You are on page 1of 27

SKIM PENSIJILAN

"MAKANAN SELAMAT TANGGUNGJAWAB INDUSTI" (MeSTI)


Bil ISI KANDUNGAN Mukasurat

1. Pengenalan 3
2. Objektif 4
3. Skop 4
4. Definisi 4
5. Kelebihan 5
6. Kriteria Permohonan 5
7. Cara Memohon 5
8. Pensijilan Terus (Fast Track) 6
9. Bayaran 6
10. Proses Kelulusan 7
11. Tempoh Sah Laku 9
12. Pemantauan 9
13. Pembaharuan 10
14. Penggantungan dan Pembatalan Sijil 10
15. Pertanyaan 11
16. Rujukan 12
17. Penghargaan 13
Lampiran 1: Carta Alir Kelulusan Pensijilan Permohonan MeSTI (Baru/Pembaharuan) 14
Lampiran 2: Borang Permohonan, MeSTI-1/12-02 15
Lampiran 3 : Senarai Semak Permohonan, MeSTI-2/12-02 16
Lampiran 4: Senarai Semak Elemen, MeSTI-3/12-02 17
Lampiran 5: Senarai Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Jabatan 24
Kesihatan Negeri
GARIS PANDUAN SKIM PENSIJILAN
MAKANAN SELAMAT TANGGUNGJAWAB INDUSTRI (MeSTI)

1. PENGENALAN

Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009 mewajibkan setiap


empunya dan penghuni premis pengilangan makanan hendaklah menyediakan dan
mengadakan satu Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM). PJKM
merupakan satu sistem amalan terancang yang didokumenkan dan memberi jaminan
bahawa mana-mana jenis makanan tertentu tidak akan memudaratkan pengguna
apabila dimakan. Antara PJKM yang telah diperkenalkan kepada premis yang terlibat
dalam pengilangan makanan adalah seperti Good Manufacturing Practice (GMP),
Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP), ISO 22000 dan sebagainya.

Walaubagaimana pun, PJKM sedia ada agak sukar untuk diperolehi oleh premis
pengilangan makanan khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenalkan
suatu skim yang mudah untuk diperolehi dan memenuhi keperluan minima yang
diperuntukkan di dalam PPKM 2009 iaitu Skim Pensijilan Makanan Selamat
Tanggungjawab Industri (MeSTI). Skim Pensijilan MeSTI adalah satu skim yang
dijenamakan semula bagi menggantikan Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia
(SK1M).

Dilaksanakan pada 1998


Berdasarkan permintaan
Fi dikenakan

Dilaksanakan pada 2007


Berdasarkan permintaan
Fi dikenakan

Dilaksanakan pada 2012


Mensasarkan PKS
Berdasarkan Peraturan
PERCUMA

Melalui pensijilan MeSTI, premis pengilangan makanan akan dibimbing dalam


membangun dan melaksanakan Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM)
sebelum pengiktirafan diberikan.

Pensijilan MeSTI juga menawarkan pensijilan terus (Fast Track) kepada syarikat
yang mempunyai pengiktirafan sistem jaminan keselamatan makanan daripada
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) [pensijilan Hazard Analysis and Critical
Control Points (HACCP), Good Manufacturing Practices (GMP)] atau pelesenan Air
Minuman Berbungkus, Air Mineral Semulajadi atau Ais.

2 Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI 2016


2. OBJEKTIF

Garis panduan ini disediakan bagi membantu premis pengilangan makanan di


Malaysia terutamanya PKS dalam mendapatkan pensijilan MeSTI dan seterusnya
mematuhi keperluan-keperluan yang diperuntukan di bawah Peraturan-Peraturan
Kebersihan Makanan 2009.

3. SKOP

Garis panduan ini boleh digunakan oleh premis pengilangan makanan di Malaysia,
pegawai pembimbing dari agensi-agensi kerajaan dan pegawai di Ibu Pejabat
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (IPBKKM), KKM, di Jabatan Kesihatan
Negeri (JKN) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) untuk mengetahui panduan dan
prosedur pensijilan MeSTI.

4. DEFINISI

4.1 Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI)


Suatu Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) yang minima bagi
mengawal operasi pemprosesan dalam sesebuah premis pengilangan
makanan

4.2 Audit
Penilaian berdasarkan bukti, yang dilakukan secara bebas dan sistematik,
dilakukan oleh juruaudit terlatih bagi mengenalpasti sama ada elemen-
elemen MeSTI dan keputusan yang berkaitan mematuhi perancangan yang
disusun, dan sama ada ianya dilaksanakan secara efektif dan bersesuaian
dalam mencapai objektif keselamatan makanan.

4.3 Audit Lapangan


Aktiviti pemeriksaan yang dijalankan bagi menilai tahap kesediaan terhadap
pematuhan elemen-elemen MeSTI di premis pemohon.

4.4 Audit Susulan


Aktiviti pemeriksaan yang dijalankan dalam tempoh tiga (3) bulan selepas
audit penilaian dilaksanakan. Bagi tujuan pensijilan, semua ketidakpatuhan
mestilah ditutup mengikut masa yang telah ditetapkan sebelum kelulusan
pensijilan MeSTI diberikan.

4.5 Audit Pemantauan


Aktiviti pemeriksaan yang dijalankan di premis yang telah memperolehi
pensijilan MeSTI bagi mengesahkan elemen MeSTI dilaksanakan secara
efektif dan berterusan di premis tersebut.

4.6 Juruaudit
Juruaudit adalah pegawai yang berkhidmat di Ibu Pejabat BKKM, KKM dan
pegawai yang bertugas di BKKM, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan juga
di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI 2016 3


4.7 Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM)
PJKM adalah suatu sistem amalan terancang yang didokumenkan dan
memberi jaminan bahawa mana-mana jenis makanan tertentu tidak akan
memudaratkan pengguna apabila ia dimakan.

4.8 Premis Pengilangan Makanan


Premis pengilangan makanan adalah premis yang menjalankan aktiviti
pemprosesan yang meliputi proses kawalan penerimaan bahan mentah,
pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan dan/ atau pengedaran makanan
di Malaysia.

5. KELEBIHAN

5.1 Memudahkan pemasaran produk di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M),


Koperasi 1Malaysia (COOP1M) serta memberi peluang pasaran di pasaraya
besar dan sebagainya.

5.2 Memberi kemudahan dalam mendapatkan Sijil Penjualan Bebas

5.3 Memenuhi keperluan perundangan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan


Makanan 2009 dengan mewujudkan Program Jaminan Keselamatan
Makanan.

