukarkan hasil-hasil mereka dengan produk-produk yang lain. Perdagangan wujud
antara kawasan-kawasan disebabkan setiap kawasan mempunyai faedah berbanding dalam
pengeluaran sesuatu atau sebilangan komoditiyang tertentu, atau kerana saiz kawasan itu
memberikan manfaat pengeluaran besar-besaran. Oleh itu, perdagangan pada harga pasaran antara
kawasan-kawasan memanfaatkan semua kawasan.

KEPERLUAN ISI SUKATAN PELAJARAN PERDAGANGAN


(i) Membangunkan modal insan yang cemerlang melalui bidang perdagangan.
(ii) Menerapkan nilai-nilai murni dan menanamkan sikap positif dalam menjamin
kesejahteraan hidup malalui pelbagai aktiviti perdagangan.
(iii)Mengetahui, memahami dan menggunakan prinsip-prinsip dan amalan-amalan asas
perniagaan dalam negeri dan antarabangsa bertujuan untuk melahirkan generasi muda yang berdaya
saing serta melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya.
(iv) Mengetahui dan memahami kegunaan dan penggunaan perkhidmatan-perkhidmatan
yang membantu perniagaan supaya pelajar tidak ketinggalan dalam peredaran masa.
(v) Mengembangkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perniagaan secara

formal dan tidak formal di mana pembelajaran mata pelajaran perdagangan bukan sahaja di dalam
kelas tetapi pelajar dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan harian.
(vi) Mengenalpasti peluang-peluang pekerjaan dalam bidang perdagangan supaya dapat
membuat pilihan dengan bijak.
- Mata pelajaran Perdagangan ini diharap dapat memenuhi keperluan-keperluan
pendidkan perdagangan bukan sahaja dalam konteks persekitaran perdagangan yang
dipengaruhi oleh aliran dan perkembangan terbaru, tetapi juga dalam usaha serta
komitmen untuk memberi pelajar pendidikan umum seimbang dan menyeluruh dari aspek
kognitif,psikomotor dan efektif.

MATLAMAT MATAPELAJARAN PERDAGANGAN


Matapelajaran perdagangan bertujuan untuk memberi pendidikan perdagangan supaya pelajar
mengetahui, memahami dan dapat menggunakan prinsip-prinsip dan amalan positif dalam bidang
perniagaan dan perkhidmatan yang berkaitan. Dengan ini dapat membantu pelajar menjadi
warganegara yang bertanggungjawab, berpandangan jauh, rasional serta bijaksana dalam membuat
sebarang keputusan, yakin diri, sanggup berdikari dan berani menghadapi persaingan dalam apa
juga usaha yang diceburi berlandaskan sifat amanah dan jujur untuk kesejahteraan diri, keluarga
masyarakat dan negara.

OBJEKTIF MATAPELAJARAN PERDAGANGAN


Objektif matapelajaran perdagangan adalah untuk membolehkan pelajar :

1.

Mengenalpasti dan menerangkan struktur dan operasi asas perniagaan, perniagaan dalam
negeri dan antarabangsa.

2.

Mengetahui dan memahami peranan industri kecil dan sederhana dalam pengeluaran.

3.

Mengetahui dan memahami kepelbagaian kaedah jualan dalam perniagaan.

4.

Membuat pilihan tentang jenis milikan perniagaan serta memahami prosedur penubuhannya.

5.

Mengenalpasti peluang-peluang utama pelaburan di Malaysia dan cara-cara untuk melabur.

6.

Mengetahui dan memahami kepentingan dan cara bantuan-bantuan dalam perniagaan


membantu pengendalian sesuatu perniagaan dan pengguna.

7.

Memahami dan menilai etika-etika dalam perniagaan dari aspek perlindungan pengguna
supaya wujud pengguna yang bijak dan rasional.

8.

Mengetahui dan memahami kepentingan peranan kerajaan dalam membantu perniagaan.

9.

Membina pengetahuan dan kemahiran asas serta mengukuhkan minat bagi tujuan
meneruskan pendidikan perdagangan di peringkat yang lebih tinggi.

10.

Mengenalpasti peluang-peluang pekerjaan dengan bijak sama ada bersifat berusaha sendiri
atau bekerja dengan majikan.

