You are on page 1of 2

BAHAGIAN C

Jawab 2 soalan sahaja


[40 markah]

1. Maklumat berikut berkaitan dengan pengertian sejarah.

Penceritaan tentang tindakan manusia yang penting dan mengagumkan serta sebab
berlakunya sesuatu peristiwa”
HERODOTUS
Bapa Sejarah Dunia

(a) Jelaskan pengertian sejarah dari aspek bahasa. [4 markah]


(b) Terangkan sumber sejarah berikut:
i. Sumber primer
ii. Sumber sekunder [4 markah]
(c) Huraikan kaedah penyelidikan sejarah. [6 markah]
(d) Cadangkan idea yang bernas untuk memastikan remaja pada hari ini minat
terhadap mata pelajaran sejarah. [6 markah]

2. Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara sekitar tahun 1400 dan
menjadikan Melaka sebuah kerajaan yang unggul.

(a) Apakah faktor yang menyebabkan Parameswara memilih Sungai Bertam untuk
membentuk sebuah kerajaan? [6 markah]
(b) Terangkan peranan Pembesar Berempat dalam pentadbiran Kesultanan Melayu
Melaka. [4 markah]
(c) Jelaskan faktor pengakhiran Kesultanan Melayu Melaka yang berpusat di Melaka.
[4 markah]
(d) Apakah iktibar yang boleh diperolehi daripada tragedi rampasan kuasa Portugis
terhadap Melaka. [6
markah]
3. Nabi Muhammad S.A.W adalah tokoh yang membawa perubahan kepada Masyarakat
Arab Jahiliah dari sudut akhlak, akidah dan syariah daripada kesesatan sehingga
menemui sinar Islam.

(a) Jelaskan latar belakang Nabi Muhammad S.A.W [6 markah]


(b) Huraikan peringkat dakwah Nabi Muhammmad S.A.W. [4 markah]
(c) Terangkan adat dan kehidupan negatif yang diamalkan oleh masyarakat Jahiliah.
[4 markah]
(d) Apakah kesan sekiranya amalan jahiliah diamalkan di negara kita? [6 markah]

4. Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dibentuk oleh British untuk mengukuhkan kuasa.

(a) Jelaskan ciri-ciri Negeri-negeri Melayu Bersekutu. [6 markah]


(b) Terangkan faktor pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. [6 markah]
(c) Sebagai pemimpin sesebuah Negara, apakah langkah yang boleh anda lakukan
untuk menghalang campur tangan asing di Negara kita? [8 markah]

----------KERTAS SOALAN TAMAT---------

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

_______________________ _______________ _______________

(Parasakthy a/p Subramaniam) (Pn. Wan Sahibul) (Pn. Hapizah Saad)

You might also like