You are on page 1of 13

BPME 2023 Kreativiti dan Inovasi

Profil Syarikat LEGO

Nama LEGO adalah singkatan dari dua perkataan Denmark iaitu ‘Leg godt’ yang bermaksud ‘play
well’. Kumpulan LEGO adalah sebuah syarikat milik persendirian yang berpangkalan di Billund,
Denmark. Syarikat ini masih diwarisi oleh keluarga Ole Kirk Kristiansen yang diasaskan pada
tahun 1932, dari sebuah bengkel pertukangan kayu yang kecil kepada sebuah perusahaan moden
dan global yang kini merupakan salah satu pengeluar terbesar di dalam industri barangan
permainan. Kini legasi Kumpulan LEGO diteruskan oleh pemilik generasi yang keempat iaitu
Thomas Kirk Kristiansen. Terkini Kumpulan LEGO melantik Bali Padda sebagai Ketua Pegawai
Esekutif (CEO) yang baru menggantikan Jørgen Vig Knudstorp berkuatkuasa 1 Januari 2017.
Pemegang-pemegang saham Kumpulan LEGO ialah KIRKBI A/S sebanyak 75% kepentingan dan
25% kepentingan lagi dimiliki oleh LEGO Foundation.

Falsafah LEGO adalah untuk memperkayakan permainan yang berkualiti dalam kehidupan kanak-
kanak dan menyediakan asas untuk masa kehidupan dewasa mereka. Mereka percaya permainan
yang merupakan elemen penting dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak akan
merangsang imaginasi dan mencetuskan idea serta ekspresi kreatif. Semua produk LEGO adalah
berdasarkan kepada falsafah pembelajaran dan pembangunan melalui aktiviti bermain.

Sesuai dengan moto ‘det bedste er ikke for godt’ yang bermaksud 'Hanya yang terbaik adalah
cukup baik', Kumpulan LEGO telah menekankan kepentingan kualiti yang tinggi sejak tahun 1932,
dimana pengasasnya Ole Kirk Kristiansen bermula membuat permainan kayu. Produk yang
berkualiti tinggi dan selamat kekal menjadi tumpuan utama bagi Kumpulan LEGO sepanjang
tahun. Produk LEGO diuji dengan rapi untuk kekal bertahan sehingga kini.

1
BPME 2023 Kreativiti dan Inovasi

Profil Produk LEGO

Bata LEGO adalah bahan utama dimana ianya sebahagian daripada sistem LEGO yang pada
dasarnya bererti bahan tersebut boleh dengan mudah digabungkan dalam kuantiti yang tidak terhad
dan ianya mudah diceraikan. Semakin banyak kuantiti bata LEGO yang dimiliki, lebih banyak
kreativiti boleh dijanakan. Gabungan sistem berstruktur, logik dan kreativiti yang tidak terhad
menggalakkan kanak-kanak untuk belajar melalui bermain dalam cara LEGO yang penuh unik.

Kumpulan LEGO ingin meninggalkan kesan yang positif dan besar sama ada terhadap pihak
berkepentingan mahu pun masyarakat sejagat. Kumpulan LEGO komited untuk menjaga alam
sekitar dimana ianya akan diwarisi oleh generasi akan datang dan memberi inspirasi untuk bakal
pencipta masa hadapan. Pada Februari 2015 LEGO telah menggantikan Ferrari sebagai “jenama
paling terkenal di dunia” oleh Brand Finance. LEGO dikenali kerana permainan ini membolehkan

2
BPME 2023 Kreativiti dan Inovasi

kanak-kanak menerokai potensi kemahiran mereka dalam bidang pembinaan, kreativiti, kognitif
dan sebagainya. LEGO bukan sahaja menjadi permainan kanak-kanak malah ia juga melangkaui
fungsi asalnya dan menjadi sebahagian daripada kebanggaan masyarakat dunia.

