You are on page 1of 15

BAHAGIAN OBJEKTIF [ 20 minit]

Bulatkan jawapan yang betul.

1 A B C D

2 A B C D

3 A B C D

4 A B C D

5 A B C D

6 A B C D

7 A B C D

8 A B C D

9 A B C D

10 A B C D

11 A B C D

12 A B C D

13 A B C D

14 A B C D

15 A B C D

16 A B C D

17 A B C D

18 A B C D

19 A B C D

20 A B C D

1
SOALAN OBJEKTIF.

Jawab semua 20 soalan. Bulatkan jawapan anda pada bahagian jawapan di muka surat 1.

1. Siapakah tokoh di bawah?

A. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman
B. Abdul Hadi Haji Hassan
C. Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Pendeta (Dr.) Ismail Hussein
D. Profesor Dr. Ding Choo Ming

2. Mengapakah peranan Patih Gajah Mada dianggap penting kepada kerajaan Majapahit?
A. Meluaskan empayar
B. Mengasaskan kerajaan
C. Menyebarkan pegangan agama
D. Menguasai laluan perdagangan

3. Rajah di bawah berkaitan dengan sistem pemerintahan kerajaan awal di Alam Melayu.

KERAJAAN X  Menggunakan gelaran Dewaraja

Apakah Kerajaan X?
A. Kerajaan Funan
B. Kerajaan Angkor
C. Kerajaan Champa
D. Kerajaan Srivijaya

4. Apakah tanaman remah yang diusahakan oleh masyarakat tempatan di Pulau Jawa?
A. Bunga cengkih
B. Kayu manis
C. Lada hitam
D. Buah pala

5. Artifak berikut telah dihasilkan oleh masyarakat Srivijaya.


2
Batu Bersurat Talang Tuwo

Bilakah artifak berikut dihasilkan?


A. Abad kedua
B. Abad ketiga
C. Abad kelima
D. Abad ketujuh

6. Pernyataan di bawah adalah berkaitan dengan sebuah Kerajaan Alam Melayu.

 Anutan utama ialah agama Hindu


 Kerajaan gemilang semasa pemerintahan Suryavarman II
 Candi Hindu termasyhur ialah Angkor Wat

Kerajaan tersebut ialah _______________.


A. Kerajaan Majapahit
B. Kerajaan Angkor
C. Kerajaan Gangga Nagara
D. Kerajaan Srivijaya

7. Pembinaan pelabuhan adalah amat penting untuk kegiatan ekonomi Kerajaan Alam
Melayu. Berikut adalah tiga bentuk pelabuhan Kerajaan Alam Melayu, KECUALI…
A. Pelabuhan entrepot
B. Pelabuhan pembekal
C. Pelabuhan mega
D. Pelabuhan kerajaan

8. Apakah tulisan awal yang telah digunakan untuk menghasilkan hikayat berikut?

HIKAYAT AMIR HAMZAH

A. Parsi
B. Jawi
C. Kawi
D. Khmer

9. Gambar berikut berkaitan dengan alat kebesaran diraja.


3
Bilakah alat kebesaran tersebut digunakan?
I Kelahiran putera raja
II Perkahwinan diraja
III Kemangkatan diraja
IV Perbincangan diraja

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

10. Rajah berikut berkaitan dengan tindakan yang dilakukan oleh pemerintah Melaka.

SULTAN X  Menghantar ahli agama untuk mengajar di negeri Y

Apakah X dan Y?

X Y
A Sultan Mahmud Shah Siak
B Sultan Muzaffar Shah Pasai
C Sultan Alauddin Riayat Shah Kampar
D Sultan Iskandar Shah Pahang

11. Kesultanan Melayu Melaka menjalinkan hubungan dengan kerajaan Siam. Jalinan
tersebut berlaku dalam bentuk hubungan ______________.
I diplomatik
II keagamaan
III penaklukan
IV perdagangan

A. I dan II
B. I dan IV
4
C. II dan III
D. III dan IV

12. Tokoh berikut telah dilantik sebagai sebagai Sultan Selangor.

Raja Lumu

Pelantikan tersebut mendapat pengiktirafan daripada ____________


A. Sultan Perak
B. Sultan Pahang
C. Sultan Kelantan
D. Sultan Johor

13. Siapakah pengasas kesultanan Johor-Riau?


A. Raja Haji
B. Raja Muzaffar
C. Raja Sulaiman
D. Raja Ali

14. Rajah berikut berkaitan dengan kedatangan pedagang luar ke pelabuhan Johor.

Datang ke Johor kerana tidak mahu berdagang


Pedagang X
dengan Portugis di Melaka

X ialah pedagang ____________.

