You are on page 1of 9

Kejayaan Negara Kita

Negara kita telah mencapai kejayaan yang maksimum sehingga pada masa
kini.
Hal ini berpunca daripada beberapa sebab, iaitu:
o Kekukuhan perpaduan kaum
o Perkembangan bidang ekonomi
o Kepimpinan Perdana Menteri
o Agensi-agensi Luar Negara
Mengekalkan Keharmonian Kaum dan Perpaduan
Negara kita telah mewujudkan sebuah negara yang aman dan harmoni di
bawah rakyat berbilang kaum. Kejayaan tersebut adalah sumbangan daripada
perpaduan kukuh termasuk dengan etnik. Sabah dan Sarawak seperti Iban,
Dayak serta Kadazan Dusun.
Perpaduan antara kaum dapat dikekalkan atas sumbangan daripada kegiatan
sukan dan kebudayaan.
Sukan merupakan bidang yang paling ideal bagi membentuk perpaduan dan
intergrasi dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum, umur dan taraf
sosioekonomi.
Acara sukan mewujudkan peluang dan persekitaran bagi pergaulan dan
interaksi sosial dan melahirkan suasana yang sangat sesuai bagi memupuk
semagat persaudaraan dan solidari tanpa mengira kaum dan keturunan.
Dari aspek budaya, wujud kebudayaan nasional yang menjadi asas
perkongsian semua etnik tanpa mengira kaum, keturunan dan wilayah.
Kebudayaan nasional menjadi asas kepada pembentukan bangsa, jati diri
nasional dan perpaduan etnik.
Kebudayaan nasional dibentuk berpandukan tiga prinsip dalam Dasar
Kebudayaan Kebangsaan seperti berikut:
Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kepada
kebudayaan rakyat asal negara ini.
Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi
unsur kebudayaan kebangsaan.
Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.
Antara amalan masyarakat Malaysia adalah rumah terbuka. Rumah terbuka
diadakan oleh semua etnik apabila tiba musim perayaan. Semua etnik saling
kunjung-mengunjungi antara satu sama lain walaupun berbeza budaya dan
agama.
Amalan ini memperlihatkan usaha pelbagai etnik untuk mencari keserasian
dan kesamaan agar perayaan dapat dirayakan bersama. Contohnya
Perayaan Tahun Baru Cina, Perayaan Hari Deepavali, Pesta Gawai dan
Pesta Keamataan memperlihatkan usaha etnik-etnik bukan melayu serta
bukan beragama Islam menyediakan hidangan dan makanan halal agar dapat
diraikan oleh masyarakat daripada etnik Melayu.
Sikap toleransi dan pertimbangan antara kaum jelas memperlihatkan
keharmonian hubungan etnik terjalin kukuh, saling memahami dan
menghormati budaya antara satu etnik dengan etnik yang lain. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa keharmonian kaum dan perbaduan telah dikekalkan.
Ekonomi
Seterusnya, kejayaan negara juga dapat dilihat dari aspek bidang ekonomi
yang termasuklah hasil bumi, perdagangan, perindustrian dan pertanian.
Sumbangan para pejuang yang berjaya memerdekakan negara daripada
cengkaman penjajah telah memberi masyarakat Malaysia kuasa sepenuhnya
untuk mengurus sendiri sumber kekayaan negara yang menyumbang kepada
perkembangan ekonomi seperti getah, bijih timah, kelapa sawit dan bjih besi ,
katanya
Kepemimpinan Perdana Menteri
Selain, kejayaan negara kita Malaysia adalah di bawah kepemimpinan
Perdana Menteri yang tersohor.
Berikut adalah sejarah ringkas tentang Perdana-Perdana Menteri Malaysia
serta jasa-jasa yang telah mereka curahkan sehingga digelar 'Bapa
Kemerdekaan', 'Bapa Pembangunan' dan sebagainya.
i) Perdana Menteri pertama: Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul
Hamid Shah (8 Febuari 1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri
Persekutuan Tanah Melayu dari 1995, dan Perdana Menteri pertama selepas
negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 hingga 1970.
Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 adalah salah satu pencapaian
terhebatnya.. Beliau juga dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang
sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".
Ii Perdana Menteri kedua: Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Allahyaraham Tun Abdul Razak bin Haji Dato Hussein (11 Mac 1922 14
Januari 1976) merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke-2. Mula
berkhidmat dari tahun 1970 sehingga 1976.
Beliau masyhur dengan pelancaran Dasar Ekonomi Baru (1971) yang
matlamatnya untuk mengatasi masalah ketidaksamaan ekonomi dan sosial
yang telah membangkitkan perselisihan antara kaum dalam kalangan
masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
Selepas kematiannya, beliau telah dikenang sebagai Bapa Pembangunan.

iii) Perdana Menteri Ketiga: Tun Hussein bin Dato' Onn
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn (12 Febuari 1922 - 29 Mei 1990)
merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-3.
Berkhidmat dari tahun 1976 hingga 1981, beliau diperlihatkan sebagai
seorang yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan
kaum dan mempunyai reputasi untuk bertindak keras kepada sesiapa yang
mencuba membangkitkan kekacauan perkauman di dalam negara.
Oleh sebab usahanya dalam pemupukan perpaduan di kalangan masyarakat
Malaysia, Tun Hussein Onn telah dikenang sebagai "Bapa Perpaduan".

v) Perdana Menteri Keempat: Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 20 Disember 1925; juga
digelar sebagai "Dr. M" dan nama penanya Che Det) adalah Perdana Menteri
Malaysia yang ke-4.
Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003,
beliau menerajui negara ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan
menyebabkan kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia.
Pencapaian terbaiknya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan
kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui
pemeliharaan suatu golongan pertengahan orang Melayu.
Beliau juga merupakan seorang tokoh poltik antarabangsa yang suka
berterus-terang dan bersifat kontroversi.
Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa
Pemodenan Malaysia", negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia
sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga.
vi)Perdana Menteri kelima: Tun Abdullah Bin Hj Ahmad Badawi
Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (lahir: 26 November 1939; juga dikenali
sebagai Pak Lah) merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke-5, mewarisi
kepimpinan daripada Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad.
Bantuan dari Agensi-agensi luar Negara
PBB Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Komanwel
ASEAN
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bermatlamat:
Menjamin keamanan dan keselamatan dunia
Menggalakkan hubungan baik di kalangan negara anggota
Bekerjasama menyelesaikan masalah antarabangsa
Melindungi hak asasi manusia
Menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan negara-negara anggota
Peranan Malaysia Dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Membantu menyelesaikan konflik antarabangsa
Menyertai pasukan pendamai PBB di Congo.
Mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia untuk membantu negara itu
mencapai kemerdekaan.
Menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran Iraq .
Menghantar pasukan pemerhati ke Kampuchea.
Menghantar pasukan pengaman ke Bosnia.
Menentang dasar aparteid.
Menyarankan agar benua Antartika menjadi warisan dunia yang menjadi hak milik
semua negara.
Menjadi ahli Bank Dunia.
Lantang memerangi gejala penyalahgunaan dadah.
Dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB.
Tan Sri Razali Ismail menjadi pengerusi Perhimpunan Agung PBB.
Sebagai wakil PBB untuk menyelesaikan konflik politik Myanmar.
Mendesak PBB menyelesaikan isu Palestin.
Komanwel
Malaysia mendapat bantuan pertahanan daripada negara-negara komanwel dalam
menyekat perjuangan Parti Komunis Malaya.
Membuat perjanjian pertahanan dengan Britain, Australia dan New Zealand yang
menjanjikan bantuan sekiranya Malaysia diserang oleh mana-mana pihak semasa
Konfrontasi.
Mengadakan kerjasama pertahanan dengan negara komanwel.