Nilai-nilai Penjenamaan LEGO

1. Imaginasi
Asas untuk berkreativiti adalah dengan membayangkan bagaimana sesuatu yang biasa menjadi
luar biasa, fantasi atau fiksyen. Berimaginasi adalah langkah pertama untuk memulakannya dan
bermain secara bebas adalah cara kanak-kanak untuk mengembangkan imaginasi mereka.

2. Kreativiti
Kreativiti adalah keupayaan untuk tampil dengan idea-idea dan perkara-perkara yang baru,
mengejutkan dan bernilai. Kreativiti sistematik adalah satu bentuk tertentu kreativiti yang
menggabungkan logik dan penaakulan dengan bermain dan berimaginasi.

3. Keseronokan
Keseronokan adalah kegembiraan yang dialami apabila terlibat sepenuhnya dalam sesuatu yang
memerlukan penguasaan. Apabila keupayaan berada dalam keseimbangan bersama cabaran di
tangan dan pihak LEGO menyediakan medium ke arah matlamat. Keseronokan yang dialami
bersama, keseronokan pengembaraan dan semangat kegembiraan kanak-kanak akan menjadi
keterujaan pada diri sendiri dan masyarakat.

4. Pembelajaran
Pembelajaran adalah mengenai keinginan untuk mengambil tahu, mencuba dan bekerjasama
dengan mengembangkan pemikiran akan membantu membangunkan wawasan baru dan
kemahiran baru. Kanak-kanak belajar melalui bermain dengan meletakkan sesuatu bersama-sama
dengan cara yang berbeza untuk mewujudkan objek baru.

3
BPME 2023 Kreativiti dan Inovasi

5. Prihatin
Prihatin adalah mengenai keinginan untuk membuat perubahan positif dalam kehidupan kanak-
kanak dan mempertimbangkan perspektif mereka dalam segala yang dilakukan. Dengan berbuat
demikian, bukan kerana ianya keperluan tetapi kerana ia adalah hak mereka dan kerana kita
mengambil berat.

6. Kualiti
Sebagai menjadi reputasi pembuatan kecemerlangan untuk semakin dipercayai oleh semua pihak,
LEGO percaya kepada kualiti yang telah membuktikannya. Bagi LEGO, kualiti bermakna cabaran
untuk penambahbaikan yang berterusan untuk menjadi pengeluar bahan permainan yang terbaik
untuk perkembangan kanak-kanak dan masyarakat.

Sejarah Produk LEGO

Seperti diketahui umum, LEGO adalah berasal dari negara Denmark. Penciptanya ialah seorang
tukang kayu bernama Ole Kirk Kristiansen. Beliau pernah kehilangan pekerjaan dan beberapa kali
mengalami kerugian dalam perniagaannya serta kejadian kebakaran kilang beliau. Selepas
kematian isterinya beliau yang menjaga empat orang anaknya mendapat inspirasi untuk mencipta
permainan pada awalnya iaitu itik yang dibuat daripada kayu sebagai permainan anaknya
sehinggalah beliau melakukan inovasi dalam ciptaan permainannya iaitu ‘brick’ yang juga
diperbuat daripada kayu.

4
BPME 2023 Kreativiti dan Inovasi

LEGO berasal daripada perkataan Danish iaitu ‘Leg Godt’ iaitu ‘play well’ dan syarikat
berkembang dengan Kumpulan LEGO. Selepas kematiannya kerana serangan jantung, anak beliau
yang ketiga, Godtfred Kirk mengambil alih syarikat tersebut dan antara perkara utama yang beliau
lakukan adalah dengan menukarkan LEGO kepada bentuk yang lebih moden dan ‘interconnection’
yang lebih kuat. Antara usaha yang menyebabkan mereka berkembang adalah mereka sentiasa
mengamalkan ‘customer-centric approach’ dan selalu membuat kaji selidik kepada pelanggan
mereka yang akhirnya melahirkan pelbagai ciptaan baru seperti ‘train set’ pada awal fasa
pengembangan mereka. Pada tahun 1968, LEGO telah mengembangkan perniagaannya dengan
pembukaan Taman Tema Legoland pertama di Denmark dan selepas pada itu generasi ketiga iaitu
cucu kepada Ole meneruskan legasi LEGO. LEGO juga pernah melalui fasa kejatuhannya dengan
pelbagai jenis permainan baru seperti permainan video pada tahun 2000. Mereka akhirnya
melancarkan unit baru iaitu ‘digital design software and interactive games’ untuk Wifi dan
komputer.

