You are on page 1of 7

Bab 3: RAJA BERPELEMBAGAAN DAN DEMOKRASI BERPARLIMEN

Soalan Objektif.

1. Pemerintahan beraja berkembang sejajar dengan peredaran masa seiring dengan konsep
Demokrasi Berparlimen dalam pemerintahan negara kita pada hari ini dan telah mengiktiraf
X. (BT ms 38)
Apakah X?
A. Gabenor
B. Residen
C. Raja Berpelembagaan
D. Raja berkuasa mutlak

2.

Gambar menunjukkan Zaman Kesultanan Melayu Melaka yang nmempelihatkan


pemerintahan beraja yang berwibawa. Pada masa itu raja berkuasa mutlak di mana
(BT ms 38)
I. Berkuasa terhadap pentadbiran
II. Berkuasa terhadap kehakiman
III. Berkuasa menasihati negara luar
IV. Berkuasa merampas kerajaan lain
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

3. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka diperkukuhkan dengan konsep Islam . Hal ini
menjadikan raja sebagai ……(BT ms 38)
A. Ketua pedagang
B. Ketua agama Islam
C. Ketua penghulu
D. Ketua perbendaharaan

4. Secara tradisinya Raja-raja Melayu dianggap sebagai (BT ms 38)


I. Sumber undang-undang
II. Penulis undang-undang
III. Ketua bendahari
IV. Ketua kerajaan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

5. British telah menggunakan teknik X untuk meluaskan pengaruhnya di negeri Melayu.


Apakah X ? (BT ms 39)
A. Pecah perintah
B. Mengahwini anak raja
C. Menggunakan tentera
D. Perjanjian

Di negeri-negeri Melayu Bersekutu British telah melantik X untuk mencampuri urusan


pentadbiran negeri. Apakah X? (BT ms 39)
A. Menteri Besar
B. Bendahara
C. Pegawai
D. Residen

6. British juga berminat untuk campurtangan di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu


(NNMTB). Justeruitu British telah meletakkan (BT ms 39)
A. Penasihat British
B. Askar British
C. Gabenor British
D. Residen

7. Apakah tujuan negeri-negeri Melayu menggubal Undang-undang Tubuh negeri. (BT ms 39)
A. Untuk tunjuk kehebatan
B. Meluaskan pengaruh
C. Menghalang pengaruh British
D. Kekuasaan

8. Semasa Malayan Union, Majlis Sultan-sultan hanya berkuasa keatas…… (BT ms 43)
A. Perbendaharaan
B. Undangan-undang berkaitan agama Islam
C. Pentadbiran
D. Peperangan

9. Berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Majlis Raja-raja mempunyai kuasa dan


fungsi dalam sistem Raja Berperlembagaan. (BT ms 44-45)
Antara fungsi tersebut adalah
I. Bersetuju atau tidak setuju sebarang undang-undang
II. Memperkenankan perubahan persempadanan
III. Menentukan sistem kewangan
IV. Mentadbir negara
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
10. Raja Berpelembagaan merupakan sebahagian daripada pentadbiran negara. Apakah gelaran
raja di peringkat Persekutuan (BT ms46)
A. Yang Amat Mulia
B. Yang Amat Berkuasa
C. Yang di Pertuan Agong
D. Yang Amat Terutama

11.

Gambar diatas adalah Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Apakah kedudukan baginda seperti
termaktub dalam Perkara 32 Perlembagaan persekutuan. (BT ms 47 )

A. Ketua Hakim
B. Ketua SPRM
C. Ketua Anak Negeri
D. Ketua Utama Negara

12. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa dalam pemerintahan dan bertindak mengikut
nasihat Perdana Menteri.
Antara Kuasa Eksekutif baginda adalah (BT ms48)
A. Melantik Perdana Menteri dan Jemaah Menteri
B. Melantik Menteri Besar
C. Melantik Adun
D. Melantik Ketua SPRM

13. Sebagai rakyat dalam sebuah negara demokrasi, kita sewajarnya memahami kepentingan
pilihanraya. Apakah kepentingan pilihanraya (BT ms 50)
A. Untuk memilih pemimpin yang berwibawa
B. Untuk kebaikan pemimpin
C. Untuk memuaskan hati raja
D. Untuk kehebatan negara

14. Sistem Raja Berpelembagaan dan Dewan Berparlimen mewujudkan mekanisme semak dan
imbang dalam pemerintahan negara ini. Hal ini kerana ( BT ms 56)
A. Raja berkuasa mutlak
B. Raja bertanggungjawab
C. Raja berkecuali
D. Raja berwibawa
SOALAN STRUKTUR

3.2 Sejarah dan Kedudukan Institusi Raja- Raja

1. Majlis Raja-raja yang bermula dengan pembentukan Dubrar merupakan sebahagian


daripada institusi Raja Berpelembagaan di negara kita.

a. Apakan peranan Durbar ? ( BT ms 42 )


Durbar berperanan sebagai sebuah majlis persidangan Raja-raja Melayu bagi Negeri-negeri
Melayu Bersekutu untuk membincangkan hal ehwal pentadbiran Kerajaan Persekutuan
dengan pihak British
( /2 markah )

b. Perlembagaan Malayan Union 1946 memperuntukkan penubuhan Majlis Sultan- Sultan.


