You are on page 1of 2

CARTA GARIS MASA SEJARAH PENGGUBALAN

MALAYAN UNION 1946 1 April 1946 Pentadbiran Malayan Union di Malaya diisytiharkan Malayan Union telah ditentang oleh orang Melayu manakala orang bukan Melayu pula ada yang menyokongnya. 11 Mei 1946 Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) ditbuhkan. Penentangan orang Melayu telah melahirkan Parti UMNO yang diketuai oleh Dato Onn bin Jaafar. PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948 1 Februari 1948 Kerajaan British menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu Pentadbiran pelbagai kaum diperkenalkan untuk menyatupadukan rakyat dan menentang ancaman pengganas komunis. Parti-parti politik berasaskan kaum muncul menuntut kemerdekaan. Parti-parti politik berasaskan kaum membentuk Parti Perikatan atas dasar tolak ansur dan rundingan. 27 Julai 1955 Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan yang pertama diadakan Parti Perikatan menang 51 kerusi dan Parti Islam Semalaya (PAS) menang 1 kerusi. Parti Perikatan diberi mandate untuk merundingkan kemerdekaan daripada British. Kerajaan British berjanji untuk member kemerdekaan dengan syarat satu perlembagaan mesti digubal Mac 1956 Suruhanjaya Reid ditubuhkan Suruhanjaya Reid bermesyuarat beberapa kali dan menerima cadangan daripada pertubuhan dan orang perseorangan. Sebanyak 131 memorandum bertuli telah diterima. Beberapa draf telah dikaji dan dipertimbangkan dengan asas tolak ansur tentang halhal yang berkaitan dengan kepentingan kaum. KEMERDEKAAN TANAH MELAYU 1957 15 Ogos 1957 Perlembagaan Persekutuan diterima oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan Perlembagaan Persekutuan menetapkan pemerintahan yang berasaskan demokrasi berparlimen dan konsep Raja Berpelembagaan. 31 Ogos 1957 Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan Ersekutuan Tanah Melayu terdiri daripada negeri-negeri Perlis, kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang dan Melaka.

27 Mei 1961 Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Pertama mengumumkan gagasan untuk menubuhkan Malaysia Persekutuan Tanah Melayu yang sudah merdeka akan bergabung dengan Tanah Jajahan British iaitu Singapura, Brunei, sabah dan Sarawak. Gagasan ini diterima dengan pelbagai reaksi dari dalam negara dan antarabangsa. April 1962 Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan Suruhanjaua Cobbold meninjau pendapat penduduk Sabah dan Sarawak serta merangka perlembagaan yang sesuai. Parlimen Persekutuan Tanah Melayu telah meluluskan Akta Malaysia untuk meminda Perkara 1 (1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. PENUBUHAN MALAYSIA 1963 16 September 1963 Negara Malaysia terbentuk (Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak) Brunei tidak menyertai Malaysia. Singapura keluar daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965 dan sejak itu Malaysia terdiri daripada negeri-negri Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Sejak 16 September 1963, Malaysia menggunakan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

You might also like