You are on page 1of 29

PENGAUDITAN

DALAMAN HACCP

Ho Yoke Wan
Pegawai Teknologi Makanan
ISI KANDUNGAN
 Objektif audit
 Aktiviti utama dalam audit dalaman HACCP
 Perancangan audit dalaman HACCP
1. Audit kecukupan
2. Mesyuarat pembukaan
3. Audit pematuhan
4. Mesyuarat/ perbincangan antara juruaudit
5. Mesyuarat penutup
6. Laporan audit
OBJEKTIF AUDIT
 Memastikan pematuhan kepada kehendak perundangan.
 Sistem yang dibangunkan mencukupi dan memenuhi kehendak standard
yang ditetapkan.
 Menentukan sistem yang dilaksanakan efektif dan mampu menghasilkan
produk makanan yang selamat.
 Mengesahkan program pra-syarat & Pelan HACCP dilaksanakan secara
berterusan seperti yang dirancang.
 Memastikan semua aspek HACCP telah dirangkumi berdasarkan standard.
 Menilai semua CCP adalah di bawah kawalan.
 Mengenalpasti kelemahan/ trend ke arah kelemahan dalam Pelan HACCP
yang sedang dilaksanakan.
 Supaya sistem yang ada boleh diperbaiki/ ditambahbaik
AKTIVITI UTAMA DALAM
AUDIT DALAMAN HACCP
Semak :
 Semua rekod yang berkaitan (sebagai bukti pelaksanaan)
dengan HACCP dan program pra-syarat .
 Perlanggaran/ persisihan dan disposisi/ pelupusan produk.
 Semua rekod CCP untuk memastikan CCP adalah di bawah
kawalan.
 Rekod validasi
 Validasi : aktiviti yang mengesahkan Pelan HACCP
adalah berkesan, iaitu cukup untuk mengawal semua
bahaya yang mungkin berlaku.
PERANCANGAN AUDIT DALAMAN HACCP
1.Pasukan audit
 Dilantik seorang ketua juruaudit.
 Juruaudit :
 Mempunyai pengetahuan teknikal
 Mempunyai pengalaman kerja yang cukup mengenai kawasan/ produk yang diaudit
berdasarkan standard (MS)
 Berkelayakan.
 Berdikasi (bukan daripada bidang/ jabatan yang akan diaudit).
 Mengumpulkan semua maklumat dan dokumenasti perlu bagi tujuan audit dokumen
(berdasarkan versi yang terkini):
 Prosedur yang berkaitan
 Senarai semak yang berkaitan
 Jadual yang berkaitan
 Arahan kerja yang berkaitan (jika berkaitan)
PERANCANGAN AUDIT DALAMAN
HACCP (samb…)
2. Jadual audit
 Dijadualkan bergantung pada peringkat & kepentingan aktiviti.
 Penyelaras HACCP – merancang jadual audit supaya tidak
bertindih dengan event utama dalam organisasi.
 Ahli pasukan HACCP – membantu penyelaras dalam menyusun
tarikh & masa audit dengan juruaudit & auditee untuk
memastikan semua orang yang berkaitan menyertai audit.
 Apabila jadual audit telah siap, ia diedarkan kepada auditee,
juruaudit & ahli pasukan HACCP.
 Juruaudit mestilah independent dari jabatan yang diaudit.
JADUAL AUDIT (CONTOH)
Tarikh Kawasan diaudit Juruaudit Auditee Lokasi
& masa
9 April Audit kecukupan: Ahmad Penyelaras HACCP, Bilik
2019, -Program pra-syarat Roslan ahli pasukan HACCP, mesyuarat
9am -Pelan HACCP (Ketua Pengawal dokumen &
juruaudit) mereka yang terlibat
Daud Khalid dalam penyediaan
(Juruaudit) dokumentasi

10 April Mesyuarat penutup Juruaudit Semua auditee yang Bilik


2019, dalaman terlibat (nama): mesyuarat
10am (nama) •Penyelaras HACCP
•ahli pasukan HACCP
JADUAL AUDIT (CONTOH)(samb…)
Tarikh Kawasan diaudit Juruaudit Auditee Lokasi
& masa
Audit pematuhan: Juruaudit Auditee Nyatakan
A.PRP dalaman terlibat kawasan/
Setiap satu disediakan senarai semak