Mesyuarat CHOGM memberi ruang untuk Malaysia membincangkan hal-hal
kepentingan bersama.
Menganjurkan mesyuarat CHOGM.
Mengisytiharkan Deklerasi Langkawi yang bersepakat mengawal dan
mengatasi pencemaran.
Berpeluang menyuarakan penentangan terhadap dasar apartheid.
Eksport Malaysia ke negara komanwel dikenakan cukai yang rendah.
Rancangan Colombo menyediakan teknikal dan biasiswa dalam bidang
pendidikan.
Berjaya menganjurkan Sukan Komanwel 1998.
ASEAN
Matlamat Penubuhan ASEAN ialah:
Mengekalkan kestabilan politik rantau Asia Tenggara.
Membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan
kebudayaan.
Meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang
pertanian, perdagangan dan perindustrian.
Memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan penyelidikan.
Mengadakan hubungan erat dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa.
Peranan dan Sumbangan Malaysia Sebagai Anggota ASEAN:
Menandatangani Deklerasi Kuala Lumpur pada November 1971.
Memberi kata sepakat mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai Zon
Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)
Mengatasi masalah pencerobohan Vietnam ke atas Kampuchea.
Turut serta dalam mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik
Campuran Kampuchea.
Membuat keputusan ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear.
Mengisytiharkan larangan menggunakan perairan dan pelabuhannya untuk
mana-mana kapal yang mengangkut bahan atau senjata nuklear.
Bekerjasama dalam projek perindustrian, contohnya projek baja urea.
Menyertai kerjasama ekonomi melalui AFTA.
Mengemukakan idea mewujudkan Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC)
bagi memperluaskan kerjasama ekonomi yang melibatkan China, Jepun dan
Korea Selatan.
Menghadiri siri perbincangan tentang kerjasama ASEAN + 3.
Memberikan kerjasama dalam bidang pendidikan dengan menyertai
Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO).
Membina Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau
Pinang.
Mengadakan kerjasama dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti
mengadakan festival kebudayaan dan kesenian.
Bersama-sama menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN.
Mengadakan pertukaran rancangan televisyen dan radio.
Menganjurkan Sukan SEA.
Menjalinkan kerjasama menyertai Tahun Melawat ASEAN 1992.
Kehidupan Masyarakat
Masyarakat Melayu
Masyarakat Melayu adalah salah satu komponen dari bangsa Malaysia.
Masyarakat Melayu di Malaysia kebanyakan adalah sama dengan masyarakat
Melayu yang berdiam di beberapa wilayah Indonesia, meskipun di beberapa
wilayah merupakan kelompok tersendiri (misalnya di Sarawak, Sabah, atau
Kelantan).
Bagi orang Melayu yang tinggal di desa, mayoritasnya menjalankan aktiviti
pertanian dan menangkap ikan. Aktiviti pertanian termasuk mengusahakan
tanaman padi, karet, kelapa sawit, kelapa, dan tanaman campuran (mixed
farming).
Orang Melayu yang tinggal di kota kebanyakannya bekerja dalam sektor dinas,
sebagai pekerja di sektor perindustrian, perdagangan, pengangkutan, dan
lain-lain.
Penguasaan ekonomi di kalangan orang Melayu perkotaan relatif masih
rendah dibandingkan dengan penguasaan ekonomi oleh penduduk non-
pribumi, terutamanya orang Tionghoa.
Tetapi kini telah ramai orang Melayu yang telah sukses dalam bidang
perniagaan dan menjadi ahli korporat.
Banyak yang tinggal di kota-kota besar dan mampu memiliki mobil dan rumah
mewah. Selain itu itu juga, banyak orang Melayu yang mempunyai pendidikan
yang tinggi, setingkat universiti di dalam mahupun di luar negeri.
Agama dan Kepercayaan
Orang Melayu hampir seluruhnya beragama Islam. Namun demikian, sisa-
sisa unsur agama Hindu dan animisme masih dapat dilihat dalam sistem
kepercayaan mereka. Islam tidak dapat menghapuskan seluruh unsur
kepercayaan tersebut.
