You are on page 1of 10

LATIHAN STRUKTUR BAB 3

34 Konsep negara bangsa merujuk kepada pembentukan negara bangsa moden di Eropah.

(a) Nyatakan tiga peristiwa sejarah di Eropah yang mencetuskan idea negara bangsa.
(i) Revolusi Inggeris 1688
(ii) Perang Kemerdekaan Amerika 1776
(iii) Revolusi Perancis 1789
[3 markah]

(b) Namakan dua tokoh yang terlibat dalam pembinaan negara dan bangsa di Eropah.
(i) Jerman – Otto Eduard von Bismarck
(ii) Itali – Count Camillo Benso di Cavour
[2 markah]

(c) Bagaimanakah negara Itali membentuk negara bangsanya?


(i) Menyatukan wilayah
(ii) Menghalau orang Austria
(iii) Mengamalkan realpolitik
[3 markah]

(d) Apakah konsep realpolitik yang diamalkan oleh Jerman dalam membentuk negara bangsa?
(i) Menggunakan pelbagai taktik seperti tipu helah, pemalsuan dokumen, provokasi, penipuan
dan ugutan untuk mencetuskan peperangan
(ii) Menggunakan isu membenci kuasa asing untuk memenangi dan membangkitkan semangat
rakyat Prussia di medan perang
[2 markah]

35 Ciri-ciri Kesultanan Melayu Melaka mempunyai banyak persamaan dengan ciri-ciri negara bangsa
moden pada hari ini.

(a) Nyatakan dua ciri negara bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka.
(i) Wilayah pengaruh
(ii) Kedaulatan
[2 markah]

(b) Apakah maksud negara dalam ciri negara bangsa moden?


Wilayah yang mempunyai penduduk, sempadan dan pemerintah yang berwibawa
[2 markah]

(c) Nyatakan empat perkara yang dapat melambangkan kebesaran sultan semasa Kesultanan Melayu
Melaka.
(i) Alat regalia
(ii) Nobat
(iii) Warna
(iv) Bahasa
[4 markah]

(d) Huraikan tentang kerajaan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.


Sultan merupakan pemerintah tertinggi yang dibantu oleh Bendahara, Penghulu Bendahari,
Temenggung dan Laksamana. Mereka menjadi tonggak institusi kerajaan yang memerintah dan
diberi portfolio mengikut bidang tugas masing-masing
[2 markah]

36

Kerajaan Ciri-ciri negara dan bangsa Perlembagaan

Rajah di atas menunjukkan ciri-ciri pembinaan negara dan bangsa di Malaysia.


(a) (i) X adalah Negara
(ii) Y adalah Bangsa
[2 markah]

(b) Apakah peranan kerajaan?


(i) Menggubal dan melaksanakan dasar negara
(ii) Menjadi pengaman dan penentu arah kehidupan masyarakat
[2 markah]

(c) Apakah maksud negara?


(i) Wilayah yang mempunyai penduduk, sempadan, dan pemerintah yang berwibawa
(ii) Institusi pemerintahan yang tersusun dan bertanggungjawab membuat dan melaksanakan
keputusan politik
(iii) Institusi yang menguatkuasakan undang-undang
[3 markah]

(d) Nyatakan tiga badan dalam sistem pemerintahan Malaysia.


(i) Badan Perundangan
(ii) Badan Pelaksana
(iii) Badan Kehakiman
[3 markah]

37 (a) Apakah karya yang mencatatkan segala peradaban dan peraturan ketatanegaraan Melayu?
Sejarah Melayu/Sulalatus Salatin
[2 markah]

(b) Siapakah yang memegang tampuk pemerintahan dan dianggap berdaulat dalam pemerintahan
Kesultanan Melayu tradisional?
Sultan/Raja
[2 markah]

(c) Nyatakan dua sumber undang-undang Kesultanan Melayu Melaka yang dipengaruhi oleh hukum
adat dan agama.
(i) Hukum Kanun Melaka
(ii) Undang-Undang Laut Melaka
[2 markah]