•SSOP terlibat (nama) jabatan yg


•Kawalan makhluk perosak (nama) terlibat (cth.
•Audit pembekal, dll Kawasan
B. Pelan HACCP memasak,
•CCP1: Penerimaan bhn mentah kawasan
•CCP2: Proses memasak penghidang
•CCP3: Proses holding an, stor, dll)
C.Validasi had kritikal
D.Dokumen HACCP & kawalan data
E.Laporan audit dalaman yang lepas
F.Semakan pengurusan HACCP
PERANCANGAN AUDIT DALAMAN
HACCP (samb…)
3. Skop audit
 Penyelaras HACCP hendaklah menentukan skop audit
sebagai bantasan audit (boundary of audit).
 Sama ada :
 Keseluruhan,
 Sesetengah produk,
 Sesetengah bidang (plant), atau
 Sesetengah garis pemprosesan (processing line)
PELAKSANAAN AUDIT DALAMAN
HACCP (samb…)
Langkah-langkah semasa audit:

1. Audit kecukupan
2. Mesyuarat pembukaan
3. Audit pematuhan
4. Mesyuarat/ perbincangan antara juruaudit
5. Pelaporan audit (CAR)
6. Mesyuarat penutup
1. AUDIT KECUKUPAN
Objektif :

 Menentukan sama ada skop bagi Pelan HACCP diterangkan


dalam prosedur HACCP
 Menentukan jika dokumentasi adalah lengkap
 Menyemak jika semua maklumat yang perlu disediakan
1. AUDIT KECUKUPAN (samb…)
Verifikasi yang dijalankan semasa audit kecukupan adalah berikut :
 Wujudnya komitmen pengurusan
 Skop HACCP dinyatakan dengan jelas
 Pasukan HACCP telah dibangunkan dengan fungsi jawatan yang sesuai
 Deskripsi produk yang sesuai dengan kegunaan yang dimaksudkan
 Susun atur disediakan : aliran pekerja, aliran bahan, susun atur umum
dan susun atur mesin.
 Carta aliran proses disediakan
 Applikasi prinsip HACCP dalam dokumentasi adalah betul & sesuai
1. AUDIT KECUKUPAN (samb…)
Verifikasi yang dijalankan semasa audit kecukupan adalah berikut
(samb…):
Identifikasi bahaya yang sesuai & lengkap
Penetapan CCP yang sesuai
Had kritikal, prosedur pemantauan, tindakan pembetulan, validasi
dan verifikasi yang dilaksanakan adalah sesuai
Dokuemtasi & simpanan rekod yang sesuai misalannya arahan kerja
CCP, borang & senarai semak pemantauan
Keperluan peraturan yang berkaitan dengan isu keselamatan &
kesihatan dinyatakan dalam dokumentasi.
PRP diwujudkan
1. AUDIT KECUKUPAN (samb…)

Apabila audit kecukupan selesai dijalankan, juruaudit perlu


memaklumkan kekurangan (deficiencies) yang dijumpai
dalam dokumentasi beserta kawasan, dokumen & rekod
yang akan diperiksa semasa audit pematuhan kepada
penyelaras HACCP