Inovasi Produk LEGO

LEGO merupakan permainan pembinaan yang paling terkenal di dunia kerana keunikannya
berfungsi. LEGO dapat mengubah dari permainan biasa kepada luar biasa dengan pelbagai inovasi
sehingga LEGO menjadi permainan yang membina daya imaginasi dan kreativiti kanak-kanak
termasuk orang dewasa secara sedar mahupun tanpa disedari kerana penggunaan otak kanan yang

5
BPME 2023 Kreativiti dan Inovasi

optimum. Ia bermula dengan membina sistem permainan LEGO yang menjadikan permainan
LEGO boleh dijadikan apa sahaja dengan imaginasi yang tidak terbatas. Pada hari ini, ramai yang
telah merekacipta robot, bangunan, dan apa sahaja daripada LEGO menyebabkan permainan
LEGO diduplikasi oleh para pesaing mereka. Namun, inovasilah yang membezakan LEGO
daripada jenama lain.

LEGO berasal daripada permainan kayu yang mula dihasilkan pada tahun 1932 yang
menggunakan nama asal ‘Automatic Binding Bricks’, dipaten di United Kingdom pada tahun 1939
dan mula dipasarkan pada tahun 1947. Rekabentuk ini kemudiannya diubahsuai mengikut sampel
yang dihasilkan oleh pengeluar menggunakan mesin ‘injection-molding’, yang kemudiannya
dibeli oleh LEGO. Kepingan LEGO kemudiannya dihasilkan menggunakan ‘cellulose acetate’.

LEGO mempunyai moto yang amat menarik iaitu “det bedste er ikke for godt”, yang bermaksud
“hanya yang terbaik adalah terbaik” atau boleh juga membawa maksud “yang terbaik masih belum
terlalu baik”. Moto yang masih lagi digunakan sehingga ke hari ini diasaskan oleh Ole Kirk untuk

6
BPME 2023 Kreativiti dan Inovasi

menggalakkan para pekerjanya supaya tidak mengurangkan kualiti barangan mereka. Sehingga
tahun 1951, barangan permainan plastik merupakan separuh daripada bahan yang dihasilkan oleh
LEGO yang pada masa itu barangan plastik dikira sebagai barangan yang kurang sesuai untuk
peralatan permainan kanak-kanak.

Menjelang 1954, pengurusan LEGO mula diambil alih oleh anak kepada Ole Kirk iaitu Godtfred
yang juga merupakan bermulanya pengembangan empayar LEGO ke pasaran luar. Beberapa
pembaharuan dilakukan bagi menjadikan LEGO lebih mudah untuk dipadankan iaitu menjadi
bentuk-bentuk yang lebih ‘versatile’. Pada tahun 1958, LEGO mempunyai bentuk modennya
namun ianya mengambil masa kira-kira lima tahun lagi untuk LEGO menggunakan material yang
lebih baik iaitu polimer ABS (acrylonitrile butadiene styrene). LEGO moden kemudiannya
dipatenkan pada 28 Januari 1958.

Kemudian LEGO juga memperkenalkan LEGO Duplo pada tahun 1969 iaitu dengan rekaan yang
lebih besar sehingga dua kali ganda saiz LEGO asal untuk menyasarkan kepada golongan kanak-
kanak yang masih kecil. Rekabentuk manusia kecil pula mula diperkenalkan pada tahun 1978 yang
kemudiannya terus menjadi sebahagian daripada pelengkap kepada set-set LEGO yang berikutnya.

