You are on page 1of 35

MPU 2163

PENGAJIAN MALAYSIA 2
UNIT 5.4 DASAR LUAR NEGARA
DASAR LUAR NEGARA

 Dasar luar negara bermaksud dasar kerajaan terhadap negara-negara


lain.
 Dasar luar dapat didefinisikan sebagai matlamat, rancangan dan
tindakan yang dijalankan oleh sesebuah negara dalam usaha untuk
berhubung dengan sesebuah negara yang lain dalam pengertian yang
terhad.
 Dasar luar hanya mementingkan aspek tindakan yang diambil oleh
sesebuah negara bagi memperngaruhi keadaan yang berada di luar
bidang kuasanya.
PRINSIP DASAR LUAR MALAYSIA
KOMANWEL
• Dibentuk pada tahun 1931
• Anggotanya – negara bekas tanah jajahan Britain yang merdeka
• 54 negara maju dan negara sedang membangun
• Sekretariat Komanwel ditubuhkan pada tahun 1965 beribu pejabat di
London

MATLAMAT KOMANWEL

• Membina semangat setia kawan dan mewujudkan kerjasama dalam


pelbagai bidang
• Selepas merdeka – negara Komawel membantu Malaysia memelihara
keamanan dan kedaulatan negara menyekat perjuangan PKM
• Perjanjian pertahanan dengan Britain, Australia dan New Zealand –
menjanjikan bantuan jika diserang oleh mana-mana pihak.
FAEDAH MENYERTAI KOMANWEL
• Mendapat bantuan pertahanan daripada negara-negara Komanwel dalam
menyekat perjuangan PKM.
• Membuat perjanjian pertahanan dengan Britain , Australia dan New
Zealand yang menjanjikan bantuan sekiranya Malaysia diserang oleh
mana-mana pihak semasa konfrontasi.
• Mengadakan kerjasama pertahanan dengan negara Komanwel
• Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) memberi ruang
untuk Malaysia membincangkan hal-hal kepentingan bersama (setiap dua
tahun).
FAEDAH MENYERTAI KOMANWEL
• Menganjurkan mesyuarat CHOGM(1989)
 Mengisytiharkan Deklarasi Langkawi yang bersepakat mengawal dan
mengatasi masalah pencemaran.
• Memberi peluang untuk menyuarakan penentangan terhadap dasar
Apartheid di Afrika Selatan yang menyalahgunakan hak asasi manusia.
• Eksport Malaysia ke negara Komanwel terutamanya Britain dikenakan cukai
yang rendah tetapi keistimewaan ini ditarik balik selepas Britain menjadi
anggota pertubuhan Kesatuan Eropah(EU).
• Rancangan Colombo menyediakan teknikal dan biasiswa dalam bidang
pendidikan.
• Berjaya menganjurkan Sukan Komanwel 1998..
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU
• Ditubuhkan secara rasmi tahun 1945
• Ibu pejabat di San Francisco (asal) berpindah ke New York 1946
• Peringkat awal – 51 buah anggota
• 189 buah – 2002
• Negara anggota perlu akur dengan Piagam PBB iaitu satu perjanjian
antarabangsa yang menggariskan prinsip-prinsip asas hubungan
antarabangsa
• Terdapat 4 matlamat Piagam PBB:
PERANAN MALAYSIA DALAM PBB
• Membantu menyelesaikan konflik antarabangsa.
• Menyertai pasukan pendamai PBB di Congo(1960) bagi menamatkan perang saudara.
• Mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia (1989) untuk membantu negara itu
mencapai kemerdekaan .
• Menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran –Iraq.
• Menghantar pasukan pemerhati ke Kampuchea.
• Menghantar pasukan pengaman ke Bosnia.
• Malaysia lantang bersuara di PBB menentang Dasar Apartheid di Afrika Selatan.
• Menyarankan agar Benua Antartika menjadi warisan dunia yang menjadi hak milik
atau kuasa semua negara .
PERANAN MALAYSIA DALAM PBB
• Menjadi ahli Bank Dunia
• Lantang memerangi gejala penyalahgunaan dadah
• Hasil daripada usul Malaysia- satu persidangan antarabangsa diadakan di Vienna
(Austria) Jun 1987. Perdana Menteri Malaysia menjadi Yang Dipertua persidangan
tersebut.
• Malaysia bekerjasama dan menyertai agensi antarabangsa PBB:
 kerjasama dalam pengeluaran makanan di bawah agensi Pertubuhan Makanan
dan Pertanian(FAO),
 kerjasama dalam bidang kesihatan dan perubatan di bawah Pertubuhan
Kesihatan Dunia (WHO)
 kerjasama dalam bidang sains dan teknologi di bawah Pertubuhan Pendidikan,
Saintifik dan Budaya Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO)
PERANAN MALAYSIA DALAM PBB
• Dipilih menjadi Ahli Majlis Keselamatan PBB tahun 1965, 1989 dan
1999
• Tan Sri Razali Ismail menjadi Pengerusi Perhimpunan Agung PBB
• Beliau juga dilantik sebagai wakil khas PBB untuk menyelesaikan
konflik politik negara Myanmar.
• Mendesak PBB menyelesaikan isu Palestin dengan menganjurkan
Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur
PERGERAKAN NEGARA-NEGARA
BERKECUALI (NAM)
• Ditubuhkan pada bulan September 1961 semasa kemuncak Perang Dingin.
• Ahlinya – negara-negara membangun di Asia, Afrika dan Amerika Selatan.
• Terdiri daripada 113 buah negara, 16 buah negara sebagai pemerhati dan 28
buah negara – tetamu jemputan
• Matlamat penubuhan :-
 Mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong mana-mana blok barat
atau blok komunis
 Dasar berbaik-baik dengan semua negara
PRINSIP PERJUANGAN NAM

