You are on page 1of 7

BIL.

SOALAN
1. 10.1.1 Menyatakan idea pembentukan dan sebab-sebab Pembentukan Malaysia
C1: Mengingati
Aras: Sederhana

Maklumat berikut berkaitan dengan idea pembentukan Malaysia.

Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul


Rahman telah mencadangkan
pembentukan Malaysia.

Nyatakan di manakah cadangan tersebut


dikemukakan?
A. Manila
B. Jakarta
C. Singapura
D. Kuala Lumpur
2. 10.1.1 Menyatakan idea pembentukan dan sebab-sebab Pembentukan Malaysia
C2: Memahami
Aras: Rendah

Idea pembentukan Malaysia telah lama


dikemukakan oleh pemimpin tempatan
dan pihak British.

Berdasarkan pernyataan berikut, jelaskan idea awal pembentukan negara Malaysia


yang dicadangkan oleh pemimpin tempatan dan pihak British?
A. Cadangan penggabungan Sarawak, Sabah, Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri
Selat
B. Memajukan sektor ekonomi
C. Memusnahkan bangunan pentadbiran
D. Menggabungkan Malaysia dan Indonesia
3. 10.1.1 Menyatakan idea pembentukan dan sebab-sebab Pembentukan Malaysia
C3: Mengaplikasi
Aras: Tinggi

Berikut merupakan gambar tokoh tempatan, Ibrahim Haji Yaacob.

Tunjukkan apakah yang dicadangkan oleh beliau bagi membentuk Malaysia?


A. Perbincangan dengan pemimpin Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah, dan
Singapura
B. Konsep Melayu Raya
C. Sarawak, Sabah, Brunei dan Singapura menyertai Persekutuan Tanah Melayu
D. Penggabungan Sarawak, Sabah, Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat
4. C1: Mengingati
10.1.2 Menerangkan langkah-langkah ke arah Pembentukan Malaysia
Aras: Rendah

Gambar berikut menunjukkan peristiwa penting kepada negara kita pada 9 Julai 1963.

Namakan peristiwa tersebut.


A. Majlis Pemasyhuran Malaysia
B. Majlis Kemerdekaan
C. Majlis menandatangani Perjanjian Malaysia
D. Pengumuman cadangan pembentukan Malaysia
5. 10.1.2 Menerangkan langkah-langkah ke arah Pembentukan Malaysia
C1: Mengingati
Aras: Tinggi

Sarawak dan Sabah merupakan


negeri yang bersetuju dalam usaha
pembentukan Malaysia

Nyatakan sebab Sarawak dan Sabah


bersetuju menyertai Persekutuan Tanah Melayu dalam usaha pembentukan Malaysia?
A. Masalah ekonomi
B. Ancaman komunis
C. Hubungan diplomatik
D. Ketidakstabilan politik
6. 10.1.2 Menerangkan langkah-langkah ke arah Pembentukan Malaysia
C2: Memahami
Aras: Sederhana

Pada tahun 1962, Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan.


Berdasarkan pernyataan berikut, terangkan tujuan penubuhan Suruhanjaya Cobbold?
A. Menerangkan idea pembentukan Malaysia
B. Meyakinkan pemimpin Sabah dan Sarawak
C. Mendapatkan reaksi penduduk Sabah dan Sarawak
D. Mendapatkan kemerdekaan
7. 10.1.2 Menerangkan langkah-langkah ke arah Pembentukan Malaysia
C3: Mengaplikasi
Aras: Sederhana

Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) ditubuhkan pada 30 Ogos 1962.

Ramalkan sebab JAK dibentuk?


A. Meyakinkan pemimpin
B. Menerangkan gagasan
C. Mendapatkan persetujuan
D. Melindungi kepentingan negeri tersebut
8. 10.1.3 Menjelaskan tokoh-tokoh dan negeri-negeri yang terlibat dalam Pembentukan
Malaysia
C1: Mengingati
Aras: Sederhana

Maklumat berikut berkaitan dengan tokoh dalam Pembentukan Malaysia.

