You are on page 1of 1

SKIM PENSIJILAN MeSTI 2013

SKIM PENSIJILAN MeSTI (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri)


Skim Makanan Selamat Tanggungjawab Industri atau ringkasnya MeSTI adalah satu skim yang dijenamakan semula bagi menggantikan Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia (SK1M). Ia adalah satu Program Jaminan Keselamatan Makanan bagi membantu enterpris makanan terutamanya Enterprise Kecil dan Sederhana (EKS) untuk memenuhi keperluan yang diperuntukkan di bawah Peraturan- Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Semua premis makanan yang terlibat di dalam pengilangan makanan di WAJIBkan untuk mengadakan satu Program Jaminan Keselamatan Makanan. Kegagalan untuk mengadakan program ini boleh dikenakan tindakan perundangan. Bayaran : PERCUMA

Tempoh Sah Laku : 3 Tahun (pembaharuan- 3 bulan sebelum tarikh luput) Kelebihan :

1. Memenuhi keperluan perundangan di bawah Peraturan- Peraturan Kebersihan Makanan 2009. 2. Mendapat kemudahan pengeluaran Sijil Penjualan Bebas (Free Sale Certificate)dalam rempoh satu hari TANPA dokumen tambahan. 3. Memudahkan pemasaran produk di pasaraya besar, Kedai Rakyat 1MalaysiaKR1M, Kedai Coop 1Malaysia- COOP1M dan sebagainya. 4. Bimbingan pelabelan secara PERCUMA oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 5. Membantu pihak EKS menyertai Program Pembangunan di bawah SME Corp dan bimbingan dari segi akses kewangan. 6. Logo MeSTI pada label produk makanan dapat meyakinkan pengguna terhadap keselamatan makanan produk tersebut. 7. Pelekat Logo MeSTI akan diberikan secara PERCUMA kepada setiap enterpris yang mendapat pensijilan kali pertama. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi: Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Perak Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30590 Ipoh, Perak No. Telefon untuk dihubungi : 05- 2490200 Laman Web: http://fsq.moh.gov.my/v3/aktiviti-a-perkhidmatan/pensijilan-haccp-gmpmesti-bess/itemlist/search?searchword=MESTI

Disediakan oleh: Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Perak

You might also like