A. Siam
B. Pasai
C. Jawa
D. Acheh

15. Sulalatus Salatin adalah hasil karya yang terkenal dalam kalangan masyarakat Alam
Melayu. Hasil karya tersebut telah disusun oleh _________________.
A. Tun Hisap Misai
B. Raja Ahmad
C. Tun Seri Lanang
D. Bukhari al-Jauhari

16. Pernyataan berikut berkaitan dengan adat istiadat di Negeri-Negeri Melayu.

Adat melenggang perut


5
Mengapakah adat tersebut dilakukan?

I Mengenali jantina bayi


II Membetulkan kedudukan bayi
III Memudahkan kelahiran bayi
IV Mendengarkan azan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

17. Perlis adalah sebahagian daripada wilayah __________________.


A. Perak
B. Terengganu
C. Pulau Pinang
D. Kedah

18. Kesultanan Kedah diiktiraf sebagai kesultanan yang berdaulat. Pengiktirafan tersebut
dilakukan oleh ________________.
A. Kesultanan Melaka
B. Kesultanan Pahang
C. Kesultanan Kelantan
D. Kesultanan Johor Riau

19. Rajah berikut berkaitan dengan pemerintahan Negeri Sembilan.

X Kumpulan ketiga terbesar dalam susunan masyarakat

Apakah X?

A. Buapak
B. Perut
C. Suku
D. Luak

20. Apakah etnik yang menarikan tarian berikut di Sarawak?

6
I Iban
II Bidayuh
III Kadazan
IV Orang Ulu

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

******************************************************************************

(SOALAN STRUKTUR)

BAHAGIAN B [45 minit]

1. a) Suaikan Kerajaan Alam Melayu di bawah dengan nama pengasas yang betul.

Kerajaan Alam Pengasas


Melayu
Funan Raden Vijaya

Champa Jayavarman II

Angkor Dapunta Hyang Sri Jayanasa

Majapahit Kaundinya

Srivijaya Chu-Lien

[5 markah]

b) Kenalpasti aktiviti ekonomi masyarakat Kerajaan Alam Melayu berdasarkan gambar di


bawah. Tulis jawapan anda dalam ruang yang disediakan.
7
a)

b)

c)

[3 markah]

c) Agama memainkan peranan penting dalam membina corak kehidupan dan memperkaya
kebudayaan tempatan masyarakat Kerajaan Alam Melayu.

Berdasarkan pernyataan di atas, berikan TIGA binaan yang menjadi institusi agama serta
berperanan sebagai pusat ibadat, tempat pemujaan roh nenek moyang dan pusat
perhimpunan pendeta.

i) ____________________________________________________________________
ii) ____________________________________________________________________
[2 markah]

2. a) Parameswara telah mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka sekitar tahun 1400.


Parameswara memilih lokasi yang sesuai untuk mengasaskan kerajaan.
8
Berdasarkan pernyataan di atas, nyatakan DUA faktor Parameswara memilih muara Sungai
Bertam untuk membentuk kerajaan?
i) _________________________________________________________________
ii) _________________________________________________________________
[2 markah]

b) Namakan undang-undang tersohor Kesultanan Melayu Melaka dalam jadual di bawah.

PENERANGAN UNDANG-UNDANG
i)  Mengandungi 44 fasal berkaitan hak keistimewaan,
tanggungjawab raja dan pembesar.
 Hukum Islam juga terdapat dalam undang-undang ini
yang berkaitan dengan jenayah, urusan jual beli dan
kekeluargaan
ii)  Diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan
 Berkaitan sistem pemerintahan, perwarisan takhta,
perkahwinan, perwarisan harta dan perundangan
iii  Mengandungi 25 fasal (peraturan di laut, tertib berniaga
)
dan tatacara berjual beli
 Berkaitan tanggungjawab nakhoda, anak kapal, kiwi dan
syahbandar
[3 markah]

c) Isi tempat kosong dengan pilihan jawapan yang diberikan.

9
Alfonso de rasuah askar upahan ketidakstabilan bergajah
Albuquerque

Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka berakhir dengan kedatangan Portugis pada

tahun 1511. Faktor kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka yang pertama ialah kelemahan

kepimpinan. Kelemahan Sultan Mahmud Shah dan pembesarnya menyebabkan berlakunya

____________ politik. Terdapat juga amalan pilih kasih, ___________, dan penyelewengan

dalam pentadbiran di Melaka.

Faktor kedua ialah masalah perpaduan kerana golongan rakyat tidak bersatu. Selain itu,

berlaku persaingan kuasa antara pembesar Melaka serta ____________ dari luar yang tidak

taat setia kepada Melaka.

Faktor ketiga ialah serangan Portugis. Serangan Portugis yang pertama diketuai oleh

____________. Melaka berusaha mempertahankan Melaka daripada serangan Portugis

dengan beberapa cara termasuklah menggunakan lancaran dan perahu berapi, tembakan

meriam bertalu-talu dan menggunakan tentera ____________ bagi menghadapi serangan

Portugis. Akhirnya, Portugis berjaya menguasai Melaka pada 24 Ogos 1511.

