You are on page 1of 27

Noorazimah Bt Hj.

Ibrahim
Pegawai Teknologi Makanan
Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan
Pejabat Kesihatan Bahagian Miri
PENGENALAN
Memberi panduan mengenai prosedur
permohonan pensijilan Skim Keselamatan
Makanan 1Malaysia (SK1M) oleh KKM.

Terbuka kepada semua jenis pengusaha premis


makanan:
-Pemprosesan, Pembungkusan, Penyimpanan
dan Pengedar Makanan.
OBJEKTIF
Untuk membantu industri makanan di Malaysia
mendapat pengiktirafan mengikut tahap
pematuhan kepada Peraturan-Peraturan
Kebersihan Makanan 2009 (PPKM 2009) secara
berperingkat.
-Enterprise, Kecil dan Sederhana (EKS)

Secara tidak langsung mematuhi elemen-elemen


minimum mengikut:
-Good Manufacturing Practices (GMP) dan
-Hazard Analysis Control Critical Point (HACCP)
Jenis sk1m
SK1M terdiri daripada tiga jenis pengiktirafan :
kelebihan sk1m
 Pengiktirafan diberikan secara PERCUMA.

 SK1M adalah persediaan asas industri bagi memohon


skim pensijilan GMP dan HACCP.

 Setiap pengiktirafan akan diberi LOGO bagi


memasarkan produk kepada pengguna.
kelebihan sk1m
 SK1M telah dijadikan pra-syarat bagi mendapat
pensijilan agensi lain seperti 1 Malaysia Best oleh
FAMA.

 SK1M beri kelebihan dari aspek keselamatan


makanan semasa permohonan sijil HALAL oleh JAIS.
Skim Pemeriksaan
keselamatan makanan
 Pengiktirafan ini diberikan kepada enterprise
makanan yang telah mematuhi keperluan asas
Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan (PPKM)
2009

 Garis panduan yang perlu dipatuhi adalah Garis


Panduan Dan Senarai Semak Kepada Pengusaha
Industri Makanan (Kebersihan Makanan)
Skim gmP 1 malaysia
 Pengiktirafan ini diberikan kepada industri makanan
yang telah mematuhi keperluan pengiktirafan
Pemeriksaan Keselamatan Makanan, mempunyai
Program Jaminan Keselamatan Makanan dan Sistem
Kebolehkesanan Makanan di bawah Peraturan-
Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009

 Menjadi pra-syarat pengiktirafan HACCP 1 Malaysia


Skim gmp 1 malaysia
 Garis panduan yang perlu dipatuhi adalah :-
a) Garis Panduan Dan Senarai Semak Kepada
Pengusaha Industri Makanan (Kebersihan
Makanan)
b) Garis Panduan Program Jaminan Keselamatan
Makanan (PJKM Am) – Bahagian I
c) Contoh manual PJKM Am – Bahagian II
d) Senarai semak PJKM Am – Bahagian III
e) Garis Panduan Kebolehkesanan Makanan
Skim haccp 1 malaysia
 Pengiktirafan ini diberikan kepada industri makanan
yang telah mematuhi keperluan Peraturan-Peraturan
Kebersihan Makanan (PPKM) 2009 dan tujuh (7)
prinsip HACCP

 Kelebihannya sebagai langkah persediaan bagi


syarikat untuk mendapat Skim Pensijilan HACCP KKM
serta penanda aras kepatuhan syarikat terhadap
PPKM secara menyeluruh
Skim HACCP 1 malaysia
 Garis panduan yang perlu dipatuhi adalah :-
a) Garis Panduan Dan Senarai Semak Kepada
Pengusaha Industri Makanan (Kebersihan
Makanan)
b) Garis Panduan Program Jaminan Keselamatan
Makanan (PJKM Am) – Bahagian I
c) Contoh manual PJKM Am – Bahagian II
d) Senarai semak PJKM Am – Bahagian III
e) Garis Panduan Kebolehkesanan Makanan
f) Garis Panduan HACCP 1 Malaysia
SYARAT – SYARAT
 Skim ini diberikan kepada industri makanan
berdasarkan kepada : -
a) Kepatuhan kepada PPKM 2009
b) Mematuhi semua keperluan yang dinyatakan dalam
Garis Panduan dan Senarai Semak Kepada Pengusaha
Industri Makanan (Kebersihan Makanan)
c) Memenuhi semua elemen pemeriksaan yang
dikehendaki mengikut skim yang dipohon oleh pihak
industri
Strategi
 Direka mengikut tahap pencapaian industri

 Menaik taraf EKS daripada pengiktirafan asas kepada


HACCP 1 Malaysia
KRITERIA PERMOHONAN
Premis makanan yang ingin memohon SK1M perlu mematuhi:
PROSES PERMOHONAN
Permohonan SK1M menggunakan borang
SK1M-1/11 boleh didapati:

- BKKM, KKM atau


- Jabatan Kesihatan Negeri (JKN)
- Pejabat Kesihatan Bahagian/Daerah
- http://fsq.moh.gov.my
PROSES PERMOHONAN
Borang yang lengkap dihantar ke JKN berserta
dokumen-dokumen:
1.Borang permohonan SK1M - 1/11
2.Salinan Slip Pendaftaran Premis KKM
3.Salinan lesen PBT (jika ada) ATAU
4.Salinan ROC dari SSM
5.Garis Panduan dan Senarai Semak yang perlu
dipatuhi
6.Senarai Semak Keperluan Am Premis Makanan,
SK1M/AM/01/11
AUDiT KECUKUPAN &
AUDIT LAPANGAN
KETIDAKPATUHAN
• Semasa pemeriksaan / audit premis terdapat ketidakpatuhan,
CAR(s) akan dikeluarkan.

• Tindakan pembetulan perlu dilakukan dalam tempoh 3 hari.

• Audit susulan akan dijalankan jika perlu selepas menerima


maklumbalas dari pemohon.

• Jika tiada maklumbalas untuk tindakan pembetulan dalam


tempoh 3 bulan dari tarikh CARs, permohonan dianggap
BATAL secara sendirinya.
BAYARAN DAN TEMPOH SAHLAKU
• PERCUMA kepada industri makanan bagi semua jenis
skim

• Tempoh sahlaku pensijilan SK1M : 2 tahun dari tarikh


sijil dikeluarkan.

• Pembaharuan – 3 bulan sebelum tamat tarikh sahlaku.

- Pemohon perlu kemukakan manual/dokumen/senarai


semak berkaitan ke JKN/PKB untuk audit
pembaharuan.
PEMBATALAN SIJIL
Pembatalan sijil akan terbatal, sekiranya : -

a) Terdapat kejadian keracunan makanan di premis atau


produk yang dihasilkan
b) Tidak memperbaharui sijil setelah tamat tempoh
c) Sijil GMP atau HACCP KKM telah dibatalkan atau
digantung
d) KKM tidak akan berkompromi dalam aspek
keselamatan makanan bagi memastikan ianya dipatuhi
KESIMPULAN
• Industri makanan perlu menyahut cabaran utnuk
menjadi peneraju pertumbuhan ekonomi yang lebih
dinamik, kreatif & inovatif
• Perlaksanaan SK1M ini adalah selari dengan lonjakan
industri makanan tempatan yang kini menjadi
pemangkin kepada kemajuan ekonomi negara
• KKM berharap pihak industri makanan akan merebut
peluang melalui SK1M ini
• Dan menjayakan agenda negara untuk memajukan
sektor industri makanan terutamanya di kawasan luar
bandar
LOGO SK1M
SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like