You are on page 1of 2

PERANAN KERAJAAN NEGERI

 Setiap Kerajaan Negeri di Malaysia juga mempunyai struktur bagi jentera


pentadbiran masing-masing.
 Struktur bagi jentera pentadbiran kerajaan-kerajaan negeri di Semenanjung
Malaysia adalah lebih kurang sama (terutama di Sabah dan Sarawak).

Majlis Mesyuarat Kerajaan

 Kebiasaannya diketuai Menteri Besar atau Ketua Menteri.


 Organisasi pembentukan dasar yang tertinggi bagi peringkat pentadbiran
negeri.
 Dalam kebanyakan perkara, Raja atau Sultan atau Yang Di Pertua Negeri
harus bertindak atas nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Jabatan

 Ditubuhkan bagi membantu memantapkan lagi kelancaran pentadbiran


negeri.
 Terdapat dua jenis jabatan di peringkat negeri :
i. Jabatan Negeri.
ii. Cawangan Jabatan Persekutuan.

Jabatan Negeri

 Wujudnya jabatan negeri ini adalah penting berasaskan hubungannya yang


secara langsung dengan pentadbiran utama kerajaan negeri.
 Di antara jabatan negeri yang paling penting ialah :
i. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
ii. Pejabat Kewangan Negeri.
iii. Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri.
iv. Unit Perancang Ekonomi Negeri.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

 Fungsi umum Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri adalah pusat untuk


merancang dan menyelaras dasar negeri di samping menentukan pelaksanaan
dasar-dasar tersebut oleh agensi-agensi kerajaan negeri yang lain termasuk
pejabat-pejabat daerah.

Pejabat Kewangan Negeri


 Berperanan merancang dan melaksanakan dasar-dasar kewangan dan
belanjawan kerajaan negeri.
 Mengusahakan cara-cara untuk mencari dan mendapatkan sumber
kewangan wang untuk kegunaan Kerajaan Negeri (Cth : Cukai dan Pinjaman)

Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri


 Memberikan nasihat mengenai berbagai-bagai perkara berkaitan dengan
undang-undang kepada Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Kerajaan.

Unit Perancang Ekonomi Negeri


 Merancang dan menyelaras usaha-usaha pembangunan ekonomi negeri agar
semuanya berjalan lancar.
 Menyelaraskan penyediaan rancangan-rancangan pembangunan negeri lima
tahun.
 Menyelia dan memerhati pelaksanaan berbagai-bagai projek pembangunan.
 Memberi khidmat nasihat kepada kerajaan negeri atas masalah-masalah
ekonomi negeri yang umum.

You might also like