You are on page 1of 29

NEGARA

BERDAULAT
KONSEP DAN CIRI

• DEFINISI “NEGARA:
► ialah sebuah wilayah yang didiami oleh sekumpulan penduduk,
mempunyai sempadan,dan ditadbir oleh sebuah kerajaan.

► ciri-ciri umum negara ialah:


i. Sempadan/wilayah yang tetap dan jelas.
ii. Mempunyai penduduk yang tetap.
iii. Mempunyai kerajaan yang teratur.
iv. Mempunyai kedaulatan- berupaya menentukan halatuju dan nasib
bangsa sendiri.
Malaysia sebagai sebuah negara

• Merupakan negara berdaulat dengan sebuah kerajaan pusat dan 13


buah kerajaan negeri dan tiga buah Wilayah Persekutuan (Kuala
Lumpur,Labuan dan Putrajaya).

Ciri-ciri negara Malaysia:


i. Pemerintahan demokrasi.
ii. Masyarakat berbilang kaum.
iii. Mempunyai sempadan.
iv. Bebas daripada pemerintahan asing (berdaulat).
v. Mempunyai perlembagaan,agama,bahasa dan kebudayaan sendiri.
SISTEM KERAJAAN

• Kerajaan merujuk kepada badan atau institusi yang


bertanggungjawab mengurus pentadbiran dan pemerintahan
negara.
• Kerajaan terdiri daripada 3 komponen iaitu:
a) Badan Perundangan/Legislatif.
b) Badan Eksekutif/Badan Pelaksana/Kabinet.
c) Badan Kehakiman/Judisari

• Ketiga-tiga badan di atas membantu sesebuah kerajaan untuk:


i. Menjalankan urusan pentadbiran.
ii. Menguatkuasakan undang-undang.
Peranan Badan Perundangan/Badan Eksekutif
/Badan Kehakiman

BADAN FUNGSI

Perundangan Menggubal Undang-Undang

Eksekutif Menguatkuasa dan melaksana undang-


undang.
Melaksana dasar-dasar awam.
Kehakiman Mentafsir undang-undang.
Menjatuhkan hukuman.
SISTEM KERAJAAN

Antara sistem kerajaan utama ialah :

a) Konfederasi
b) Kesatuan
c) Persekutuan
KONFEDERASI
• Kuasa kerajaan terletak dibawah penguasaan “Kerajaan Negeri”.
• Kerajaan Negeri mempunyai kuasa penentuan pentadbiran yang lebih tinggi.
• Kerajaan Pusat mempuyai kuasa terhad.
• Sistem kerajaan ini wujud atas dasar perjanjian yang longgar antara Kerajaan
Pusat dan Kerajaan Negeri.
• Pada amnya, tiada negara yang mengamalkan sistem kerajaan ini.
• Sistem kerajaan ini secara grafik adalah seperti berikut:

Kerajaan Negeri

Kerajaan Pusat
Kesatuan
• Kerajaan Pusat mempunyai kuasa dominan berbanding kerajaan
Negeri.
• Kerajaan Pusat boleh membatalkan sebarang perundangan yang
diluluskan oleh Kerajaan Negeri.
• Kerajaan Negeri atau pentadbiran tempatan mendapat arahan
daripada Kerajaan Pusat.
• Contoh Kerajaan Kesatuan: New Zealand dan Indonesia.
• Sistem kerajaan ini secara grafik adalah seperti berikut:

Kerajaan Pusat

Kerajaan Negeri
Persekutuan
• Mengikut sistem ini, Kerajaan Persekutuan,Kerajaan Negeri dan Kerajaan
Tempatan bergabung melaksanakan pentadbiran dan pemerintahan negara.
• Setiap peringkat kerajaan mempunyai kuasa autonomi perundangan dalam
perkara-perkara tertentu.
• Lazimnya, Kerajaan Pusat bertanggungjawab dalam perkara umum seperti
pertahanan,kewangan,pendidikan,hal-ehwal luar dsb.
• Kerajaan Negeri bertanggungjawab ke atas hal-hal dalam negeri seperti
agama,tanah,perhutanan dsb yang tidak perlukan keseragaman. Contoh:
Malaysia,Amerika Syarikat dan Perancis.
• Sistem kerajaan ini secara grafik adalah seperti berikut:

Kerajaan Kerajaan
Negeri Pusat
JENIS-JENIS KERAJAAN
• Terdapat pelbagai jenis kerajaan yang diamalkan di seluruh dunia.