Auditee hendaklah mengambil tindakan pembetulan ke atas


ketidakpatuhan sebelum audit pematuhan.
2. MESYUARAT PEMBUKAAN
 Diadakan sebelum audit pematuhan
 Tujuan : memaklumkan dan menjelaskan kepada juruaudit & auditee sebarang isu yang
berkaitan dengan audit cth. lokasi, masa & pihak yang terlibat
 Diketuai oleh ketua juruaudit di mana beliau akan :
 Memperkenalkan pasukan juruaudit
 Memberi peluang kepada auditee untuk memperkenalkan :
 Wakil organisasi yang diaudit/ ahli pasukan HACCP)
 Latar belakang organisasi
 Menerangkan skop dan tujuan audit
 Menyemak jadual audit serta membincangkan pindaan (jika perlu)
 Menerangkan kaedah audit, cth. secara pensampelan & bukti objektif diperlukan
 Menerangkan bagaimana ketidakpatuhan dilaporkan
 Mengesahkan bila audit akan selesai & penetapan masa bagi mesyuarat penutup
3. AUDIT PEMATUHAN (LAPANGAN)
 Bincangkan kecacatan yang dijumpai semasa audit kecukupan
 Semak jika pindaan yang sesuai telah dibuat
 Mengikuti semua peraturan dan arahan yang telah ditetapkan oleh pihak industri.
 Memohon kebenaran menggunakan kamera dan membawa borang senarai semak dan carta alir
proses atau pelan kilang.
 Pastikan gambar yang diambil adalah jelas dan dicatatkan lokasi.
 Bermula dari di kawasan bersih ke kawasan kotor.
 Perhatikan keadaan sebenar dalam premis (pematuhan kepada GMP)
 Kumpulkan bukti bahawa Pelan HACCP dan dokumen yang berkaitan adalah terkini dan
dilaksanakan seperti yang didokumenkan.
 Tentusahkan proses sebenar yang dijalankan di dalam kawasan proses dengan carta aliran proses
dan prosedur yang bertulis
 Laksanakan soal selidik secara lisan di lapangan
 Untuk periksa Pelan HACCP, prosedur, arahan kerja & Objektif Keselamatan Makanan difahami
oleh kakitangan yang dilantik
3. AUDIT PEMATUHAN (LAPANGAN)(samb…)
 Sahkan kakitangan yang dilantik diberi kecapaian
(accessibility) kepada dokumen yang berkaitan dan memahami
apa yang dilakukan oleh mereka dan merujuk kepada versi
prosedur terkini
 Perolehi bukti objektif melalui :
 Pemerhatian ke atas amalan semasa di kawasan proses
 Menanya soalan & dengar kepada respon
 Semak dokumen/rekod untuk menentusahkan atau
menafikan dengan rasional maklumat/ jawapan yang diberi
BUKTI OBJEKTIF
 Bukti yang wujud
 Tidak dipengaruhi oleh emosi/ prasangka
 Boleh didokumenkan
 Berkaitan dengan keselamatan makanan
 Secara kuantitatif/ kualitatif
 Boleh ditentusahkan

Jika tindakan yang diambil tidak direkodkan/ tidak


ditulis, ia dikatakan tidak berlaku»» »tiada bukti
objektif
3. AUDIT PEMATUHAN (LAPANGAN)(samb…)
 Contoh dokumen/ rekod yang disemak :
 Prosedur/ pelan pensampelan dan keputusan analisis untuk menentusahkan
keberkesanan CCP
 Rekod CCP dan persisihan/ pelencongan (deviation) bagi pemantauan
 Rekod pelaksanaan program pra-syarat (format/ senarai semak yang telah
dilengkapkan)
 Validasi had kritikal & Pelan HACCP
 Aduan pelanggan
 Rekod pelupusan/ pemanggilan balik produk
 Kalibrasi peralatan pemantauan proses
 Perjanjian/ surat jaminan daripada pembekal/ rekod audit pembekal
 Audit dalaman HACCP & rekod semakan pengurusan untuk menilai Objektif
Keselamatan Makanan telah dicapai & peraturan telah dipatuhi
4. MESYUARAT/PERBINCANGAN
ANTARA JURUAUDIT

 Antara ketua juruaudit dengan juruaudit-juruaudit sahaja


 Diketuai oleh ketua juruaudit
 Membincangkan hasil pemerhatian
 Menyatu dan menyusun ulangan ketidakpatuhan, jika
keterangan objektif ada
 Menentukan dan mengelaskan ketidakpatuhan jika
dijumpai
PENGELASAN KETIDAKPATUHAN (JENIS 1)
Jenis ketidakpatuhan :
1. Minor
Persisihan/ pelencongan dalam sistem HACCP yang berkaitan dengan
prosedur HACCP dan sanitasi atau lain yang tidak mungkin
mengurangkan kebolehan mencapai keperluan sanitasi atau memastikan
keselamatan makanan.
2. Major
Persisihan/ pelencongan yang signifikan daripada keperluan yang dirancang
(MS1480) di mana penyelenggaraan keselamatan direncatkan/ dihalang
(inhibited). Ia mewakili risiko keselamatan yang tidak boleh diterima dan
tanpa membentuk (constituting) kegagalan seluruh sistem di kawasan
yang terbabit
PENGELASAN KETIDAKPATUHAN (JENIS 1)
(samb…)
3. Serius
Persisihan/ pelencongan yang teruk (severe) daripada keperluan yang
dirancang (MS1480) di mana penyelenggaraan keselamatan dipengaruh
(impacted). Ia mewakili peninggalan/ kegagalan dalam sistem
keselamatan makanan yang sangat signifikan yang mempunyai kesan
buruk yang langsung ke atas keselamatan produk
4. Pemerhatian
• Cadangan yang tidak menjejaskan keselamatan diberi untuk
mempengaruhi penambahbaikan yang tidak semestinya berkaitan
keselamatan
• Pemerhatian tidak wajib ditutup kerana auditee mungkin bertindak
lewat, tetapi ia boleh menyebabkan pengeluaran CAR yang baru jika
keadaan didapati mempengaruhi keselamatan
PENGELASAN KETIDAKPATUHAN (JENIS 2)
Jenis ketidakpatuhan :
1. NC (Tidak Mematuhi)
Subjekkan produk makanan kepada tahap pendedahan kepada
bahaya makanan yang tidak boleh diterima dan ia menjejaskan
kesesuaian produk sebagai makanan.