(d) Nyatakan empat jawatan pembesar utama yang menjadi tonggak sesebuah pemerintahan dalam
sistem Kesultanan Melayu tradisional.
(i) Bendahara
(ii) Penghulu Bendahari
(iii) Temenggung
(iv) Laksamana
[4 markah]

38

Negara Bangsa

Itali Jerman

(a) Konsep negara bangsa tercetus akibat daripada:


(i) Revolusi Inggeris 1688
(ii) Perang Kemerdekaan Amerika 1776
[2 markah]

(b) Huraikan idea-idea yang muncul di Eropah pada abad ke-18 dan abad ke-19.
(i) Hak rakyat
(ii) Kerajaan berperlembagaan
[2 markah]

(c) Tokoh-tokoh manakah yang berjaya menyatukan Itali dan Jerman?


(i) Itali – Count Camillo Benso di Cavou
(ii) Jerman – Otto Eduard von Bismarck
[2 markah]

(d) Selain Itali dan Jerman, berikan contoh-contoh negara bangsa lain yang terbentuk.
(i) Madinah
(ii) Tanah Melayu
[2 markah]

(e) Jelaskan makna amalan realpolitik.


Amalan yang mewajarkan apa sahaja cara seperti tipu helah, kekerasan bersenjata dan peperangan
untuk mencapai matlamat politik
[2 markah]
39

Pembinaan negara bangsa Malaysia

X Y Bangsa Kerajaan

Rajah di atas menunjukkan ciri-ciri pembinaan negara dan bangsa Malaysia.

(a) Lengkapkan rajah di atas.


(i) X – Negara
(ii) Y – Perlembagaan
[2 markah]

(b) Apakah yang dimaksudkan dengan bangsa?


(i) Sekumpulan manusia yang mendiami sesebuah wilayah
(ii) Mempunyai persamaan dari segi bahasa, adat resam dan kesenian
(iii) Mempunyai persamaan dalam pengalaman sejarah
[3 markah]

(c) Namakan tiga badan dalam pemerintahan negara kita.


(i) Badan Perundangan
(ii) Badan Pelaksana
(iii) Badan Kehakiman
[3 markah]

(d) Apakah tugas kerajaan dalam sesebuah negara?


(i) Merupakan institusi pemerintahan
(ii) Menggubal dan melaksanakan dasar sesebuah negara
[2 markah]

40

Negara

Ciri-ciri negara
Kerajaan Perlembagaan
dan bangsa

Bangsa

Sejarah perkembangan negara kita memperlihatkan bahawa proses pembinaan negara dan bangsa adalah
berasaskan empat ciri yang tergambar di atas.

(a) Apakah maksud negara?


Wilayah yang mempunyai penduduk, sempadan dan pemerintah yang berwibawa
[2 markah]
(b) Nyatakan dua peranan kerajaan.
(i) Menggubal dan melaksanakan dasar negara
(ii) Menjadi pengaman dan penentu arah kehidupan masyarakat sesebuah negara
[2 markah]

(c) Jelaskan kepentingan perlembagaan Malaysia.


(i) Dijadikan rujukan untuk mentadbir
(ii) Bertujuan memberi jaminan perlindungan
[4 markah]

(d) Pada pendapat anda, apakah kepentingan konsep bangsa kepada negara kita?
Melahirkan perasaan bersatu padu dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum demi membentuk
Malaysia yang kukuh
[2 markah]

41 (a) Siapakah yang memperkenalkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor?