5.4 Bimbingan dari segi teknikal secara PERCUMA oleh KKM.

5.5 Mendapat manfaat melalui aktiviti promosi.

5.6 Logo MeSTI pada label produk makanan dapat meyakinkan pengguna
terhadap keselamatan makanan produk tersebut.

6. KRITERIA PERMOHONAN

6.1 Premis makanan yang memohon pensijilan MeSTI perlu mematuhi kriteria-
kriteria berikut :

6.1.1 Berdaftar dengan KKM melalui Pendaftaran Premis Makanan.


Permohonan boleh di atas talian melalui laman sesawang
http://fosimdomestic.moh.gov.my.; dan
6.1.2 Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan/atau
Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 (bagi Sabah dan Sarawak)

7. CARA MEMOHON

7.1 Permohonan MeSTI hendaklah dibuat melalui :

7.1.1 Laman sesawang FoSIM Domestik (http://fosimdomestic.moh.gov.my)


atau;

7.1.2 Muat turun Borang Permohonan, MeSTI-1/12-02 dari laman sesawang


BKKM (http://fsq.moh.gov.my).

4 Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI 2016


7.2 Semua permohonan dan dokumen sokongan bagi pensijilan MeSTI
hendaklah dikemukakan kepada JKN atau PKD di mana lokasi premis
berada.

7.2.1 Set dokumen yang perlu dihantar adalah seperti berikut :

a. Borang Permohonan, MeSTI-1/12-02 – Lampiran 2,

b. Senarai Semak Permohonan, MeSTI-2/12-02 - Lampiran 3,

c. Senarai Semak Elemen, MeSTI-3/12-02 (jika ada) – Lampiran 4,

d. Salinan Slip Pendaftaran Premis KKM yang masih sah,

e. Salinan Sijil Pendaftaran SSM dan/ atau Ordinan Kerajaan


Tempatan 1961 (bagi Sabah dan Sarawak),

f. Salinan lesen daripada PBT dan/atau surat pengesahan daripada


mana-mana agensi kerajaan (jika ada),

g. Salinan Sijil Program Jaminan Keselamatan Makanan (jika ada)


(contoh: Sijil GMP, Sijil HACCP) dan sijil MeSTI bagi tujuan
pembaharuan sahaja),

h. Salinan Lesen Punca Air Minuman Berbungkus/ Air


MineralSemulajadi (AMB/AMS) atau Lesen Penyediaan Ais
daripada KKM (jika ada),

i. Carta alir pemprosesan produk,

j. Senarai produk, dan

k. Senarai nama dan alamat syarikat yang terlibat dalam urusan


OEM (Original Equipment Manufacturer) dengan pengilang premis
makanan

8. PENSIJILAN SECARA TERUS (FAST TRACK)

8.1 Sijil MeSTI layak diberikan secara terus (Fast Track) TANPA proses
pengauditan dijalankan ke atas pemohon berikut:

8.1.1 Pemegang Sijil GMP atau Sijil HACCP yang dikeluarkan oleh KKM,
dan

8.1.2 Pemegang Lesen Air Minuman Berbungkus (AMB) dan Air Mineral
Semulajadi (AMS) serta Lesen Penyediaan Ais yang dikeluarkan oleh
KKM bermula Mac 2014.

Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI 2016 5


9. BAYARAN

Skim ini diberikan secara PERCUMA bagi tujuan pensijilan.

10. PROSES KELULUSAN


(Sila rujuk Carta Alir Kelulusan Pensijilan MeSTI (Baru/Pembaharuan) - Lampiran 1)

10.1 Semakan Permohonan

10.1.1 Permohonan yang diterima akan disemak, disahkan dan direkodkan.

10.1.2 Bagi pemohon yang mempunyai sijil Program Jaminan Keselamatan


Makanan daripada KKM [Hazard Analysis and Critical Control Points
(HACCP), Good Manufacturing Practices (GMP)] atau pelesenan Air
Minuman Berbungkus, Air Mineral Semulajadi atau Ais, pensijilan
MeSTI akan diberikan TANPA audit lapangan.

10.1.3 Bagi permohonan daripada premis yang menghasilkan produk food-


drug interface, pemohon perlu memastikan perkara berikut dipatuhi:
a) telah diklasifikasi sebagai ’bukan ubat’ oleh Biro Pengawalan
Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK)
b) telah mematuhi semakan label oleh Bahagian Keselamatan dan
Kualiti Makanan (BKKM)
c) tiada tuntutan kesihatan pada label atau iklan

10.1.4 Tarikh Audit Lapangan akan dipersetujui bersama di antara juruaudit


dan pemohon.

10.2 Audit Lapangan

10.2.1 Audit Lapangan yang dijalankan adalah berdasarkan kepatuhan


kepada elemen-elemen seperti yang terdapat di dalam Senarai
Semak Elemen, MeSTI-3/12-02 – Lampiran 4.

10.2.2 Juruaudit akan membuat penilaian mengenai tahap kesediaan


pemohon terhadap elemen MeSTI. Pemohon yang didapati kurang
bersedia akan diberikan bimbingan.

10.2.3 Sekiranya pemohon didapati tidak mematuhi elemen-elemen MeSTI,


juruaudit perlu meminta pemohon mengambil tindakan pembetulan
bagi setiap ketidakpatuhan yang didokumenkan berdasarkan Borang
Pengauditan (MeSTI-4/12-02).

6 Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI 2016


10.2.4 Juruaudit akan menyerahkan Borang Permintaan Tindakan
Pembetulan (MeSTI-1/14) kepada pemohon selepas audit dijalankan.

10.2.5 Jika pemohon didapati telah mematuhi elemen-elemen MeSTI,


laporan akhir akan disediakan untuk dikemukakan kepada Timbalan
Pengarah Kesihatan Negeri (Keselamatan dan Kualiti Makanan) bagi
tujuan sokongan.

10.3 Bimbingan

10.3.1 Bimbingan akan diberikan kepada pemohon bagi memastikan


keperluan premis dan kawalan operasi yang dijalankan adalah
mematuhi dan selari dengan keperluan elemen MeSTI.

10.3.2 Bimbingan yang diberikan oleh KKM atau agensi pembimbing yang
lain adalah berbentuk bimbingan teknikal.

10.3.3 Pemohon perlu memberi komitmen sepenuhnya dengan pihak


pembimbing untuk membangunkan PJKM dalam tempoh enam (6)
bulan. Permohonan dianggap terbatal sekiranya pemohon tidak dapat
mematuhi keperluan MeSTI dalam tempoh enam (6) bulan tersebut.

10.3.4 Sekiranya pemohon memerlukan lanjutan tempoh bimbingan, surat


penangguhan perlu dikemukakan kepada JKN sekurang-kurangnya
satu (1) bulan sebelum tamat tempoh enam (6) bulan tersebut.