2. PC (Mematuhi Separuh)
Situasi di mana kebarangkalian bagi kejadian bahaya makanan jika
kawalan tidak diambil. Kejadian yang berulang menyebabkan
menjadi ‘Tidak Mematuhi’.
5. PELAPORAN AUDIT
 Pemerhatian perlulah :
 Adil
 Berdasarkan bukti objektif yang direkodkan dan ditentusahkan
 Boleh dikesan (traceable) (cth. no. siri, identifikasi, dokumen, dll)
 Ketidakpatuhan :
 Dicatitkan dalam senarai semak & tandatangan auditee diperolehi pada masa itu
 Dimaklum kepada auditee yang mengiring (semasa di tapak)
 Sediakan CAR bagi semua ketidakpatuhan yang dijumpai serta mengelaskannya
 Ketidakpatuhan yang minor dimaklum kepada penyelaras untuk dibetulkan &
tidak dilaporkan sebagai CAR
 Ketidakpatuhan yang berulang yang dijumpai di seksyen yang sama,
ketidakpatuhan yang berkumpul disenaraikan dalam CAR yang sama.
5. PELAPORAN AUDIT (samb…)
 Ketidakpatuhan dalam borang CAR merangkumi :
 Penjelasan ketidakpatuhan
 Prinsip yang berkaitan jika berkenaan
 Tapak/ jabatan yang diaudit
 Disaksi oleh auditee
 Pelan tindakan pembetulan dan tarikh ia dilengkapkan
 Laporan mengandungi :
 Keterangan objek : no. batch, peralatan, produk & kuantitinya
 Perlanggaran : ‘tidak diperiksa sebelum diguna’, ‘tidak disimpan dalam
keadaan yang sepatutnya’, ‘tidak boleh dikesan’, ‘tidak direkodkan’, dll
6. MESYUARAT PENUTUP
 Tujuan : membolehkan ketua juruaudit membentangkan
hasil audit kepada auditee
 Diadakan secara adil dan profesional serta dipengerusi oleh
ketua juruaudit/ penyelaras HACCP
 Semua ahli yang menghadiri mesyuarat pembukaan juga
perlu menghadiri mesyuarat penutup
6. MESYUARAT PENUTUP (samb…)
Ketua juruaudit :
 Ucapkan terima kasih kepada auditee bagi bantuan dan kerjasama mereka
 Terangkan audit dijalankan berdasarkan pensampelan dan mungkin
terdapat kawasan yang tidak diperiksa (spotted)
 Terangkan kepentingan mengenai kategori/kelas ketidakpatuhan
 Tunjukkan kelebihan yang dijumpai
 Bentangkan semua laporan ketidakpatuhan dan pastikan auditee
memahaminya
 Dapatkan persetujuan auditee bagi CAR yang akan diambil tindakan
melalui memperolehi tandatangan auditee dalam borang CAR
 Dapatkan tandatangan daripada auditee dan juruaudit dalam borang CAR
6. MESYUARAT PENUTUP (samb…)
 Simpan sesalinan borang CAR & serahkan borang asal kepada
auditee
 Minta auditee mengisi borang CAR secara berkala bagi setiap
ketidakpatuhan yang telah diambil tindakan pembetulan dan akhirnya
kembalikan borang CAR kepada ketua juruaudit
 CAR hendaklah disusuli oleh juruaudit dalam tempoh masa tertentu
 Semasa susulan,
 Kumpulkan bukti bagi tindakan pembetulan yang diambil
 Jalankan audit susulan di lapangan untuk menyaksikan bukti
pelaksanaan tindakan pembetulan (sebaik-baiknya dilakukan bagi
audit dalaman)
 Tutupkan CAR apabila bukti tindakan pembetulan diperolehi

You might also like