You are on page 1of 28

KAWALAN MUTU MAKANAN

DAN KESIHATAN
MOHD. ADIB DANIAL BIN NORMAN
961009-13-5343
2 PISMP MU/PK
PERANAN AGENSI
KERAJAAN DAN SWASTA
BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI
MAKANAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Bahagian keselamatan dan kualiti makanan
terbahagi kepada 4 unit :

1. Unit Pengurusan


2. Unit Pematuhan (Pemantauan & Penyelidikan dan
Penguatkuasaan)
3. Unit Industri dan Pensijilan
4. Unit Kawalan dan Eksport
BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI
MAKANAN, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Bahagian Keselamatan dan Kualiti
Makanan (BKKM) bertanggungjawab
untuk merancang, melaksana,
memantau dan menilai Program
Keselamatan dan Kualiti Makanan yang
dilaksanakan di peringkat kebangsaan,
negeri, daerah, pintu masuk dan pihak
berkuasa tempatan.
Objektif utama ialah untuk melindungi
orang ramai daripada bahaya
kesihatan dan penipuan dalam
penyediaan, penjualan dan
penggunaan makanan, serta
mempermudahkan perdagangan
makanan.
FUNGSI BAHAGIAN KESELAMATAN
DAN KUALITI MAKANAN
Menentukan agar penyediaan,
penjualan dan penyimpanan semua
bahan makanan adalah selamat dan
bersih.
Menentukan supaya semua bahan
makanan yang dijual adalah bebas
daripada pencemaran dan
penambahan aditif makanan yang
tidak diperlukan dan penipuan.
Mematuhi peraturan-peraturan dan
undang-undang yang ditetapkan.

Dilabel dan diiklan dengan tidak


mengelirukan dan memberikan
gambaran sebenar mengenai
kandungan makanan tersebut.
Menentukan supaya kandungan semua
bahan makanan yang diimport ke negara ini
adalah selamat dan mematuhi Akta
Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan
Makanan 1985.
Menentukan konsainan makanan yang
dieksport oleh negara ini mematuhi
perundangan yang dikehendaki oleh negara-
negara pengimport.
Menentukan orang ramai menerima
maklumat yang mencukupi mengenai aspek
keselamatan.
PERANAN MAJLIS
PERBANDARAN NEGERI
Pihak Majlis Perbandaran mestilah memberikan
perkhidmatan yang berkualiti,berkesan,betul bermula
dari peringkat akar umbi yang dapat memenuhi
standard profesionalisme serta dapat memenuhi
kepuasan hati pelanggan.

Di dalam memenuhi Polisi Kualiti ini, Majlis Perbandaran


hendaklah mengamalkan amalan pengawalan mutu
makanan dan kesihatan seperti objektif-objektif yang
berikut:
1. Mewujudkan keadaan dan persekitaran premis
makanan yang bersih serta selesa.
2. Meningkatkan kualiti kebersihan semua premis
termasuk gerai dan penjaja berada pada tahap
kesihatan yang baik.
3. Berusaha mewujudkan bandar selamat dari
gangguan wabak penyakit berjangkit bawaan air
dan makanan.
 Selain itu, pihak Majlis Perbandaran mestilah mempunyai
piagam pelanggan yang baik. Berikut adalah contoh-
contoh Piagam Pelanggan yang boleh diamalkan oleh
Majlis-Majlis Perbandaran :
 Memastikan semua premis makanan dalam kawasan
operasi diperiksa sekurang-kurangnya 2 kali dalam
setahun.
 Memastikan semua penjaja Pekan Sehari, Pasar Malam
dan Pasar Tani dalam kawasan operasi diperiksa sekurang-
kurangnya 2 kali dalam setahun.
 Memastikan semua aduan mengenai kebersihan permis
makanan diambil tindakan dalam tempoh 48 jam.
 Memastikan proses membuat kad pengendalian makanan
disiapkan dalam tempoh 10 minit.
Memastikan semua aduan kacauganggu diambil
tindakan dalam tempoh 48 jam.
Memastikan semua pelan bangunan dan
tambahan serta permohonan bagi Sijil Layak
Menduduki (CF) diperiksa dan diberi ulasan dalam
tempoh 7 hari dari tarikh terima permohonan.
Memastikan pemeriksaan premis-premis hiburan
dibuat sekurang-kurangnya satu kali dalam setahun.
Memastikan ulasan kelulusan lesen perniagaan
premis makanan dan bukan makanan disiapkan
dalam tempoh 14 hari.
PERANAN SEKOLAH
Peranan pihak sekolaha adalah untuk:

