You are on page 1of 9

PERLEMBAGAAN

Perkara 105: Ketua Audit Negara


(1) Maka hendaklah ada seorang Ketua Audit Negara, yang hendaklah dilantik oeh Yang di-Pertuan Agong atas nasih
berunding dengan Majlis Raja-Raja
(2) Seseorang yang telah memegang jawatan Ketua Audit Negara layak dilantik semula tetapi tidaklah layak dilantik bag
perkhidmatan Persekutuan atau bagi apa-apa pelantikan dalam perkhidmatan sesuatu Negeri
(3) Ketua Audit Negara boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya tetapi tidaklah boleh dipecat daripada jawatan k
cara yang sama seperti seorang hakim Mahkamah Persekutuan.
(4) Parlimen hendaklah melalui undang-undang membuat peruntukan bagi saraan Ketua Audit Negara, dan saraan y
hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan.
(5) Saraan dan terma lain jawatan (termasuk hak pencen) bagi Ketua Audit Negara tidaklah boleh, selepas pelantikann
baginya.
(6) Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, terma dan syarat perkhidmatan Ketua Audit Negara hendaklah diten
persekutuan dan, tertakluk kepada peruntukan undang-undang persekutuan, oleh Yang di-Pertuan Agong.

Perkara 106: Kuasa dan Tugas Ketua Audit Negara


(1) Akaun bagi Persekutuan dan bagi Negeri-Negeri hendaklah diaudit dan dibuat laporan mengenainya oleh Ketua Aud
(2) Ketua Audit Negara hendaklah melaksanakan apa-apa tugas lain dan menjalankan apa-apa kuasa sebagaimana yan
undang persekutuan berhubung dengan akaun bagi Persekutuan dan akaun bagi Negeri-Negeri dan berhubung den
berkuasa awam lain dan akaun bagi badan yang dinyatakan melalui perintah yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agon

Perkara 107: Laporan Ketua Audit Negara


(1) Ketua Audit Negara hendaklah mengemukakan laporan-laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong yang henda
dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.
(2) Satu naskhah mana-mana laporan itu yang berhubungan dengan akaun bagi sesuatu Negeri, atau berhubungan de
mana pihak berkuasa awam yang menjalankan kuasa yang diberikan oleh undang-undang Negeri, hendaklah dikem
di-Pertua Negeri bagi Negeri itu yang hendaklah menyebabkan laporan itu dibentangkan di hadapan Dewan Undang
MAKSUD DAN LOGO

Institusi Audit telah wujud di Tanah Melayu sejak pentadbiran British pada awal abad ke 20 bagi
memperkukuhkan sistem pentadbiran kewangan Kerajaan. Pada ketika itu ia wujud secara berasingan
mengikut negeri iaitu Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Selat. Di setiap Negeri Melayu Bersekutu, Institusi
ini dikenali dengan nama Audit Office dan diketuai oleh State Auditor. Ibu pejabat bagi Audit office ini
terletak di Kuala Lumpur dan diketuai oleh seorang Chief Auditor.

Institusi Audit Negara yang lebih tersusun dari segi struktur dan bidang tugasnya bermula pada tahun 1906
di mana Ketua Audit Negara untuk Negeri Melayu Bersekutu pertama iaitu W.J.P Hume dilantik. Pada tahun
1932 kedua-dua Institusi digabungkan dan diletakkan di bawah kawalan Director of Colonial Audit yang
berpusat di London. Tugas pengauditan dipertanggungjawabkan kepada Auditor of the Straits Settlements
and the Federated Malay States yang berpusat di Kuala Lumpur. Menjelang kemerdekaan Tanah Melayu pada
tahun 1957, jawatan Director of Audit Malaya ditukar kepada nama Ketua Audit Negara. Pelantikan Ketua
Audit Negara serta tanggungjawabnya termaktub di bawah Perkara 105 Perlembagaan Persekutuan dan Akta
Audit 1957.