• Mengelakkan campurtangan asing dalam hal ehwal sesebuah negara


• Menghormati kedaulatan sesebuah negara
• Menyelesaikan pertelingkahan antara negara melalui perundingan
dan persefahaman
• Menghormat hak asasi manusia.
PERANAN MALAYSIA DALAM NAM
• Dalam Sidang Kemuncak Ketujuh di New Delhi 1987, Malaysia telah membuat beberapa
usul bagi menjaga kepentingan negara-negara sedang membangun
• isu Palestin, kerjasama ekonomi dan isu Benua Antartika
• Dalam Sidang Kemuncak Kelapan di Harare(Zimbabwe) 1988 Malaysia mengemukakan
cadangan penghapusan dasar Apartheid di Afrika Selatan
• Malaysia diberi penghormatan sebagai Naib Presiden dalam Sidang Kemuncak NAM di
Belgrade
• Malaysia dilantik sebagai ahli Kumpulan 16 yang membincangkan isu kerjasama politik
negara anggota.
• Malaysia menjadi tuan rumah kepada sidang kemuncak NAM yang ke -13 pada tahun
2003.
• Membawa masuk Timur Leste dan Pulau Catalina ke dalam NAM
• deklarasi Kuala Lumpur – usaha menghidupkan NAM dan pernyataan bersama tentang
kedudukan Palestin dan serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq
PERTUBUHAN PERSIDANGAN ISLAM (OIC)
• Ditubuhkan pada tahun 1971 beribu pejabat di Jeddah, Arab Saudi
• Idea Tunku Abdul Rahman
• Semasa ditubuhkan – 57 buah negara dan tiga negara sebagai pemerhati
• Matlamat :
 Mengeratkan hubungan sesama negara Islam dalam segala bidang
 Bersuara dalam satu nada bagi kepentingan umat Islam
 Mengekalkan perdamaian dalam segala persengketaan antara negara
Islam
 Bersama-sama memastikan tempat-tempat suci Islam dihormati dan tidak
dicemari
PERANAN MALAYSIA DALAM OIC
• Menubuhkan Bank Pembangunan Islam (IDB) dan menangani masalah yang
dihadapi oleh negara-negara Islam.
• Mengkritik campurtangan Russia di Afghanistan.
• Menyokong perjuangan Palestin.
• Mengutuk dasar penghapusan etnik Islam di Bosnia Herzegovina.
• Malaysia diberi kepercayaan dalam beberapa jawatankuasa atau kumpulan penting
dalam OIC antaranya menjadi Pengerusi dalam kumpulan 13 buah negara OIC
mengenai keganasan.
• Malaysia menjadi tuan rumah kepada banyak persidangan dan mesyuarat penting.
Misalnya, Sidang ke-27 Menteri-menteri Luar OIC, Sidang Kemuncak ke-10 OIC.
PERANAN MALAYSIA DALAM OIC

• Membina infrastruktur ekonomi dan pembangunan.