10.3.5 Tempoh bimbingan tidak termasuk dalam tempoh proses pensijilan.

10.4 Audit Susulan

10.4.1 Audit susulan perlu dijalankan sekiranya maklum balas tindakan


pembetulan yang diterima memerlukan verifikasi daripada juruaudit.
Maklum balas tindakan pembetulan yang diterima melalui emel atau
bukti bertulis adalah diterima sekiranya juruaudit berpuas hati dan
audit susulan tidak perlu dijalankan.

10.4.2 Maklum balas tindakan pembetulan perlu dikemukakan dalam


tempoh tiga (3) bulan dari tarikh audit lapangan dijalankan. Dalam
tempoh tersebut, juruaudit perlu menghubungi pihak pemohon untuk
memastikan tindakan pembetulan dijalankan oleh pemohon dan satu
tarikh perlu ditetapkan jika audit susulan perlu dijalankan.

Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI 2016 7


10.4.3 Pemohon perlu memaklumkan kepada juruaudit sekiranya
memerlukan tempoh lanjutan bagi melaksanakan tindakan
pembetulan dengan mengemukakan justifikasi kelewatan melalui
surat kepada JKN dalam masa dua (2) minggu sebelum tamat tarikh
akhir tempoh tiga (3) bulan tersebut.

10.4.4 Semasa audit susulan, juruaudit perlu mendapatkan bukti bergambar


atau dokumen sokongan sebagai justifikasi tindakan pembetulan telah
diambil.

10.4.5 Jika tiada maklumbalas diterima daripada pemohon, permohonan


dianggap terbatal dengan sendirinya.

10.5 Laporan Akhir

10.5.1 Laporan akhir akan disediakan oleh juruaudit dan merangkumi borang
pengauditan (MeSTI-4/12-02), carta alir pemprosesan yang telah
diverifikasi, Borang Permintaan Tindakan Pembetulan (MeSTI-1/14),
bukti bergambar ketidakpatuhan yang telah dipatuhi serta dokumen
sokongan yang berkaitan.

10.5.2 Laporan akhir akan dikemukakan kepada Timbalan Pengarah


Kesihatan Negeri (Keselamatan dan Kualiti Makanan) bagi tujuan
sokongan.

10.5.3 Laporan akhir yang telah disokong pada peringkat JKN akan dihantar
ke Ibu Pejabat BKKM, KKM.

10.6 Kelulusan
10.6.1 Laporan akhir akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa
Pensijilan MeSTI di Ibu Pejabat BKKM, KKM untuk tujuan kelulusan.

10.6.2 Jawatankuasa Pensijilan MeSTI berhak untuk tidak meluluskan


permohonan yang didapati meragukan atau mengelirukan walaupun
telah mematuhi semua keperluan pensijilan.

10.6.3 Permohonan yang lulus kali pertama atau permohonan baru serta
permohonan pembaharuan akan diberikan sijil pengiktirafan dan surat
iringan.

8 Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI 2016


11. TEMPOH SAH LAKU

11.1 Tempoh sah laku pensijilan MeSTI adalah tiga (3) tahun.

11.2 Bagi permohonan yang diluluskan berdasarkan pensijilan HACCP atau GMP
daripada KKM, tempoh sah laku pensijilan MeSTI adalah berdasarkan
tempoh sah laku pensijilan tersebut.

12. PEMANTAUAN

12.1 Audit pemantauan merupakan aktiviti audit lapangan bagi mengesahkan


elemen MeSTI dilaksanakan secara efektif dan berkesan.

12.2 Pemantauan berkala akan dijalankan sekurang-kurangnya satu (1) kali


setahun oleh JKN/ PKD.

12.3 Sekiranya terdapat ketidakpatuhan yang ditemui semasa audit, Borang


Permintaan Tindakan Pembetulan, MeSTI-1/14 akan diberikan kepada
pemohon. Pemohon perlu mengambil tindakan pembetulan bagi semua
ketidakpatuhan yang didokumenkan oleh juruaudit dalam tempoh tiga (3)
bulan dari tarikh audit pemantauan dijalankan.

12.4 Sijil MeSTI akan dibatalkan jika tindakan pembetulan yang diambil tidak
memuaskan atau melebihi tempoh yang ditetapkan.

13. PEMBAHARUAN

13.1 Bagi tujuan pembaharuan, pemohon perlu mengemukakan Borang


Permohonan, MeSTI-1/12-02 yang telah lengkap diisi.

13.2 Proses pembaharuan sijil MeSTI adalah sama seperti permohonan baru. (Sila
rujuk Carta Alir Kelulusan Pensijilan MeSTI (Baru/Pembaharuan) - Lampiran
1)

13.3 Pembaharuan pensijilan perlu dibuat setiap tiga (3) tahun sekali dan
permohonan perlu dikemukakan dalam tempoh tiga (3) bulan sebelum
tamat tarikh sah laku sijil.

13.4 Proses permohonan pembaharuan sijil MeSTI bagi pemegang lesen Air
Minuman Berbungkus dan Air Mineral Semulajadi perlu dijalankan secara
normal.

Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI 2016 9


14. PENGGANTUNGAN DAN PEMBATALAN SIJIL

14.1 Tindakan penggantungan akan diberikan sebelum sijil MeSTI dibatalkan.

14.2 Tempoh maksima penggantungan sijil adalah sehingga tiga (3) bulan untuk
tindakan pembatalan dilaksanakan sepenuhnya.

14.3 Sijil MeSTI boleh digantung atas sebab-sebab seperti berikut:

14.3.1 Sekiranya didapati produk yang dihasilkan oleh pemegang sijil tidak
mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.

14.3.2 Sekiranya didapati premis pemegang sijil tidak mematuhi Akta


Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.

14.3.3 Sijil GMP/ HACCP atau lesen Air Minuman Berbungkus/ Air Mineral
Semulajadi/ Ais daripada KKM digantung.

14.3.4 Penyalahgunaan logo MeSTI ke atas produk bukan makanan.

14.3.5 Melanggar atau tidak mematuhi mana-mana syarat yang ditetapkan


oleh KKM dari semasa ke semasa.

14.4 Sijil MeSTI boleh dibatalkan atas sebab-sebab seperti berikut:

14.2.1 Premis makanan bertukar ke lokasi/ alamat lain.

14.2.2 Didapati premis telah menghentikan operasi.

14.2.3 Sijil GMP/ HACCP atau lesen Air Minuman Berbungkus/ Air Mineral
Semulajadi/ Ais daripada KKM dibatalkan.

14.2.4 Melanggar atau tidak mematuhi mana-mana syarat yang ditetapkan


oleh KKM dari semasa ke semasa.

14.2.5 Terdapat ketidakpatuhan yang belum ditutup melepasi tempoh tiga (3)
bulan yang diberikan semasa audit lapangan.

14.5 Mana-mana pemegang sijil adalah tidak terkecuali daripada tindakan


penguatkuasaan.

14.6 Pemegang sijil hendaklah mengawal produk OEM yang dihasilkan dan
bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang pelanggaran terhadap Akta
Makanan dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.