[5 markah]

10
3. Isikan tempat kosong di bawah dengan pilihan jawapan yang diberikan.

menguasai menggugat perdagangan merampas semula

a. Acheh menyerang
Johor Berlaku kerana kemajuan Johor __________ Acheh

PERANG Berlaku kerana Portugis mahu _______ perdagangan


b. Acheh menyerang
TIGA
Portugis Acheh
SEGI

c. Johor menyerang Berlaku kerana Johor mahu ___________ Melaka


Portugis daripada Portugis

[ 3 markah]

b) Gariskan pilihan jawapan yang BETUL tentang pengasasan Kesultanan Johor Riau.

i) Kota Kara di (Pekan Tua / Pekan Muda) telah dipilih sebagai pusat pemerintahan
Sultan Alauddin Riayat Shah I

ii) (Hutan rimba / Bukit bakau) di persekitaran menjadi benteng pertahanan daripada
ancaman luar di Kota Kara.

iii) Setelah Kota Kara musnah diserang Portugis, Sultan Alauddin Riayat Shah I berundur
dan membuka pusat pemerintahan yang baru di ( Kota Batu / Kota Sayong)

[3 markah]

c) Orang Laut memberikan taat setia kepada raja dan memainkan peranan yang penting dalam
pengurusan pelabuhan Kesultanan Johor Riau.

Berikan DUA peranan Orang Laut terhadap Kesultanan Johor Riau.

i) _____________________________________________________________________
ii) _____________________________________________________________________
[2 markah]

d) Namakan SATU hasil karya persuratan tokoh-tokoh tersebut.

i) Raja Ahmad : _________________________________________


ii) Raja Ali Haji : ________________________________________
[2 markah]

11
3.
Adat Perpatih merupakan amalan tradisi dan adat resam yang diamalkan di
daerah Rembau, Sungai Ujong dan Johol di Negeri Sembilan serta Naning.

a) Tandakan (√ ) pada pernyataan yang BETUL dan tandakan ( X ) pada pernyataan yang SALAH
berkenaan Adat Perpatih.

BI PERNYATAAN JAWAPAN
L
i Mengutamakan jurai keturunan sebelah ibu
ii Menggalakkan perkahwinan sesama suku
iii Golongan wanita tidak berhak mewarisi harta pusaka
iv Pelaksanaan hukuman bertujuan pemulihan
[4 markah]

b) Nyatakan DUA warisan kerajaan Kedah, Kelantan dan Perlis yang masih diamalkan di Malaysia.

i) __________________________________________________________________________
ii) _________________________________________________________________________
[2 markah]

c) Gambar di bawah menunjukkan sekeping wang emas.

i) Namakan haiwan yang menjadi simbol pada mata wang di atas.


________________________________________________________________________
[1 markah]

ii) Apakah kerajaan yang dikaitkan dengan penggunaan mata wang di atas?
________________________________________________________________________
[1 markah]

iii) Namakan pemimpin yang menggunakan mata wang di atas semasa zaman
pemerintahannya.
________________________________________________________________________
[1 markah]

iv) Kenapakah haiwan di atas dipilih sebagai simbol pemerintahan baginda?


_______________________________________________________________________

12
[1 markah]
4. a) Labelkan SABAH dan SARAWAK dalam peta di bawah.

[2 markah]

b) Jadual di bawah menunjukkan kaum-kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak.


Tuliskan negeri bagi kaum-kaum bumiputera di bawah.

KAUM NEGERI
i Suluk
ii Orang Sungai
iii Bidayuh
iv Melanau
v Bajau/Sama
vi Murut
[6 markah]

c) Berikan SATU jenis tarian penduduk Sabah dan Sarawak.


i) SABAH : ________________________________________________________
ii) SARAWAK : ____________________________________________________
[2 markah]

BAHAGIAN C [10 minit]

13
a) Rajah di bawah menunjukkan perbualan antara dua orang rakan.

Adam, kita mesti menghargai dan


Saya tidak mahu menjaga menjaga warisan negeri Melayu
menghargai dan menjaga supaya kekal terpelihara dari generasi
warisan negeri Melayu. ke generasi.

Adam Lukman

i) Siapakah yang menunjukkan sikap mencintai dan menghargai warisan negeri


Melayu?
___________________________________________________________________
[1 markah]

ii) Jelaskan TIGA akibat yang akan berlaku sekiranya semua rakyat Malaysia bersikap
seperti Adam?
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
[3 markah]

iii) Cadangkan DUA pihak yang boleh membantu rakyat Malaysia seperti Adam supaya
lebih menghargai dan menjaga warisan negeri Melayu.
a) _________________________________________________________________
14
b) _________________________________________________________________
[2 markah]

b) Gambar-gambar di bawah menunjukkan warisan kesenian Kerajaan Kedah, Kelantan dan


Perlis.

Seni persembahan wayang kulit Seni pembuatan wau

Seni bina rumah tradisional Melayu Seni silat

i) Pada pendapat anda, apakah kepentingan warisan kesenian kerajaan tersebut kepada
generasi masa kini?
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
[2 markah]

b) Nyatakan DUA cara untuk menanam sifat cintakan warisan Negeri Melayu yang
ditinggalkan kepada kita.

i) ________________________________________________________________
ii) ________________________________________________________________
[2 markah]

15

You might also like