You are on page 1of 8

KONTRAK PERJANJIAN TAPAK JUALAN

KARNIVAL KEUSAHAWANAN DAN KERJAYA


PULAU PINANG 2022

DI ANTARA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

DAN

____________________________________________

____________________________________________

____________________________________________

1
PERJANJIAN TAPAK JUALAN NIAGA KARNIVAL KEUSAHAWANAN

DAN KERJAYA PULAU PINANG 2022 (selepas ini disebut ‘Perjanjian ini’)

dibuat pada _________________ DI ANTARA UNIVERSITI SAINS

MALAYSIA, sebuah institusi pengajian awam yang ditubuhkan di bawah Akta

Universiti dan Kolej Universiti 1971 yang beralamat di 11800 USM, Pulau Pinang

(kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Universiti") di satu pihak; DAN

___________________________________________________________________

(No. Kad Pengenalan: ______________________ & No. SSM:

_____________________). Universiti dan Penyewa, selepas ini akan dirujuk secara

individu sebagai ‘Pihak’ dan secara kolektif sebagai ‘Pihak-pihak’.

1. PENGENALAN

TAPAK JUALAN NIAGA KARNIAL KEUSAHAWANAN DAN KERJAYA

PULAU PINANG 2022 merupakan program keusahawanan yang menyediakan

ruang perniagaan kepada para peniaga dan dikendalikan oleh Pusat Pembangunan

HEBAT (HDC), Universiti Sains Malaysia. Program keusahawanan ini bertujuan

memberi peluang kepada peniaga yang berminat untuk berniaga di dalam kampus.

Hal ini bagi memeriahkan lagi suasana Karnival Keusahawanan dan Kerjaya Pulau

Pinang 2022 yang akan diadakan di Padang Kawad USM, Pulau Pinang pada 25

November 2022 hingga 27 November 2022.

2
2. PENYERTAAN

Penyertaan terbuka kepada para peniaga luar dan pelajar USM yang menjalankan

sebarang jenis perniagaan.

3. TAPAK JUALAN

Perniagaan di tapak Jualan Niaga sempena Karnival Kerjaya dan Keusahawanan ini

akan diadakan pada 25 November 2022 hingga 27 November 2022 bermula jam

9:00 pagi hingga 10:00 malam di Padang Kawad USM. Sekiranya pemohon tidak

ingin meneruskan operasi perniagaan sebelum tamatnya program ini, wang sewaan

tapak tidak akan dikembalikan.

4. CARA MEMOHON

Pemohon perlu mengisi:

1. Borang pendaftaran peniaga melalui pautan:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdq1Bo6M2U2NBRn4HgcnAIO63

dODadNQ5W3tTbhpjQUShteTQ/viewform?usp=sf_link

2. Borang maklumat peniaga (selepas membuat bayaran RM10.00 dan akan

diberikan melalui e-mel peniaga)

3
5. HARGA TAPAK JUALAN

Bayaran sewa tapak niaga hendaklah dibayar atas nama UNIVERSITI SAINS

MALAYSIA (USM) melalui akaun 98986101111655 – CIMB. Harga sewa tapak lot

niaga adalah seperti berikut:

Tapak Jualan (ft) Harga Peniaga Harga Pelajar


Luar USM
20 x 20 (Makanan) RM900 RM700
20 x 20 (Bukan Makanan) RM800 RM600
20 x 10 (Makanan) RM600 RM500
20 x 10 (Bukan Makanan) RM500 RM400
10 x 10 (Makanan Ringan) RM400 RM300
Trak Makanan RM300 RM300
*Harga sewaan tapak jualan tidak termasuk dengan deposit kebersihan.

Deposit kebersihan adalah berjumlah RM 150.00 dan peniaga perlu menyimpan resit
pembayaran sebagai bukti.

7. KAEDAH BAYARAN
Bayaran sewa tapak jualan dan deposit kebersihan perlu dibayar secara dalam talian
sahaja dan resit perlu dihantar ke Whatsapp 019-7753657 (Nur Ain Binti Md Nizam).

8. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN TAPAK JUALAN


8.1 PERMOHONAN
i. Pemohon mestilah memohon menggunakan pautan rasmi yang telah disediakan.
Sebarang permohonan melalui kaedah lain tidak akan diterima.
ii. Borang yang tidak lengkap akan ditolak.
iii. Para pemohon dijemput untuk sertai group WhatsApp “Pemilihan vendor
3KPP”.
iv. Pemohon yang berjaya mendapat tawaran akan dimaklumkan melalui e-mel
dalam tempoh satu minggu selepas tarikh tutup pendaftaran.
4
8.2 TAPAK LOT NIAGA
i. Hanya permohonan diluluskan sahaja dibenarkan berniaga di Padang Kawad
USM sepanjang karnival berlangsung.
ii. Tindakan keras akan diambil kepada peniaga yang beroperasi tanpa kelulusan
Universiti.
iii. Peniaga yang berjaya mendapat tawaran tidak dibenarkan memindah milik,
memajak atau seumpamanya, sama ada sebahagian atau keseluruhan tapak
jualan mereka kepada pihak lain.