ORGANISASI KURIKULUM
- Kurikulum Perdagangan dibentuk berdasarkan amalan perdagangan da perniagaan yang
telah disepadukan dalam lime belas topik pembelajaran. Topik-topik berkenaan
merangkumi bidang-bidang pengeluaran, perdagangan, perniagaan, bantuan perniagaan,
pelaburan, pemilikan perniagaan, konsumerisme dan etika malam perniagaan. Pendekatan
pengajaran dan pembelajaran bermula dari pemahaman konsep, pengetahuan sedia ada serta
perkembangan maklumat terkini di bidang perdaganga. Penyampaian kurikulum mata
pelajarn ini berdasarkan kepada konsep, peraturan, undang-undang yang diamalkan dalam
dunia perniagaan sebenar.
- Tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti-aktiviti perdagangan telah, sedang dan akan
terus memainkan peranan utama dan memberi sumbangan penting kepada pembangunan
ekonomi, khususnya dalam mewujudkan berbagai-bagai peluang pekerjaan dan dalam
menghasilkan pendapatan individu, masyarakat dan negara.
- Sukatan pelajaran ini dibentuk dengan mangambil kira kebolehan dan pengalaman pelajar
yang berbeza-beza. Oleh yang demikian ia dapat memenuhi keperluan kedua-dua kategori
pelajar menengah atas, iaitu :
~ Kumpulan pelajar yang akan meninggalkan bangku sekolah untuk menceburi diri dalam
dunia pekerjaan, sama ada berusaha sendiri atau bekerja dengan majikan
~ Kumpulan pelajar yang akan melanjutkan pendidikan formal mereka ke peringkat yang
lebih tinggi, sama ada dalam bidang perdagangan atau bidang-bidang lain yang
berkaitan.
~ Pelajaran Perdagangan ini tidak lagi menegaskan teori atau isi kandungan semata-mata,
tetapi juga mengutamakan kerja-kerja praktis, khususnya kajian kes
bagi meluas dan mengukuhkan pengalaman serta kemahiran pelajar dalam bidang
perdagangan. Penyerapan nilai-nilai murni juga dititikberatkan dengan harapan dapat
membentuk sikap menghargai dan menghayati amalan-amalan perniagaan yang positif.
Mengapa pelajar sering menghadapi masalah dalam mengusai subjek
Perdagangan?
Malu bertanya kepada guru apabila tidak faham
Pelajar-pelajar seringkali mendiamkan diri apabila mereka tidak memahami apa yang diajarkan
kepada mereka. Mereka malu untuk bertanya kepada guru apabila tidak faham. Ini kerana mereka
menganggap apabila meraka bertanya kepada guru, rakan-rakan mereka pasti akan mentertawakan.
Meraka juga malu untuk bertanya kerana menganggap soalan yang ditanya itu senang dan
menganggap dirinya "bodoh" dan tidak tahu apa-apa. Ini seringkali terjadi dan seharusnya pelajarpelajar elakkan dan dibuang jauh-jauh. "Malu bertanya pasti kita akan sesat mencari jalan pulang".
itulah ungkapan yang sangat popular dan kita pasti akan menjadi seperti itu sekiranya kita takut untuk
bertanya kepada guru masalah yang kita hadapi.

Tidak menghormati guru yang mengajar


Kebanyakan para pelajar sekarang ini tidak menghormati guru mereka. seharusnya kita mestilah
menghormati mereka kerana merekalah yang mendidik kita daripada kita berjaya. Tanpa mereka
siapalah kita di dunia ini. Sekiranya kita tidak menghormati mereka, bagaimana kita nak mendapatkan
keberkatan daripada ilmu yang telah diajarkan. Disebabkan itulah kita gagal untuk memahami atau
menguasai apa yang telah diajarkan kepada kita. Walaupun kita telah berusaha dengan bersungguhsungguh sekalipun, kita pasti tidak akan berjaya. Oleh itu, hormatilah guru yang mengajar kita supaya

ilmu yang kita perolehi diberkati.

Tidak memberi tumpuan di dalam kelas


Inilah yang sering berlaku di dalam kelas. Para pelajar tidak memberikan sepenuh perhatian mereka
semasa proses pembelajaran di dalam kelas. Kajian telah dibuat dan menyatakan bahawa proses
pembelajaran yang paling berkesan adalah semasa di dalam kelas. Oleh itu,para pelajar mestilah
memberikan sepenuh perhatian mereka di dalam kelas dan sekiranya terdapat kemusykilan terhadap
apa yang diajarkan, mereka boleh bertanyakan terus kepada guru yang mengajar.

"MALAS"
Malas merupakan sifat yang tidak dapat dibuang oleh para pelajar zaman sekarang. Subjek ini
memerlukan pelajar membaca dan memahami pembacaannya. Apabila para pelajar kurang membuat
pembacaan, mereka pasti akan menghadapi masalah dan seterusnya gagal menguasai subjek ini
kerana tidak memahaminya.

KAEDAH - KAEDAH PENGAJARAN PERDAGANGAN


Antara kaedah-kaedah yang boleh digunakan semasa mengajar mata pelajaran perdagangan ialah :

1.

Kaedah projek

2.

Kaedah penyoalan

3.

Kaedah kajian Kes

4.

Kaedah lawatan

5.

Kaedah demonstrasi

6.

Kaedah sumbangsaran (brainstorming)

7.

Kaedah main peranan

8.

Kaedah simulasi

9.

Kaedah ceramah

1.

Kaedah projek

Suatu kegiatan yang diadakan untuk memberi pengalaman pembelajaran kepada pelajar
Semua kegiatan projek yang diberi kepada pelajar haruslah mencungkil minat pelajar,
keperluannya dan memenuhi tujuan pembelajaran.
Contoh projek yang boleh dijalankan oleh pelajar :
Membuat buku skrap untuk melekatkan pelbagai jenis dokumen perdagangan,

gambar-gambar dan keratan-keratan akhbar atau majalah yang berkaitan dengan topik yang
dipelajari.
Membentuk model pengiklanan dan melukis model jenis-jenis perhubungan

2. Kaedah penyoalan

Kaedah penting yang sentiasa digunakan sebagai kaedah utama atau pembantu kepada
kaedah-kaedah pengajaran yang lain.