7
BPME 2023 Kreativiti dan Inovasi

Pada Mei 2011, LEGO menyertai kapal angkasa Space Shuttle Endeavour, misi STS-134 bersama
13 set LEGO menuju ke Stesen Angkasa Antarabangsa dalam mengkaji kesan mikro-graviti ke
atas model yang dihasilkan. Keputusan kajian ini kemudiannya akan dikongsikan bersama dengan
sekolah-sekolah sebagai salah satu program pendidikan. Pada Mei 2013 pula model terbesar yang
dihasilkan menggunakan LEGO di pamerkan di New York menggunakan 5 juta LEGO untuk
menghasilkan saiz sebesar 1:1 model kapal X-wing fighter. Selain daripada itu LEGO juga pernah
menghasilkan menara 112 kaki dan landasan keretapi sejauh 4 kilometer.

LEGO sentiasa menghasilkan keluaran-keluaran terbaru bersesuaian dengan peredaran masa.


Malah LEGO mempunyai kawalan mutu yang ketat di mana mesin yang menghasilkan kepingan-
kepingan LEGO hanya mempunyai kadar tolerans sebanyak 10 mikrometer sahaja. Ini adalah

8
BPME 2023 Kreativiti dan Inovasi

untuk memastikan setiap kepingan dapat dicantumkan dengan sempurna dan boleh pula
ditanggalkan semula. Perkembangan permainan LEGO ini adalah kerana usaha berterusan LEGO
yang bukan sahaja menghasilkan kualiti barangan yang bermutu malah sentiasa menghasilkan
barangan baru yang berdaya saing. Ia juga tidak memandang rendah kemampuan pesaing-
pesaingnya. LEGO mempunyai kakitangan rekabentuk seramai 120 orang yang terletak di
beberapa kawasan seperti di United Kingdom, Spanyol, Jerman dan Jepun.

Selain daripada penghasilan permainan dan aktif dalam promosi penghasilan model-model
terbesar dan sebagainya, LEGO juga mempunyai filem-filem, permainan video , board games dan
pelbagai lagi bidang yang menjadikan ia sentiasa dikenang. Malah hari ini LEGO turut
menghasilkan Taman Tema nya sendiri di beberapa kawasan iaitu yang pertamanya di Billund
Denmark, dan setrusnya di Windsor England, Günzburg Jerman, Carlsbad California dan Winter
Haven Florida Amerika Syarikat, dan yang terakhir terletak di Nusajaya Johor Malaysia.

Analisis SWOT

Analisis SWOT merupakan suatu bentuk analisis yang digunakan oleh sesebuah perusahaan atau
organisasi yang sistematik dan dapat membantu dalam usaha penyusunan suatu rencana yang
matang untuk mencapai tujuan perusahaan atau organisasi tersebut untuk tujuan jangka panjang
dan jangka pendek. Selain itu, analisis SWOT juga dapat diertikan sebagai sebuah bentuk analisa

9
BPME 2023 Kreativiti dan Inovasi

situasi dan keadaan yang bersifat deskriptif (memberi suatu gambaran) tentang sebuah perusahaan
atau oraganisasi.

Bagi pangguna analisa ini, bahawa analisa SWOT semata-mata hanya digunakan sebagai suatu
analisa saja, bertujuan untuk menggambarkan situasi yang sedang dihadapi sebuah perusahaan
atau oraganisasi. Analisis SWOT bukan sebuah alat yang mampu memberikan jalan keluar dari
permasalahan yang sedang dihadapi.

Definisi dan Strategi Analisis SWOT

SWOT merupakan singkatan dari Strength, Weaknesses, Opportunities dan Threats. Strength
(kekuatan), Weaknesses (kelemahan), Opportunities (Peluang), Threats (ancaman). Seperti yang
diketahui, analisis SWOT terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:

1. Strenght (S) atau disebut sebagai analisis kekuatan

Dimana situasi ataupun kondisi yang merupakan gambaran kekuatan dari suatu organisasi atau
perusahaan pada ketika ini. Yang harus di lakukan dalam mengunakan analisis ini adalah setiap
perusahaan atau organisasi perlu menilai kekuatan dan kelemahan yang dimiliki kemudian
dibandingkan dengan para pesaing-pesaingnya. Misalnya jika kekuatan perusahaan tersebut
unggul didalam kualitinya, maka keunggulan itu dapat di manfaatkan untuk mengisi segmen
pasaran yang memerlukan tingkatan kualiti yang lebih baik.