8.3 PENGUBAHSUAIAN TAPAK LOT NIAGA


i. Peniaga dilarang sama sekali mengubahsuai tapak jualan sehingga
mengancam atau mengganggu keselamatan awam dan peniaga bersebelahan.
ii. Peniaga juga dilarang sama sekali untuk memindah kedudukan khemah
atau membina tapak jualan sendiri.
iii. Peniaga tidak digalakkan membawa trak makanan keluar masuk USM
sepanjang karnival berlangsung untuk mengelakkan kesesakkan.
(Untuk peniaga trak makanan sahaja)

8.4 KEBERSIHAN & KEMUDAHAN

i. Kebersihan mestilah diutamakan. Tapak jualan mestilah sentiasa bersih dan


berkeadaan baik sepanjang masa.
ii. Peniaga wajib mengeluarkan sisa perniagaan berbentuk kering atau basah di
sepanjang atau selesai operasi perniagaan dan dibuang ke dalam tong sampah
yang disediakan.
iii. Tong sampah besar turut disediakan.
iv. Segala kerosakan atau kehilangan akan dikenakan ganti rugi.

5
8.5 PAS KEBENARAN
i. Sekretariat 3KPP22 akan mengeluarkan “Pas Kebenaran Berniaga” dan
peniaga perlu memakainya sepanjang masa.
ii. Sekretariat 3KPP22 tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan
atau kerosakan “Pas Kebenaran Berniaga”.
iii. Ringgit Malaysia Sepuluh (RM10.00) akan dikenakan sebagai penalti
kerosakan atau kehilangan pas ini.
iv. Setiap tapak lot niaga akan dibekalkan dua “Pas Kebenaran Berniaga dan
masuk”. Pas ini boleh digunakan untuk melepasi sekatan jalan yang dilakukan
oleh Jabatan Keselamatan USM.

8.6 PENGGUNAAN ECO PACK


i. Diingatkan bahawa penggunaan beg plastik adalah TIDAK DIGALAKKAN.
ii. Peniaga TIDAK DIGALAKKAN menggunakan bekas polistirena

8.7 OPERASI TAPAK JUALAN


Perniagaan boleh beropersi bermula pada jam 8:30 pagi dan hendaklah ditutup
selewat-lewatnya jam 12:00 malam sepanjang karnival berlangsung.

9. PELANGGARAN PERJANJIAN
Para peniaga hendaklah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Sekretariat
3KPP22. Jika berlaku sebaliknya, Sekretariat 3KPP22 boleh mengarahkan peniaga
supaya mengosongkan tapak jualan dengan serta merta.

6
Tindakan akan diambil sekiranya:
i. Peniaga atau wakilnya yang didapati oleh Sektretariat 3KPP22 telah melanggar
syarat-syarat seperti yang termaktub dalam Kontrak Perjanjian ini.
ii. Peniaga merosakkan, mencuri atau menghilangkan barang-barang peniaga yang
lain atau barangan yang telah disediakan oleh Sekretariat 3KPP22.
iii. Peniaga memindah milik, menyewakan, memajak atau seumpamanya, sama ada
sebahagian atau keseluruhan tapak jualan mereka kepada orang lain.
iv. Tahap kebersihan tapak jualan tidak memuaskan seperti yang ditetapkan oleh
Sekretariat 3KPP22.
v. Peniaga menggunakan kawasan di luar tapak jualan masing-masing secara
berlebihan sehingga mengganggu laluan pengunjung.
vi. Berlaku pergaduhan sama ada di antara peniaga dan Sekretariat 3KPP22 atau
sesama peniaga.
vii. Peniaga tidak memberikan kerjasama yang baik atau tidak mematuhi arahan serta
larangan yang diberikan sepanjang program berlangsung akan dikenakan penalti.

10. PERINGATAN
i. Sila serahkan Kontrak Perjanjian Tapak Jualan kepada ahli Sekretariat 3KPP22.
ii. Anda mestilah mematuhi perjanjian dan syarat-syarat yang telah ditetapkan, bagi
mengelakkan sebarang tindakan oleh Sekretariat 3KPP22.
iii. Pemilihan penyertaan akan dikelolakan oleh Sekretariat 3KPP22. Peniaga yang
layak akan dihubungi semula.
iv. Jika peniaga ingin menarik diri atau menolak tawaran tapak jualan di saat
akhir setelah menjelaskan sewa tapak jualan, bayaran tersebut tidak akan
dipulangkan kepada peniaga tersebut.
v. Peniaga wajib mematuhi semua peraturan dan ketetapan pengurusan dan
pengendalian makanan yang diwartakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) termasuk suntikan Typhoid.

7
11. PENGESAHAN

Saya mengesahkan bahawa segala butiran yang diberikan adalah benar. Sebarang
kesilapan yang menyebabkan Kontrak Perjanjian ini tidak akan diterima atau ditolak
adalah tanggungjawab saya sendiri. Saya juga telah membaca dan memahami
syarat-syarat tawaran tapak jualan niaga, dan akan mematuhinya. Dengan ini saya
akur dengan segala syarat-syarat yang telah ditetapkan.

TANDATANGAN PENIAGA : TANDATANGAN SEKRETARIAT 3KPP22:

_________________________________ _____________________________________

NAMA : NAMA:
NO.K/P : TARIKH:
NO.TELEFON: COP RASMI:
TARIKH :

TANDATANGAN PEGARAH HDC :

_________________________________________

NAMA : ENCIK HAZLAN ABDUL HAMID


TARIKH :
COP RASMI :

You might also like