You are on page 1of 7

PERTAMA TUITION CENTRE

Sejarah Tahun 6
Minggu 1 April 2024

Nama : …………………………………… Tarikh : ……………….. Kelas : …………….

Kandungan Pelajaran Minggu 1 ( 1 April – 6 April 2024 )


10.1 Pembentukan Malaysia
10.1.1 Menyatakan idea pembentukan dan sebab-sebab Pembentukan Malaysia.
K10.1.5 Menyatakan kepentingan permuafakatan dalam Pembentukan Malaysia.

BAHAGIAN A ( OBJEKTIF )

1 Siapakah yang mencadangkan Pembentukan Malaysia ?


A Tun Abdul Razak
B Lee Kuan Yew
C Tunku Abdul Rahman
D Tun Temenggong Jugah Anak Barieng

2 Apakah negeri yang dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam
pembentukan Malaysia ?

A Sarawak, Sabah, Singapura dan Filipina


B Sarawak, Sabah, Singapuran dan Brunei
C Sarawak, Sabah, Singapura dan Indonesia
D Sarawak, Sabah, Singapura dan Vietnam

3 Apakah matlamat yang hendak dicapai melalui pembentukan Malaysia?


A Mempercepat kemerdekaan
B Mengekalkan kedaulatan
C Mengusir kuasa penjajah
D Memonopoli perdagangan

1
4

Tokoh ini telah memberikan cadangan awal pembentukan Malaysia pada tahun
1887 dengan menggabungkan Sarawak, Sabah, Negeri-negeri Melayu dan
Negeri-negeri Selat.

Siapakah tokoh tersebut?


A Lord Brassey
B Ibrahim Haji Yaakob
C Harun Aminurrashid
D Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

5 Pihak manakah yang terlibat dalam idea pembentukan Malaysia?


I Pemimpin tempatan
II Pihak British
III Rakyat
IV Rakyat asing
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

6 Apakah suruhanjaya yang dibentuk bagi mendapatkan reaksi penduduk di Sarawak


dan Sabah?

A Suruhanjaya Cobbold
B Suruhanjaya Kemajuan
C Jawatankuasa Antara Kerajaan
D Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia

2
7 Antara berikut, pihak manakah yang memberikan penerangan tentang pembentukan
Malaysia?
A Referendum Singapura
B Jawatankuasa Antara Kerajaan
C United Nations Malaysia Mission
D Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia

Ancaman komunis dapat dibendung melalui pembentukan Malaysia.


Persekutuan Tanah Melayu mempunyai pengalaman bagi menghadapi ancaman
komunis.

Berdasarkan pernyataan di atas, manakah sebab utama pembentukan Malaysia?

A Mencapai keseimbangan kaum

B Mempercepat kemerdekaan
C Menjamin keselamatan negara
D Membangunkan sosioekonomi

9 Mengapakah Singapura terlibat dalam Pembentukan Malaysia ?

A Membendung ancaman komunis

B Mempercepatkan kemerdekaan
C Mencapai keseimbangan kaum
D Mengelakkan ancaman British

3
10

Tokoh dalam gambar di atas telah mencadangkan Pembentukan Malaysia.


Siapakah tokoh tersebut ?

A Tun Abdul Razak Hussein

B Tun Dr. Ismail Abdul Rahman

C Tun Muhammad Ghazali Shafie

D Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

11 Antara berikut apakah sebab-sebab pembentukan Malaysia ?


I Menjamin keselamatan negara
II Mencapai perpecahan antara kaum
III Melambatkan kemerdekaan
IV Membangunkan Sosioekonomi

A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D I dan IV

4
12. Di manakah Perjanjian Malaysia ditandatangani ?

A Brunei

B Singapura

C London

D Kuala Lumpur

13. Siapakah yang terlibat dalam menyumbangkan idea awal pembentukan Malaysia ?

A Lord Brassey, Tunku Abdul Rahman dan Malcolm MacDonald

B Lord Brassey, Tunku Abdul Rahman dan Ibrahim Haji Yakub

C Lord Brassey, Tun Abdul Razak dan Malcolm MacDonald

D Harun Aminurrasid, Tunku Abdul Rahman dan Malcolm MacDonald

5
BAHAGIAN B

1. Lengkapkan ayat di bawah.


kaum 1961 Tunku Abdul Rahman

keselamatan politik Sarawak

a) Idea pembentukan Malaysia dinyatakan oleh _________________.

b) Idea pembentukan Malaysia mencadangkan gabungan ___________ , Sabah, Singapura dan Brunei.

c) Pembentukan Malaysia dibentuk bagi menjamin kedudukan ____________ yang lebih kukuh di rantau
Asia Tenggara.

d) Pembentukan Malaysia dapat menjamin ______________ negara, memajukan sosioekonomi, dan


mencapai keseimbangan ____________

2.Tandakan (√) pada pernyataan yang betul dan ( X ) pada pernyataan yang salah.

(a) Idea pembentukan Malaysia hanya melibatkan tokoh British sahaja. ( )

(b) Sarawak United People’s Party (SUPP) menolak penubuhan Malaysia kerana ( )
mahu membentuk persekutuan sendiri.

(c) Malaysia berjaya ditubuhkan pada 16 September 1963. ( )

(d) Lord Brassey mencadangkan penggabungan Sarawak, Sabah, Negeri-negeri Selat ( )


dalam usaha Pembentukan Malaysia.

(e) Filipina mendakwa Singapura merupakan sebahagian daripada wilayahnya. ( )

6
BAHAGIAN C

1 (a) Nyatakan dua negeri yang terlibat dalam Pembentukan Malaysia.

I. _______________________

II. _______________________

( 2 markah )

(b) Nyatakan kepentingan menghargai jasa dan kebijaksanaan pemimpin.

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

( 3 markah )

You might also like