Sultan Abu Bakar
[1 markah]

(b) Apakah syarat-syarat untuk menjadi raja menurut Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor?
(i) Seorang lelaki
(ii) Berbangsa Melayu
(iii) Beragama Islam; waris pemerintah Johor
[3 markah]

(c) Nyatakan ciri-ciri Majlis Negeri menurut Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor.
(i) Dipengaruhi oleh Menteri Besar
(ii) Berfungsi membantu Raja dan Jemaah Menteri
[2 markah]

(d) Mengapakah Sultan Zainal Abidin memperkenalkan perlembagaan bertulis pada tahun 1911?
Untuk menghalang perluasan kuasa British di Terengganu
[2 markah]

(e) Mengapakah dikatakan Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu menggambarkan


kebijaksanaan pemerintah Terengganu?
(i) Meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran
(ii) Mengekalkan kedaulatan negeri Terengganu
[2 markah]
42

Yang Dipertuan Besar

Undang

Lembaga

Buapak

Anak Buah

(a) Apakah adat yang dipakai dalam sistem pemerintahan di atas?


Adat Perpatih
[2 markah]

(b) Nyatakan empat daerah jajahan utama di Negeri Sembilan yang mengamalkan sistem
pemerintahan berasaskan Adat Perpatih.
(i) Sungai Ujong
(ii) Rembau
(iii) Johol
(iv) Jelebu
[4 markah]

(c) Siapakah yang terlibat dalam pemilihan pembesar-pembesar?


(i) Undang
(ii) Lembaga
(iii) Buapak
(iv) Anak Buah
[4 markah]

43

 Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor


 Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu

(a) Mengapakah kedua-dua undang-undang di atas digubal?


Mengelak campur tangan British
[2 markah]

(b) Tokoh yang menggubal:


(i) Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor
Sultan Abu Bakar
(ii) Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu
Sultan Zainal Abidin III
[2 markah]

(c) Huraikan tiga perkara yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor.
(i) Keturunan sultan sebagai pewaris takhta
(ii) Orang Melayu diiktiraf rakyat Johor
(iii) Agama Islam sebagai agama negeri
[3 markah]

(d) Terangkan perubahan-perubahan yang dibuat pada Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu.
(i) Pemerintah Terengganu mesti beragama Islam, berbangsa Melayu, lelaki dan waris sultan
Terengganu
(ii) Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah Menteri akan membantu sultan
[2 markah]

(e) Apakah kejayaan kedua-dua undang-undang tubuh kerajaan tersebut?


Memantapkan pentadbiran
[1 markah]

44 Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 merupakan asas pembinaan negara dan bangsa Malaysia.

(a) Namakan sumber yang memberi maklumat berkaitan dengan peradaban dan peraturan kerajaan
Melayu Melaka.
Sejarah Melayu/Sulalatus Salatin
[1 markah]

(b) Namakan tiga negeri Melayu yang melaksanakan sistem pemerintahan berdasarkan pemerintahan
Kesultanan Melayu Melaka.
(i) Johor
(ii) Perak
(iii) Pahang
[3 markah]

(c) Senaraikan ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka.


(i) Wilayah pengaruh
(ii) Kerajaan
(iii) Lambang-lambang
[3 markah]

(d) Apakah yang terkandung dalam Hukum Kanun Melaka?


(i) Bidang kuasa raja dan pembesar
(ii) Pantang larang anggota masyarakat
(iii) Hukuman terhadap kesalahan jenayah awam
[3 markah]

45
 Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor
 Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu

Senarai di atas adalah perlembagaan bertulis.

(a) Nyatakan inti pati penting dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor.
(i) Sultan sebagai pewaris takhta
(ii) Pengiktirafan orang Melayu sebagai rakyat Johor
[2 markah]

(b) Senaraikan syarat-syarat untuk menjadi raja menurut Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor.
(i) Berbangsa Melayu
(ii) Seorang lelaki
(iii) Beragama Islam
(iv) Waris pemerintah Johor
[4 markah]

(c) Mengapakah Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu diperkenalkan?


Untuk menghalang perluasan kuasa British
[2 markah]

(d) Apakah kesan pengenalan Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu terhadap negeri
Terengganu?
(i) Meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran
(ii) Mengekalkan kedaulatan negeri Terengganu
[2 markah]

46 Sistem Jemaah Menteri di Kelantan telah diamalkan sejak pemerintahan Sultan Muhammad I.

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan sistem Jemaah Menteri?


