You are on page 1of 8

malaysia dan hubungan antarabangsa

Faedah Yang Diperolehi Malaysia Sebagai Anggota Komanwel


Mendapat bantuan pertahanan daripada negara-negara komanwel
dalam menyekat perjuangan Parti Komunis Malaya.
Membuat perjanjian pertahanan dengan Britain, Australia dan New
Zealand yang menjanjikan bantuan sekiranya Malaysia diserang oleh
mana-mana pihak semasa Konfrontasi.
Mengadakan kerjasama pertahanan dengan negara komanwel.
Mesyuarat CHOGM memberi ruang untuk Malaysia membincangkan
hal-hal kepentingan bersama.
Menganjurkan mesyuarat CHOGM.
Mengisytiharkan Deklerasi Langkawi yang bersepakat mengawal dan
mengatasi pencemaran.
Berpeluang menyuarakan penentangan terhadap dasar apartheid.
Eksport Malaysia ke negara komanwel dikenakan cukai yang rendah.
Rancangan Colombo menyediakan teknikal dan biasiswa dalam bidang
pendidikan.
Berjaya menganjurkan Sukan Komanwel 1998.
Matlamat Penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ((PBB)
Menjamin keamanan dan keselamatan dunia

Menggalakkan hubungan baik di kalangan negara anggota


Bekerjasama menyelesaikan masalah antarabangsa
Melindungi hak asasi manusia
Menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan negara-negara anggota
Peranan Malaysia Dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Membantu menyelesaikan konflik antarabangsa
Menyertai pasukan pendamai PBB di Congo.
Mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia untuk membantu
negara itu mencapai kemerdekaan.
Menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran Iraq .
Menghantar pasukan pemerhati ke Kampuchea.
Menghantar pasukan pengaman ke Bosnia.
Menentang dasar aparteid.
Menyarankan agar benua Antartika menjadi warisan dunia yang
menjadi hak milik semua negara.
Menjadi ahli Bank Dunia.
Lantang memerangi gejala penyalahgunaan dadah.
Dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB.
Tan Sri Razali Ismail menjadi pengerusi Perhimpunan Agung PBB.
Sebagai wakil PBB untuk menyelesaikan konflik politik Myanmar.
Mendesak PBB menyelesaikan isu Palestin.

Peranan Malaysia Dalam Menegakkan Prinsip NAM


Mengemukakan usul membela kepentingan negara membangun.
Mengemukakan isu Palestin.
Mengemukakan isu Antartika.
Mengemukakan cadangan menghapuskan Dasar Apartheid
Sebagai Naib Presiden dalam sidang kemuncak NAM di Belgrade
Sebagai ahli G 16 yang membincangkan isu politik negara anggota.
Menjadi tuan rumah sidang kemuncak NAM ke-13 pada 2003.
Mengisytiharkan Deklerasi Kuala Lumpur untuk menghidupkan
kembali NAM.
Mengeluarkan pernyataan bersama tentang kedudukan Palestin dan
serangan Amerika terhadap Iraq.
Matlamat Penubuhan OIC
Menubuhkan Suruhanjaya Selatan-Selatan
Menubuhkan Kumpulan 15
Mengadakan sidang kemuncak G15 yang pertama di KL pada 1990
Menagadakan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi
Menubuhkan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan
Teknologi Selatan di KL

Menubuhkan Sistem Keistimewaan Perdagangan Global


Menubuhkan kemudahan kredit dan mekanisme kewangan pembiayaan
perdagangan
Peranan Malaysia Dalam OIC
Tunku Abdul Rahman dipilih sebagai Setiausaha Agung OIC yang
pertama
Malaysia menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan Iran-Iraq
Memberi sokongan kepada rakyat Palestin mendapatkan semula tanah
air
Menjadi tuan rumah persidangan OIC pada 1974 dan 2003
Menganjurkan persidangan menentang pengganas di kalangan negara
Islam pada 2002
Menawarkan biasiswa kepada pelajar dari negara OIC yang belajar di
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Mengsyorkan penggunaan dinar emas di kalangan negara Islam dalam
urusan perdagangan

Faedah Yang Dinikmati Oleh Malaysia Sebagai Anggota OIC

Mendapat pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam bagi


melaksanakan projek untuk rakyat
Mendapat bantuan untuk menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM)
Mendapat penghormatan negara anggota lain kerana serius dalam
memperjuangkan hak dan kebajikan negara Islam
Ketokohan pemimpin Malaysia terserlah melalui dasar Malaysia yang
mengutamakan keamanan dan kesejahteraan.
Matlamat Penubuhan ASEAN
Mengekalkan kestabilan politik rantau Asia Tenggara.
Membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan
kebudayaan.
Meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang
pertanian, perdagangan dan perindustrian.
Memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan
penyelidikan.
Mengadakan hubungan erat dengan pertubuhan serantau dan
antarabangsa.
Peranan dan Sumbangan Malaysia Sebagai Anggota ASEAn

Menandatangani Deklerasi Kuala Lumpur pada November 1971.


Memberi kata sepakat mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai
Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)
Mengatasi masalah pencerobohan Vietnam ke atas Kampuchea.
Turut serta dalam mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik
Campuran Kampuchea.
Membuat keputusan ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear.
Mengisytiharkan larangan menggunakan perairan dan pelabuhannya
untuk mana-mana kapal yang mengangkut bahan atau senjata nuklear.
Bekerjasama dalam projek perindustrian, contohnya projek baja urea.
Menyertai kerjasama ekonomi melalui AFTA.
Mengemukakan idea mewujudkan Perundingan Ekonomi Asia Timur
(EAEC) bagi memperluaskan kerjasama ekonomi yang melibatkan
China, Jepun dan Korea Selatan.
Menghadiri siri perbincangan tentang kerjasama ASEAN + 3.
Memberikan kerjasama dalam bidang pendidikan dengan menyertai
Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO).
Membina Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di
Pulau Pinang.
Mengadakan kerjasama dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti
mengadakan festival kebudayaan dan kesenian.
Bersama-sama menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN.
Mengadakan pertukaran rancangan televisyen dan radio.

Menganjurkan Sukan SEA.


Menjalinkan kerjasama menyertai Tahun Melawat ASEAN 1992.
Ciri-Ciri Negara Selatan
Pernah dijajah oleh kuasa Barat
Masih bergantung kepada negara maju dalam pemasaran bahan mentah
Tidak mempunyai kepakaran
Tidak mempunyai modal untuk memproses bahan mentah menjadi
barang siap
Dibebani syarat perdagangan yang tidak adil
Harga bahan mentahnya dikawal oleh negara maju
Menanggung kadar faedah yang tinggi terhadap pinjaman yang
diberikan
Matlamat Penubuhan Negara-Negara Selatan
- Mengatasi harga eksport bahan mentah
- Meningkatkan kerjasama ekonomi dan teknikal di kalangan negara
anggota
- Mengurangkan pergantungan kepada negara maju

Peranan Malaysia Dalam Negara-Negara Selatan


Menubuhkan Suruhanjaya Selatan-Selatan
Menubuhkan Kumpulan 15
Mengadakan sidang kemuncak G15 yang pertama di KL pada 1990
Menagadakan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi
Menubuhkan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan
Teknologi Selatan di KL
Menubuhkan Sistem Keistimewaan Perdagangan Global
Menubuhkan kemudahan kredit dan mekanisme kewangan pembiayaan
perdagangan

You might also like