Tujuan kaedah penyoalan :


Untuk melatih pelajar berfikir, menyususn dan menjawab secara lisan dengan teratur

o
dan spesifik
o

Untuk mengetahui apa yeng telah dipelajari (ulangkaji)

Untuk mengetahui pengalaman atau pengetahuan yeng relevan dengan topik yang
dipelajari (mengeksploitasi kesediaan pembelajaran meraka)

Untuk meningkatkan ingatan


> Ciri-ciri utama kaedah penyoalan :

Soalan mesti jelas dan tepat.

Selepas satu-satu soalan diutarakan, guru perlu berhenti sekejap untuk memberi
masa kepada semua pelajar untuk berfikir dan menyusun jawapan secara baik dan teratur.

o
o

Pelajar yang disuruh menjawap perlu dipilih secara rambang.


Maklum balas segera perlu diberikan sama ada jawapan yang diberikan oleh pelajar
itu tepat atau tidak.

Berikan clues kepada pelajar yang lemah.

Galakkan pelajar untuk mengutarakan soalan.

3. Kaedah kajian kes

Kajian kes melibatkan penelitian pengalaman yang dialami oleh sesuatu unit perniagaan.
Masalah ini mungkin mengenai kewangan, pengurusan, pekerja dan sebagainya.

Boleh dijalankan menerusi lawatan-lawatan pendidikan ke tempat-tempat yang ada hubungan


dengan aspek-aspek perdagangan di dalam atau luar sekolah seperti kilang perindustrian,
pelabuhan,jabatan kerajaan dan institusi perdagangan.

Dapat melatih pelajar berfikir secara waras mahupun dalam keadaan rumit.

Home

3 Kaedah kajian kes


.
o Kajian kes melibatkan penelitian pengalaman yang dialami oleh sesuatu unit perniagaan.
Masalah ini mungkin mengenai kewangan, pengurusan, pekerja dan sebagainya.
o Boleh dijalankan menerusi lawatan-lawatan pendidikan ke tempat-tempat yang ada hubungan
dengan aspek-aspek perdagangan di dalam atau luar sekolah seperti kilang perindustrian,
pelabuhan,jabatan kerajaan dan institusi perdagangan.
o Dapat melatih pelajar berfikir secara waras mahupun dalam keadaan rumit.

MATA PELAJARAN PERDAGANGAN MEMBENTUK PEMBANGUNAN


EKONOMI NEGARA DI MASA HADAPAN
~ Perdagangan adalah satu daripada mata pelajaran elektif untuk Tingkatang 4 dan 5 dalam
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di bawah Kumpulan Sastera Ikhtisas.
Melaluinya juga nilai-nilai murni dan sikap positif yang berkaitan akan dapat dipupuk dan
diperkukuhkan di kalangan pelajar.
~ Mata pelajaran Perdagangan ini diharap dapat memenuhi keperluan-keperluan
pendidikan perdagangan bukan sahaja dalam konteks persekitaran perdagangan yang
dipengaruhi oleh aliran dan perkembangan terbaru, tetapi juga dalam usaha serta
komitmen untuk memberi pelajar pendidikan umum seimbang dan menyeluruh dari aspek
kognitif,psikomotor dan efektif.
~ Isi sukatan pelajaran ini dibentuk berasaskan beberapa keperluan dalam pendidikan

perdagangan yang melampaui peringkat kenal faham untuk :


1. Membangunkan tenaga manusia dan negara melalui bidang perdagangan.
2. Menerapkan nilai-nilai murni dan menanamkan sikap positif dalam menjamin
kesejahteraan hidup malalui berbagai aktiviti perdagangan.
3. Mengetahui, memahami dan menggunakan prinsip-prinsip dan amalam-amaln asas
perniagaan dalam negeri dan antarabangsa.
4. Mengetahui dan memahami kegunaan dan penggunaan perkhidmatan-perkhidmatan yang
membantu perniagaan.
5. Mengembangkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perniagaan secara formal
dan tidak formal.
6. Mengenalpasti peluang-peluang pekerjaan dalam bidang perdagangan supaya dapat
membuat pilihan dengan bijak.
Analisis SWOT Kekuatan Mata Pelajaran Perdagangan:

Guru boleh mengadakan banyak aktiviti mengikut kesesuaian topik.

Guru boleh menggunakan bahan maujud yang senang di dapati sebagai contoh bahan bantu
mengajar.

Kandungan mata pelajaran Perdagangan boleh diaplikasikan dalam kehidupan (usahawan


yang berjaya)

Pelajar dapat melihat realiti keadaan sekeliling melalui mata pelajaran Perdagangan.

Pelajar dapat belajar melalui pengalaman dan juga aktiviti seharian.

Analisis SWOT Kelemahan Mata Pelajaran Perdagangan:

Topik Perdagangan banyak melibatkan fakta.

Guru perlu memberi penerangan yang jelas di samping contoh yang bersesuaian.

Pelajar sukar mengingat fakta.

Sesi pengajaran banyak menggunakan kaedah berpusatkan guru berbanding kaedah


berpusatkan pelajar kerana guru perlu terlebih dahulu memberi penerangan kepada pelajar.

Analisis SWOT Cara

Mengatasi Mata Pelajaran Perdagangan:

Guru terlebih dahulu memberi penerangan kepada pelajar sesuatu topik.

Guru perlu melibatkan semua pelajar di dalam proses p&p bagi mengelakkan leka dan
kurang memahami topik yang diajar.