Di dalam hal ini, LEGO mempunyai kekuatan dari segi rekabentuk, penggunaan yang kemas dan
mudah serta penampilan dan aplikasi yang terserlah. Oleh yang demikian LEGO menggunakan
siri-ciri kekuatan ini untuk berada di dalam pasaran.

2. Weaknesses (W) atau disebut sebagai analisis kelemahan

Di mana situasi ataupun kondisi yang merupakan gambaran kelemahan dari suatu organisasi atau
perusahaan pada ketika ini. Weaknesses merupakan cara untuk menganalisis kelemahan yang ada
dalam sebuah perusahaan ataupun organisasi. Yang mana kelemahan tersebut dapat menjadi
halangan dalam mencapai kemajuan suatu perusahaan atau organisasi. Misalnya jika perusahaan

10
BPME 2023 Kreativiti dan Inovasi

tersebut terdapat halangan dalam pemasaran , maka perusahaan harus meneliti kekurangan-
kekurangan yang di miliki yang berhubung dengan sektor pemasaran. Ini adalah bertujuan agar
permasalahan tersebut tidak membuat perusahaan tidak dapat bersaing dan mudur di bandingkan
perusahaan lain.

Melalui analisis ini, LEGO sentiasa mengenal pasti akan kelemahan-kelemahan produknya, di
mana sebagai contohnya dari segi penggunaan kayu sebagai barangan asas pembuatan dan
menukarkan kepada plastik yang lebih praktikal dengan perubahan aliran zaman. Jika LEGO tidak
mengenal pasti akan kelemahan dari segi penggunaan bahan mentah tersebut, kemungkinan besar
produk LEGO itu tidak mendapat sambutan pada masa kini dan dianggap kuno.

3. Opportunity (O) atau disebut sebagai analisis peluang

Di mana situasi atau kondisi yang merupakan gambaran peluang dari luar sesuatu organisasi atau
perusahaan dan gambaran tersebut dapat memberikan peluang berkembangnya sesuatu organisasi
atau perusahaan dimasa hadapan. Opportunity merupakan ananlisis yang digunakan untuk mencari
peluang memungkinkan suatu perusahaan ataupun organisasi boleh berkembang. Baik pada masa
kini ataupun pada masa akan datang. Misalnya sebuah perusahaan industri minuman berada di
kawasan atau daerah yang panas, dimana kawasan atau daerah tersebut sangat memerlukan
minuman segar, maka perusahaan tersebut memiliki peluang untuk mengeluarkan produk
minuman yang segar dengan harga yang lebih tinggi dari kebiasaannya.

Ini yang terjadi kepada LEGO, di mana ia adalah perintis yang menggunakan kaedah bricks atau
bata, sebagai suatu jenis atau bentuk mainan kanak-kanak pada tahun 1932 lagi. LEGO terus
berkembang dan menggunakan peluang yang wujud pada ketika itu pada asalnya.

4. Threats (T) atau disebut sebagai analisis ancaman

Di mana situasi atau kondisi yang merupakan gambaran ancaman dari sesuatu perusahaan atau
oraganisasi dalam menjalankan suatu usaha atau rancangan. Theart merupakan cara menganalisis
tantangan atau ancaman yang harus dihadapi oleh sesuatu perusahaan ataupun organisasi dalam
menghadapi pelbagai faktor yang tidak menguntungkan. Yang mana ancaman tersebut dapat

