You are on page 1of 11

BAHAGIAN A

[20 markah]

Tiap-tiap soalan atau pernyataan yang berikut diikuti oleh empat jawapan pilihan, iaitu A, B,
C, dan D. Hanya satu jawapan yang betul atau paling sesuai. Pilih jawapan tersebut.

1. Siapakah sejarawan yang mengemukakan definisi sejarah berikut?


“Sejarah membicarakan perkara tentang masyarakat manusia, peradaban dunia dan
perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu.”

A. E. H. Carr
B. Herodotus
C. Ibn Khaldun
D. Muhd Yusof Ibrahim

2. Pada pandangan anda, apakah kepentingan tafsiran dalam sejarah?


I. Menghasilkan kajian yang mempunyai bukti yang kukuh
II. Mendorong berfikiran terbuka
III. Membangunkan kemajuan dalam kajian sejarah
IV. Mewujudkan kepelbagaian pendapat

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

3. Pilih pernyataan yang benar tentang Zaman Air Batu.


I. Holosen merupakan Zaman Air Batu pertama yang berlaku kira-kira 23 juta tahun
dahulu
II. Zaman Holosen ialah zaman yang bermula sejak 10 000 tahun dahulu hingga kini
III. Mamalia telah wujud dan berkembang di bumi sejak Zaman Miosen
IV. Pada Zaman Pleistosen manusia telah mengetahui cara membuat api

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

4. Berdasarkan pengetahuan anda, suhu bumi kepada alam sekitar pada masa kini?
A. Jerebu
B. Kemarau
C. Pemanasan global
D. Pencemaran alam sekitar

1
5. Gambar berikut menunjukkan perubahan peralatan yang digunakan pada zaman Logam.

Pada pendapat anda, apakah nilai yang boleh dicontohi?


A. Kreatif
B. Bersyukur
C. Kegigihan
D. Kesabaran

6. Gambar berikut menunjukkan salah satu ciri dalam kehidupan masyarakat Zaman
Prasejarah.

Apakah zaman tersebut?


A. Zaman Paleolitik
B. Zaman Mesolitik
C. Zaman Neolitik
D. Zaman Logam

7. Tokoh X berpendapat bahawa tamadun ialah kehidupan keseluruhan masyarakat yang


telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur.

Siapakah tokoh X?
A. Ibn Khaldun
B. Arnold J. Tonybee
C. Muhd Yusof Ibrahim
D. Syed Muhammad Naquib Al-Attas

2
8. Perkembangan dalam bidang pertanian menyebabkan manusia membina penempatan
kekal.

Apakah kesan daripada penempatan kekal tersebut?


A. Kewujudan bandar
B. Penciptaan barangan
C. Wujudnya organisasi sosial
D. Berlakunya pengkhususan pekerjaan

9. Tamadun Mesopotamia terkenal dengan binaan zigurat.

Apakah fungsi utama zigurat?


A. Perpustakaan
B. Sistem pertahanan
C. Sistem pemerintahan
D. Tempat ibadat

10. Pada tahun 2012, negara kita telah berjaya melahirkan seorang angkasawan negara.
Pada pendapat anda, apakah kemajuan yang telah dicapai oleh negara kita?
A. Sains dan teknologi
B. Astronomi
C. Perubatan
D. Geometri

11. Apakah kawasan yang merangkumi Dunia Melayu sepertimana pendapat yang diberikan
oleh tokoh berikut?

Profesor Emeritus Dato’ Nik Hassan Shuhaimi

I. Australia
II. Tenasserim
III. Segenting Kra
IV. Kepulauan Pasifik

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

12. Apakah kerajaan awal di Alam Melayu yang mempunyai kaitan dengan istilah berikut?

Kalah-bar
3
A. Champa
B. Srivijaya
C. Kedah Tua
D. Gangga Negara

13. Maklumat berikut berkaitan dengan kegiatan pembuatan yang diusahakan oleh
masyarakat Majapahit.

Menghasilkan mi daripada beras

Apakah nilai yang boleh dicontohi daripada kegiatan tersebut?