Guru perlu lebih kreatif dan bersedia di dalam proses p&p dengan mengadakan aktiviti yang
dapat menarik minat pelajar dalam memahami sesuatu topik. Contohnya: dalam panduan mengisi
borang bagi membuka akaun di bank. Pelajar dan guru bersama-sama mengisi borang tersebut.

Mata Pelajaran Perdagangan: Kesediaan Untuk Menceburi bidang


Keusahawanan
Pembentukan usahawan perlu bermula di peringkat rendah lagi iaitu di peringkat sekolah. Pada
peringkat ini, pelajar perlu didedahkan dengan ilmu keusahawanan dan pencerapan nilai-nilai dan ciriciri seorang usahawan supaya timbul kesedaran dan minat untuk menceburi bidang ini. Bertepatan
dengan ini, Kementerian Pelajaran telah pun mengorak langkah awal dengan memperkenalkan mata
pelajaran perdagangan dan keusahawanan Tingkatan Empat Dan lima. Pelajar secara umumnya
telah di ajar secara teori mengenai bidang perdagangan dan keusahawanan melalui mata pelajaran
ini, namun matapelajaran ini ini hanya diajar di dalam situasi bilik darjah sahaja dan memerlukan
penaakulan dan kognitif yang tinggi dan stabil di kalangan pelajar, sekaligus menuntut kreativiti guru
untuk memantapkan lagi penerimaan pelajar terhadap bidang keusahawanan.
Seperti yang kita sedia maklum, bidang perdangan dan keusahawanan begitu sinonim dengan kaum
Cina. Sebut sahaja bidang keusahawanan, kebanyakan daripada kita akan mengaitkannya dengan
kaum Cina. Maka timbul persoalan, tidak adakah golongan bumiputera yang berjaya di dalam bidang
keusahawanan? sepatutnya persepsi perlu ditolak pada masa kini, telah ramai kerana golongan
bumiputera telah berjaya dalam bidang keusahawanan seperti Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin,
pengasas dan pengerusi Kumpulan NAZA, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan lain-lain.
Maka untuk tujuan itu, beberapa faktor perlu diambil kira untuk berjaya dalam bidang keusahawanan
dan perlu diterapkan dalam diri pelajar melalui mata pelajaran Perdagangan.

1.

Minat - Minat ialah kecenderungan individu terhadap tingkah laku alam persekitran. minat
yang positif terhadap sesuatu bidang yang diceburi merupakan kunci kejayaan seseorang. Minat
membolehkan individu berusaha sedaya mungkin terhadap sesuatu yang dihajati. Maka, sudah
menjadi tugas guru untuk menaikkan minat para pelajar terhadap mata pelajaran ini seterusnya
terhadap bidang keusahawanan. Guru boleh memberikan pendedahan dan maklumat kepada pelajar
bagaimana cara untuk mendapatkan informasi perkembangan bidang keusahawanan melalui
pelbagai media massa seperti internet.

2.

Persepsi terhadap bidang keusahawan - Persepsi yang positif terhadap bidang


keusahawanan perlu dibentuk dari awal untuk mencambahkan minat dalam bidang ini. Pelajar perlu
didedahkan bahawa kerjaya sebagai seorang usahawan bukan semudah yang dilihat. terlalu banyak
cabaran dan halangan menuju kejayaan. pelajar perlu tahu bahawa kerjaya sebagai usahawan
memang mencabar namun dapat memberikan pulangan pendapatan yang sangat lumayan dan
setimpal dengan hasil titik peluh itu.

3.

Minat terhadap bidang keusahawanan - Minat terhadap sesuatu kerjaya


mempunyai hubung kait dengan minat terhadap sesuatu mata pelajaran yang berkaitan. Biasanya
pelajar ini datang daripada "keluarga berdarah berniaga". Seseorang yang mempunyai minat tinggi
terhadap bidang keusahawanan biasanya menunjukkan minat yang tinggi terhadap mata pelajaran

Perdagangan dan Keusahawanan. maka, untuk memantapkan minat, guru dan ibu bapa perlu
menaikkan motivasi pelakar dengan cara mendapatkan maklumat atau bahan bacaan bagi
menambahkan ilmu pengetahuan terhadap bidang keusahawanan ini. hal ini kerana pencarian
maklumat penting menjadi petanda minat tethadap sesuatu perkara kerana mempunyai daya usaha
yang tinggi. Kini, pelajar mudah mengakses maklumat melalui penjelajahan ke laman web, dan
sekelip mata maklumat diperolehi dengan mudah.
4.

Dorongan ibu bapa - Dorongan ibu bapa memainkan peranan penting dalam
mendorong minat dan kesediaan pelajar untuk melakukan sesatu. ibu bapa seharusnya menerapakan
budaya membaca untuk menambahkan pengetahuan. untuk memupuk minat pelajar terhadap bidang
keusahawan, ibu bapa perlu membelikan bahan bacaan berkaitan dengan bidang perniagaan. ini
sedikit sebanyak mempengaruhi minat pelajar terhadap bidang ini. Pendedahan mengenai dunia
perniagaan perlu dilakukan bagi memupuk minat terhadap bidang keusahawanan.

