You are on page 1of 16

Pentadbiran Kerajaan Pusat

MAJLIS
Disediakan oleh Wei Jie.
-Majlis

 Majlis ditubuhkan sebagai badan penyelaras antara kementerian dengan


kementerian atau pun Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.
 Majlis ditubuhkan melalui 2 cara iaitu:
-Di bawah peruntukkan Perlembagaan.
-Ditubuhkan oleh kerajaan
-Majlis yang ditubuhkan oleh Perlembagaan

 Majlis Tanah Negara


 Majlis Kewangan Negara
 Majlis Negara bagi kerajaan tempatan
 Majlis Raja-raja
-Majlis yang ditubuhkan oleh Kabinet

 Majlis Tindakan Negara


 Majlis Ekonomi Negara
 Majlis Keselamatan Negara
 Majlis Tindakan Ekonomi
Majlis yang ditubuhkan
oleh Kabinet.
-Majlis Tanah Negara

 Keahlian :
-Seorang Menteri sebagai pengerusi.
-Seorang wakil rakyat dari setiap negeri dilantik oleh Raja atau Yang di-pertuan
Negeri.
-Wakil kerajaan Persekutuan yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan tetap
bilangan wakil kerajaan Persekutuan tidak boleh melebihi 10 orang.
-Pengerusi boleh mengundi tetapi tidak menmpunyai undi pemutus.
 Tugas :
- Membentuk dasar negara untuk memajukan dan mengawal penggunaan tanah
diseluruh persekutuan bagi perlombongan,pertanian,perhutanan atau apa-apa maksud
lain.
- Mentadbirkan mana-mana undang yang berhubungan dengannya dan kerajaan-
kerajaan persekutuan dan negeri hendaklah mengikuti dasar2 yang dibentuk sedemikian.
- Menasihati kerajaan mengenai penggunaan tanah atau berkenaan dengan apa2
perundangan yang dicadangkan mengenai tanah.
- Sabah dan Sarawak boleh menghantar wakil tetapi tiada kuasa mengundi.
-Majlis Kewangan Negara

 Keahlian :
- Dipengerusikan oleh Perdana menteri sementara menteri kewangan dan
beberapa menteri lain dilantik sebagai kuasa di samping wakil2 kerajaan negeri
yang dilantik Raja/Yang di-Pertuan Negeri.
 Tugas :
- Menasihati kerajaan persekutuan mengenai urusan pentadbiran kewangan sama
ada bagi kerajaan pusat dan negeri.
- Menasihati kerajaan persekutuan mengenai jumlah wang yang akan diberi
kepada kerajaan dan pembahagian hasil cukai dan royalti.
-Majlis Negara bagi kerajaan tempatan

 Keahlian :
- Dipengerusikan oleh menteri berkenaan dan mempunyai kuasa pemutus dan
mengundi.
- Ahlinya terdiri daripada wakil kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.
 Tugas :
-Membentuk dan menyelaras dasar mengenai kerajaan tempatan yang diletakkan
di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri.
-Majlis Raja-raja

 Tugas :
• Membincangkan dasar-dasar negara spt di bawah:
- Hak istimewa orang Melayu.
- Hak istimewa Bumiputera Sabah dan Sarawak.
- Perubahan sempadan negeri.
- Kewarganegaraan.
- Penetapan tarikh upacara agama Islam yang sama.
- Taraf bahasa Melayu.
Majlis yang ditubuhkan
oleh Kabinet.
-Majlis Tindakan Negara

 Fungsi:
-Sebagai jentera penyelarasan,pengawasan dan pengesanan pelaksanaan dasar dan
program/projek Kerajaan untuk merealisasikan dasar2 Negara serta mencapai
matlamat Wawasan 2020.
-Majlis Ekonomi Negara

 Fungsi:
- Memantau dan menganalisis arah aliran dan perkembangaan ekonomi negara dan antarabangsa serta merangka
langkah2 khusus bagi mempercepatkan pertumbuhan ekonomi.
- Merangka strategi untuk menggalakkan pelaburan langsung bagi mengekalkan momentum pertumbuhan
ekonomi.
- Mengenal pasti isu2 dalam pelaksanaan projek2 pembangunan dan membantu kerajaan membuat keputusan
strategik yang memberikan impak yang berkesan kepada pertumbuhan ekonomi.
- Mengenal pasti langkah2 yang perlu bagi mengawal inflasi dan merangka strategi untuk mengatasi kenaikan bahan
api,komoditi dan makanan.
- Mengkaji semula dan membuat pembaharuan kepada rangka kerja kawalan harga dan subsidi bagi mengurangkan
ganguan dalam sistem ekonomi.
- Memantau pelaksanaan keputusan Majlis ekonomi bagi memastikan keputusan tersebut mencapai matlamat yang
ditetapkan.
-Majlis Keselamatan Negara

 Fungsi :
- Bertanggungjawab menyelaraskan dasar2 berkaitan keselamatan negara dan
arahan mengenai langkah2 keselamatan termasuk gerakan2 ketenteraman awam
dan perkara2 melibatkan keselamatan langsung di seluruh negara di peringkat
negeri dan daerah.
- MKN juga menjadi badan bertanggungjawab membantu majlis tindakan
negara(MTN) dalam perkara2 berkaitan keselamatan.
-Majlis Tindakan Ekonomi

 Fungsi :
- Mengenalpasti isu yang mempengaruhi ekonomi.
- Mengenalpasti cabaran yang mempengaruhi ekonomi.
- Memperkenalkan strategi untuk menghadapi cabaran ekonomi.
- Menyediakan pelan Tindakan.
- Menyampaikan maklumat dan keputusan MTEN kepada cabinet.
Tamat.
Terima kasih…

You might also like