Menggalakkan seboleh-bolehnya
pengusaha/pengendali makanan memasak
makanan di dalam kawasan sekolah.
Memastikan makanan yang disediakan tidak
dimasak terlalu awal sehingga semalaman,
terutama penyediaan makanan-makanan
menggunakan santan.
Menubuhkan jawatankuasa khas di peringkat
sekolah bagi menyelia dan mengadakan
pemeriksaan harian.
Mengadakan kempen kesedaran
mengenai kebersihan makanan dan
kebersihan premis makanan.
Bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan
bagi usaha-usaha peningkatan dan
penggalakan kebersihan dan kesihatan.
AKTA KAWALAN MUTU
MAKANAN
AKTA MAKANAN 1983 (AKTA 281)
PERANAN DAN HAK
PENGGUNA
Hak untuk mendapatkan keperluan asas :
Pengguna berhak untuk mendapat keperluan asas bagi
meneruskan kehidupan yang memuaskan seperti
makanan, pakaian, tempat kediaman, kesihatan,
pendidikan, kemudahan awam, air dan sanitasi.
Hak untuk mendapat barangan dan perkhidmatan
yang selamat :
Pengguna berhak untuk dilindungi daripada barangan,
proses pengeluaran dan perkhidmatan yang boleh
membahayakan kesihatan atau kehidupan.
 Hak untuk mendapatkan maklumat :
Pengguna berhak untuk diberitahu fakta-fakta yang diperlukan
bagi membolehkan mereka membuat pilihan yang tepat dan
dilindungi daripada pengiklanan serta pelabelan yang tidak jujur
atau mengelirukan.
 Hak untuk membuat pilihan :
Pengguna berhak untuk memilih daripada pelbagai barangan dan
perkhidmatan yang ditawarkan pada harga yang kompetitif dan
jaminan kualiti yang memuaskan.
 Hak untuk menyuarakan pendapat :
Pengguna berhak untuk bersuara bagi memastikan kepentingan
pengguna mendapat pertimbangan sewajarnya dalam
penggubalan dan pelaksanaan dasar kerajaan, serta dalam
pembangunan barangan dan perkhidmatan oleh pengeluar.
 Hak untuk mendapat ganti rugi :
Pengguna berhak untuk mendapat penyelesaian yang adil
termasuk pampasan bagi pembelian barangan yang mempunyai
perihal dagangan yang mengelirukan, kurang bermutu atau
perkhidmatan yang tidak memuaskan.
 Hak untuk mendapat pendidikan pengguna :
Pengguna berhak untuk mendapat pendidikan dan kemahiran
yang diperlukan bagi membolehkan mereka membuat pilihan
yang bijak dalam pembelian barangan dan perkhidmatan, serta
mengamalkan hak dan tanggungjawab mereka sebagai
pengguna.
 Hak untuk hidup dalam alam sekitar yang sihat dan selamat :
Pengguna berhak untuk hidup dan bekerja dalam alam sekitar
yang bersih, sihat dan tidak berbahaya kepada generasi masa kini
serta generasi akan datang.
PERUNDANGAN, KOD AMALI
DAN GARIS PANDUAN
SEKIAN, TERIMA KASIH
SKETSA PENDEK

cth situasi :
Beberapa orang inspektor kesihatan
sedang menjalankan operasi
pemeriksaan di sebuah premis makanan.
p/s: sketsa anda haruslah mempunyai
pengajaran yang boleh dicontohi oleh
masyarakat.
SKETSA MUZIKAL

anda dikehendaki untuk membuat sketsa


muzikal yang bertemakan pemakanan dan
kesihatan.
Cth situasi: anak anda telah mengalami
malnutrisi apa yang harus anda buat?

You might also like