Keterangan Logo :
Lambang Persekutuan – Melambangkan punca kuasa dan kebebasan yang diperuntukkan kepada Ketua
Audit Negara bagi melaksanakan akaun Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Badan Berkanun
Persekutuan serta aktiviti Kementerian/Jabatan/Agensi/Syarikat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
Dua Tangkai Padi – Melambangkan usaha dan kegigihan warga Audit untuk meningkatkan produktiviti
Jabatan secara berterusan serta pelaporan seimbang yang diamalkan oleh Jabatan Audit Negara
Bentuk Bulat – Melambangkan keteguhan dan keutuhan semangat kerja berpasukan di kalangan warga
Audit sebagai penyumbang utama ke arah kecemerlangan pengurusan kewangan dan akauntabiliti sektor
awam dalam menghadapi era globalisasi
Warna Maroon – Melambangkan imej korporat dan identiti Jabatan Audit Negara
Warna Kuning – Melambangkan kedaulatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua
Negara yang melantik Ketua Audit Negara atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis
Raja-raja
Warna Putih – Melambangkan keikhlasan dan ketelusan Jabatan dalam melaksanakan tanggungjawabnya
untuk memastikan wujudnya akauntabiliti dan integriti dalam pengurusan kewangan sektor awam

A. PENGAUDITAN
1. Apakah maksud pengauditan?
Pengauditan boleh ditakrifkan sebagai suatu pemeriksaan, analisa dan nilaian yang berterusan dan sistematik ke atas
penyata kewangan, rekod, operasi dan pentadbiran sesuatu organisasi bagi menentukan samada prinsip-prinsip am
perakaunan, polisi-polisi pengurusan, peraturan dan prosedur dipatuhi.
2. Mengapa pengauditan perlu dijalankan?
Pengauditan dijalankan bagi memastikan:
(i)kehendak undang-undang dan peraturan telah dipatuhi;
(ii)mendedahkan faktor atau elemen yang tidak mendorong kepada kecekapan, keberkesanan, dan ekonomi
berhubung dengan perakaunan Negara;
(iii)memberi pendapat sama ada penyata kewangan menunjukkan satu kenyataan yang benar dan munasabah
mengenai kedudukan dan ketepatan rekod-rekod mengikut piawaian pengauditan yang diterima pakai.
3. Apakah mandat bagi menjalankan pengauditan?
Mandat audit diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan diperincikan melalui Akta Audit 1957.
4. Siapakah yang melantik Ketua Audit Negara?
Ketua Audit Negara dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas
berunding dengan Majlis Raja-Raja mengikut Artikel 105 Perlembagaan Persekutuan.
5. Apakah tanggungjawab Ketua Audit Negara?
Perkara 106 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 menggariskan tanggungjawab Ketua Audit Negara untuk
mengaudit Akaun Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Agensi Kerajaan, Pihak Berkuasa Awam Lain dan Badan-badan
yang ditentukan dengan perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
6. Apakah kuasa Ketua Audit Negara?
Ketua Audit Negara berkuasa penuh untuk mendapatkan segala maklumat dan keterangan serta penjelasan dalam
menjalankan kewajipannya. Beliau berhak memeriksa semua dokumen dan boleh meminta individu tertentu memberi
keterangan secara bersumpah serta memberi kuasa kepada mana-mana individu menjalankan penyiasatan dan
pemeriksaan bagi pihak beliau. Di samping itu, Ketua Audit Negara juga boleh mendapatkan khidmat nasihat
perundangan bagi menjalankan tugasnya. Segala keterangan dan maklumat yang didapati oleh Ketua Audit Negara
berkaitan dengan kewajipannya adalah rahsia.
7. Apakah skop pengauditan yang dijalankan?
Pengauditan Penyata Kewangan - untuk mengesahkan penyata kewangan tahunan yang dikemukakan oleh Kerajaan
Persekutuan/Negeri/Agensi Kerajaan bagi memenuhi keperluan undang-undang dan standard perakaunan. Melalui
pengauditan ini Ketua Audit Negara akan memberi pendapat sama ada penyata yang disediakan menggambarkan
kedudukan kewangan yang benar dan saksama serta rekod-rekod perakaunan mengenainya telah diselenggarakan
dengan teratur dan dikemas kini.
Pengauditan Pematuhan - untuk menentukan sama ada pengurusan kewangan di Kementerian/Jabatan/Agensi
Kerajaan dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan kewangan yang berkaitan.
Pengauditan Prestasi - untuk menilai sama ada sesuatu program/ aktiviti Kerajaan dilaksanakan dengan cekap,
berhemat serta mencapai objektif yang ditetapkan.
8. Bagaimanakah proses pengauditan dijalankan?
Proses pengauditan dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu perancangan, pelaksanaan dan pelaporan.
Perancangan - Melibatkan 2 peringkat utama iaitu penyediaan rancangan audit tahunan dan anggaran belanjawan
tahunan. Peringkat seterusnya ialah penyediaan Memorandum Perancangan Audit (APM) yang mana menggariskan
