You are on page 1of 14

BAB 9

GMGA 2013 DIMENSI PENGURUSAN


KEWANGAN NEGARA
9.1 PENGURUSAN KEWANGAN
NEGARA
•Kerajaan yang memerintah sesebuah negara memerlukan wang untuk mengadakan
pembangunan seperti mengadakan sekolah, universiti, hospital, jalan raya dan
sebagainya.
•Wang juga diperlukan untuk membayar gaji seluruh kakitangannya yang ramai yang
terdiri daripada doktor, guru, pensyarah, pasukan bersenjata, para hakim dan
sebagainya.
•Selain itu berbagai-bagai perkhidmatan untuk kesenangan rakyat perlu diadakan dan
oleh sebab inilah maka wang yang lebih banyak sememangnya diperlukan
9.2 KUASA PERCUKAIAN
•Satu daripada sumber kekayaan utama negara ialah sumber-sumber asli seperti hasil
perlombongan, petroleum, hasil perhutanan dan sebagainya.
•Di Malaysia, kuasa percukaian ke atas sumber-sumber asli dibahagikan antara
kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri, sebagaimana dalam Perkara 110(1) dan
Jadual 10 Perlembagaan Persekutuan Malaysia
9.3 HASIL PETROLEUM
•Pada awal tahun 70-an, ketika hasil petroleum didapati di Sabah dan Sarawak,
kerajaan-kerajaan negeri tersebut mengamalkan sistem konsesi yang diberikan
kepada syarikat-syarikat tertentu. Kerajaan Negeri yang memberi konsesi diberi 12½
peratus daripada nilai petroleum yang dikeluarkan dari negeri tersebut.
•Oleh kerana hasil petroleum dan gas ini sangat lumayan, kerajaan Persekutuan
kemudiaannya mula terlibat secara langsung dalam mengendalikan hasil yang
strategik ini. Untuk tujuan ini, Parlimen telah meluluskan suatu akta yang dikenali
sebagai Akta Pembangunan Petoleum 1974, yang mengadakan peruntukan-
peruntukan penting mengenai penggalian hasil petroleum
9.4 KUMPULAN WANG YANG
DISATUKAN
•Kumpulan Wang yang Disatukan (Perkara 97) ialah semua wang yang diperolehi
oleh kerajaan dengan apa juga cara dan dimasukkan ke dalam satu tabung hasil
kerajaan. Kumpulan wang ini diuruskan oleh Perbendaharaan.
9.5 PENYATA KEWANGAN
TAHUNAN
•Perkara 99 memperuntukkan bahawa Yang diPertuan Agong hendaklah
mengarahkan supaya suatu anggaran pendapatan dan perbelanjaan Persekutuan bagi
tiap-tiap tahun kewangan dibentangkan di Dewan Rakyat.
•Penyata yang dibentangkan itu hendaklah sebelum permulaan tahun kewangan
tersebut kecuali jika Parlimen memperuntukkan sebaliknya.
9.6 RANG UNDANG-UNDANG
PERBEKALAN
•Rang undang-undang perbekalan dan anggaran perbelanjaan tahunan perlu
diluluskan tiap-tiap tahun oleh Parlimen. Rang undang-undang ini lazimnya akan
dikemukakan oleh Menteri Kewangan.
•Ketika membentangkan untuk kali kedua, ia dikenali sebagai ucapan belanjawan
yang mengandungi anggaran perbelanjaan dan cadangan-cadangan kerajaan untuk
memperolehi wang bagi negara bagi melaksanakan perbelanjaan itu
9.7 ANGGARAN TAMBAHAN DAN RANG
UNDANG- UNDANG PERBEKALAN
TAMBAHAN
Jika didapati bagi sesuatu tahun kewangan:
(i) jumlah wang yang diperuntukkan oleh Akta Perbekalan bagi apa-apa maksud tidak
mencukupi, atau bahawa keperluan telah timbul untuk melakukan perbelanjaan bagi
sesuatu maksud yang wang tidak ada diperuntukkan baginya oleh Akta Perbekalan,
atau
