You are on page 1of 8

TOPIK 4:

KERAJAAN MALAYSIA
4.6 KETUA AUDIT NEGARA
4.7 JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA (PAC)
4.6 KETUA AUDIT
NEGARA
4.6.1 Pelantikan Ketua
Audit Negara
-Dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana
Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

-Ketua Audit Negara boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya tetapi
tidak boleh dipecat daripada jawatan kecuali atas alasan-alasan dan dan dengan
cara yang sama seperti seorang Hakim Mahkamah Persekutuan.

-Parlimen hendaklah dengan undang-undang membuat peruntukan bagi saraan


Ketua Audit Negara, dan saraan yang diperuntukkan itu hendaklah
dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan.
20XX presentation title 3
4.6.2 Kuasa dan Kewajiban Ketua
Audit Negara
Pengauditan
Ketua Audit Negara dengan apa-apa cara yang difikirkan patut, boleh memeriksa, menyiasat dan
mengaudit:
• Akaun-akaun Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
• Akaun-akaun mana-mana kumpulan wang yang ditubuhkan secara berasingan oleh
Persekutuan atau Negeri.
• Akaun-akaun mana-mana Badan atau Pihak Berkuasa Awam jika diperuntukkan oleh undang-
undang.
• Akaun-akaun mana-mana Badan termasuk Syarikat –syarikat di bawah Akta Syarikat yang
menerima geran atau pinjaman termasuk juga syarikat-syarikat di mana lebih daripada separuh
modal berbayarnya dipegang oleh Persekutuan atau Negeri.
• Akaun-akaun mana-mana Pihak Berkuasa Awam jika Menteri Kewangan menghendaki Ketua
Audit Negara mengauditnya bagi tujuan kepentingan awam.

20XX presentation title 4


Pelaporan
• Ketua Audit Negara hendaklah menghantar laporan-laporannya kepada Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, yang akan mengarahkan
laporan-laporan itu dibentangkan dalam Dewan Rakyat.
• Laporan mengenai akaun sesuatu negeri atau pihak berkuasa awam negeri,
hendaklah dihantar kepada Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi negeri itu
yang akan mengarahkan laporan itu dibentangkan dalam Dewan Negeri itu.
• Perkara-perkara yang dilaporkan kepada Dewan Rakyat atau Dewan
Undangan Negeri akan dibincangkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang
Negara atau Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri mengikut mana yang
berkenaan.

20XX presentation title 5


4.7 JAWATANKUASA
KIRA-KIRA WANG
NEGARA (PAC)
• Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dilantik oleh Dewan Rakyat di
awal setiap sesi Parlimen.
• Keanggotaannya terdiri daripada wakil-wakil rakyat daripada kalangan parti-
parti politik utama yang berada di Parlimen.
• Tugas PAC sebahagian besarnya bergantung kepada bentuk dan skop laporan
Ketua Audit Negara berkaitan dengan isu-isu kawalan dan pengurusan wang
awam.
• Objektif utama PAC adalah untuk memastikan akauntabiliti pengurusan wang
awam oleh pegawai-pegawai awam.
• PAC akan meneliti laporan Ketua Audit Negara berkenaan dengan
perbelanjaan yang melebihi peruntukan, wang yang tidak dibelanjakan
mengikut tujuan perbelanjaan tersebut diluluskan dan diperuntukkan dan
sama ada program dan aktiviti telah mencapai objektifnya dengan mengambil
kira sama ada perbelanjaan-perbelanjaan yang dilakukan itu telah
mendatangkan ‘nilai untuk wang’ kepada kerajaan .
20XX presentation title 7
TERIMA KASIH

You might also like