You are on page 1of 4

GMP

PENGENALAN
Pengiktirafan Good Manufacturing Practice (GMP) diwujudkan bagi memberi
pengiktirafan rasmi kepada industri yang mencapai mengamalkan elemen-elemen
GMP sekaligus memenuhi kehendak-kehendak keselamatan makanan dan kehendak
pengguna.Skim Pensijilan GMP telah dilancarkan untuk memberikan pengiktirafan
rasmi kepada premis makanan yang berjaya mengamalkan dan mengekalkan sistem
GMP di premis makanan.
SKOP
Permohonan untuk mendapatkan sijil ini adalah terbuka kepada semua jenis
pengusaha premis makanan yang terlibat dalam pengilangan makanan. Pemohon
hendaklah melaksana dan mengamalkan semua elemen GMP yang terkandung di
dalam Malaysian Standard 1514:2009 Proses pensijilan melibatkan audit kecukupan,
pematuhan dan pemantauan oleh juruaudit yang dilantik oleh Bahagian
Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM).
OBJEKTIF
Objektif Skim Pensijilan GMP ini adalah untuk member pengiktirafan rasmi kepada
premis makanan yang telah berjaya melaksana dan mengamalkan semua kriteria
skim pensijilan GMP.
FAEDAH
 Dipermudahkan dalam mendapatkan sijil eksport seperti Sijil Penjualan
Bebas, Sijil GMO, dan lain-lain.
 Menguatkan dan sokongan kepada sistem jaminan kualiti yang lain seperti
ISO. HACCP dan HALAL.
 Dapat bersaing dengan negara-negara lain dalam pasaran makanan global.
 Memudahkan industri mendapat pengiktirafan dalam berurusan dengan
agensi kewangan dalam urusan insentif atau bantuan kewangan.
 Logo GMP KKM boleh digunakan pada produk yang telah mendapat
pengiktirafan.
 Memastikan industri makanan mematuhi piawaian di peringkat domestik dan
luar negara.
SYARAT PERMOHONAN
Syarat Umum:
 Premis perlu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui
website http://fosimdomestic.moh.gov.my
 Premis perlu berlesen dengan Pihak Berkuasa Tempatan atau kelulusan dari
agensi kerajaan yang lain; kecuali bagi premis yang diselenggara oleh
Kerajaan.
 Premis perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kecuali
bagi premis yang diselenggara oleh Kerajaan.
 Sistem GMP perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum
permohonan.
 Premis makanan perlu mematuhi undang-undang dan peraturan yang
berkaitan di Malaysia.
Syarat Khusus:
Sistem GMP perlu dibangunkan dan didokumenkan berdasarkan kepada Malaysian
Standard 1514:(Latest Revision).
Manual GMP perlu mengandungi dokumen minima seperti berikut :
2.1. Profail syarikat
2.2. Polisi Pengurusan Keselamatan Makanan
2.3. Objektif Keselamatan Makanan
2.4. Carta Organisasi
2.5. Carta ahli GMP dan latarbelakang ahli GMP
2.6. Pelan lokasi
2.7. Penjelasan bagi setiap elemen GMP termasuk SOP, dokumen sokongan dan
sebagainya Manual tersebut perlu ditandatangani oleh pengurusan tertinggi yang
mempunyai kuasa Eksekutif.

Sila muat turun Checklist For GMP New Application yang terletak pada ruangan
bawah untuk semakan.
 
KOS PENSIJILAN GMP

KOS INDUSTRI SME MIKRO


BESAR
BAYARAN PROSES RM - RM - RM -
BAYARAN PERMOHONAN BARU RM 4,700 RM 3,500 RM 2,300
BAYARAN PERMOHONAN
RM 3,500 RM 2,600 RM 1,800
PEMBAHARUAN
BAYARAN PERMOHONAN
RM 800 RM 800 RM 800
SURVEILAN**

*Bayaran pensijilan perlu dikemukakan setelah permohonan pensijilan baru GMP


diluluskan.
*Bayaran perlu dibuat di atas nama “KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN
KESIHATAN MALAYSIA”.
** Bayaran Permohonan Surveilan - RM 1,600 (Berkuatkuasa 1 Januari 2019)
Semua pembayaran perlu dilakukan dalam bentuk bank draf atau wang pos sahaja.
Cek syarikat /Cek peribadi tidak akan diterima.
Definisi:
Industri Besar : Mempunyai 150 orang pekerja sepenuh masa dan ke atas dengan
jualan tahunan adalah RM25 juta dan ke atas.
Industri Kecil Sederhana (SME) : Mempunyai <150 pekerja sepenuh masa dengan
jualan tahunan < RM25 juta
Mikro Enterprise : Mempunyai < 5 pekerja sepenuh masa dengan jualan tahunan
kurang daripada RM250,000

*Bayaran pemprosesan perlu dikemukakan semasa membuat permohonan baru


GMP.
*Bayaran pensijilan perlu dikemukakan setelah permohonan pensijilan baru GMP
diluluskan.
*Bayaran perlu dibuat di atas nama “KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN
KESIHATAN MALAYSIA”.

Semua pembayaran perlu dilakukan dalam bentuk bank draf atau wang pos sahaja.
Cek syarikat /Cek peribadi tidak akan diterima.
PROSES PERMOHONAN
Premis perlu membuat permohonan GMP secara atas talian melalui laman web
http://fosimdomestic.moh.gov.my
TEMPOH SAH LAKU
Tempoh sah laku pensijilan GMP adalah selama tiga (3) tahun. Audit pemantauan
akan dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia secara berkala ke atas premis
terbabit.
PEMBAHARUAN PENSIJILAN GMP
Permohonan pembaharuan pensijilan GMP perlu dilakukan secara atas talian melalui
laman web http://fosimdomestic.moh.gov.my seawal enam (6) bulan sebelum tarikh
tamat tempoh sijil. Kos permohonan pembaharuan pensijilan GMP adalah seperti
jadual di atas.
Garis Panduan Skim Pensijilan GMP
Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) merupakan peraturan, kod dan garis panduan
yang mengawal keadaan operasi dalam sesebuah premis makanan bagi
membolehkan penghasilan makanan yang selamat. Garis panduan ini memberikan
panduan mengenai prosedur permohonan pensijilan GMP daripada KKM.
Permohonan untuk mendapatkan pensijilan ini adalah kepada premis pemprosesan
makanan dan perkhidmatan makanan. Pemohon hendaklah melaksana dan
mengamalkan semua elemen-elemen GMP yang terkandung di dalam Malaysian
Standard MS1514 Good Manufacturing Practice (GMP). Proses pensijilan melibatkan
audit kecukupan, pematuhan, pemantauan dan pembaharuan oleh juruaudit yang
dilantik oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), KKM.
Tujuan skim pensijilan ini adalah untuk memberi pengiktirafan ke atas premis
pemprosesan makanan dan perkhidmatan makanan yang melaksanakan GMP.
Pengiktirafan ini akan meningkatkan keyakinan pengguna ke atas produk yang
dikeluarkan dan membantu dalam meluaskan pasaran produk mereke ke peringkat
antarabangsa dan juga bagi mematuhi perundangan dan standard semasa.

You might also like