• Membuat pelaburan di negara Islam OIC seperti Petronas di Iran.
• Menganjurkan Musabaqah al-Quran untuk mengeratkan silaturahim dengan
negara Islam.
• Memajukan bidang pendidikan dengan menubuhkan universiti-universiti Islam
seperti Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
• Memberi bantuan kewangan dan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi di
Turki dan mangsa peperangan di Chechnya.
FAEDAH YANG DIPEROLEH DARIPADA OIC

• Pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam bagi melaksanakan


projek-projek pembangunan untuk kepentingan rakyat.
• OIC memberikan bantuan kepada Malaysia untuk menubuhkan
UIAM.
• Malaysia mendapat penghormatan daripada negara-negara
anggota kerana amat serius memperjuangkan hak dan kebajikan
negara-negara Islam.
NEGARA-NEGARA SELATAN

• Dikenali sebagai negara Dunia Ketiga.


• Persamaan dari segi latar belakang ekonomi.
• Pernah dijajah oleh kuasa barat
• Matlamat :-
 Mengatasi harga eksport bahan mentah.
 Meningkatkan kerjasama ekonomi dan teknikal dikalangan negara
anggota.
 Mengurangkan pergantungan kepada negara maju.
CIRI-CIRI NEGARA-NEGARA SELATAN (NNS)
• Pernah menjadi tanah jajahan kuasa Eropah.
• Masih bergantung kepada negara maju dalam pemasaran bahan
mentah.
• Ini kerana NNS tidak mempunyai kepakaran dan modal untuk
memproses bahan mentah menjadi barangan siap.
• Pergantungan ini membawa kepada syarat perdagangan yang
tidak adil seperti kawalan terhadap harga bahan mentah
dikawal oleh negara maju.
• Menanggung kadar faedah yang tinggi akibat pinjaman yang
dibuat daripada negara maju.
PERANAN MALAYSIA DALAM NNS
• Menubuhkan Suruhanjaya Selatan-Selatan(idea Dr.Mahathir semasa
Sidang Kemuncak NAM di Zimbabwe)
• Menubuhkan kumpulan 15(G15) 1989
• Mengadakan sidang kemuncak G15 yang pertama di Kuala Lumpur
pada 1990
• Mengadakan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi
• Menubuhkan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan
Teknologi Selatan di Kuala Lumpur(SITTDEC)
• Menubuhkan Sistem Keistimewaan Perdagangan Global(GDTP)
• Menubuhkan kemudahan kredit dan mekanisme kewangan
pembiayaan perdagangan.
KERJASAMA EKONOMI ASIA TIMUR (EAEC)

 EAEC dikenali sbg Kumpulan Ekonomi Asia Timur .


 Kedudukan pertubuhan ini semakin jelas selepas tercetusnya
peristiwa serangan ke atas Pusat Perdagangan Dunia (WTC) New York
pd September 2001.
 Penubuhan EAEC boleh mengurangkan kesan negatf kepada ekonomi
yg tidak menentu di Amerika Syarikat (AS). Hal ini kerana rantau Asia
Timur tidak akan terlalu bergantung kpd perdagangan AS.
 AS tidak senang dgn penubuhan EAEC kerana pertubuhan Kerjasama
Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yg dianggotai negara-negara Asia Timur
dan Pasifik sudah memadai bagi menggalakkan perdagangan di rantau
itu.
PERSATUAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA (ASA)
• Dianggotai oleh Malaysia, Thailand dan Filipina.
• Setelah merdeka, negara Malaysia dan serantau diancam hebat oleh pengaruh
komunis
• PKM diharamkan dan melancarkan gerakan gerila menjatuhkan kerajaan
• Di negara-negara jiran – Thailand dan Filipina turut menghadapi ancaman komunis
• Malaysia ingin mengadakan kerjasama dengan negara-negara jiran untuk
membendung ancaman komunis
• Tunku Abdul Rahman mencadangkan penubuhan ASA
• Diharapkan ASA dapat melindungi negara-negara anggota daripada ancaman komunis
dan menjalin kerjasama dalam bidang ekonomi dan social.
• 31 Julai 1961, ASA telah ditubuhkan.
MATLAMAT ASA
• Menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi, sains dan sosial
• Memberikan dan menyediakan kemudahan latihan dan
penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi
• Mengekalkan serta menjamin keselamatan dan kestabilan
politik negara-negara serantau
• ASA dibubarkan pada tahun 1963.
MAPHILINDO
• Dianggotai oleh Malaysia, Filipina dan Indonesia
• Tujuannya:
• Untuk meningkatkan perhubungan persahabatan
• menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia-Filipina dan Malaysia-Indonesia
berkaitan dengan cadangan pembentukan Malaysia
• Indonesia tidak bersetuju – menganggap sebagai neokolonialisme atau penjajahan
bentuk baru
• Tentangan Filipina – menuntut Sabah yang didakwa masih menjadi hak milik negara
mereka
• Malaysia mengadakan rundingan dengan Filipina dan Indonesia – penubuhan
MAPHILINDO
• Mencapai kata sepakat untuk memohon bantuan PBB untuk mendapatkan pandangan
rakyat Sarawak dan Sabah tentang pembentukan Malaysia
MAPHILINDO
• PBB menghantar perwakilan pada tahun 1963 – diketuai oleh
Lawrence V.Michael More untuk meninjau pandangan rakyat Sarawak
dan Sabah
• Hasilnya majoriti rakyat bersetuju dan menyokong pembentukan
Malaysia
• Indonesia dan Filipina tidak berpuas hati dengan hasil siasatan PBB
dan terus menentang pembentukan Malaysia
• Persengketaan yang berterusan menyebabkan MAPHILINDO tidak
berfungsi lagi.
PERSATUAN
NEGARA-
NEGARA
ASIA
TENGGARA
(ASEAN)
ASEAN
• ASEAN ialah Association of South-East Asia Nation.
• Ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 hasil daripada Deklarasi Bangkok.
• 5 menteri yang menandatangani Deklarasi Bangkok:
• Adam Malik (Indonesia)
• Tun Abdul Razak (Malaysia)
• Rajaratman (Singapura)
• Thanat Khoman (Thailand)
• Narsisco Ramos (Filipina)
• Brunei menyertai ASSEAN selepas 13 tahun penubuhannya iaitu pada
1984 dan diikuti negara Asia Tenggara yg lain.
ASEAN