11
BPME 2023 Kreativiti dan Inovasi

menyebabkan kemunduran sesuatu perusahaan. Jika tidak di atasi dengan segera, maka ancaman
tersebut akan menjadi penghalang bagi suatu usaha yang akan dijalankan. Misalnya sebuah
organisasi yang mengusahakan perabot rotan di daerah pendalaman. Seiring dengan arus
pembanggunan yang semakin pesat,terdapat banyak kawasan perhutanan diterokai dan di
bangunkan, sekali gus bekalan rotan yang merupakan bahan asas yang diperlukan oleh pengusaha
rotan tadi secara tidak langsung akan berkurangan dan memberi kesan kepada tahap kualiti dan
kuantiti perabot itu. Ini merupakan suatu bentuk ancaman padanya.

Bagi LEGO, sudah tentu mendapat ancaman dari pada pengeluar-pengeluar mainan yang meniru
akan konsep LEGO tetapi menggunakan bahan asas yang murah dan tidak berkualiti. Pengeluar-
pengeluar lain cuba untuk mengambil sebahagian dari segmen pasaran LEGO yang sedia ada
dengan menawarkan harga yang lebih murah dengan konsep mainan yang sama. Sebaagai contoh
barang-barang dari negara China yang mempunyai rupa bentuk dan konsep yang seakan sama
dengan produk lego tetapi menggunakan bahan asas yang lebih murah tanpa menitik beratkan
kualiti. Ancaman ini harus diambil perhatian oleh LEGO agar peratusan segmen pasaran mereka
akan berkurangan dari masa ke semasa. Salah satu langkah yang diambil oleh LEGO adalah
sentiasa membuat pelbagai inovasi terhadap produk mereka dengan mengekalkan kualiti yang
lebih baik serta harga yang berpatutan.

Cadangan Inovasi

Jika dilihat dari perubahan phasa atau inovasi yang telah dilakukan oleh LEGO, jelas menerangkan
kepada kita akan perkembangan yang berlaku dalam segmen pasaran mainan di peringkat global.
Ini menunjukkan bahawa, LEGO sentiasa membawa perubahan di dalam mereka bentuk produk
mereka. Oleh yang demikian, masih terdapat ruang untuk diinovasikan produk tersebut. Salah satu
cadangan yang boleh pihak LEGO melakukan inovasi adalah dengan membuat produk lego
tersebut berbentuk flaksibal sambil mengekalkan ciri-ciri yang sedia ada seperti cara menyambung
sesebuah unit lego, memasukkan sistem motor dan Bluetooth.

Seperti yang sedia maklum, produk LEGO yang disambung boleh membentuk sesuatu atau
sesebuah objek. Namun objek tersebut masih berbentuk rigid, sebagai contoh pemasangan tangan
yang masih mempunyai sudut atau sesiku yang seolah – olah berbentuk robot. Dengan melakukan

12
BPME 2023 Kreativiti dan Inovasi

inovasi terhadap bahan asas produk, tangan yang berbentuk robot tersebut boleh diliutkan seperti
patung yang seakan akan hidup pergerakannya.

Untuk merealisasikan inovasi tersebut jabatan penyelidikan LEGO perlu melakukan anjakan
paradigma dalam melakukan penyelidikan dan pembangunan produk. Jabatan tersebut perlu
mengenalpasti jenis bahan asas yang boleh meliutkan setiap unit produk yang disambung untuk
menjadikan okjek. Kini pihak LEGO menggunakan bahan asas plastic ABS yang keras dan rapuh.
Oleh itu, pihak jabatan penyelidikan perlu mengetahui akan bahan asas lain yang perlu
dicampurkan dengan bahan utama ABS tersebut untuk menjadikan satu lagi perubahan fizikal
kepada produk tersebut.

Rujukan

Henry Wiencek (1987). The World of LEGO Toys. Harry N. Abrams, New York.

LEGO (2017). Diakses pada 2 Januari 2017. https://www.lego.com/en-us

LEGO Group (1982). 50 Years of Play. Internal LEGO publication.

Willy Horn Hansen (1982). 50 Years of Play. The LEGO Group.

13

You might also like