butir-butir penting berkenaan strategi pengauditan. Selepas APM diluluskan, Program Audit disediakan untuk
menunjukkan setiap langkah yang perlu di ambil serta memberikan anggaran masa bagi setiap langkah tersebut.
Pelaksanaan - Pengauditan akan dijalankan berdasarkan Program Audit yang telah disediakan. Sebelum pengauditan
dijalankan, entrance conference akan dibuat dengan pihak auditee untuk menjelaskan objektif, skop dan methodologi
audit yang akan dijalankan.
Pelaporan - Pelaporan biasanya berhubung dengan Akaun dan aktiviti Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan serta
ulasan-ulasan dan cadangan-cadangan konstruktif Ketua Audit Negara.
9. Siapakah yang diaudit?
Pengauditan dibuat terhadap 26 Kementerian dan 96 Jabatan Persekutuan, 13 Kerajaan Negeri, 120 Penyata
Kewangan dan 12 Kumpulan Wang Badan Berkanun Persekutuan, 124 Badan Berkanun Negeri, 144 Pihak Berkuasa
Tempatan, 15 Majlis Agama Islam, Kumpulan Wang Amanah, Akaun Amanah serta 496 Syarikat Kerajaan (di mana
Kerajaan memiliki 50% atau lebih ekuiti).
10. Apakah jenis laporan yang dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara?
(i) Penyata Akaun Awam dan Pengurusan Kewangan Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan
(ii) Aktiviti Kementerian/Jabatan dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan
(iii) Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri
(iv) Aktiviti dan Kajian Khas Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri
(v) Pengurusan Kewangan dan Aktiviti Badan Berkanun Persekutuan
11. Bagaimanakah proses Laporan Audit dikeluarkan?
(i)Perbincangan dan semakan pemerhatian Audit diadakan di pelbagai peringkat pegawai bagi memastikan
pengauditan dilaksanakan mengikut standard, polisi dan prosedur yang ditetapkan serta mencapai objektif
pengauditan;
(ii)Perbincangan dengan auditi melalui exit conference mengenai penemuan, penilaian, kesimpulan dan syor audit;
(iii) Draf Laporan Ketua Audit Negara berhubung perkara yang dilaporkan dikemukakan kepada Ketua
Kementerian/Jabatan/Agensi untuk disemak. Maklum balas perlu dikemukakan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh draf
Laporan dihantar kepada Ketua Kementerian/Jabatan/Agensi berkenaan. Draf Laporan akan dimuktamadkan dengan
mengambil kira maklum balas yang diterima daripada pihak agensi.
12. Apakah jenis sijil yang dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara?
(i) Sijil Tanpa Teguran - Penyata Kewangan telah disediakan dan dipersembahkan mengikut piawaian yang diterima
pakai, diamalkan secara konsisten, seragam serta pendedahan yang mencukupi.
(ii) Sijil Berteguran – Perkara material yang boleh menjelaskan kesaksamaan penyata kewangan dari aspek prinsip
perakaunan yang digunakan, konsistensi atau had disebabkan kekangan skop pengauditan.
(iii)Sijil Bertentangan – Penyata kewangan tidak menunjukkan kedudukan yang benar dan saksama atau tidak
mematuhi prinsip perakaunan yang diterima umum. Kesan perbezaan pendapat adalah material dan menyeluruh
terhadap penyata kewangan dan pendapat berteguran tidak memadai untuk mendedahkan kekeliruan atau penyata
kewangan tidak sempurna.
(iv)Sijil Penafian – Kesan yang mungkin timbul daripada kekangan skop pengauditan adalah material dan menyeluruh
di mana bukti tidak mencukupi untuk memberi pendapat terhadap penyata kewangan.
13. Bagaimanakah kebebasan Ketua Audit Negara dikekalkan?
Ketua Audit Negara dilantik dan bertanggungjawab kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong,
kebebasan Ketua Audit Negara diperjelaskan di dalam Seksyen 7, Akta Audit berkaitan dengan kuasa-kuasa Ketua
Audit Negara seperti yang dinyatakan di atas.
14. Siapakah yang mengaudit Jabatan Audit Negara?
Jabatan Audit Negara diaudit oleh Sektor Audit Kerajaan Persekutuan dan pasukan Naziran Jabatan Audit Negara
bagi memastikan setiap transaksi mengikut peraturan yang ditetapkan. Teguran akan dibuat sekiranya peraturan tidak
dipatuhi. Sebagai pengguna sistem eSPKB, Jabatan Audit Negara juga turut diperiksa oleh pasukan Naziran Akauntan
Negara Malaysia.
15. Apakah pengiktirafan yang telah diperolehi oleh Jabatan Audit Negara?
Jabatan Audit Negara telah dianugerahkan Sijil MS ISO 9001:2008 bagi pengauditan Penyata Kewangan dan
Pengauditan Pengurusan Kewangan (Indeks Akauntabiliti) pada 4 September 2009.
B. UMUM
1. Bagaimanakah cara untuk memohon jawatan di Jabatan Audit Negara (JAN)?
Semua jawatan yang ditawarkan oleh Jabatan Audit Negara diuruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Permohonan jawatan boleh dibuat melalui pautan di bawah :

