You are on page 1of 11

BAB 16:

Kerajaan
Negeri
16.5 Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
1. Peruntukan tetap dalam Perlembagaan Negeri.

2. Menyerupai Kabinet di peringkat persekutuan.

3. Mengandungi 4 hingga 12 orang ahli dari Dewan Undangan Negeri.

4. Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dilantik oleh raja atau Yang di-Pertua Negeri.

5. Di Semenanjung Malaysia, ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dikenali sebagai ahli Exco; ahli-ahli Exco termasuk
Menteri Besar atau Ketua Menteri.

6. Di Sabah & Sarawak, ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dikenali sebagai menteri.

7. Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bertanggungjawab secara kolektif kepada Dewan Undangan Negeri.

8. Tidak boleh menjalankan pekerjaan atau profesion asal mereka.

9. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengandungi tiga orang ahli pegawai kerajaan (ex-officio), iaitu:
- setiausaha kerajaan negeri
- pegawai kewangan negeri
- penasihat undang-undang negeri
16.5 Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Tugas-tugas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

1. Membuat dasar-dasar Kerajaan Negeri.

2. Melaksanakan kuasa eksekutif Kerajaan Negeri.

3. Menasihati Raja, Sultan, Yang di-Pertuan Besar, atau Yang di-Pertua Negeri dalam
memerintah negeri.

4. Menguruskan hal-hal pertanian, perikanan di sungai, penyu dan bekalan air.

5. Mengeluarkan lesen pembalakan dan konsesi balak serta lesen untuk mencari galian.
16.6 Jawatankuasa Penyelarasan
1. Penyelarasan pentadbiran Kerajaan Negeri dipertanggungjawabkan kepada tiga buah majlis yang berikut:
a) Majlis Tindakan Negeri – menyelaraskan dan melaksanakan program Kerajaan Negeri
b) Majlis Perancangan Negeri – merancang pembangunan ekonomi negeri
c) Majlis Keselamatan Negeri – menyelaraskan keselamatan negeri

2. Ketiga-tiga buah jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri dan
dianggotai ahli-ahli Exco.
16.7 Sumber Kewangan Kerajaan Negeri
Sumber kewangan sesebuah negeri dapat diperoleh daripada:

• Cukai kuari dan lombong


• Cukai hiburan
• Cukai tanah
• Kutipan zakat dan fitrah
• Peruntukan, pinjaman dan royalti daripada Kerajaan Persekutuan
• Keuntungan yang diperoleh badan tidak berkanun negeri
• Hasil kutipan daripada pengeluaran lesen pembalakan dan perikanan di sungai
• Hasil jualan harta karun

Sabah dan Sarawak juga memperoleh pendapatan tambahan daripada:


• Duti eksais petroleum
• Duti import kenderaan
• Royalti hasil eksport negeri
16.8 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
• Merupakan jabatan negeri yang utama

• Diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri

• Menjadi penasihat kepada Menteri Besar atas Ketua Menteri dan Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri dalam hal-hal pentadbiran

• Merancang dan menyelaraskan segala dasar Kerajaan Negeri

• Memastikan bahawa agensi-agensi negeri melaksanakan dasar Kerajaan Negeri.

• Menyelaraskan hubungan antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan


16.9 Setiausaha Kerajaan Negeri
• Pegawai pentadbiran utama negeri

• Penasihat pentadbiran utama kepada Menteri Besar atau Ketua Menteri dan Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri

• Pelantikan beliau mesti mendapat persetujuan daripada Kerajaan Persekutuan

• Ketua Perkhidmatan Awam Negeri

• Mempengerusi jawatankuasa peringkat negeri untuk merancang dan menyelaraskan pelaksanaan


dasar Kerajaan Negeri

• Memastikan untuk agensi-agensi negeri melaksanakan dasar Kerajaan Negeri

• Menjadi anggota Jawatankuasa Perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan


Negeri.
16.10 Jabatan Negeri
Jabatan-jabatan negeri yang berhubung rapat dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri adalah
seperti yang berikut:

Pejabatan Kewangan Negeri


• Diketuai oleh Pegawai Kewangan Negeri
• Pegawai Kewangan Negeri ialah ahli ex-officio dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
• Menguruskan pentadbiran kewangan peringkat peringkat negeri
• Menguruskan peruntukan wang kepada agensi-agensi negeri

Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri


• Diketuai oleh Penasihat Undang-undang Negeri
• Penasihat Undang-undang Negeri ialah ahli ex-officio dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
• Mendraf rang undang-undang untuk Kerajaan Negeri untuk dibentangkan di Dewan Undangan
Negeri
• Penasihat undang-undang kepada Menteri Besar atau Ketua Menteri
Jabatan Kemajuan Negeri dan Unit Perancangan Ekonomi Negeri
• Menasihati Kerajaan Negeri tentang ekonomi
• Merancang dan menyelaraskan kegiatan dan program pembangunan serta pelaburan
• Menyediakan rancangan-rancangan pembangunan negeri
• Menyelaraskan projek-projek pembangunan negeri

Pejabat Perjawatan Negeri


• Hanya wujud di Sabah dan Sarawak
• Merancang dan mewujudkan jawatan perkhidmatan negeri
Jabatan-jabatan negeri yang memberikan perkhidmatan dan kemudahan kepada orang ramai
adalah seperti yang berikut:
• Pihak Berkuasa Air (PBA)
• Jabatan Kerja Raya
• Jabatan Pertanian Negeri
• Jabatan Hutan Negeri
• Jabatan Tanah Negeri: Tanah rizab orang Melayu, permindahan hak milik atas status tanah

Jabatan-jabatan negeri yang berhubung dan bertanggungjawab kepada kedua-dua Kerajaan


Negeri dan Kerajaan Persekutuan ialah:
• Jabatan Kebajikan Masyarakat
• Jabatan Pengairan dan Saliran
• Jabatan Kebudayaan dan Sukan
Terima
Kasih

You might also like