You are on page 1of 2

https://pekhabar.

com/h-i-d-s-perlembagaan-persekutuan-tanah-melayu-telah-diluluskan/

11 Julai 1957 – Pada tahun 1957, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah diluluskan oleh
Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan.

Usaha merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang baru ini telah dirangka oleh sebuah
Suruhanjaya yang dibentuk hasil daripada lawatan Setiausaha Kerajaan British dan perbincangan
yang telah diadakan bersama Raja-raja Melayu serta Menteri- Menteri Perikatan pada bulan Ogos
1955.

Suruhanjaya yang dipengerusikan oleh Lord Reid dan dianggotai oleh Sir Ivor Jennings, Sir William
Mckell, B. Malik dan Hakim Abdul Hamid telah menyediakan Kertas Putih Persekutuan Tanah Melayu
No. 15 tahun 1956 dan telah diterbitkan pada 7 Mac 1956.

Antara peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam perlembagaan ini ialah mengenai


pembentukan sebuah Kerajaan Pusat dengan kuasa autonomi diberikan kepada tiap-tiap negeri
dibawah Persekutuan Tanah Melayu dan segala urusan perjalanan pentadbiran dilaksanakan secara
persetujuan bersama.

Ianya juga menyatakan tentang kedudukan Raja-raja Melayu sebagai Raja Berpelembagaan bagi
negeri masing-masing.

Sesungguhnya, Perlembagaan yang telah diluluskan ini telah menjadi asas kepada Perlembagaan
Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan pembentukan Malaysia.
https://www.scribd.com/doc/53544473/Isu-Isu-Dalam-perlembagaan

Pada Mac 1956, satu Suruhanjaya Perlembagaan telah diketuai oleh Lord Reid telahditubuhkan
untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.Suruhanjaya tersebut telah
mendapatkan pandangan parti-parti politik, persatuan-persatuanbukan politik dan individu tentang
bentuk negara dan bangsa bagi negara ini. Dalam prosesrundingan itu, satu memorandum daripada
parti Perikatan telah mendapat keutamaan.Memorandum berkenaan dikenali sebagai Pakatan
Murni, iaitu persetujuan secara bertolakansur demi kepentingan bersama serta persetujuaan
menghormati hak-hak orang lain,menyentuh lima perkara utama iaitu kedudukan Raja-Raja Melayu,
kedudukan agama Islam,kedudukan Bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan
kerakyatan sama rata

Perlembagaan yang digubal Suruhanjaya Reid ini diiktiraf Jawatankuasa Kerja sebagaiPerlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu mulai tarikh kemerdekaan negara iaitu pada 31Ogos 1957. Apabila Sabah
dan Sarawak menyertai Persekutuan Tanah Melayu pada tahun1963, beberapa peruntukan
Perlembagaan Persekutuan telah dipinda dan nama negara ditukar kepada Malaysia

You might also like