http://www.spa.gov.my/Portal/Pemohon_Pekerjaan

JAN hanya menguruskan permohonan jawatan bagi Pembantu Am Pejabat (PAP) dan Pemandu Jabatan
sahaja. Sebarang maklumat lanjut mengenai kekosongan jawatan ini akan dimaklumkan melalui laman web Jabatan
dari semasa ke semasa.

2. Bagaimanakah caranya untuk memohon untuk menjalani latihan praktikal di Jabatan Audit Negara?
Kesemua permohonan untuk membuat latihan praktikal di JAN (termasuk di JAN negeri) perlulah dihantar kepada :

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


JABATAN AUDIT NEGARA
NO 15 ARAS 1 PERSIARAN PERDANA PRESINT 2
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62518 PUTRAJAYA

3. Bagaimanakah prosedur bagi memohon membuat lawatan ke Jabatan Audit Negara?


Sebarang permohonan lawatan ke JAN/AAN perlulah dimajukan kepada alamat seperti berikut di bawah :
BAHAGIAN HAL EHWAL KORPORAT
JABATAN AUDIT NEGARA
NO. 15 ARAS 1 PERSIARAN PERDANA PRESINT 2
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62518 PUTRAJAYA
06-782 2020

4. Di mana Laporan Ketua Audit Negara boleh diperolehi?

5. Kesemua LKAN boleh dimuat turun daripada website JAN melalui pautan berikut:

i. Persekutuan
Persekutuan 2015

ii. Negeri
Negeri 2015

iii. Badan Berkanun Persekutuan


Badan Berkanun Persekutuan 2015

6. Di manakah buku kecemerlangan pengurusan kewangan dari Perspektif Jabatan Audit Negara boleh
diperolehi?
Buku ini boleh dibeli daripada mana-mana cawangan INTAN.
LATIHAN INDUSTRI
1. Apakah dasar atau peraturan yang boleh dirujuk berkaitan Latihan Industri?