14.7 Tindakan penggantungan atau pembatalan sijil yang diputuskan oleh


Mesyuarat Jawatankuasa Pensijilan MeSTI tidak boleh diambil sebarang
tindakan perundangan oleh pemohon.

14.8 Pemegang sijil yang telah dikenakan tindakan penggantungan atau


pembatalan sijil boleh mengemukakan rayuan kepada Ibu Pejabat BKKM,
KKM dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh penggantungan atau
pembatalan.

10 Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI 2016


14.9 Pemegang sijil perlu memaklumkan kepada Ibu Pejabat BKKM, KKM
sekiranya :

14.9.1 Terdapat pertukaran nama syarikat.

14.9.2 Menjalankan pengubahsuaian major pada struktur atau


rekabentuk bangunan.

14.9.3 Terdapat pengeluaran produk makanan baru (melibatkan aliran


proses yang berbeza dari produk makanan yang sedia ada).

15. PERTANYAAN

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut pemohon boleh menghubungi:

Bil. Alamat Bahagian/ Jabatan/ Pejabat No.Telefon/ Laman Web


Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan,
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 4, Menara Prisma Tel: 03-8885 0797
15.1 No. 26, Jalan Persiaran Perdana, Presint 3 Faks: 03-8885 0790
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Laman web : http://fsq.moh.gov.my
62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan,
15.2 Lampiran 5
Jabatan Kesihatan Negeri

Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI 2016 11


16. RUJUKAN

16.1 Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan.

16.2 Good Manufacturing Practice (GMP) for Food, Malaysian Standard MS1514

16.3 Garis Panduan Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP), KKM

16.4 Prosedur Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI)

16.5 Manual Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) Skim Pensijilan


MeSTI

16.6 Garis Panduan dan Senarai Semak Pengusaha Industri Makanan-


Kebersihan Makanan, Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia (SK1M), KKM

16.7 Garis Panduan Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM Am) -


Bahagian I, Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia (SK1M), KKM

16.8 Contoh Manual Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM Am) -


Bahagian II, Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia (SK1M), KKM

16.9 Garis Panduan Sistem Kebolehkesanan Makanan Bagi Pengusaha, Skim


Keselamatan Makanan 1Malaysia (SK1M), KKM

16.10 Definisi Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Corp) –


www.smecorp.gov.my.

12 Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI 2016


17.PENGHARGAAN

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin


mengucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada pegawai pegawai berikut yang
bertanggungjawab dalam menjayakan garis panduan ini.
Penaung
Noraini Binti Dato’ Mohd Othman
- -
Penasihat
Ahmad Nadzri Bin Sulaiman

Ketua Editor
Jamilah Binti Salikin

Ahli
Noranizah Binti Rosli
Kamal Bin Karim
Khairatun Hisan Binti Ismail
Noranida Binti Adam
Balqis Noor Afifah Binti Badiuzaman
Assakinah Binti Ahmad Azam

Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI 2016 13


Lampiran 1

CARTA ALIR KELULUSAN PENSIJILAN MeSTI (BARU/ PEMBAHARUAN)

Permohonan

Tidak Lengkap
Pemohon Terima dan Semak
Permohonan

1 hari
Lengkap

Pelantikan Juruaudit

Pensijilan Terus
Ya

Tidak
Pengesahan Tarikh Audit

2 hari
Audit Lapangan

Peringkat Laporan Awal 1 hari


JKN
2 hari Tidak
Sedia Bimbingan

Ya

Audit Susulan (jika perlu)


3 hari

Laporan Akhir

JKN
Tidak Sokong memaklumkan 1 hari
Sokongan kepada pemohon

Sokong

Tidak Lengkap
Penilaian Laporan
Akhir

3 hari
Lengkap

Peringkat Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan


BKKM Pensijilan MeSTI

Tidak
LULUS 2 hari

Ya

Pensijilan MeSTI

Nota : Pensijilan Biasa = 13 hari (tidak termasuk proses bimbingan)


: Pensijilan Terus = 7 hari
: Proses bimbingan adalah tidak termasuk dalam tempoh proses
pensijilan.

14 Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI 2016


Lampiran 2
MeSTI-1/12-02

BORANG PERMOHONAN PENSIJILAN MeSTI

BAHAGIAN A : MAKLUMAT PERMOHONAN

BARU PEMBAHARUAN

: 8. NO. TELEFON :
1. NAMA SYARIKAT BIMBIT
9. NO. TELEFON/ :
NO. FAKS
:
2. ALAMAT SYARIKAT
10. STATUS MILIKAN Bumiputera Bukan Bumiputera

11. PENSIJILAN SISTEM JAMINAN KESELAMATAN


MAKANAN SEDIA ADA Ada Tiada
(jika ada, sila lampirkan salinan sijil)
:
3. ALAMAT PREMIS 12. PEMBEKAL BAGI SYARIKAT:
PEMPROSESAN
a. PASARAYA BESAR
Sila nyatakan (Contoh: TESCO, MYDIN):__________________
b. KEDAI RUNCIT

c. LAIN-LAIN Sila Nyatakan :_____________


:
4. NAMA PREMIS 13. AGENSI PEMBIMBING (Sila nyatakan jika ada) :
PEMPROSESAN ________________________________________________________
:
5. NAMA PEMOHON & _____________________________________________
NO. KAD PENGENALAN
:
6. NAMA PEMILIK & 14. DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN:
NO. KAD PENGENALAN
Sila rujuk Senarai Semak Permohonan Pensijilan MeSTI
: (MeSTI-2/12-02)
7. EMEL PEMOHON
BAHAGIAN B : MAKLUMAT PREMIS
(sila tandakan √ pada yang berkaitan)

1.PASARAN Domestik Eksport

Mikro Enterprise = Bil. Pekerja < 5 Orang, Jualan


3.BILANGAN PEKERJA
Pulangan Tahunan < RM300,000
Enterprise Kecil = Bil. Pekerja antara 5 hingga 75 orang, Sila nyatakan :
Jualan Pulangan Tahunan antara RM300,000 dan <
RM15 juta
2.KATEGORI INDUSTRI Enterprise Sederhana = Bil. Pekerja antara 75 hingga
4.ANGGARAN PULANGAN
200 orang, Jualan Pulangan Tahunan antara RM15 juta TAHUNAN (RM)
dan RM50 juta
Industri Besar = Bil. Pekerja > 200 pekerja, Jualan Sila nyatakan:
Pulangan Tahunan > RM50 juta

BAHAGIAN C : MAKLUMAT PRODUK


:
1. KATEGORI PRODUK 2. JENIS PRODUK : (Sila lampirkan senarai produk)

3.CARTA ALIR PEMPROSESAN


: (sila lampirkan)
PRODUK
BAHAGIAN D : PENGESAHAN PERMOHONAN

TANDATANGAN PEMILIK/ PEMOHON: JAWATAN : TARIKH:

...............................................
CAP RASMI SYARIKAT

Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI 2016 15


Lampiran 3
MeSTI-2/12-02

BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN


KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SENARAI SEMAK PERMOHONAN MeSTI BARU/PEMBAHARUAN

Nama Premis Pengilangan :


Alamat Premis Pengilangan :
KEGUNAAN
PEMOHON PEJABAT
(PKD/JKN)

No. Perkara ( √ / X) ( √ / X)

1 Borang Permohonan Pensijilan MeSTI, MeSTI-1/12-02

2 Senarai Semak Permohonan MeSTI Baru/ Pembaharuan MeSTI-2/12-02

3 Slip Pendaftaran Premis KKM yang masih sah

Salinan Sijil Pendaftaran SSM dan/atau Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 (bagi
4
Sabah dan Sarawak)
Salinan lesen daripada PBT dan/atau surat pengesahan daripada mana-mana
5
agensi kerajaan (jika ada)

Salinan Sijil Program Jaminan Keselamatan Makanan (jika ada) (contoh: Sijil GMP,
6
Sijil HACCP) dan salinan sijil MeSTI bagi tujuan pembaharuan MeSTI (jika berkaitan)

Salinan Lesen Punca Air Minuman Berbungkus/ Air Mineral Semulajadi (AMB/AMS)
7
atau Lesen Penyediaan Ais daripada KKM (jika ada)

8 Carta Alir Pemprosesan Produk

9 Senarai Produk

10 Senarai nama syarikat OEM (Original Equipment Manufacturer)

Pengesahan Maklumat/ Dokumen (tandatangan dan cap)

Untuk Kegunaan JKN/PKD

Tarikh Terima :

Tarikh Proses :

Lengkap Tidak Lengkap


Status Permohonan

Tindakan :

Diproses Oleh :

16 Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI 2016


Lampiran 4
MeSTI-3/12-02

SENARAI SEMAK ELEMEN

BAHAGIAN A : KAWALAN PREMIS

ELEMEN 1 - REKABENTUK DAN KEMUDAHAN

MEMATUHI ( / ) Penemuan Hasil Audit


Asas Pertimbangan (diisi oleh pemohon) Kendiri
SUB ELEMEN
(Sub sub elemen) TINDAKAN PEMBETULAN
Ya Tidak
YANG DIAMBIL
1.1 Lokasi 1.1.1 Adakah lokasi premis sesuai bagi aktiviti
pemprosesan dan terhindar dari punca pencemaran?
Jika tidak, adakah terdapat kawalan yang sesuai?
1.2 Susun Atur 1.2.1 Adakah terdapat pelan susun atur premis?

1.2.2 Susun atur dapat mengelakkan pencemaran


silang
1.2.3 Adakah susun atur memudahkan aktiviti
pembersihan?
1.3 Peralatan 1.3.1 Peralatan dan perkakasan berkeadaan baik
& Perkakasan dan dari jenis yang bersesuaian
1.3.2 Peralatan dan perkakasan yang tidak
digunakan dikeluarkan dari premis
1.3.3 Peralatan dan perkakasan perlu dalam
keadaan bersih
1.3.4 Papan pemotong secara berasingan bagi
bahan mentah dan bahan makanan bermasak (jika
berkenaan)
1.3.5 Kesemua alat pengukur termasuk pengukur
masa, suhu dan berat perlu disukat (dikalibrasi)
mengikut keperluan
1.3.6 Mempunyai prosedur pembersihan dan
penyelenggaraan bagi peralatan
1.4 Bekalan Air/Ais/Stim 1.4.1 Bekalan air yang selamat
1.4.2 Bekalan air yang mencukupi dan terlindung
dari pencemaran: bekas yang bertutup
1.4.3 Ais yang digunakan dari sumber air yang
selamat serta diisimpan dalam bekas serta terlindung
dari pencemaran
1.4.4 Stim dari sumber air yang selamat dan tidak
mencemar makanan
1.4.5 Adakah terdapat laporan analisis bagi
penentuan kualiti air yang digunakan? (jika sumber air
bukan dari JBA)
1.5 Sinki Mencuci Tangan 1.5.1 Sinki beroperasi secara bebas tangan (hands
free operated)
1.5.2 Sinki mencuci tangan disediakan dengan
kemudahan sabun atau bahan cuci cecair yang
sesuai dalam dispenser dan air mengalir secukupnya
termasuk tuala kertas/ pengering tangan dan tong
sampah berpenutup (bebas tangan)
1.5.3 Mempunyai prosedur 7 langkah cuci tangan
dalam bentuk poster dan sebagainya

Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI 2016 17


MEMATUHI ( / ) Penemuan Hasil Audit
Asas Pertimbangan (diisi oleh pemohon) Kendiri
SUB ELEMEN
(Sub sub elemen) TINDAKAN PEMBETULAN
Ya Tidak
YANG DIAMBIL
1.6 Tandas 1.6.1 Berkeadaan bersih, tidak berbau dan tidak
rosak
1.6.2 Mempunyai sumber air yang bersih
1.6.3 Mempunyai kemudahan mencuci tangan
disediakan dengan kemudahan sabun atau bahan
cuci cecair yang sesuai dalam dispenser dan air
mengalir secukupnya termasuk tuala kertas/
pengering tangan dan tong sampah berpenutup
(bebas tangan)

1.6.4 Tidak terbuka secara terus kepada bilik atau


bahagian penyediaan/ pemprosesan makanan/
penyimpanan makanan

1.6.5 Mempunyai prosedur dan rekod


pembersihan bagi tandas
1.6.6 Mempunyai langkah kawalan oleh
pengusaha premis (sekiranya menggunakan tandas
luar premis)
1.7 Bilik/ Ruang 1.7.1 Mempunyai bilik/ ruang persalinan
Persalinan
1.8 Setor 1.8.1 Sentiasa berkeadaan baik dan bersih
Penyimpanan
1.8.2 Mempunyai sistem pengudaraan yang baik

1.8.3 Mempunyai suhu yang sesuai dengan


produk yang disimpan
1.8.4 Barang disusun bagi memudahkan aktiviti
pembersihan
1.8.5 Bahan kimia bukan makanan disimpan
secara berasingan dengan bahan makanan/ bahan
pembungkusan makanan
1.8.6 Prosedur dan rekod yang lengkap bagi
setiap bahan kering/ bahan mentah/ bahan
pembungkusan/ bahan kimia bukan makanan yang
disimpan di setor
1.8.7 Mempunyai semua rekod bahan kering/
bahan mentah/ bahan kimia termasuk sumber dari
mana ia di perolehi

