You are on page 1of 1

CONTOH SOALAN ESEI SEJARAH

1. Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah dibentuk pada 1 Februari 1948 bagi menggantikan
Malayan Union 1946.
(a) Terangkan faktor pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948. [6 markah]
(b) Terangkan langkah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948. [4 markah]
(c) Jelaskan kebaikan yang diperoleh orang Melayu melalui pembentukan Persekutuan Tanah
Melayu 1948. [5 markah]

2. Pakatan Murni merupakan usaha semua kaum di tanah Melayu untuk menghasilkan satu
kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan.
(a) Jelaskan langkah yang dilakukan bagi mencapai kerjasama antara kaum dalam pakatan
murni. [6 markah]
(b) Terangkan kepentingan pakatan murni dalam usaha mencapai kemerdekaan Tanah
Melayu. [4 markah]
(c) Bagaimanakah semangat pakatan murni diamalkan dalam kehidupan seharian anda?
[5 markah]

3. Idea pembentukan Malaysia telah dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman di Singapura.
(a) Jelaskan faktor pembentukan Malaysia pada tahun 1963. [6 markah]
(b) Mengapakah pada peringkat awal reaksi Sabah dan Sarawak ialah menolak cadangan
pembentukan Malaysia? [4 markah]
(c) Terangkan usaha pemimpin Negara kita bagi menangani reaksi 3(b). [5 markah]

4. Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) bertapak di Pulau Pinang pada tahun 1786.
(a) Jelaskan faktor pertapakan SHTI di Pulau Pinang. [6 markah]
(b) Jelaskan ancaman Siam terhadap Kedah yang membawa kepada campur tangan SHTI.
[5 markah]
(c) Pada pendapat anda, apakah pengajaran yang boleh diambil daripada peristiwa
pertapakan SHTI di Pulau Pinang? [4 markah]

5. Campur tangan British di Terengganu telah ditentang oleh penduduk setempat pimpinan Haji
Abdul Rahman Limbong.
(a) Terangkan sebab Haji Abdul Rahman Limbong menentang British. [6 markah]
(b) Haji Abdul Rahman Limbong merupakan pejuang bangsa. Jelaskan. [4 markah]
(c) Jelaskan nilai yang boleh dicontohi daripada tokoh tersebut. [5 markah]

6. Pada akhir kurun ke-19, British mula memberi perhatian terhadap Negeri-Negeri Melayu
Utara.
(a) Terangkan cara British menyekat peluasan kuasa Barat lain di Negeri-Negeri Melayu
Utara. [4 markah]
(b) Mengapakah British menyekat perluasan kuasa Barat lain di Negeri-Negeri Melayu
Utara? [5 markah]
(c) Jelaskan cara untuk melindungi Negara daripada ncaman kuasa asing. [6 markah]

7. Selepas Perjanjian Pangkor 1874., British mula campur tangan di Negeri-Negeri Melayu.
(a) Huraikan faktor campur tangan British di Negeri-Negeri Melayu. [9 markah]
(b) Jelaskan kesan campur tangan British di Negeri-Negeri Melayu. [6 markah]

You might also like