(iv) Surat Edaran JPA Bil. JPA(L)S. 175/4/4-2 bertarikh 24 Ogos 2011 – Elaun Bagi Pelajar Institusi Pengajian Tinggi
Mengikuti Latihan Amal Di Agensi Kerajaan; dan
(v) Garis Panduan Dan Peraturan PengambilanDan PembayaranElaun PelajarInstitut Pengajian Tinggi Awam Dan
SwastaYang Menjalani Latihan Industri Di Jabatan Audit Negara.

2. Siapakah yang layak untuk memohon Latihan Industri di Jabatan Audit Negara?

Merujuk kepada Garis Panduan Dan Peraturan PengambilanDan Pembayaran Elaun Pelajar Institut Pengajian Tinggi
Awam Dan SwastaYang Menjalani Latihan Industri Di Jabatan Audit Negara, pelajar yang layak memohon adalah:
(iv) Pelajar terdiri daripada Warganegara Malaysia sahaja;
(v) Pelajar Institus Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang sedang Mangikuti pengajian di peringkat Diploma dan
Ijazah di Malaysia; dan
(vi) Bidang pengajian pelajar adalah dalam jurusan yang berkaitan dengan bidang tugas di Jabatan ini seperti
perakaunan, kewangan, pentadbiran pejabat, teknologi maklumat, sains komputer, kujuruteraan, kesetiausahaan,
pengurusan sumber manusia dan lain-lain bidang yang berkaitan.
Seksyen 1: Tajuk ringkas
1. (a) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Audit 1957
(b) - (c) (Ditinggalkan)
2. Akta ini hendaklah terpakai bagi pengauditan akaun Persekutuan, Negeri-Negeri dan pihak-pihak berkuas
ditentukan yang lain yang tertakluk kepada pengauditan oleh Ketua Audit Negara.
Seksyen 2: Tafsiran
1. Perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Akta ini hendaklah, melainkan jika konteksnya menghendaki makna y
selainnya dengan nyata dalam Akta ini, mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Tatacara Kewangan 1