Nyatakan keanggotaan Majlis Sultan-Sultan Malayan Union ? ( BT ms 43 )
Ahli majlis terdiri daripada sembilan orang Raja Melayu dan tiga pegawai kanan British.
( / 2 markah )

c. Permukaan Mohor Besar Raja-Raja mengandungi Jata kerajaan sembilan Negeri


Melayu.
Jelaskan kepentingan Mohor Besar Raja-Raja (BT ms 44 )

Mohor Besar Raja-Raja melambangkan kekuasaan dan kedaulatan Raja-raja Melayu

( /2 markah )

d. Melalui pengetahuan sejarah anda, terangkan peranan raja dalam memakmurkan


negara?
Berdasarkan pengetahuan sejarah saya, peranan raja dalam memakmurkan negara ialah
melantik pemimpin yang berwibawa. Hal ini kerana raja tidak terlibat dengan hal politik.
Kesannya, pemimpin yang berwibawa mampu memajukan negara. Tegasnya, rakyat
hendaklah mengundi dengan bijak agar pemimipin berwibawa dapat dilantik oleh raja.

( / 4 markah )

3.3. Yang di-Pertuan Agong dan Raja dalam Perlembagaan Persekutuan.

2. Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan selepas negara mencapai kemerdekaan 1957.

a) Nyatakan tiga institusi beraja yang terdapat di negara kita. ( BT m/s: 46)
i. Majlis Raja-raja
ii. Institusi beraja di negeri-negeri
iii. Institusi Yang di-Pertuan Agong di peringkat Persekutuan.
( /2 markah

b) Bagaimanakah pemilihan YDPA dilaksanakan. ( BT m/s: 46-47)


Pemilihan YDPA dilaksanakan menurut kaedah yang ditetapkan dalam Perlembagaan
Persekutuan dan Peraturan Majlis Raja-raja
( /2 markah)
c) Terangkan kuasa dan peranan YDPA dalam pemerintahan negara.
( BT m/s48-49)
Kuasa Eksekutif iaitu Yang di-Pertuan Agong bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri.
Kuasa Perundangan Yang di-Pertuan Agong memperkenankan sesuatu Rang Undang-
Undang. Kuasa Kehakiman iaitu Yang di-Pertuan Agong melantik ketua hakim negara.
( /3 markah)

d) Sebagai warga yang patriotik, bagaimanakah anda menunjukkan kesetiaan kepada


raja dan negara?
Sebagai warga yang patriotik, cara menunjukkan kesetiaan kepada raja dan negara ialah
menghormati raja dan negara. Hal ini kerana perasaan hormat menunjukkan kesetiaan.
Tegasnya, kita hendaklah sentiasa menguatkan jati diri kepada raja dan negara.
( /3markah)

SOALAN ESEI

3.4. Amalan Demokrasi dan Pengasingan Kuasa.

3. Pilihan raya ialah elemen penting yang menandakan wujudnya amalan demokrasi di negara
kita.

a. Jelaskan proses dijalankan di negara kita? ( BT ms 50)


Pilihan raya umum diadakan dalam tempoh lima tahun. Kempen membolehkan calon
dan parti dikenali rakyat. Rakyat menyemak nama pada daftar pemilih . Undian dibuat
mengikut prosedur yang telus dan sistematik.

( /4 markah)

b. Huraikan kebebasan hak asasi berdasarkan Perlembagaan Persekutuan? (BT ms 51)


Kebebasan diri ialah tiada nyawa boleh diragut kecuali mengikut undang-undang.
Kebebasan beragama ialah Islam sebagai agama Persekutuan dan agama lain bebas
diamalkan oleh penganut agama masing-masing. Hak berkenaan dengan Pendidikan
ialah tiada diskrimanisi dilakukan. Kebebasan bersuara,berhimpun dan berpersatuan
ialah setiap warganegara berhak melakukannya dengan kebebasan secara aman.

( /4 markah )
c. Sebagai rakyat yang sayang akan negara.Mengapakan demokrasi penting sebagai asas
pemerintahan negara? ( BT ms 50-51)
Sebagai rakyat yang sayang akan negara, demokrasi penting sebagai asas pemerintahan
negara kerana rakyat dapat memilih pemimpin mereka. Hal ini kerana undian dilakukan
oleh rakyat. Kesannya, pemimpin yang dipercayai majoriti rakyat dapat menjadi
pemimpin. Tegasnya, demokrasi penting bagi menyatakan pilihan rakyat.

