You are on page 1of 2

SEJARAH KSSM TINGKATAN 5

BAB 2 : PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN


SOALAN LATIHAN PENGUKUHAN

1. Perlembagaan merupakan peraturan tertinggi dan panduan dalam sistem pemerintahan


negara.
a) Senaraikan dua ciri utama perlembagaan yang diperlukan bagi kestabilan serta
kemajuan negara. ( 2m )
i) Ciri Tradisional

ii) Ciri Moden

b) Nyatakan kuasa yang dimiliki oleh raja pada peringkat negeri. ( 2m )

i) Pengurusan berkaitan dengan Agama Islam

ii) Raja sebagai Ketua Negeri

c) Senaraikan tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya. ( 2m )


i) Menguruskan perjalanan Pilihan Raya

ii) Mendaftar pengundi – pengundi yang layak

e) Perlembagaan Persekutuan mempunyai keunikan tersendiri. Bincangkan. ( 4m )


Perlembagaan Persekutuan melambangkan Kerajaan Persekutuan yang kukuh,
Perlembagaan ini menjami kedudukan Raja – Raja Melayu, Selain daripada itu,
Perlembagaan Persekutuan juga Menjamin kedudukan keistemewaan Orang Melayu
dan kepentingan sah kaum lain dan Perlembagaan Persekutuan menjamin
kewarganegaraan yang sama kepada semua rakyat
SEJARAH KSSM TINGKATAN 5

2. Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas kepada Perlembagaan Persekutuan


Malaysia 1963 apabila terjadi penggabungan Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak,
Sabah dan Singapura.

a) Apakah tujuan pindaan perlembagaan 1963 dibuat ? ( 2m )

Pindaan perlembagaan yang dilakukan bertujuan menyesuaikan peruntukan negeri


baharu ke dalam perlembagaan tanpa mengubah kedudukan negeri yang sedia ada.
Terdapat tiga perkara utama yang berlaku dalam pindaan Perlembagaan 1963, iaitu
struktur Mahkamah Atasan, pembentukan Mahkamah Tinggi Borneo dan jawatan
Yang di-Pertua Negeri.

b) Bagaimanakah pindaan perlembagaan dilakukan ? ( 2m )


Pindaan tersebut dilakukan apa ada usul yang dibawa oleh ahli – ahli parlimen dan
usuk tersebut kemudiannya usul tersebut diluluskan

c) Pindaan perlembagaan 1965 dilakukan dengan memansuhkan semua perkara


berkaitan Singapura dari aspek…. ( 2m )
Perkara tersebut adalah hal berkaitan Imegresen, Kewangan, Hubungan Luard an
Pertahanan

d) Ciri tradisional dan moden menjadi asas perlembagaan persekutuan Malaysia dan
saling melengkapi antara satu sama lain. Bincangkan. ( 4m )
Ciri Tradisional dan Ciri moden menjadi asas perlembagaan apabila Perlembagaan
Persekutuan mengambil kira kedua – dua ciri tersebut dalam pengubalan
perlembagaan. Ciri – ciri Tradisional Raja sebagai ketua negara disesuaikan dengan
ciri – ciri moden dengan Sistem Demokrasi Berparlimen, Perlembagaan Persekutuan
juga menerima ciri – ciri tradisional masyarakat melayu iaitu Bahasa Melayu, Agama
Islam dan Kedudukan Orang Melayu sebagai sebahagian daripada asas
Perlembagaan Persekutuan

You might also like