Walau apa pun peruntukan dalam subseksyen 1(2), dalam pemakaiannya bagi Akta ini, ungkapan "wang awam" terma
atau untuk mana-mana pihak berkuasa awam yang ditubuhkan di bawah undang-undang Persekutuan atau Negeri d
meliputi catel yang menjadi harta atau berada dalam milik atau di bawah kawalan mana-mana pihak berkuasa sedem
Seksyen 3: Terma dan syarat perkhidmatan Ketua Audit Negara
Ketua Audit Negara hendaklah disifatkan sebagai seorang pegawai perkhidmatan awam am Persekutuan da
diperuntukkan selainnya dalam Perlembagaan Persekutuan dan di bawah Akta ini, undang-undang yang sedang be
perkhidmatan awam Persekutuan dan anggotanya hendaklah terpakai bagi Ketua Audit Negara
Seksyen 4: Saraan Ketua Audit Negara
1. Saraan Ketua Audit Negara hendaklah sebagaimana yang ditentukan di bawah Jadual Pertama dan Kedua.
2. Ungkapan "saraan" dalam Akta ini hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepada ungkapan itu dalam Perkara 16
3. Semua pembayaran yang dibuat di bawah Jadual Pertama dan Kedua hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan W
Seksyen 5: Tugas Ketua Audit Negara
1. Ketua Audit Negara hendaklah, mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut, memeriksa, menyiasat dan
(a) akaun pegawai perakaunan Persekutuan dan Negeri;
(b) akaun mana-mana kumpulan wang berasingan yang ditubuhkan di sesuatu Negeri atau di Wilayah Perse
Perlembagaan Persekutuan, walau apa pun mana-mana undang-undang yang berlawanan;
(c) akaun mana-mana pihak berkuasa awam atau badan yang lain jika diperuntukkan sedemikian oleh undang-
dan, jika tidak diperuntukkan sedemikian, atas permintaan pihak berkuasa atau badan itu dan dengan pers
hendaklah diberitahukan dalam Warta
(d) akaun mana-mana badan lain, termasuk syarikat yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125],
pinjaman daripada Persekutuan atau Negeri, dan termasuk juga sesuatu syarikat yang lebih daripada se
dipegang oleh Persekutuan, sesuatu Negeri atau sesuatu pihak berkuasa awam atau dipegang sedemikian pad
mereka atau lebih:
Dengan syarat bahawa Yang di-Pertuan Agong menentukan sedemikian melalui perintah di bawah Perkara 106(2) Perlembag
pun mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pengauditan akaun mana-mana badan sedemikian;
(e) (Dipotong);
(f) akaun mana-mana pihak berkuasa awam lain jika Menteri Kewangan berpuas hati bahawa kepentingan a
berkuasa itu diperiksa, disiasat dan diaudit oleh Ketua Audit Negara walau apa pun mana-mana undang-und
akaun dan pengauditan mana-mana pihak berkuasa sedemikian:
Dengan syarat bahawa Menteri tidak boleh menyebabkan akaun mana-mana pihak berkuasa sedemikian yang menjalan
padanya melalui undang-undang Negeri diperiksa, disiasat dan diaudit oleh Ketua Audit Negara melainkan jika dia telah ter
Menteri Besar atau Ketua Menteri Negeri itu.
1. Fi bagi pengauditan akaun dalam perenggan (1)(b), (c) dan (d) hendaklah ditentukan dalam tiap-tiap ha
berunding dengan Ketua Audit Negara, dan fi itu hendaklah dipertanggungkan pada kumpulan wang pi
berkenaan itu.
2. Tiada fi kena dibayar bagi pengauditan yang diperlukan mengikut perenggan (1)(f).
Seksyen 6: Corak pengauditan
Ketua Audit Negara hendaklah dalam pengauditannya membuat apa-apa pemeriksaan yang difikirkannya perlu untuk mene
(a) sama ada segala langkah berjaga-jaga yang munasabah telah diambil untuk melindungi pemungutan dan penjagaan w
tertakluk kepada pengauditannya;
(b) sama ada pengeluaran dan pembayaran wang yang tertakluk kepada pengauditannya telah dibuat mengikut kuasa ya
telah dipertanggungkan dengan sepatutnya dan adalah disokong dengan baucar atau bukti pembayaran yang cukup;
sama ada perhatian yang sewajarnya telah diambil untuk memberikan penjelasan mengenai, dan untuk memast
penyenggaraan dan pelupusan yang sepatutnya, segala simpanan awam atau simpanan lain yang tertakluk kepada pen
(c) sama ada segala akaun dan rekod lain telah dan sedang disenggarakan dengan sepatutnya dan tepat;
(d) sama ada pada pendapatnya wang telah digunakan untuk maksud wang itu diperuntukkan atau dibenarkan dan akt
maksud itu telah dijalankan atau diuruskan dengan cara yang cekap dengan memberikan perhatian yang sewajarn
pengelakan pembaziran atau keborosan; dan
(e) sama ada peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Tatacara Kewangan 1957, dan mana-mana undang-undang
dengan wang atau simpanan yang tertakluk kepada pengauditannya telah dipatuhi dari segala aspek.
Seksyen 7: Kuasa Ketua Audit Negara
1 Dalam melaksanakan fungsinya di bawah Perlembagaan Persekutuan atau Akta ini Ketua Audit Negara:
(a) boleh meminta mana-mana orang memberikan apa-apa penjelasan dan maklumat yang diperlukan o
membolehkannya melaksanakan tugasnya;
(b) boleh, tanpa pembayaran apa-apa fi, menyebabkan carian dibuat dalam dan cabutan diambil dari mana-man
mana-mana pejabat awam;
(c) hendaklah diberi akses kepada segala rekod, buku, baucar, dokumen, wang tunai, setem, sekuriti, simpana
kepada pengauditannya;
(d) boleh memeriksa dengan sumpah atau ikrar (yang Ketua Audit Negara adalah dengan ini diberi kuasa untuk
orang yang difikirkannya patut diperiksa mengenai semua perkara dan benda yang perlu bagi pelaksanaan w
(e) boleh memberi kuasa mana-mana pegawai awam untuk menjalankan apa-apa siasatan, pemeriksaan atau
membuat laporan tentang siasatan, pemeriksaan atau pengauditan itu kepadanya; dan
(f) boleh mendapatkan nasihat pegawai undang-undang mengenai apa-apa persoalan undang-undang.