A. Kasih sayang
B. Bertanggungjawab
C. Kesederhanaan
D. Kebijaksanaan

14. Yang manakah bahasa utama yang digunakan oleh masyarakat Champa?
I. Bahasa Sanskrit
II. Bahasa Melayu
III. Bahasa Khmer
IV. Bahasa Arab

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

15. Golongan berikut wujud dalam struktur sosial kerajaan Alam Melayu.
Pujangga

A. Golongan diraja
B. Golongan hamba
C. Golongan bangsawan
D. Golongan rakyat merdeka

16. Maklumat berikut berkaitan dengan kepercayaan awal yang diamalkan oleh masyarakat
Alam Melayu.

 Animisme
 Dinamisme
4
Apakah yang mempengaruhi kepercayaan tersebut?
A. Alam sekeliling
B. Amalan pemerintah
C. Aktiviti kekeluargaan
D. Lokasi tempat tinggal

17. Kerajaan Alam Melayu ini membolehkan kaum wanita berketurunan diraja untuk
memerintah.

Apakah kerajaan Alam Melayu yang dimaksudkan?


A. Kerajaan Gangga Negara
B. Kerajaan Majapahit
C. Kerajaan Srivijaya
D. Kerajaan Funan
18. Apakah peranan Temenggung terhadap Kesultanan Melayu Melaka?
I. Ketua urus setia istana
II. Pegawai protokol istana
III. Penguasa bandar Melaka
IV. Ketua turus angkatan perang

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

19. Maklumat berikut berkaitan dengan undang-undang yang diperkenalkan oleh Kesultanan
Melayu Melaka.

Hukum Kanun Melaka

Berapakah jumlah fasal yang kandungan dalam undang-undang tersebut?

A. 25 fasal
B. 44 fasal
C. 47 fasal
D. 59 fasal

20. Pada tahun 1526, pusat pemerintahan Sultan Mahmud Shah telah dimusnahkan oleh
pasukan tentera Portugis.

Di manakah pusat pemerintahan tersebut?


A. Riau
B. Kampar
C. Inderagiri
D. Bentan

5
6
BAHAGIAN B
[40 markah]

Jawab semua soalan.

21. Sumber sejarah terbahagi kepada dua iaitu sumber primer dan sumber sekunder.
a) Jelaskan maksud:
i.Sumber sekunder

[3 markah]

ii.Sumber primer

[3 markah]

b) Gambar berikut berkaitan kajian terhadap sumber sejarah.

Apakah kepentingan penemuan tersebut? Beri penjelasan anda.

7
[4 markah]

22. Pada umumnya, tamadun ditakrifkan sebagai suatu pencapaian tertinggi oleh sesuatu
masyarakat.

a) Jelaskan maksud tamadun daripada aspek bahasa.

[2 markah]

b) Berikut adalah ciri tamadun.

Pertanian dan perdagangan

Apakah faktor yang membawa kepada perkembangan pertanian masyarakat tamadun


awal?

[4 markah]

c) Mengapakah perkembangan kegiatan pertanian menyebabkan berlakunya kegiatan


perdagangan?
Berikan pendapat anda.

[4 markah]

23. Alam Melayu juga dikenali dengan pelbagai istilah.


a) Jelaskan istilah-istilah tersebut.

8
[2 markah]

b) Bagaimanakah konsep Alam Melayu dari aspek bahasa seperti mana pendapat
Profesor Dr. Asmah Haji Omar?

[4 markah]

c) Mengapakah perkembangan budaya di Alam Melayu dikatakan kesan daripada


kemunculan beberapa kepandaian tertentu dalam bidang kesenian dan nilai-nilai
serumpun.

[4 markah]

24. Corak sistem pemerintahan di negara kita banyak mempengaruhi pembentukan susun
lapis masyarakatnya.
a) Jelaskan peranan golongan:
i. Pembesar

9
[3 markah]

ii. Penghulu

[3 markah]

b) Kebijaksanaan pemerintah membawa kepada perkembangan dan kemajuan


sesebuah kerajaan. Apakah kesan daripada tindakan tersebut?

[4 markah]

BAHAGIAN C
[40 Markah]

Jawab semua soalan.

10
25. Berdasarkan gambar baray di atas, jawab soalan yang berikut.
a) Apakah kegunaan baray? [4 markah]
b) Apakah peranan raja untuk memajukan kegiatan pertanian? [8 markah]
c) Sebagai seorang pemimpin, bagaimanakah anda dapat [8 markah]
memajukan negara?

26. Kedaulatan Melayu Melaka telah meneruskan tradisi kegemilangan


kerajaan yang unggul di Alam Melayu.
a) Jelaskan aspek-aspek keunggulan tersebut. [4 markah]
b) Terangkan cara-cara pembentukan empayar Kesultanan [8 markah]
Melayu Melaka.
c) Andaikan anda seorang pemimpin semasa kegemilangan [8 markah]
Kesultanan Melaka. Beri cadangan anda untuk mengekalkan
kedaulatan kerajaan.

11

You might also like