ELEMEN 2 - PENGENDALI MAKANAN


MEMATUHI ( / ) Penemuan Hasil Audit
Asas Pertimbangan (diisi oleh pemohon) Kendiri
SUB ELEMEN
(Sub sub elemen) TINDAKAN PEMBETULAN
Ya Tidak
YANG DIAMBIL
2.1 Pemeriksaan 2.1.1 Menjalani pemeriksaan kesihatan dan
Kesihatan mempunyai rekod yang sah

2.2 Suntikan Vaksin Anti 2.2.1 Telah mendapat vaksinasi anti tifoid dan
Tifoid mempunyai rekod yang sah
2.2.2 Prosedur untuk melaporkan pekerja
berpenyakit berjangkit
2.3 Amalan Pengendali 2.3.1 Tidak merokok/ meludah/ batuk/ bersin dan
melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan
pencemaran kepada makanan
2.3.2 Apron/ pakaian pelindung tidak dibawa ke
dalam tandas
2.3.3 Makanan tidak boleh diletakkan bersentuhan
secara langsung dengan bahan yang boleh
mencemarkan makanan
2.3.4 Prosedur berkaitan amalan pengendalian
makanan

18 Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI 2016


MEMATUHI ( / ) Penemuan Hasil Audit
Asas Pertimbangan (diisi oleh pemohon) Kendiri
SUB ELEMEN (Sub sub elemen) TINDAKAN PEMBETULAN
Ya Tidak
YANG DIAMBIL
2.4 Kebersihan Diri 2.4.1 Pakaian bersih yang sesuai dan memakai
Pengendali & Pelawat pakaian pelindung luar/ apron yang sesuai dan
berwarna cerah
2.4.2 Memakai penutup kepala/ penutup rambut
2.4.3 Memakai penutup mulut (jika perlu)
2.4.4 Memakai sarung tangan (jika perlu)
2.4.5 Tidak memakai barang kemas dan aksesori
2.4.6 Memakai kasut dan bertutup (jika perlu)
2.4.7 Kuku pendek dan bersih
2.4.8 Tiada luka /kudis terbuka dan dirawat
dengan baik
2.4.9 Rekod pemeriksaan amalan dan kebersihan
diri pengendali makanan
2.4.10 Rekod pengisytiharan kesihatan diri pelawat
2.4.11 Prosedur pakaian yang seragam dan
mematuhi keperluan
ELEMEN 3 - LATIHAN
MEMATUHI ( / ) Penemuan Hasil Audit
Asas Pertimbangan (diisi oleh pemohon) Kendiri
SUB ELEMEN
(Sub sub elemen) TINDAKAN PEMBETULAN
Ya Tidak
YANG DIAMBIL
3.1 Kursus Latihan 3.1.1 Semua pengendali makanan telah menjalani
Pengendali Makanan Kursus Latihan Pengendali Makanan di Sekolah
(LPM) Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf
oleh KKM.
3.1.2 Mempunyai prosedur program latihan
pengendali makanan untuk pekerja
3.2 Rekod Latihan 3.2.1 Mempunyai rekod latihan dan sijil latihan
disimpan ditempat yang sesuai dan mudah diperiksa

ELEMEN 4 – PENYELENGGARAAN DAN SANITASI


MEMATUHI ( / ) Penemuan Hasil Audit
Asas Pertimbangan (diisi oleh pemohon) Kendiri
SUB ELEMEN
(Sub sub elemen) TINDAKAN PEMBETULAN
Ya Tidak
YANG DIAMBIL
4.1 Keadaan Lantai 4.1.1 Permukaan lantai bersih dan berkeadaan
baik dan air tidak bertakung
4.1.2 Mempunyai prosedur dan rekod
pembersihan lantai
4.2 Keadaan Dinding, 4.2.1 Dinding, siling, kipas, tingkap dan pintu mesti
Siling, Kipas, Tingkap bersih dan tidak menyumbang kepada pencemaran
Dan Pintu
4.2.2 Mempunyai jadual dan rekod pembersihan

4.3 Keadaan Lampu 4.3.1 Lampu bersih dan berkeadaan baik*


(berpenutup di kawasan pemprosesan)
4.3.2 Mempunyai jadual dan rekod pembersihan
4.4 Saliran 4.4.1 Saliran bersih meliputi longkang dan parit
4.4.2 Mempunyai jadual dan rekod pembersihan
4.5 Longgokan Sampah 4.5.1 Tiada longgokan sampah di kawasan luar
dan dalam premis
4.5.2 Mempunyai prosedur pembuangan sampah
beserta jadual dan rekod pembersihan

Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI 2016 19


MEMATUHI ( / ) Penemuan Hasil Audit
Asas Pertimbangan (diisi oleh pemohon) Kendiri
SUB ELEMEN
(Sub sub elemen) TINDAKAN PEMBETULAN
Ya Tidak
YANG DIAMBIL
4.6 Persekitaran Premis 4.6.1 Persekitaran premis berkeadaan bersih

4.6.2 Mempunyai jadual dan rekod pembersihan

4.7 Aktiviti Pembersihan 4.7.1 Pembersihan dijalankan sekurang-kurangnya


sekali sehari berdasarkan jadual kebersihan yang
disediakan
4.7.2 Pembersihan tidak dilakukan ketika
penyediaan/ pemprosesan makanan
4.7.3 Agen pencuci dan penyahjangkitan yang
sesuai dan disimpan di tempat yang berasingan
daripada kawasan pemprosesan makanan
4.7.4 Peralatan dan perkakasan dicuci dengan
bersih sebelum dan sesudah digunakan
4.7.5 Prosedur pembersihan peralatan yang betul
dan mencukupi beserta jadual dan rekod (cth:cucian/
biasa/ CIP: kepekatan/ masa/ pemeriksaan/ ujian)
4.8 Kawalan Makhluk 4.8.1 Tiada penggunaan racun di dalam kawasan
Perosak pemprosesan bagi mengawal makhluk perosak

4.8.2 Terdapat kaedah kawalan makhluk perosak

4.8.3 Kawalan makhluk perosak dijalankan


dengan berkesan
4.8.4 Tiada tanda kehadiran makhluk perosak
4.8.5 Mempunyai prosedur kawalan makhluk
perosak dan rekod pemeriksaan
4.9 Pengurusan Sisa 4.9.1 Bahan buangan tidak dibiarkan terlalu lama
Buangan (Pepejal & dalam premis makanan
Cecair) 4.9.2 Tong sampah dibasuh dan berkeadaan baik

4.9.3 Bilangan tong sampah mencukupi,


berpenutup dan bebas tangan
4.9.4 Tempat pengumpulan/ pelupusan sampah
adalah berkeadaan bersih dan diselenggara