Oleh itu, untuk memantapkan ilmu keusahawanan, semua pihak perlu berganding bahu
menyemarakkan minat pelajar. sejajar dengan itu, kita perlu menyahut cabaran dan harapan
pemimpin negara yang amat mengharapkan pelajar masa kini menjadi usahawan pelapis untuk
meneruskan usaha kerajaan menjadikan Malaysia negara perindustrian yang maju.
Di sini, saya ingin berkongsi satu blog yang berkenaan subjek Perdagangan yang disediakan oleh
seorang guru yang sungguh kreatif dan beliau menggunakan internet sebagai media untuk berkongsi
nota kepada pelajar-pelajarnya dan juga guru-guru Perdagangan.
http://perdaganganazmieira.blogspot.com/ - diharapkan kita juga dapat menjadikan internet sebagai
satu platform untuk berkongsi ilmu Perdagangan yang bakal kita ajar nanti.

secara keseluruhannya matapelajaran perdagangan penting bagi generasigenerasi akan datang supaya negara kita telah maju dan meningkatkan bidang
ekonomi di antara dunia kearah negara-negara maju diantara negara maju
contohnya singapura,brunei,bangkok,india dan lain-lain. justurnya melalaui
pembelajaran mata pelajaran perdagangan boleh membangunkan dan
menampilkan bakat anak-anak kita untuk usahawanan yang inovatif berbanding
dengan negara lain( GUKAN A/L K.BASKARAN -b.gukan@yahoo.com.
Begitu juga dengan contoh usahawan wanita yang berjaya iaitu pengasas sendayu tinggi Datin Rozita
Ibrahim (43) merupakan wanita yang gigih dan patut di contohi di atas usahanya memperbaiki diri dan
meningkatkan taraf ekonomi keluarga. Pengasas Sendayu Tinggi ini juga merupakan contoh wajar
bagi guru ketengahkan dalam pengajaran dan pembelajaran sekiranya berkaitan dengan tajuk
usahawan. Sekurang-kurangnya memberikan ilmu pengetahuan kepada pelajar bahawa di negara
kita malaysia banyak tokoh-tokoh usahawan yang berjaya
TEKNIK MENJAWAB SOALAN PERDAGANGAN KERTAS SATU (OBJEKTIF) 3755/1
A. PENGENALAN
Kertas satu mempunyai 40 soalan
Masa yang diperuntukkan 1 Jam 15 minit
Kertas ini menyumbangkan 40% markah keseluruhan matapelajaran perdagangan
Oleh itu, satu soalan betul menyumbangkan 1 markah mutlak. (40soalan = 40 markah)
Untuk skor A1, pelajar mesti membaca kehendak soalan-soalan objektif dengan teliti dan jangan
ambil mudah kerana satu markah itu amat penting.

B. PEMILIHAN JAWAPAN
* Setiap soalan objektif diikuti oleh 4 pelengkap
* Hanya satu jawapan yang betul dan tiga yang lain distraktor.
* Terdapat dua cara untuk menjawab bentuk soalan ini:a. Mencari jawapan yang betul dan mengabaikan tiga distraktor
b. Menganalisa semua alternatif dan menolak setiap distraktor sehingga mendapat jawapan yang
betul.
C. APAKAH YANG DIKEHENDAKI OLEH PEMERIKSA
* Soalan objektif menguji berbagai-bagai kemahiran dan kebolehan pelajar seperti
mengingat kembali
mengira
mengidentifikasi
mencari persamaan
mengaplikasi
mencari perbezaan
mendeduksi
membuat perbandingan
menginterpretasi
* Anda boleh menjawab soalan dengan memahami fakta-fakta penting pada setiap topik atau
menggunakan formula untuk membiasakan diri untuk menjawab pengiraan.
Pelajar dibenarkan membawa kalkulator (mesin kira) ke dalam dewan peperiksaan.
D. PANDUAN MENJAWAB SOALAN
1. Cuba jawab semua soalan dan tinggalkan soalan yang sukar dijawab kerana anda akan
membuang masa jika mengambil masa yang lama.
2. Bulatkan nombor-nombor soalan yang tidak dapat dijawab
3. Setelah menjawab semua soalan,kembali kepada soalan-soalan yang dibulatkan itu.
4. Jika anda masih tidak dapat menjawabnya, teka dengan bijak jawapan yang paling mungkin sekali.
5. Jangan tinggalkan sebarang soalan tanpa dijawab . Markah tidak akan dipotong bagi jawapan yang
salah.
6. Setelah mendapat jawapan bagi setiap soalan ,terus hitamkan pada kertas jawapan.
7. Pastikan jawapan yang dihitamkan sepadan dengan jawapan dipilih dalam kertas soalan dan
nombor soalan
8. Semak semula jawapan yang dihitamkan dengan baik sebelum dihantar .

TEKNIK MENJAWAB SOALAN PERDAGANGAN : KERTAS 2 (SOALAN ESEI) 3755/2

1) PERUNTUKKAN MASA
* Anda mempunyai masa 2 jam untuk menjawab empat soalan esei.
* Ini bermakna anda hanya mempunyai masa 30 minit untuk menjawab setiap soalan.
* Anda mesti memperuntukkan jumlah masa yang sama untuk setiap soalan.

