You are on page 1of 1

Ruj.

Kami :
Tarikh : 16 November 2022

Kepada,
Ibubapa / Penjaga Murid Asrama Tingkatan 4 dan 5

Tuan/ Puan,

PEMBERITAHUAN MASA MENGHANTAR MURID PULANG KE ASRAMA KETIKA


PULANG BERMALAM DAN MASA LAWATAN IBUBAPA PADA SETIAP HUJUNG
MINGGU ( SABTU DAN AHAD )

Dengan segala hormatnya, perkara diatas dirujuk berdasarkan cabutan minit Mesyuarat
Warden Asrama Bil.2/2022 bertarikh 20 Oktober 2022 adalah berkaitan.

2. Untuk makluman semua ibubapa/penjaga murid asrama kami ingin menekankan


kepada semua ibubapa/penjaga berkenaan masa menghantar murid pulang ke asrama
ketika pulang bermalam dan masa lawatan ibubapa pada setiap hujung minggu.

3. Sukacita diulang maklumat berkenaan masa menghantar murid pulang ke asrama


ketika pulang bermalam dan masa lawatan ibubapa pada setiap hujung minggu adalah
seperti berikut :

Perkara Masa
Masa menghantar murid pulang ke asrama
Sebelum jam 6.00 petang
ketika pulang bermalam
Masa lawatan ibubapa pada setiap hujung Mula : 11.00 pagi
minggu ( Sabtu )* Tamat : 6.00 petang
Masa lawatan ibubapa pada setiap hujung Mula : 11.00 pagi
minggu ( Ahad ) Tamat : 6.00 petang
Ibubapa / Penjaga tidak dibenarkan
Cuti Umum
melawat
* Bergantung kepada aktiviti sekolah

4. Bagi memastikan kawalan keselamatan sekolah terjamin dan memberikan ruang


untuk murid mengurus diri bagi mengikuti aktiviti asrama, maka pihak sekolah akan mula
menguatkuasakan penutupan pintu pagar utama sekolah bermula jam 6.00 petang.
Ibubapa / Penjaga yang berada didalam kawasan sekolah selepas jam 6.00 petang
hendaklah meninggalkan kawasan sekolah dengan kadar segera, sebarang kenderaan
tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah selepas jam 6.00 petang dan had
kenderaan pelawat hanya dipintu pagar utama sekolah. Ibubapa / Penjaga hendaklah
mengurus masa dengan baik berkenaan perkara di atas.

You might also like