You are on page 1of 1

JABATAN SAINS

IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM


JOHOR BAHRU

SCE3113 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS


TUTORIAL 4 : ALAT PENTAKSIRAN

1. Portfolio juga boleh digunakan untuk mentaksir hasil kerja murid selain daripada senarai
semak dan skala berkadar.
a Apakah portfolio sains?

b Nyatakan dua faedah menggunakan portfolio sebagai alat pentaksiran hasil kerja
murid.
c Nyatakan dua kriteria penskoran portfolio sains.

d Huraikan dua cara guru boleh meningkatkan kebolehpercayaan portfolio sebagai
alat pentaksiran.

2. a Portfolio merupakan dokumen yang mengandungi bahan bukti atau keterangan
yang dikumpul secara sistematik bagi aktiviti, perkembangan, pencapaian dan
kemajuan murid dalam masa yang ditetapkan.

i Berikah tiga langkah penyediaan portfolio

ii Nyatakan tiga cara penggredan berkesan

b Rekod anekdot merupakan salah satu instrumen pemerhatian membantu guru
untuk mendapatkan maklumat tentang perkembangan murid.

i Berikan dua instrumen lain yang sesuai digunakan untuk tujuan tersebut.
ii Nyatakan dua maklumat yang boleh dikumpul untuk merekod
pemerhatian.
3. Perbincangan merupakan satu aktiviti bilik darjah yang sering digunakan oleh para guru
sains untuk mengembangkan tabiat inkuiri murid. Guru mendapat maklum balas
daripada hasil perbincangan itu.

Tajuk di atas merupakan satu contoh aktiviti perbincangan di bilik darjah.
Berdasarkan contoh yang diberi, bincangkan bagaimana aktiviti perbincangan boleh
digunakan sebagai satu alat pentaksiran pembelajaran sains di bilik darjah.
Menjimatkan penggunaan tenaga elektrik Bincangkan.

You might also like