* Anda dinasihatkan bermula menjawab soalan yang lebih senang dahulu dan diikuti dengan soalan
yang lebih susah kemudian.
* Jangan mengambil terlalu banyak masa untuk menjawab sesuatu soalan yang tertentu sehingga
tidak sempat menjawab soalan-soalan yang lain.
* Sekiranya anda mengambil masa lebih dari 30 minit untuk menjawab sesuatu soalan, anda mesti
tinggalkannya dan terus kepada soalan yang lain.
* Anda boleh kembali semula kepada soalan tersebut jika masih ada masa selepas menjawab semua
soalan-soalan yang lain
* Peruntukkan sedikit masa untuk menyemak jawapan anda
* Jangan menjawab kurang daripada jumlah soalan yang dikehendaki kerana anda akan kehilangan
markah.
* Katakan jika anda hanya menjawab sebanyak tiga daripada empat soalan yang dikehendaki, anda
akan kehilangan sebanyak 25% daripada jumlah keseluruhan markah esei dan 15% markah
keseluruhan. jangan tinggalkan mana-mana soalan tanpa dijawab, tulislah apa-apa yang diingati
tentang perkara yang berkaitan.

2. PEMILIHAN SOALAN

* Dalam kertas ini, anda boleh memilih mana-mana tiga soalan daripada bahagian A dan
wajib menjawab soalan bahagian B (Kajian Kes).
* Sebelum memilih soalan, anda mesti membaca semua soalan dengan teliti dan menggariskan
perkataan-perkataan yang penting.
* Semasa memilih soalan,pilih soalan yang anda boleh menjawab denga baik dan dapat memberikan
fakta yang banyak.
* Anda mesti berhati-hati semasa memilih soalan supaya tidak memilih soalan yang salah.
* Pemilihan soalan yang salah akan membuang masa anda untuk mencuba soalan yang lain.
* Jika anda telah menjawab 4 soalan dan ada jawapan yang tidak memuaskan atau terlalu sedikit
yang anda tahu, maka jika ada masa lagi cubalah jawab soalan lain bermakna
anda boleh menjawab lebih daripada 4 soalan. Ini sebagai alternatif bagi jawapan yang anda
rasa tak memuaskan tadi.

Ingat! Semua jawapan akan diperiksa maka pemeriksa akan memilih 4 jawapan anda yang

terbaik.

3. PANDUAN MENJAWAB SOALAN

1. Untuk menjawab soalan dalam kertas ini, anda dikehendaki memberikan jawapan panjang
berbentuk esei
2. Jumlah perkataan bagi setiap esei ialah kira-kira 300 -400 patah perkataan (secara purata) atau 1
1/2 - 2 muka surat. (Ini hanya gambaran jawapan yang ideal, tak perlu kira patah perkataan)
3. Jawapan yang dikemukakan hendaklah selaras dengan jumlah markah yang diperuntukkan.Anda
harus ingat markah diberikan bagi fakta-fakta yang dikemukakan dan bukan berdasarkan panjang
sesuatu esei.
4. Anda mesti merancangkan jawapan anda dengan baik dan menjawab mengikut kehendak soalan.
5. Bahasa yang digunakan mestilah baik, jelas dan mudah difahami.
6. Anda dinasihatkan memperuntukan sebanyak 5 minit untuk merangka jawapan. Semua fakta-fakta
penting yang berkaitan dengan soalan mesti disenaraikan di dalam rangka jawapan 7. Rangka
jawapan membantu anda mempersembahkan jawapan dengan fakta-fakta yang cukup dan mengikut
susunan yang rapi.
8. Jangan menerangkan sesuatu fakta dengan panjang lebar sehingga mengabaikan fakta-fakta yang
lain.
9. Semasa menulis jawapan, anda mesti menghuraikan setiap fakta tersebut dengan baik, jelas dan
tepat.
10.Setiap soalan esei mesti dibahagi kepada beberapa perenggan. Mulakan setiap fakta dengan
perenggan yang baru. Jika terdapat 8 fakta maka jelaskan dalam 8 perenggan.
Ringkasnya: SATU PERENGGAN => {SATU FAKTA,HURAIAN,CONTOH}
11.Sebaik-sebaik setiap fakta / perenggan diberikan nombor,manakala fakta utamanya dijadikan subtajuk atau kepala sesuatu perenggan dan digariskan
12.Setiap fakta / perenggan seharusnya diselangi dengan satu baris kosong antara satu perenggan
dengan perenggan yang lain.
13.Bagi memulakan jawapan baru bagi soalan berikutnya, gunakan kertas jawapan baru. Elakkan
menyambung jawapan anda di bawah jawapan soalan lain.
14.Jawapan yang baik adalah jawapan yang mempunyai banyak fakta,penerangan yang jelas, contoh
yang konkrit dan perenggan yang bersesuaian dengan markah.
15.Untuk soalan perbezaan ,tunjukkan dengan jelas dengan bentuk jadual 'T'. Bezakan berdasarkan
perkara yang sama.Untuk persamaan, tidak perlu jadual 'T'.

16. Jawapan tidak perlu pendahuluan atau penutup. Terus kepada menjawab mengikut kehendak
soalan.
17. Bagi soalan kajian kes masukkan nama individu yang terlibat dalam kajian kes tersebut.

