You are on page 1of 6

BAHAGIAN A

JAWAB SEMUA SOALAN


[40 MARKAH]

1. Sistem pentadbiran yang teratur memperlihatkan kebijaksanaan pemerintah Kesultanan


Melayu Melaka mentadbir kerajaan.
a. Namakan dua pembesar Melaka dalam pentadbiran pusat

(i)
(ii
)
[2 markah]
b. Jelaskan tugas pembesar dalam 4 (a).

[2 markah]

c. Apakah kepentingan negara memiliki kepimpinan yang bijak?

[3 markah]

d. Terangkan manfaat negara mempunyai sistem pentadbiran yang sistematik.

[3 markah]

2. Gambar di bawah berkaitan pemerintah negeri Sarawak sebelum Perang Dunia Kedua.

Charles Vyner Brooke

a. Jelaskan faktor peribadi Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan


British.

[2 markah]

1
b. Mengapakah penduduk tempatan menentang penyerahan Sarawak?

[4 markah]

c. Maklumat berikut tentang Tindakan pegawai British.

Pemimpin Perkara Cara


Sir Harold Malayan Union Desakan/Ugutan/Perdaya
MacMichael
Gerard T.MacBryan Penyerahan Tekanan/Desakan/Pujukan/Sogokan
Sarawak
Jelaskan iktibar daripada situasi tersebut?

[4 markah]

3. Rajah menunjukkan jenis-jenis kedaulatan yang diamalkan oleh sesebuah negara.

Kedaulatan
Kedaulatan Kedaulatan Kedaulatan
Undang-
Tradisional Moden Antarabangsa
Undang
a. Jelaskan maksud bagi
i. Kedaulatan tradisional

[2 markah]
ii. Kedaulatan moden

[2 markah]
b. Apakah kepentingan negara mempunyai kedaulatan undang-undang?

[2 markah]

2
c. Bagaimanakah Malaysia boleh mencapai kedaulatan antarabangsa?

[4 markah]
4. Gambar menunjukkan peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

a. Apakah faktor yang membawa peristiwa tersebut meletus?

[3 markah]

b. Jelaskan langkah yang diambil bagi menghalang rusuhan tersebut daripada merebak
ke kawasan lain?

[3 markah]

c. Pada pandangan anda,apakah tindakan yang boleh diambil bagi mengekalkan


keharmonian antara kaum dalam negara kita?

[4 markah]

3
BAHAGIAN B
JAWAB MANA-MANA TIGA SOALAN DARIPADA BAHAGIAN INI
(60 MARKAH)

5. Pada 5 Julai 1948,Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan Undang-undang


Darurat (Emergency Regulation Ordinance)
a. Bagaimanakah Undang-undang Darurat dikuatkuasakan di negara kita. [4 markah]
b. Jelaskan tindakan British membanteras kegiatan komunis di Tanah Melayu selepas
pengisytiharan Undang-undang Darurat. [8 markah]
c. Maklumat berikut berkaitan undang-undang yang pernah dilaksanakan di negara
kita.

1948 Ancaman Komunis Perintah Berkurung


2020 Ancaman Penularan Perintah Kawalan
Penyakit Covid Pergerakan

Bagaimanakah undang-undang tersebut memberikan kesan kepada masyarakat dan


negara?

6. Mulai 1 April 1951, Sistem Ahli diperkenalkan. Sistem Ahli merupakan peringkat separuh
kementerian dan Ahli Majlis yang dilantik bertanggungjawab ke atas jabatan-jabatan dan
kerajaan. (Mohd Isa Othman: Sejarah Malaysia 1800-1963)
a. Terangkan latar belakang penubuhan Sistem Ahli. [4 markah]
b. Jelaskan ciri-ciri Sistem Ahli. [8 markah]
c. Adakah pelaksanaan Sistem Ahli memberi kebaikan kepada masyarakat tempatan?
Berikan penjelasan anda. [8 markah]

7. Raja Berperlembagaan merupakan sebahagian daripada pentadbiran negara dan kedudukan


Yang di-Pertuan Agong termaktub dalam perkara 32 perlembagaan Persekutuan.
a. Apakah kebaikan sistem Raja Berperlembagaan?
b. Jelaskan bidang kuasa yang di-Pertuan Agong selaku ketua negara. [8 markah]
c.

Laporan Berita berkaitan Majlis Perasmian Dewan Rakyat


oleh Yang di-Pertuan Agong.

KUALA LUMPUR: Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa


Billah Shah menggesa ahli politik menghentikan segera
politik yang mengganggu kestabilan negara . Yang di-Pertuan
Agong berpendapat tiada keperluan untuk Ahli Parlimen
meneruskan tindakan tidak bertanggungjawab yang
mengganggu-gugat kestabilan kerajaan sedia ada.

Hentikan politiking,tidak perlu ganggu


kestabilan kerajaan-Al Suktan Abdullah
Oktober 25,2020
4
Tafsirkan ucapan Yang di-Pertuan Agong tersebut. [8
markah]

8. Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Negara (DPN) telah membawa
perubahan dari aspek ekonomi negara kita.

Gambar berikut menunjukkan kereta yang telah dikeluarkan oleh PROTON dan PERODUA.

a. Jelaskan kejayaan DEB dan DPN dari segi pertumbuhan industry kereta dan motosikal
buatan Malaysia. [4 markah]
b. Pelaksanaan DEB dan DPN berjaya mewujudkan pelbagai bentuk kawasan perindustrian
baharu.Jelaskan pernyataan ini. [8 markah]
c. Kerajaan Malaysia Berjaya mencapai pelbagai kejayaan yang membanggakan melalui
pelbagai dasar yang diperkenalkan.
Huraikan kejayaan-kejayaan negara yang menjadi kebanggaan sehingga hari ini.
[8 markah]

9. Selain pihak kerajaan,Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) turut terlibat dalam misi
kemanusiaan peringkat antarabangsa.
a. Jelaskan misi kemanusiaan yang dilaksanakan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan
(NGO) negara kita di:
i. Palestin [4
markah]
ii. Syria [4
markah]
b. Gambar menunjukkan bencana tsunami yang melanda Acheh dan Sri Lanka.

Tsunami di Acheh Tsunami di Sri Lanka

5
Nyatakan peranan NGO Malaysia dalam membantu mangsa bencana tersebut.
[4 markah]
c. Apakah peranan NGO terhadap pembangunan masyarakat negara kita? [8
markah]

You might also like