4.9.5 Mempunyai prosedur dan rekod


pembuangan bahan dan pelupusan sisa
BAHAGIAN B : KAWALAN OPERASI
ELEMEN 5 – KAWALAN BAHAN MENTAH
MEMATUHI ( / ) Penemuan Hasil Audit
Asas Pertimbangan (diisi oleh pemohon) Kendiri
SUB ELEMEN
(Sub sub elemen) TINDAKAN PEMBETULAN
Ya Tidak
YANG DIAMBIL
5.1 Kawalan Penerimaan 5.1.1 Terdapat kawalan semasa penerimaan
Bahan Mentah bahan mentah dan rekod mengenainya
5.1.2 Prosedur yang lengkap bagi setiap
penerimaan bahan mentah
5.2 Kawasan Penerimaan 5.2.1 Bahan mentah diterima di kawasan yang
sesuai
5.3 Kemudahan Mencuci 5.3.1 Mempunyai kemudahan mencuci bahan
Bahan Mentah mentah yang sesuai
5.3.2 Mempunyai prosedur pencucian bahan
mentah

20 Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI 2016


ELEMEN 6 – KAWALAN PROSES
MEMATUHI ( / ) Penemuan Hasil Audit
Asas Pertimbangan (diisi oleh pemohon) Kendiri
SUB ELEMEN
(Sub sub elemen) TINDAKAN PEMBETULAN
Ya Tidak
YANG DIAMBIL
6.1 Kawalan Ke Atas 6.1.1 Terdapat kawalan mikrobiologi bagi setiap
Bahaya Mikrobiologi langkah pemprosesan yang berkaitan suhu, masa,
aw, kelembapan, kepekatan atau keasidan

6.1.2 Mempunyai langkah sanitasi bagi setiap


aktiviti pemprosesan.

6.1.3 Mempunyai prosedur kawalan mikrobiologi di


sepanjang rantaian pemprosesan

6.1.4 Amalan pencegahan pencemaran silang


yang berkesan

6.1.5 Rekod yang berkaitan adalah lengkap

6.2 Kawalan Ke Atas 6.2.1 Terdapat kawalan kimia bagi setiap langkah
Bahaya Kimia pemprosesan yang berkaitan penggunaan bahan
aditif makanan yang dibenarkan mengikut kepekatan,
suhu, paras minimal/ maksima atau masa.

6.2.2 Tiada bahan aditif yang tidak dibenarkan


atau bahan kimia bukan makanan diguna sepanjang
rantaian pemprosesan

6.2.3 Mempunyai prosedur kawalan bahan kimia


disepanjang rantaian pemprosesan

6.2.4 Rekod yang berkaitan adalah lengkap

6.3 Kawalan Ke Atas 6.3.1 Terdapat kawalan fizikal yang sesuai bagi
Bahaya Fizikal setiap langkah pemprosesan yang berkaitan
pencemaran benda asing seperti penapisan, ayakan
atau penggunaan alat pengesan logam

6.3.2 Mempunyai prosedur kawalan pencemaran


fizikal di sepanjang rantaian pemprosesan

6.3.3 Rekod yang berkaitan adalah lengkap

6.4 Aktiviti pemprosesan 6.4.1 Sebarang aktiviti pemprosesan tidak


dilakukan di atas lantai
6.5 Pematuhan Standard 6.5.1 Mematuhi standard bagi makanan yang telah
diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Makanan
1985.
ELEMEN 7 – KAWALAN PEMBUNGKUSAN
MEMATUHI ( / ) Penemuan Hasil Audit
Asas Pertimbangan (diisi oleh pemohon) Kendiri
SUB ELEMEN
(Sub sub elemen) TINDAKAN PEMBETULAN
Ya Tidak
YANG DIAMBIL
7.1 Bahan Pembungkus 7.1.1 Menggunakan bahan pembungkus yang
tidak mencemar produk makanan
7.2 Kawasan 7.2.1 Proses pembungkusan dijalankan di
Pembungkusan kawasan yang sesuai

7.3 Aktiviti 7.3.1 Aktiviti pembungkusan tidak dilakukan di


Pembungkusan atas lantai

7.3.2 Mempunyai prosedur dan rekod kawalan


proses pembungkusan

Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI 2016 21


7.4 Pelabelan 7.4.1 Mematuhi 5 keperluan asas pelabelan
(Nama Sebutan Sebenar, Alamat Pengilang, Bahan
Ramuan, Berat Bersih dan Tarikh Luput bagi
makanan yang memerlukan penandaan tarikh)
ELEMEN 8 – KAWALAN PENYIMPANAN
MEMATUHI ( / ) Penemuan Hasil Audit
Asas Pertimbangan (diisi oleh pemohon) Kendiri
SUB ELEMEN
(Sub sub elemen) TINDAKAN PEMBETULAN
Ya Tidak
YANG DIAMBIL
8.1 Pengasingan 8.1.1 Makanan dan bukan makanan disimpan
Penyimpanan secara berasingan

8.1.2 Prosedur penyimpanan bahan mentah/


produk siap yang didokumenkan dan direkodkan
mengikut keperluan produk tersebut

8.2 Sistem Penyimpanan 8.2.1 Menggunakan sistem FIFO/ FEFO (First In


First Out / First Expiry First Out)

8.3 Kaedah penyimpanan 8.3.1 Bahan mentah disimpan di dalam bekas


yang bersesuaian

8.3.2 Tiada bahan pembungkus/ bahan


bersentuhan makanan/ makanan diletakkan di atas
lantai (jarak dari lantai 20cm dan dari dinding 15cm)
8.3.3 Tidak mencampur makanan mentah dengan
makanan terproses dalam bekas yang sama

8.3.4 Makanan berisiko tinggi dan bahan mentah


yang mudah rosak disimpan pada suhu yang sesuai
di dalam bekas yang bertutup/berbungkus
8.3.5 Tidak menyimpan makanan sejuk beku/
dingin melebihi muatan di dalam peti sejukbeku/
petisejuk
8.3.6 Rantaian sejuk (cold chain) makanan dingin/
sejuk beku tidak terganggu

8.3.7 Menyimpan makanan pada suhu sesuai


dengan sifat semulajadi makanan tersebut

8.3.8 Tidak meletakkan dan menyimpan bahan


kimia bukan makanan dalam kawasan pemprosesan
makanan

8.3.9 Rekod berkaitan dan lain-lain kawalan

8.4 Pelabelan Bahan 8.4.1 Bahan mentah/ ramuan makanan dilabel


Mentah
ELEMEN 9 – KAWALAN PENGANGKUTAN & PENGEDARAN
MEMATUHI ( / ) Penemuan Hasil Audit
Asas Pertimbangan (diisi oleh pemohon) Kendiri
SUB ELEMEN
(Sub sub elemen) TINDAKAN PEMBETULAN
Ya Tidak
YANG DIAMBIL
9.1 Kenderaan 9.1.1 Kenderaan pengangkut yang digunakan
Pengangkut sesuai
9.1.2 Prosedur pengedaran dan pengangkutan
makanan yang didokumenkan dan direkodkan
mengikut keperluan
9.2 Kebersihan 9.2.1 Kenderaan pengangkut berkeadaan
Kenderaan bersih, dikawal dan diverifikasi
Pengangkut Untuk 9.2.2 Rekod yang menunjukkan jadual dan kaedah
Tujuan Pengedaran pencucian/ kekerapan dan tanggungjawab bagi
kenderaan pengangkutan