• Matlamat :-
 Mengekalkan kestabilan politik dirantau Asia Tenggara
 Membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan
kebudayaan
 Meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang
pertanian, perdagangan dan perindustrian.
 Memberi kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan
penyelidikan
 Mengadakan perhubungan yang erat dengan pertubuhan serantau
dan antarabangsa
PERANAN DAN SUMBANGAN MALAYSIA DALAM ASEAN
• Menandatangani Deklarasi Kuala Lumpur pada November 1971.
• Memberi kata sepakat mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai Zon
Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)
• Tujuan utama ZOPFAN adalah mengekalkan keamanan dan kestabilan politik
di rantau Asia Tenggara, tidak bersekongkol dengan mana-mana blok Barat
atau blok Timur bagi mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar
• Mengatasi masalah pencerobohan Vietnam ke atas Kampuchea.
• Turut serta dalam mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik
Campuran Kampuchea.
• Membuat keputusan ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear.
• Mengisytiharkan larangan menggunakan perairan dan pelabuhannya untuk
mana-mana kapal yang mengangkut bahan atau senjata nuklear.
PERANAN DAN SUMBANGAN MALAYSIA DALAM ASEAN
• Bekerjasama dalam projek perindustrian, contohnya projek baja urea di
Bintulu(Sarawak) serta di Acheh
• Menyertai kerjasama ekonomi melalui zon Kawasan Perdagangan Bebas
ASEAN (AFTA) yang diumumkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura
1992.
• Mengemukakan idea mewujudkan Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC)
bagi memperluaskan kerjasama ekonomi yang melibatkan China, Jepun dan
Korea Selatan.
• Idea Dr Mahathir tetapi ditentang oleh Amerika Syarikat dan negara-negara
maju.
• Kerjasama secara tidak rasmi tetap diteruskan melalui konsep ASEAN + 3
• Menghadiri siri perbincangan tentang kerjasama ASEAN + 3(China,Jepun dan
Korea)
PERANAN DAN SUMBANGAN MALAYSIA DALAM ASEAN
• Memberikan kerjasama dalam bidang pendidikan dengan menyertai
Pertubuhan Menteri - Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO) yang memberikan
tumpuan ke arah kerjasama dalam semua bidang yang berkaitan
• Membina Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau
Pinang.
• Mengadakan kerjasama dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti
mengadakan festival kebudayaan dan kesenian.
• Bersama-sama menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN.
• Mengadakan pertukaran rancangan televisyen dan radio.
• Menganjurkan Sukan SEA.
• Menjalinkan kerjasama menyertai Tahun Melawat ASEAN 1992.
ISU-ISU SEMASA HUBUNGAN
ANTARABANGSA
 Hubungan dengan ASEAN
 Globalisasi
 Masalah keganasan
 Pencerobohan AS dan sekutunya ke atas Iraq
 Pergerakan Negara-negara Berkecuali NAM

You might also like