Beberapa orang pembesar dilantik untuk mengetuai badan-badan pentadbiran
[2 markah]

(b) Apakah tujuan pembentukan Sistem Jemaah Menteri?


Melicinkan pentadbiran dan pemerintahan
[2 markah]

(c) Nyatakan peranan menteri-menteri di bawah.


(i) Jemaah Penasihat Raja:
Menguruskan perkara dan urusan penting yang bukan rahsia

(ii) Jemaah Menteri Istiadat:


Menguruskan istiadat diraja
[4 markah]

(d) Apakah yang telah dilakukan oleh Sultan Muhammad II ke atas kerabat diraja yang terlibat dalam
pertikaian perebutan kuasa?
Menyingkirkan mereka dan digantikan dengan golongan pembesar yang bergelar Nik dan Wan
[2 markah]
47

Ittiqan-ilmuluk bi-ta’dil il-suluk

(a) Siapakah yang memperkenalkan perlembagaan di atas?


Sultan Zainal Abidin III
[1 markah]

(b) Apakah tujuan utama perlembagaan tersebut diperkenalkan?


Menghalang perluasan kuasa British di Terengganu
[2 markah]

(c) Senaraikan empat ciri yang mesti dimiliki oleh seseorang pemerintah mengikut perlembagaan
tersebut.
(i) Lelaki
(ii) Waris sultan yang memerintah Terengganu
(iii) Berbangsa Melayu
(iv) Beragama Islam
[4 markah]

(d) Nyatakan tiga kepentingan perlembagaan tersebut.


(i) Menjamin sistem pentadbiran yang berkesan
(ii) Mengekalkan kedaulatan negeri Terengganu
(iii) Menggambarkan kebijaksanaan pemerintahan untuk meningkatkan kecekapan sistem
pentadbiran
[3 markah]

48 Negeri Kelantan mengamalkan sistem Jemaah Menteri.

(a) Nyatakan tujuan utama pembentukan sistem tersebut.


Melicinkan pentadbiran dan pemerintahan
[2 markah]

(b) Apakah yang dimaksudkan dengan sistem Jemaah Menteri?


Beberapa orang pembesar dilantik untuk mengetuai badan-badan pentadbiran
[2 markah]

(c) Terangkan peranan menteri-menteri di bawah.


(i) Jemaah Menteri Perbendaharaan
Mengendalikan harta benda dan hasil mahsul
[2 markah]

(ii) Menteri Luar


Mengendalikan dasar dan hal ehwal luar negeri
[2 markah]

(d) Jelaskan bagaimanakah golongan pembesar yang bergelar Nik dan Wan mengukuhkan
kewibawaan Sultan Muhammad II?
Memberi taat setia yang tidak berbelah bagi kepada sultan.
[2 markah]

49 Amalan realpolitik yang diperkenalkan oleh Niccolo Machiavelli dalam bukunya The Prince amat
terkenal di Eropah pada abad ke-15.

(a) Berikan maksud realpolitik.


Amalan politik yang mewajarkan apa sahaja cara seperti tipu helah, kekerasan bersenjata, dan
peperangan untuk mencapai matlamat politik
[2 markah]

(b) Senaraikan tiga negara bangsa baru yang muncul di Eropah selepas Perang Dunia Pertama (1914-
1918).
(i) Finland
(ii) Latvia
(iii) Poland
[3 markah]

(c) Siapakah yang menyatukan Jerman dan Itali?


(i) Otto Eduard von Bismarck
(ii) Count Camillo Benso di Cavour
[2 markah]

(d) Nyatakan tiga taktik yang digunakan oleh tokoh yang telah menyatukan Jerman.
(i) Tipu helah
(ii) Pemalsuan dokumen
(iii) Ugutan
[3 markah]

You might also like