4. BENTUK-BENTUK SOALAN ESEI


1. Pengetahuan / fakta / terangkan
2. Buat nota ringkas
3. Perbezaan / Persamaan
4. Kajian kes
5. Kebaikan dan Keburukan
6. Fungsi / Peranan /Perkhidmatan

5. KEHENDAK SOALAN

Kehendak soalan merupakan idea utama dalam bentuk perkataan dan rangkai kata dan mesti
diberikan perhatian.Perkataan dan rangkai kata penting dalam sesuatu soalan. Beberapa perkataan
dan maknanya telah diberikan dalam jadual di bawah.

a.Terangkan / Jelaskan Memerlukan anda menerangkan sesuatu. Tujuannya ialah supaya pembaca
mengerti atau faham tentang perkara yang diterangkan atau dijelaskan

Contohnya: Insurans memerlukan kepentingan yang boleh diinsuranskan.


Terangkan pernyataan ini dari segi insurans kebakaran

b. Huraikan Bererti memberitahu segala yang anda tahu supaya pembaca boleh menggambarkan
dengan jelas perkara yang dihuraikan .
Contohnya: Huraikan prosedur menubuhkan sebuah syarikat umum berhad

c. Bincangkan / Beri ulasan Mengkehendaki anda mempertmbangkan tajuk yang hendak


dibincangkan dengan teliti dan melihat dari pelbagai sudut. Memerlukan pemikiran yang lebih

mendalam tentang perkara yang dibincangkan.


Contohnya: Usahawan adalah seorang peniaga tetapi peniaga tidak semestinya usahawan.
Bincangkan.

d. Berikan / Namakan Senaraikan Memerlukan anda memberikan fakta. Tidak memerlukan


penjelasan yang lebih lanjut
Contohnya: Berikan sebab-sebab cek tak layan

e.Takrifkan Menerangkan makna sesuatu konsep dengan tepat dan teliti.


Contohnya: Takrifkan pengkhususan

f. Nyatakan Mengkehendaki anda menyatakan sesuatu perkara atau menjelaskan dengan teliti
Contohnya: Nyatakan peranan yang dimainkan oleh bank pusat

g.Bezakan Memberikan perbezaan di antara dua perkara


Contohnya: Bezakan di antara perniagaan luar negeri dengan perniagaan dalam negeri

h. Buat Perbandingan Mengkehendaki anda membandingkan dua atau lebih perkara untuk mencari
perbezaannya
Contohnya: Buat Perbandingan di antara pengangkutan jalan raya dan pengangkutan kereta api

i.Tuliskan nota-nota ringkas Memerlukan anda menulis fakta-fakta yang paling penting tentang
sesuatu perkara dengan ringkas dan jelas
Contohnya: Tuliskan nota-nota ringkas bagi empat perkara dibawah:
a. Cek Kembara
b. Invios Pro-forma
c. Poslaju
d. Kontenarisasi

j. Bagaimana / Dengan cara apakah Memerlukan anda membentangkan cara-cara melakukan


sesuatu
Contohnya: Bagaimanakah perniagaan pesanan mel dijalankan

k. Mengapakah / Apakah sebab-sebab Memerlukan anda memberikan alasan satu demi satu untuk
menerangkan sesuatu
Contohnya: Mengapakah pengguna memerlukan perlindungan?

l. Apakah / Apakah yang dimaksudkan Menjelaskan sesuatu perkara dengan tepat dan ringkas dalam
satu atau dua perenggan sahaja
Contohnya: Apakah cek kosong?

JANGAN SIA-SIA MASA YANG TERLUANG DENGAN TIDUR.MANFAAT MASA 2 JAM TERSEBUT
SEBAIK MUNGKIN.

TEKNIK SKOR CEMERLANG PERDAGANGAN A1

1. Kuasai bab-bab penting


- Mahirkan semua tajuk-tajuk dalam sesuatu bab yang penting.Jadikan anda pakar dalam bab-bab
tersebut.Maknanya,apa sahaja soalan dari bab-bab berkenaan,anda boleh jawab. - Selepas anda
menguasai sesuatu bab, uji kefahaman anda dengan mengumpulkan semua soalan dari bab tesebut
dan cuba jawab.Kumpulkan soalan-soalan SPM tahun-tahun lepas untuk menbiasakan diri dengan
soalan-soalan SPM.

2. Beri penekanan pada tajuk-tajuk yang penting dan dah lama tak keluar - Bagi bab-bab lain,
tumpukan kepada tajuk-tajuk yang sering keluar atau lama tak keluar. - contohnya: Dokumen dalam
negeri atau pemasaran

3. Buat nota ringkas bagi nota yang diberikan guru atau dari buku rujukan - Buat nota poket atau peta
minda,yang mudah dibawa ke sana-sini - Nota ini penting menjelang peperiksaan untuk dibaca
sepintas lalu - Pembacaan buku rujukan atau nota panjang pada saat akhir,hanya membuatkan anda
panik malah boleh menghilangkan memori anda tentang sesuatu perkara.

4. Belajar secara berkumpulan - ini untuk mengelakkan boring belajar sendiri atau sering tertidur - apa

yang anda boleh buat:- 1. Buat nota ringkas atau bandingkan nota ringkas anda dengan kawankawan 2. Buat kuiz dan latih tubi Timbulkan persaingan antara satu sama lain.