(ii) apa-apa wang yang telah dibelanjakan bagi sesuatu maksud lebih dari jumlah
yang diperuntukkan bagi maksud itu oleh Akta Perbekalan
9.8 KUMPULAN WANG LUAR
JANGKA
•Disebabkan perbelanjaan ini penting dilaksanakan sebelum mendapat kelulusan
Parlimen maka Perlembagaan telah membenarkan kerajaan mewujudkan satu
Kumpulan Wang Luar Jangka.
•Wang dalam kumpulan wang ini datangnya dari Kumpulan Wang yang Disatukan
dan hanya boleh digunakan untuk perbelanjaan luar jangka dan untuk membuat
pembayaran dan pinjaman kepada negeri. Setelah dibelanjakan, ia akan diganti
semula.
9.9 KUMPULAN WANG
SIMPANAN NEGERI
•Kerajaan Persekutuan, sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan,
bertanggungjawab membuat bayaran dan memberi bantuan dan pinjaman kepada
negeri dalam tempoh-tempoh tertentu setiap tahun.
•Bagi menyenangkan urusan ini, Perkara 109(6) Perlembagaan Malaysia telah
menetapkan supaya diwujudkan satu kumpulan wang yang dinamakan Kumpulan
Wang Rezab Negeri. Wang yang akan dibayar ke dalam Kumpulan Wang ini
datangnya dari Kumpulan Wang yang Disatukan dengan jumlah yang ditentukan
oleh Kerajaan Persekutuan selepas berunding dengan Majlis Kewangan Negara
9.10 JURUAUDIT NEGARA
•Urusan kewangan kerajaan hendaklah diperiksa oleh seorang yang dikenali sebagai
Juruaudit Negara. Beliau dilantik oleh Yang di Pertuan Agong atas nasihat Perdana
Menteri selepas berbincang dengan Majlis Raja-raja.
•Kedudukannya mestilah bebas dan tidak boleh dipengaruhi. Beliau tidak terlibat
dengan Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri.
•Gajinya ditentukan oleh Parlimen yang tidak boleh dikurangkan tetapi boleh
ditambah. Setelah dilantik beliau tidak boleh dipecat kecuali dengan cara-cara yang
tertentu sebagaimana prosedur memecat seorang hakim Mahkamah Persekutuan atau
Mahkamah Tinggi
9.11 JAWATANKUASA AKAUN
WANG NEGARA
•Laporan yang disiapkan oleh Juruaudit Negara akan diperiksa oleh Jawatankuasa
Akaun Wang Negara. Jawatankuasa bebas ini dianggotai oleh seorang pengerusi
yang dilantik oleh Dewan Rakyat dan ahlinya tidak melebihi enam orang yang
dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih.
•Perlantikan lazimnya dibuat pada awal tiap-tiap penggal Parlimen Jawatankuasa ini
berhak memanggil sesiapa jua supaya hadir untuk memberi keterangan yang
diperlukan, memeriksa surat-surat atau rekodrekod dan akan membuat laporan
kepada Dewan Rakyat dari semasa ke semasa.
9.12 MAJLIS KEWANGAN
NEGARA
•Perkara 108 memperuntukkan bahawa sebuah Majlis Kewangan Negara hendaklah
ditubuhkan.
•Majlis ini terdiri daripada Perdana Menteri, menteri-menteri lain yang ditetapkan
oleh Perdana Menteri dan seorang wakil daripada tiap-tiap negeri yang ditetapkan
oleh Sultan atau Yang di Pertua Negeri.
PEMAHAMAN
1. Jelaskan prinsip-prinsip yang lazimnya dipakai oleh Parlimen dalam menimbang
kelulusan menggunakan wang kerajaan.
2. Bincangkan mengenai pemberian dan sumber-sumber hasil yang diserahkan oleh
Persekutuan kepada Negeri.
3. Huraikan kosep Kumpulan Wang yang Disatukan sebagaimana yang
diperuntukkan dalam Perlembagaan.

You might also like