1. Mana-mana kuasa yang diberikan oleh seksyen ini kepada Ketua Audit Negara boleh dijalankan oleh seseo
kuasa oleh Ketua Audit Negara secara bertulis untuk menjalankan kuasa itu bagi pihaknya.
2. Ketua Audit Negara boleh memberi kuasa mana-mana orang yang difikirkannya berwibawa untuk menjalank
arahannya apa-apa siasatan, pemeriksaan atau pengauditan dan melaporkan dapatan orang itu tenta
pengauditan itu kepada Ketua Audit Negara dan bagi maksud itu boleh membuat perkiraan bagi pembayaran
Perbendaharaan dan pihak yang berkenaan dan mana-mana kuasa yang diberikan oleh perenggan (1)(a), (b)
Negara boleh dijalankan oleh orang itu jika dia diberi kuasa oleh Ketua Audit Negara secara bertulis unt
pihaknya.
3. Tiap-tiap orang yang diminta memberikan penjelasan atau maklumat menurut perenggan (1)(a) dan (d) adala
untuk memberikan penjelasan atau maklumat itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Seksyen 8: Kerahsiaan
1. Kuat kuasa seksyen 7 tidak terhad oleh mana-mana peruntukan (termasuk peruntukan yang berhubu
terkandung dalam mana-mana undang-undang lain kecuali setakat yang mana-mana undang-undang lain i
kuat kuasa seksyen itu.
2. Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang lain dan walaupun sump
dibuat, seseorang itu tidaklah melakukan suatu kesalahan oleh sebab apa-apa jua yang dilakukan olehnya b
3. Baik Ketua Audit Negara mahupun mana-mana orang lain tidak boleh mendedahkan atau menyampaikan
tugas kepada seorang lain yang melaksanakan tugas di bawah Akta ini, apa-apa maklumat yang sampai
langsung atau tidak langsung mengikut seksyen 7 dalam mana-mana hal jika orang yang daripadanya maklum
yang daripada jagaannya akaun, buku, dokumen, atau kertas yang darinya maklumat itu diperoleh t
mendedahkan maklumat itu secara sah kepada Ketua Audit Negara atau orang lain itu jika tidak kerana Akta
4. Subseksyen (3) tidak menghalang pembuatan, pendedahan atau penyampaian dalam apa-apa laporan K
pandangan atau syor yang diasaskan pada maklumat yang didapati mengikut seksyen 7.
Seksyen 9: Laporan Audit
1. Menteri atau Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, henda
dikehendaki di bawah seksyen 16 Akta Tatacara Kewangan 1957 disediakan, menghantar penyata itu ke
hendaklah dengan serta-merta menyebabkan penyata itu diperiksa dan diaudit dan menyediakan laporanny
2. Sekiranya mana-mana penyata sedemikian tidak diterima dalam tempoh tujuh bulan selepas berakhirnya tahu
dengan penyata itu, Ketua Audit Negara hendaklah mengemukakan suatu laporan mengenai hal itu kepad
hendaklah menyebabkan laporan itu dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat dalam mesyuaratnya yang be
yang berhubungan dengan penyata yang kena dihantar oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu Negeri
sebelum mengemukakan laporan itu kepada Yang di-Pertuan Agong, mengemukakan satu salinan laporan
Pertua Negeri bagi Negeri itu yang hendaklah menyebabkannya dibentangkan di hadapan Dewan Undan
berikutnya.
3. Satu salinan tiap-tiap laporan yang berhubungan dengan akaun Persekutuan yang disediakan mengikut sub
oleh Ketua Audit Negara kepada Menteri yang, jika Dewan Rakyat tidak bersidang pada masa itu, hendak
laporan itu disiarkan.
4. Jika pada bila-bila masa didapati oleh Ketua Audit Negara bahawa apa-apa ketakteraturan yang serius tel
atau penjagaan wang awam atau simpanan awam di bawah pengauditannya, dia hendaklah dengan serta-mer
pengetahuan Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan, dalam hal wang atau simpanan sesuatu Negeri atau pih
pengetahuan pihak berkuasa kewangan Negeri atau kepada ketua pihak berkuasa awam itu, mengikut mana
5. Ketua Audit Negara boleh, dalam apa-apa laporan yang dikemukakan mengikut Perkara 107(1) Perlembag
membuat syor dan boleh secara umum memberikan ulasan tentang semua perkara yang berhubungan den
awam.
6. Ketua Audit Negara hendaklah mengemukakan perakuan dan pandangan mengenai akaun mana-mana ku
ditubuhkan di Wilayah Persekutuan atau sesuatu Negeri di bawah Perkara 97(3) Perlembagaan Persekutuan
dalam hal Wilayah Persekutuan atau Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri itu atau kepada mana-
diperuntukkan oleh undang-undang Persekutuan atau Negeri.
7. Melainkan jika dikehendaki selainnya oleh undang-undang atau arahan Menteri, jika Ketua Audit Negara men
berkuasa atau badan lain, dia hendaklah menyampaikan perakuan dan pandangannya mengenai akaun itu ke
badan itu dan satu salinan perakuan dan pandangan itu kepada Menteri atau Menteri Besar atau Ketua Mente
pihak berkuasa atau badan itu, dan Ketua Audit Negara boleh, pada bila-bila masa sebelum menyampaika
membawa kepada pengetahuan ketua pihak berkuasa atau badan itu atau Menteri atau Menteri Be
bertanggungjawab bagi pihak berkuasa atau badan itu apa-apa perkara yang pada pendapatnya memerluka
8. Walau apa pun peruntukan seksyen ini, Ketua Audit Negara boleh pada bila-bila masa mengemukakan la
Agong mengenai apa-apa perkara yang berbangkit daripada pelaksanaan mana-mana tugasnya atau penja
bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan boleh mengemukakan satu salinan
kepada Raja atau Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri atau kepada seseorang Menteri.
Seksyen 10: Peraturan
1. Menteri boleh, selepas berunding dengan Majlis Kewangan Negara, membuat apa-apa peraturan yang selara
yang perlu bagi maksud Akta ini.
2. Semua peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat dalam
selepas peraturan-peraturan itu dibuat.
Seksyen 11: Kuasa untuk meminda Jadual
Yang di-Pertuan Agong boleh meminda peruntukan-peruntukan Jadual melalui perintah yang disiarkan dalam Warta