Proses sinkretisme terjadi di mana unsur kepercayaan sebelum Islam ada
secara laten atau disesuaikan dengan unsur Islam. Proses ini jelas dapat
ditemukan dalam ilmu pengobatan Melayu (pengobatan tradisional), dan
dalam beberapa upacara adat.
Kesenian
Seni persembahan (tarian, nyanyian, persembahan pentas seperti makyong,
wayang kulit, ghazal, hadrah, kuda kepang) dan seni tampak (seni ukir, seni
bina, seni hias, pertukangan tangan, tenunan, anyaman dll).
Permainan tradisi seperti gasing, wau, congkak, juga termasuk dalam kategori
seni persembahan. Kegiatan seni Melayu mempunyai identitas tersendiri yang
juga memperlihatkan gabungan berbaga-bagai unsur asli dan luar.


Sistem kekeluargaan dan Perkahwinan
Dari segi kekeluargaan, masyarakat Melayu dibagikan kepada dua kelompok:
Menerapkan sistem kekeluargaan dwisisi (bilateral)
Menerapkan sistem kekeluargaan nasab ibu (matrilineal), yang digunakan
oleh orang Minangkabau Malaysia.
Tetapi disebabkan kedua-dua kelompok tersebut menganut agama Islam, maka
sistem kekeluargaan Melayu itu banyak dipengaruhi oleh sistem kekeluargaan Islam.
Orang Melayu melakukan perkawinan monogami dan poligami. Bentuk
perkawinan endogami (pipit sama pipit, enggang sama enggang), eksogami
juga terjadi, malah di sebagian tempat diutamakan. Perkawinan campur juga
ada. Semua perkawinan Melayu dijalankan mengikut peraturan dan undang-
undang perkawinan Islam (Mazhab Syafi'i).
Masyarakat Cina
Orang Cina di Malaysia merupakan kaum yang kedua besar di negara ini.
Malaysia dan China telah mempunyai hubungan politik dan perdagangan
sejak berabad dahulu. Pada zaman Kesultanan Melaka, China pernah
berperanan sebagai pelindung Melaka daripada ancaman Siam.
Kehidupan yang lebih baik di Tanah Melayu juga merupakan faktor yang
menggalakkkan kemasukan orang Cina.
Kebanyakan orang Cina datang sebagai buruh dan tukang kraf. Mereka
datang seorang diri tanpa keluarga kerana berharap untuk memperolehi gaji
yang tinggi supaya dapat hantar balik ke China atau membawa ahli keluarga
datang ke Tanah Melayu.
Kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu juga secara tidak langsung
membawa masuk budaya, agama dan bahasa mereka.
Agama yang dipegang oleh masyarakat Cina ialah agama Buddha.
Walaubagaimanapun, ajaran Konfuciunisme dan Taoisma juga penting
kepada masyarakat Cina.
Ajaran Konfuciunisme mementingkan Hao, maka untuk mendapatkan anak
adalah penting supaya menjadi warisan keluarga. Dengan ini perkahwinan
adalah digalakkan supaya mendapat anak secara sah.
Masyarakat India
Seperti yang kita ketahui, masyarakat india di malaysia merupakan etnik yang
ketiga terbesar selepas melayu dan cina.
Kewujudan masyarakat malaysia di negara ini telah mewujudkan masyarakat
berbilang kaum di negara kita.
Kaum india di negara ini juga kaya dengan adat dan budaya yang unik dalam
kehidupan mereka mereka.
Malah kebudayaan masyarakat india di negara ini telah menjadikan negara
kita penuh dengan warna-warni kebudayaan.
Kebudayaan masyarakat india sebenarnya berasal daripada agama hindu.
Walaupun kebanyakan masyarakat india hari ini bukan beragama hindu,
namun mereka masih mengamalkan kebudayaan berteraskan agama hindu.

You might also like