Jenis Ciri-Ciri Contoh


Kerajaan
Monarki -kuasa penuh di tangan raja. Brunei
-raja sangat berkuasa Darussalam
-raja kata putus
-Tiada parti politik
Autokrasi -diperintah oleh individu / badan politik. Cuba dan
-pemerintahan secara kejam. Korea Utara.

Totalitarian - Pemilihan pemimpin bagi mengekalkan


ideologinya.
-Mempunyai banyak tanah jajahan.
-Arahan pemimpin tidak boleh ditentang.
- Pemimpin berkuasa mutlak.
Sosialis -bersifat kemasyarakatan (utamakan Algeria,
rakyat berpendapatan rendah). Laos
-Hak perseorangan tidak dipentingkan
tetapi milik negara.
Republik - Mempunyai Presiden. India dan
Singapura
-Tiada raja yang memerintah.

Komunis -Semua anggota masyarakat Korea Utara


sama dari aspek sosial.
-Tidak percaya wujudnya Tuhan.
-Menggunakan kekerasan untuk
mencapai tujuan.
- Ekonomi dimiliknegarakan.
Demokrasi -Pemimpin dipilih oleh rakyat Malaysia dan
melalui pilihanraya. Thailand.
Berparlimen
-Setiap rakyat mempunyai
persamaan hak.
-Raja sebagai ketua negara dan
Perdana Menteri sebagai ketua
kerajaan.
DOKTRIN PENGASINGAN KUASA

• Diperkenalkan oleh Charles de Montesquieu, seorang ahli falsafah


Perancis dalam bukunya “The Spirit of Laws”.

• Doktrin ini merujuk kepada pengasingan atau pembahagian


kuasa pemerintahan antara:

a) Badan Perundangan (Legislatif).


b) Badan Eksekutif (Pentadbiran).
c) Badan Kehakiman (Judisari).

• Tujuan Pengasingan kuasa ialah untuk :

i) Menyelaraskan pentadbiran dan perundangan.


ii) Mengelakkan pemusatan kuasa pada institusi atau individu tertentu.
iii) Mengelakkan penyalahgunaan kuasa.
PENGASINGAN KUASA DI MALAYSIA
• Malaysia sebagai negara demokrasi berpalimen dan mengikut
Perlembagaan Persekutuan Malaysia (mengikut Fasal 9), terdapat
pembahagian kuasa antara :

a) Kerajaan Pusat
b) Kerajaan Negeri
c) Kerajaan Tempatan

• Pembahagian kuasa antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri ditetapkan


mengikut Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.
• Doktrin Pengasingan kuasa bertujuan mengelakkan pemusatan kuasa, namun
di Malaysia,Yang Dipertuan Agong merupakan ketua negara yang mempunyai
kuasa terhadap Badan Perundangan, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman.

• Badan Eksekutif terbahagi kepada :

a) Kerajaan Pusat – diketuai oleh Yang Dipertuan Agong


b) Kerajaan Negeri – diketuai Sultan/Raja/Yamtuan Besar / Dipertuan
Negeri

• Badan Pentadbiran terdiri daripada :


a) Kerajaan Pusat – Kabinet (Jemaah Menteri) yang diketuai oleh Perdana
Menteri.

b) Kerajaan Negeri – Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang diketuai oleh


Menteri Besar / Ketua Menteri.
• Badan Perundangan diberi kuasa oleh Parlimen kepada Peguam
Negara untuk mempengaruhi kebebasan kehakiman dalam hal-hal
perundangan.