Kenal pasti siapa tokoh tersebut.

A. Tun Temenggung Jugah anak Barieng


B. Tun V.T. Sambanthan
C. Tan Sri Wong Pow Nee
D. Tun Abdul Razak Hussein
9. 10.1.3 Menjelaskan tokoh-tokoh dan negeri-negeri yang terlibat dalam Pembentukan
Malaysia
C2: Memahami
Aras: Sederhana

 Persekutuan Tanah Melayu


 X
 Sabah
 Sarawak

Rajah berikut merupakan negeri-negeri yang terlibat dalam pembentukan Malaysia.


Kemukakan negeri X.
A. Brunei
B. Johor Bahru
C. Indonesia
D. Thailand
10. 10.1.3 Menjelaskan tokoh-tokoh dan negeri-negeri yang terlibat dalam Pembentukan
Malaysia
C3: Mengaplikasi
Aras: Rendah
Gambar di bawah menunjukkan poster sambutan Hari Malaysia tahun 2023.

Hubung kait kepentingan sambutan Hari Malaysia kepada rakyat?


A. Mengukuhkan perpaduan kaum
B. Membelanjakan wang kerajaan
C. Menjamin keselamatan negara
D. Menarik perhatian negara luar
11. 10.1.3 Menjelaskan tokoh-tokoh dan negeri-negeri yang terlibat dalam Pembentukan
Malaysia
C3: Mengaplikasi
Aras: Tinggi

Berikut merupakan gambar sebahagian tokoh yang terlibat dalam pembentukan


Malaysia.

Temukan faktor kejayaan tokoh-tokoh berkenaaan sehingga terbentuknya Malaysia.


A. Masyarakat Malaysia berbilang kaum
B. Kesungguhan dan kerjasama semua pihak terlibat
C. Kebijaksanaan pemimpin tempatan
D. Sikap rakyat yang prihatin
12. 10.1.4 Menghuraikan cabaran ke arah Pembentukan Malaysia
C2: Memahami
Aras: Rendah

Sarawak United People’s Party (SUPP) telah menolak rancangan pembentukan


Malaysia.

Menurut kenyataan di atas, berikan sebab penolakan SUPP untuk membentuk


Malaysia.
A. Memelihara kedaulatan
B. Mengancam kedudukan
C. Membolot harta negara
D. Membentuk persekutuan sendiri
13. 10.1.4 Menghuraikan cabaran ke arah Pembentukan Malaysia
C2: Memahami
Aras: Sederhana

Indonesia merupakan antara negara


yang menentang pembentukan
negara Malaysia.

Perincikan cara Indonesia melancarkan penentangan terhadap pembentukan


Malaysia.
A. Mengadakan rundingan
B. Melancarkan konfrontasi
C. Membuat tuntutan secara terbuka
D. Menuntut negeri Sabah
14. 10.1.4 Menghuraikan cabaran ke arah Pembentukan Malaysia
C3: Mengaplikasi
Aras: Sederhana

Filipina antara negara yang membantah idea pembentukan Malaysia.

Tunjukkan mengapakah Filipina menentang pembentukan Malaysia?


A. Membentuk persekutuan sendiri bersama Sabah
B. Memperkenalkan konsep Filipina Raya
C. Mendakwa Sabah sebahagian daripada wilayahnya
D. Bimbang kedaulatan negara terjejas
15. 10.1.4 Menghuraikan cabaran ke arah Pembentukan Malaysia
C4: Menganalisis
Aras: Tinggi

Pembentukan Malaysia telah melalui pelbagai cabaran dari dalam dan luar negara.
Sebagai seorang warganegara, analisis iktibar daripada kejayaan pembentukan
Malaysia?
A. Kebijaksanaan pemimpin menyelesaikan masalah
B. Mewujudkan persengketaan antara kaum
C. Membenarkan negara luar berbuat sesuka hati
D. Mencipta jurang antara pemimpin dan rakyat

You might also like