You are on page 1of 3

4.

5 suruhanjaya reid

Setelah rombongan tersebut pulang dan kemerdekaan Persekutuan


Tanah Melayu telahtercapai dalam perjanjian yang telah termeterai di
Lancaster House di London. Salah-satudaripada perjanjian tersebut adalah
pembentukan sebuah suruhanjaya untuk merangkaperlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya tersebut ialah Suruhanjaya Reid
yangtelah dibentuk pada 21 Mac 1956. Suruhanjaya Reid dinamakan
sempena nama pengerusinyaiaitu Lord William Reid yang merupakan Hakim
Mahkamah Rayuan England. Empat oranganggota lain ialah Sir Ivor Jennings
dari Britain, Sir William McKell, bekas Gabenor JeneralAustralia, Tuan B.
Malik, bekas Hakim Besar Mahkamah Tinggi Allahabad, India dan TuanAbdul
Hamid, Hakim Mahkamah Tinggi Pakistan Barat. Keanggotaan Suruhanjaya
Reid dipiliholeh British dan llangsung tidak melibatkan rakyat Tanah Melayu.
Hal ini kerana, sewakturundingan di London, seramai 35 orang pegawai
British hadir manakala hanya lapan orangwakil Parti Perikatan dan Raja-raja
Melayu.

Perlembagaan yang ingin dirangka oleh Suruhanjaya Reid hendaklah


memenuhi limasyarat. Pertama, pembentukan sebuah persekutuan dengan
kerajaan pusat yang kuat. Kedua,pemeliharaan kedudukan, keistimewaan,
kehormatan dan hak Raja-raja Melayu. Ketiga,pewujudan jawatan ketua
negara yang bergelar Yang di-Pertuan Agong. Keempat,pemeliharaan hak-
hak istimewa orang Melayu serta hak-hak yang sah milik kaum-kaum
lain.Kelima, pembentukan sebuah sistem kewarganegaraan yang seragam
untuk seluruhPersekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya telah diberikan
tempoh selama lapan bulan untukmenyiapkan rangka perlembagaan iaitu dari
bulan Mac hingga Oktober 1956. Dalam tempohtersebut, Suruhanjaya telah
mengumpul sebanyak 131 memorandum dari pelbagai lapisanindividu dan
organisasi untuk dikaji. Selain itu, sebanyak 118 rundingan telah diadakan
untukcadangan-cadangan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Dengan wujudnya memorandum dan persidangan tersebut, rangka
perlembagaan ini menjadi kukuh dan praktikal serta dihormati kerana
Suruhanjaya telah meminta cadangan dan pandangan daripada bukansahaja
parti politik tetapi juga orang ramai, individu dan Raja-raja Melayu.

Rangka perlembagaan tersebut telah dikeluarkan pada 21 Februari 1957.


Antara isirangka tersebut adalah kewujudan sebuah kerajaan pusat dan
kerajaan negeri, MajlisRaja-Raja yang disediakan diteruskan, Islam sebagai
agama rasmi dan Bahasa Melayumenjadi bahasa kebangsaan, Dewan
Rakyat dan Dewan Negara ditubuhkan di peringkatpersekutan dan kedudukan
istimewa orang melayu. Penyata tersebut diserahkan kepadaJawatankuasa
Kerja untuk diperhalusi dan dinilai sebelum perlembagaan yang sebenar
bolehdibentuk. Jawatankuasa kerja dipengerusikan oleh MacGillivray dan
termasuk empat wakil dariPerikatan dan empat wakil dari Raja-raja Melayu,
Suruhanjaya Tinggi British, Setiausaha Agung dan Peguam Negara.
Jawatankuasa mengkaji semula cadangan Suruhanjaya Reid tersebut bagi
menyediakan Kertas Putih yang mengandungi pindaan ke atas Penyata Reid
dan rangkaperlembagaan yang disusun oleh jawatankuasa.

Majlis Raja-raja telah memperkenankanperlembagaan tersebut pada


bulan Jun 1957. Majlis Perundangan Persekutuan telah menerimadan
meluluskannya pada 15 Ogos 1957. Perlembagaan tersebut telah
dikuatkuasakan pada 27Ogos dan secara rasminya dilaksanakan apabila
Persekutuan Tanah Melayu mencapaikemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Pakatan Murni bermaksud usaha semua kaum di TM untuk menghasilkan


satu kerjasama dantolak ansur politik melalui rundingan. Pakatan Murni juga
merupakan jalan penyelesaian untuk menyatupadukan penduduk yang terdiri
daripada pelbagai kaum.Pakatan Murni wujud berdasarkan hasil
kerjasama antara politik di Tanah Melayu. Padamulanya, Tanah
Melayu mempunyai pakatan politik iaitu Jawatankuasa Hubungan Antara
Kaum(CLC) yg terdiri daripada kaum Melayu dan ina. Tujuannya
adalah untuk mewujudkanpenyelesaian tuntutan dan merapatkan
kembali hubungan antara kaum.

Pakatan Murni dapat menjamin kehidupan bertoleransi dan


keseimbangan antara kaum. Usaha ini penting dalammewujudkan perpaduan
bagi mencapai kemerdekaan dan sebagai faedahnya semangat kerjasamaini
dapat diwujudkan melalui pentadbiran bersama Di samping itu, Pakatan
Murni ini dapatmenyedarkan rakyat bahawa perpaduan dpt dicapai melalui
kerjasama dan sikap bertolak ansur.Parti politik di Malaysia bergerak di atas
landasan perkauman . Asas kerjasama parti politikpelbagai etnik adalah
menjurus kepada aspek permuafakatan sehingga bole
membentukgabungan politik yg mencerminkan keinginan untuk berkongsi
kuasa kerana menyedari bahawatidak mungkin bagi satu-satu kaum
mendominasi kuasa dan memerintah di negara ini. Contohparti yang terdapat
dalam Pakatan Murni ialah UMNO, MCA, MIC yang berpakat bersama-
samadan bertanding dalam pilihan raya untuk menentang IMP.

You might also like