• Badan Kehakiman berfungsi melalui Peguam Negara untuk


menasihati Jemaah Menteri atau menteri-menteri tentang soal
undang-undang.

• Di Malaysia, tidak ada mana-mana satu badan yang


bertanggungjawab untuk membentuk, melaksana dan mengadili
sesuatu undang-undang.
Pembahagian kuasa antara Badan Perundangan/Badan Pentadbiran
(Eksekutif)/Badan Kehakiman

Badan Perundangan Badan Pentadbiran Badan


(Legislatif) (Eksekutif) Kehakiman(Judisari)

•Peringkat Persekutuan- •Persekutuan- Kabinet •Persekutuan dan


Parlimen terdiri daripada (Jemaah Menteri) – Negeri – Mahkamah
Dewan Rakyat dan melaksanakan dasar- Atasan,Mahkamah
Dewan Negara. dasar kerajaan melalui Bawahan,Makamah
• Diperingkat Negeri- Jabatan Perdana Khas serta badan
Menteri,Kementerian,Jab pengadilan/Tribunal.
dikenali sebagai Dewan
Undangan Negeri. atan,Agensi dan badan •Berperanan :
awam •Menyemak undang-
•Negeri – Majlis undang.
•Berperanan menggubal
Mesyuarat Kerajaan •Melaksanakan
undang-undang. Negeri
keadilan.
•Berperanan merumus
•Membatalkan
dan melaksanakan dasar-
undang-undang.
dasar kerajaan.
PERANAN
KERAJAAN
• i. Menentukan Arah Tadbir Urus Negara Demi Keamanan,
Kesejahteraan Warga Negara

• Melaksanakan tadbir urus negara berdasarkan prinsip tadbir


urus terbaik (good governance)
• ii. Menyediakan Kemudahan Ekonomi

• Kerajaan perlu menyediakan kemudahan infrastruktur, peraturan


dan aturan yang penting untuk keperluan pembangunan ekonomi
• Kerajaan perlu menyediakan rangka kerja ekonomi untuk
membantu sistem ekonomi beroperasi mengikut garis panduan dan
peraturan
• iii. Menyediakan Pelbagai Perkhidmatan

• Kerajaan berperanan untuk menyediakan pelbagai bentuk


perkhidmatan kepada masyarakat
• Segala perkhidmatan untuk keperluan rakyat – disediakan oleh
kerajaan dan pihak swasta
• iv. Memastikan Keamanan dan Ketenteraman

• Kerajaan berperanan memastikan situasi negara terkawal dan stabil


sama ada dari segi sosial, politik dan ekonomi
• v. Menstabilkan Persaingan

• Tindakan dan pantauan bagi memastikan persaingan antara peniaga


wujud seimbang dimana perlunya persaingan yang sihat dalam
perniagaan
• vi. Perlindungan Alam Sekitar

• Kerajaan berperanan dalam menjaga kebersihan alam sekitar


supaya tidak tercemar
• Pembangunan dilaksanakan secara lestari
• vii. Penyediaan Keperluan Asasi

• Memastikan keperluan asas rakyat dilengkapi terutama golongan


berpendapatan rendah
• Kemudahan pendidikan, kesihatan dan pengangkutan
KESIMPULAN

• Sebagai rakyat Malaysia yang berdaulat, kita seharusnya memahami dan


menghayati struktur pentadbiran negara dari peringkat persekutuan,
negeri dan kerajaan tempatan supaya kedaulatan negara dapat
dipertahankan.

• Kita seharusnya bangga dengan sistem pentadbiran negara yang


sistematik yang memacu kejayaan negara dipersada antarabangsa.
LATIHAN

• 1.Nyatakan konsep sebuah negara.

• 2.Jelaskan ciri-ciri Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat.

• 3. Jelaskan peranan Malaysia sebagai sebuah negara yang berjiran.


TERIMA KASIH

You might also like