SENARAI PINDAAN
Undang-undang
Tajuk ringkas
yang meminda
Perintah Pengubahsuaian Undang-Undang (Tatacara Kewangan dan Audit)
P.U. 348/63
(Peluasan) 1963
P.U. (A) 57/71 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No. 72, 1971
Akta A64 Akta Audit (Pindaan) 1971
Akta A430 Akta Audit (Pindaan) 1978
Akta A514 Akta Perlembagaan (Pindaan) 1981
Akta A558 Akta Audit (Pindaan) 1983
Akta A795 Akta Audit (Pindaan) 1991
P.U.(A) 364/91 Perintah Audit (Pindaan Jadual Pertama) 1991
P.U.(A) 78/92 Perintah Audit (Pindaan Jadual Pertama) 1992
P.U.(A) 33/98 Perintah Audit (Pindaan Jadual Pertama) 1998
P.U. (A) 337/2000 Perintah Penyemakan Undang-Undang (Pembetulan Akta Audit 1957) 2000
P.U. (A) 406/2000 Perintah Audit (Pindaan Jadual Pertama) 2000
P.U.(A) 227/2002 Perintah Audit (Pindaan Jadual Pertama) 2002
P.U.(A) 178/2003 Perintah Audit (Pindaan Jadual Pertama) 2003
P.U. (A) 128/2006 Perintah Audit (Pindaan Jadual Pertama) 2006

You might also like