9.3 Suhu Kenderaan 9.3.1 Jika menggunakan kenderaan pengangkut


Pengangkut sejuk atau sejukbeku, adakah suhunya
bersesuaian
9.3.2 Rekod kawalan suhu

22 Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI 2016


ELEMEN 10 – KAWALAN KEBOLEHKESANAN
MEMATUHI ( / ) Penemuan Hasil Audit
Asas Pertimbangan (diisi oleh pemohon) Kendiri
SUB ELEMEN
(Sub sub elemen) TINDAKAN PEMBETULAN
Ya Tidak
YANG DIAMBIL
10.1 Kebolehkesanan 10.1.1 Terdapat kaedah mengenalpasti atau
mengesan semula produk yang diedarkan sekiranya
berlaku aktiviti pelanggaran
10.1.2 Mempunyai prosedur kebolehkesanan yang
didokumenkan
10.1.3 Boleh mengenalpasti semua sumber bahan
mentah/ bahan pembungkus
10.1.4 Boleh mengenalpasti semua produk siap
dihantar keluar kilang
10.1.5 Rekod yang lengkap

Nota - Setiap elemen yang memerlukan prosedur perlu dilengkapkan dengan skop, objektif, kaedah, jadual/ kekerapan,
rekod, tanggungjawab yang dinyatakan dengan jelas

Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI 2016 23


Lampiran 5

SENARAI BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN,


JABATAN KESIHATAN NEGERI

1. Bahagian Keselamatan dan Kualiti 2. Bahagian Keselamatan dan Kualiti


Makanan, Makanan,
Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah,
Tingkat 8, Bangunan Persekutuan, Jalan Kuala Kedah
Persiaran Jubli Emas, 01000 Kangar, Simpang Kuala,
Perlis 05400 Alor Setar,
Tel: 04-9766989/5271 Kedah Darul Aman.
Faks: 04-9767419 Tel: 04-7741000/7741130
http://jknperlis.moh.gov.my Faks: 04-7741022/7741129
http://jknkedah.moh.gov.my

3. Bahagian Keselamatan dan Kualiti 4. Bahagian Keselamatan dan Kualiti


Makanan, Makanan
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang Jabatan Kesihatan Negeri Perak
Tingkat 35 & 37, KOMTAR, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
10590 Pulau Pinang. 30590 Ipoh,
Tel: 04- 2625533/2017245 Perak Darul Ridzuan.
Faks: 04- 2263371 Tel: 05-2456200
http://jknpenang.moh.gov.my Faks: 05-2550740
http://jknperak.moh.gov.my

5. Bahagian Keselamatan dan Kualiti 6. Bahagian Keselamatan dan Kualiti


Makanan, Makanan,
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur
Tingkat 27, Wisma MBSA, dan Putrajaya,
Persiaran Perbandaran, Jalan Cenderasari,
40000 Shah Alam, 50590 Kuala Lumpur,
Selangor Darul Ehsan. Wilayah Persekutuan.
Tel: 03-55182121/55106012 Tel: 03-22687333/ 22687361
Faks: 03-55185195/55185196 Faks: 03-26910263
http://jknselangor.moh.gov.my http://jknkl.moh.gov.my

7. Bahagian Keselamatan dan Kualiti 8. Bahagian Keselamatan dan Kualiti


Makanan, Makanan,
Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka,
Jalan Rasah, Tingkat 5, Wisma Persekutuan,
70300 Seremban, Jalan Business City, Bandar MITC,
Negeri Sembilan Darul Khusus. 75450 Ayer Keroh, Melaka.
Tel: 06-7664800 Tel: 06-2345959
Faks: 06-7685667 Faks: 06-2345969
http://jknns.moh.gov.my http://jknmelaka.moh.gov.my

9. Bahagian Keselamatan dan Kualiti 10. Bahagian Keselamatan dan Kualiti


Makanan, Makanan,
Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang,
Jalan Persiaran Permai Jalan IM4, Bandar Indera Mahkota,
81200 Johor Bharu, 25582 Kuantan,
Johor Darul Takzim. Pahang Darul Makmur.
Tel: 07-2372110/2231102 Tel: 09- 5707756/54
Faks: 07-2367278 Faks:09- 5707798 /5178497
http://jknjohor.moh.gov.my http://jknpahang.moh.gov.my

24 Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI 2016


11. Bahagian Keselamatan dan Kualiti 12. Bahagian Keselamatan dan Kualiti
Makanan, Makanan,
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan ,
Kuala Terengganu Business Centre, Tingkat 7, Bangunan KWSP,
Jalan Sultan Mohamad, Jalan Padang Garong,
21100 Hiliran Kuala Terengganu, 15598 Kota Baharu,
Terengganu Darul Iman. Kelantan Darul Naim.
Tel: 09-6226028 Tel: 09-7413353/ 7416736
Faks: 09-6221385/ Faks:09- 7471890
http://jknterengganu.moh.gov.my http://jknkelantan.moh.gov.my

13. Bahagian Keselamatan dan Kualiti 14. Bahagian Keselamatan dan Kualiti
Makanan, Makanan,
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah ,
Jalan Diplomatik Off, Jalan Bako, Tingkat 5, Wisma BSN Sabah,
93050, Kuching, Sarawak 88000 Kota Kinabalu,
Tel: 082-250294/ 273853 Sabah.
Faks: 082-237837 Tel: 088-248201/248205
http://jknsarawak.moh.gov.my Faks: 088-248215
http://jknsabah.moh.gov.my

15. Bahagian Keselamatan dan Kualiti


Makanan,
Jabatan Kesihatan WP Labuan,
Peti Surat 80832,
87018 Wilayah Persekutuan Labuan.
Tel: 087-596027/ 411702
Faks: 087-419011
087-419011(Kesihatan Awam)
http://jknlabuan.moh.gov.my

Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI 2016 25


Sahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 4, Bangunan Prisma, No. 26, Jalan Persiaran Perdana, Presint 3,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62675 Putrajaya
© 03-88850797 t!e 03-88850790
~ fsq. moh.gov.my

I SBN 978-967-039SHl2·8

9
111
7 8 9670
Ill
399928

Hak Cipta a.2016 Kementerian Kes1 hatan Malaysia


Copyright ci,2016 Ministry of Health Malaysia

You might also like