You are on page 1of 12

Pelaksanaan Perang Saraf di Sarawak bertujuan

mengatasi ancaman komunis yang berlaku sejak


pendudukan Jepun
Nyatakan dua bentuk ancaman komunis di
Sarawak.
• Gerakan politik
• Serangan bersenjata
Apakah langkah yang dilaksanakan melalui
Perang Saraf tersebut?
• Mengisytiharkan kawasan putih
• Tawaran program pengampunan
• Menyebarkan risalah
• Mengadakan perhimpunan awam
Pada pendapat anda, mengapakah kewibawaan pemimpin
penting dalam memperjuangkan maruah negara?
• Mengekalkan kedaulatan negara
• Mempunyai misi dan visi yang jelas dalam pentadbiran
• Menaikkan imej negara di mata dunia
• Contohnya, kejayaan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu dalam
tempoh darurat
• ii. Meningkatkan keyakinan rakyat
• Pemimpin mengutamakan keselamatan rakyat
• Rakyat memberi sokongan padu terhadap segala usaha kerajaan
Isu Palestin dan Syria menjadi paksi kepada segala isu ketidakpuasan majoriti
masyarakat dunia terhadap Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Malaysia
menegaskan bahawa menyelesaikan masalah rakyat Palestin dan Syria menjadi kunci
kepada isu keganasan masa kini.
Namakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang terlibat
dalam misi kemanusiaan peringkat antarabangsa.
• Aman Palestin
• Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
• Cinta Gaza Malaysia
• Organisasi Humanitarian Care Malaysia (MyCare)
• Cinta Syria Malaysia (CSM)
• Global Peace Mission (GPM)
Buktikan sokongan padu rakyat Malaysia
kepada rakyat Palestin.
• Melakukan demonstrasi sebagai tanda sokongan kepada perjuangan
rakyat Palestin.
• Penubuhan Tabung Palestin untuk mengutip sumbangan
• Menghantar makanan dan perubatan ke Palestin
• Menerusi program Freedom Flotila
• Iaitu program kemanusiaan yang digerakkan oleh Free Gaza
Movement yang ahlinya datang dari seluruh dunia
• Menyertai misi kemanusiaan
• Mana-mana jawapan yang sesuai
Pada pendapat anda, huraikan usaha yang dapat
dilakukan bagi mewujudkan keamanan sejagat.
• Menyelesaikan masalah dengan rundingan
• PBB perlulah memainkan peranan dengan lebih proaktif
• Peranan PBB perlu diperkasa bagi menjamin kestabilan politik dunia
dan hak asasi manusia terbela.
• Amalan dasar berbaik-baik antara negara dikukuhkan.
• Sebarang bentuk keganasan perlu ditolak oleh semua negara.
• Negara-negara di dunia juga perlu berpegang kepada nilai sejagat.
• Mengamalkan prinsip keadilan terhadap semua negara.
• Mana-mana jawapan yang sesuai
Bagi mencapai cita-cita untuk menguasai Tanah Melayu, komunis
telah mencetuskan huru-hara di seluruh negara agar rakyat hilang
keyakinan terhadap British.
Apakah tindakan yang dilakukan oleh komunis dalam usaha
untuk
melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu?
• Menyerang lombong bijih timah
• Merosakkan pokok getah
• Membakar kilang estet / rumah asap / rumah kongsi / kedai / sekolah
• Membunuh pekerja
• Mengganggu kerja harian di lombong / estet
Huraikan tindakan komunis dalam mensabotaj
kemudahan asas di Tanah Melayu.
• Sabotaj sistem pengangkutan dan perhubungan
• Mengebom / merosakkan / mengalih landasan keretapi
• Menembak / membakar kenderaan
• Sabotaj telefon / telegraf
• Merosakkan paip air
• Menyerang pekerja awam
Cadangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh rakyat
untuk membantu kerajaan membanteras ancaman komunis.
• Menyertai pasukan keselamatan
• Mengawal kampung
• Membuat rondaan di hutan
• Membantu kempen anti komunis
• Menampal poster dan risalah
• Menyalurkan maklumat tentang pergerakan komunis
• Memupuk perpaduan kaum
• Bekerjasama antara kaum
• Buang sifat perkauman dalam diri

You might also like