3. Kumpulkan soalan-soalan ikut bab dan cuba jawap .Bandingkan jawapan anda dengan kawankawan anda.

KENAPA MESTI SKOR CEMERLANG DALAM MATAPELAJARAN PERDAGANGAN

1. Untuk memperbanyakkan bilangan A..terutama A1.

2. Menepati syarat kemasukan ke Matrikulasi Ekonomi/Pengurusan


Mengikut syarat-syarat kemasukan ke IPTA dalam buku panduan UPU , antara mata pelajaran yang
diambil kira ke matrikuslasi ialah matapelajaran Perdagangan. Anda mesti skor A1,A2 atau C3. (Juga
mesti kredit dengan baik dalam Matematik dan Bahasa Inggeris)

3. Asas pemilihan pelajaran subjek Pengurusan Perniagaan STPM


Bagi pelajar yang ke Tingkatan 6, mata pelajaran perdagangan membolehkan mereka memilih subjek
Pengurusan Perniagaan STPM.

SUKATAN MATA PELAJARAN PERDAGANGAN


1.0 Asas Kepada Perdagangan
1.1 Keperluan dan kehendak manusia
1.2 Pengeluaran
1.3 Faktor-faktor Pengeluaran
(Peruntukan waktu : 17)
2.0 Unsur-unsur Perdagangan
2.1 Perdagangan
(Peruntukan waktu : 4)
3.0 Perniagaan Dalam Negeri
3.1 Perniagaan Dalam Negeri
3.2 Saluran Agihan
3.3 Perniagaan Runcit
3.4 Perniagaan Borong
(Peruntukan waktu : 40)
4.0 Perniagaan Antarabangsa

4.1 Perniagaan Antarabangsa


4.2 Perniagaan Import, eksport dan entrepot
4.3 Dokumen Perniagaan antarabangsa
(Peruntukan waktu : 16)
5.0 Industri Kecil dan Sederhana
5.1 Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
(Peruntukan waktu : 7)
6.0 Pemilikan Perniagaan
6.1 Memulakan Perniagaan
6.2 Jenis Pemilikan Perniagaan
6.3 Penswastaan
(Peruntukan waktu : 12)
7.0 Pelaburan
7.1 Pelaburan
7.2 Jenis Pelaburan
7.3 Panduan Am Melabur
(Peruntukan waktu : 9)
8.0 Perbankan dan Institut Kewangan Lain
8.1 Sistem Perbankan
8.2 Jenis-jenis bank
8.3 Perkhidmatan Bamk Perdagangan
8.4 Cek
8.5 Institusi Kewangan Lain
(Peruntukan waktu : 24)
9.0 Insurans
9.1 Insurans
9.2 Prinsip-prinsip Insurans
9.3 Jenis Insurans
9.4 Takaful
9.5 Belian Polisi dan tuntutan gantirugi
(Peruntukan waktu : 20)
10.0 Pengangkutan
10.1 Pengangkutan
10.2 Jenis Pengankutan
10.3 Pengkontenaan
(Peruntukan waktu : 11)
11.0 Komunikasi
11.1 Komunikasi
11.2 Perkhidmatan Komunikasi
(Peruntukan waktu : 10)
12.0 Pergudangan
12.1 Perdudangan
12.2 Jenis-jenis gudang
(Peruntukan waktu : 8)

13.0 Promosi
13.1 Promosi
13.2 Jenis Promosi
13.3 Media Pengiklanan
13.4 Pemilihan Media pengiklanan
(Peruntukan waktu : 12)
14.0 Peranan Kerajaan Dalam Perniagaan
14.1 Peranan Kerajaan dalam Perniagaan
(Peruntukan waktu : 10)
15.0 Konsumerisme
15.1 Konsumerisme
15.2 Perlindungan Pengguna
(Peruntukan waktu : 10)
(Jumlah waktu : 210)

PERDAGANGAN
Dalam subjek perdagangan, teknologi sangat diperlukan terutamanya dalam mencari sumber atau
bahan rujukan selain menggunakan buku teks dan buku rujukan. Internet adalah capaian yang paling
pantas untuk mendapatkan maklumat. Oleh sebab itu, pelajar lebih mudah mendapat maklumat dan
menyiapka tugasan yang diberikan. Saya akan memberikan beberapa contoh dalam topik
perdagangan yang menggunakan kemudahan Internet.
Yang pertama, dalam topik perbankan dan institusi kewangan, ia ada menerangkan tentang salah
satu perkhidmatan bank perdagangan ialah perbankan elektronik. Tanpa internet, transaksi tidak
dapat dijalankan dengan baik. E-banking iaitu perbankan elektronik meliputi segala transaksi yang
melibatkan media elektronik. Jika penggunaan mesin teler automatik, mesin deposit tunai, mesin
deposit cek, mesin mengemaskinikan buku simpanan memerlukan kehadiran fizikal di lobi bank,
namun telebank dan perbankan internet membolehkan transaksi perbankan dilakukan berjarak jauh
tanpa kehadiran fizikal. Ini sangat memudahkan pelanggan dan dapat menjimatkan masa yang
diambil untuk menyelesaikan sesuatu transaksi.
ahawan akan cuba mempromosikan produk atau perkhidmatan melalui laman web dalam internet. Ia
adalah cara yang amat berkesan dan menjimatkan dalam era teknologi maklumat masa kini.
Pengeluar boleh membina laman web yang mempamerkan gambar, foto, ciri-ciri, spesifikasi, dan
harga produk untuk diakses oleh jutaan pengguna Internet di seluruh dunia.
Antara kelebihan mengiklan dalam internet adalah:
*liputan luas merangkumi seluruh dunia
*menjimatkan
*pantas
*menarik

You might also like