Selain itu, keadilan dapat dicapai. Hal ini kerana demokrasi tidak melibatkan kuasa veto
mana-mana pihak. Kesannya, berkurangnya isu-isu yang boleh menjejaskan imej
pemerintahan negara. Tegasnya, semua pihak akan berpuas hati dengan keputusan yang
diputuskan.

Akhir sekali, monopoli tidak boleh dilakukan. Hal ini kerana pemimpin tidak mempunyai
kuasa terhadap pilihan rakyat. Kesannya, pemimpin yang mempunyai agenda
tersembunyi tidak wujud. Tegasnya, kuasa demokrasi mampu memuaskan hati semua
orang.
( /6 markah )

d. Berdasarkan pengetahuan anda. Mengapakah pilihan raya penting kepada negara?

Berdasarkan pengetahuan saya, pilihan raya penting kepada negara kerana pemimpin
berwibawa dapat dilahirkan. Hal ini kerana hanya pemimpin yang dipilih rakyat dapat
menjadi pemimpin. Kesannya, barisan pemimpin negara dapat wujud. Tegassnya, pilihan
raya penting untuk menentukan siapa yang berkuasa.

Selain itu, keamanan boleh dikekalkan. Hal ini kerana pilihan raya dijalankan secara telus.
Kesannya, huru-hara tidak wujud. Tegasnya, kejujuran amat penting dalam menjaga
keharmonian.

Akhir sekali, kemakmuran negara terjamin. Hal ini kerana pemimpin bertugas mentadbir dan
memajukan negara. Kesannya, negara menjadi lebih moden. Tegasnya , pilihan raya penting
bagi memastikan negara berkembang pesat.

( /6 markah)

3.5 Keunikan amalan Demokrasi Berparlimen di Negara Kita.


4. Keunikan amalan Demokrasi Berparlimen dapat dilihat dari aspek gabungan unsur
tradisional dan moden, mekanisme semak dan imbang, kuasa budi bicara raja serta
kerjasama politik.

a. Jelaskan gabungan unsur tradisional dan moden dalam pentadbiran? ( BT ms 56)


Unsur tradisional ialah pada kedudukan raja sebagai warisan sosiopolitik masyarakat
Melayu kerana berteraskan Kesultanan Melayu Melaka. Unsur moden ialah Demokrasi
Berparlimen berasaskan model Westminster England.
( /4 markah )

b. Huraikan tentang Kerjasama politik dalam pentadbiran di negara kita. ( BT ms 57)


Kerjasama politik menekankan soal perkongsian kuasa antara kaum berdasarkan prinsip
tolak ansur, perundingan dan pengorbanan bagi memastikan suara setiap kaum diwakili.
Permuafakatan pelbagai parti politik dalam satu gabungan membolehkan parti politik
membentuk kerajaan dan berkongsi kuasa dalam pemerintahan di negara kita
( /4 markah)
c. Berdasarkan pengetahuan Sejarah anda. Bahaskan kepentingan pengasingan kuasa
dalam sistem demokrasi.
Berdasarkan pengetahuan Sejarah saya,kepentingan pengasingan kuasa dalam sistem
demokrasi ialah kemajuan dapat diacapai. Hal ini kerana masing-masing ahli mengetahui
peranan masing-masing. Kesannya, kerja menjadi lancar. Tegasnya, kuasa hendaklah
diasingkan agar dipermudahkan urusan.

Selain itu, fokus semua pihak menjadi lebih jelas. Hal ini kerana sudah nyata tugas
masing-masing. Kesannya tiada tindihan kerja berlaku. Tegasnya, peranan masing-
masing lebih jelas.

Akhir sekali, pentadbiran negara dipenuhi. Hal ini kerana sudah terlantik semua pihak
yang bertanggungjawab. Kesannya, negara bertambah maju. Tegasnya, organisasi yang
teratur memenuhi keperluan negara.

( / 6 markah)

d. Bagi pendapat anda . mengapakah demokrasi penting dalam sistem pemerintahan ?


( / 6 markah
Bagi pendapat saya, demokrasi penting dalam sistem pemerintahan kerana keadilan
dapat dicapai. Hal ini kerana tiada kuasa veto terlibat. Kesannya, pemerintahan kukuh
wujud. Tegasnya, ketelusan amat penting dalam sesuatu perkara.

Selain itu, pemimpin berkualiti dapat dipilih. Hal ini kerana pemimpin terpercaya dipilih
oleh rakyat. Kesannya, pemerintahan berjalan lancar. Tegasnya, rakyat akan percaya
kepada pemerintah.

Akhir sekali, pemerintahan yang baik dapat wujud. Hal ini kerana pemerintahan sentiasa
berganti mengikut keadaan semasa. Kesannya, corak pemodenan boleh merubah
kepada banyak bentuk. Tegasnya, demokrasi dapat menghindar monopoli kuasa.

You might also like