You are on page 1of 12

PENTAKSIRAN SETARA STANDARD 2021

SEJARAH TAHUN 5 (SET 1)

NAMA: _____________________________ KELAS: _____________

SOALAN OBJEKTIF

(40 SOALAN)

Pilih satu jawapan yang betul.

1. Jelaskan maksud Raja ?

A Satu sistem pemerintahan yang memartabatkan Raja atau Sultan

sebagai ketua negeri

B Negeri yang diketuai oleh Raja

C Sesuatu yang diwaris

D Kekuasaan raja terhadap kerajaan

2. Nyatakan peranan Raja atau Sultan.

A Mengetuai istana

B Payung kepada rakyat

C Berkuasa ke atas keluarga

D Penolong peperangan

1
3. Konsep derhaka bermaksud ?

A Kekuasaan raja terhadap kerajaan

B Kekuasaan raja terhadap kawasan pemerintahannya

C Keingkaran rakyat terhadap perintah raja

D Mentadbir dengan adil dan saksama

Soalan 4, 5 dan 6 berdasarkan petikan berikut

Maka sembah Demang Daun, ‘Janji yang mana itu, Tuanku ?’ Maka titah Sang

Sapurba, Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hampa jangan durhaka

pada anak cucu kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun.’

(Sumber: Buku Teks Sejarah Tahun 5, halaman 5)

4. Nyatakan maksud Waadat.

A Ketua Negeri

B Adil

C Perintah

D Perjanjian

5. Pilih peranan Rakyat dengan tepat berdasarkan Waadat Demang Lebar Daun

dengan Sang Sapurba.

A Menjadi hamba

B Memberikan taat setia kepada raja

C Menjadi pembantu raja

D Menjadi pemerintah negara

2
6. Pilih peranan Raja dengan tepat berdasarkan Waadat Demang Lebar Daun

dengan Sang Sapurba.

A Menjadi hamba

B Memberikan taat setia

C Mentadbir dengan adil dan Saksama

D Menjadi pembela agama

7. Perkembangan agama Islam di negara kita telah bermula sejak:

A Zaman Kesultanan Melayu Melaka

B Zaman Kerajaan Melayu Awal

C Zaman Kedatangan Portugis

D Zaman Kedatangan Pedagang Arab

8. Apakah agama utama Persekutuan Malaysia ?

A Agama Buddha

B Agama Hindu

C Agama Islam

D Agama Kristian

9. Pilih penyataan yang menunjukkan tanggungjawab individu terhadap sekolah.

I Menghulurkan bantuan

II Menjaga kebersihan sekolah

III Mengindahkan persekitaran

IV Menghormati warga sekolah

3
A I dan II

B I dan III

C III dan IV

D II dan IV

10. Nyatakan aspek-aspek seni bina Islam.

A Seni Lukis, Seni Pertukangan, Seni Pembinaan

B Seni Anyaman, Seni Tampalan, Seni Corakan

C Seni Khat, Seni Bina, Seni Muzik

D Seni Geometri, Seni Flora, Seni Khat

11. Apakah 1 Kandungan Hukum Kanun Melaka ?

A Seni Lukisan

B Teknik peperangan

C Sistem perniagaan di Melaka

D Hukuman terhadap kesalahan jenayah

12. Berikan 1 kesan Penggubalan Hukum Kanun Melaka.

A Mengekalkan keharmonian masyarakat

B Mencantikkan suasana di Melaka

C Menjadikan Melaka sebuah negara yang gagah

D Menjadikan rakyat Melaka bertambah kaya

4
13. Berapakah bilangan bahasa yang dipertuturkan dalam kalangan masyarakat di

Kepulauan Melayu ?

A 50 bahasa

B 100 bahasa

C 150 bahasa

D 200 bahasa

14. Berikut merupakan peranan Bahasa Melayu.

‘ Digunakan sebagai ____________________ dalam

urusan jual beli sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. ‘

A Bahasa Perdagangan

B Bahasa Perundangan

C Bahasa Persuratan

D Bahasa Perhubungan

15. Apakah matlamat penubuhan Pusat Pengembangan Bahasa Melayu di China ?

A Memberikan sumbangan besar kepada persefahaman yang wujud antara

rakyat China – Malaysia

B Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa

C Melonjakkan nilai ekonomi bahasa itu

D Mendedahkan Bahasa Melayu kepada masyarakat tempatan

5
16. Bahasa Melayu digunakan sebagai Bahasa Persuratan dalam penghasilan

karya-karya seperti ____________ .

A Sulalatus Salatin

B Cik Siti Wan Kembang

C Tuhfat al-Nafis

D Merong Mahawangsa

17. Bilakah tarikh penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ?

A Tahun 1970

B Tahun 1967

C Tahun 1960

D Tahun 1956

18. Jelaskan langkah-langkah yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk

memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

A Memberikan galakan kepada warga negara asing dan kaum yang lain

bertutur dalam Bahasa Melayu

B Melancarkan Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa

C Meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan

D Menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia

6
19. Nyatakan sebab yang paling tepat mengapa kuasa-kuasa besar mahu

menguasai negara kita.

A Ingin menguasai negara kita selepas berjaya menewaskan British

B Ingin menguasai Sarawak

C Ingin memulakan penjajahan ke atas Pulau Pinang

D Kedudukan yang strategik serta kekayaan hasil bumi

20. Nyatakan nama-nama Negeri-Negeri Selat.

A Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu

B Pulau Pinang, Melaka, Singapura

C Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang

D Sabah, Sarawak

21. Nyatakan jawatan tertinggi dalam pentadbiran Negeri-Negeri Selat.

A Residen

B Penasihat

C Gabenor

D Menteri

22. Apakah kesan campur tangan British ke atas rakyat Tanah Melayu dari segi

Sosioekonomi ?

A Menguasai pentadbiran negeri

B Menjejaskan kuasa sultan dan pembesar

C Bersikap biadap

D Rakyat dibebani dengan cukai baharu

7
23. Mengapakah kita perlu menghargai perjuangan Pemimpin Tokoh Tempatan ?

A Permuafakatan politik

B Menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan

C Memimpin rakyat berjuang dengan gigih untuk mempertahankan

kedaulatan tanah air

D Mengukuhkan hubungan antara kaum

24. Berikut merupakan maklumat yang tepat tentang Faktor Kebangkitan Dato’

Maharaja Lela.

‘ J.W.W. Birch mengharamkan ______________________

yang menjadi adat resam orang Melayu. ‘

A mengutip cukai

B cukai baharu

C penyerahan kuasa

D amalan perhambaan

25. Jelaskan faktor penentangan Rentap di Sarawak.

A Mengambil hak membina rumah

B Penangkapan anak buah

C Pelaksanaan cukai tanah

D Penghapusan kawasan petempatan

8
26. Nyatakan slogan yang digunakan oleh Rentap.

A Agi Idup, Agi Ngelaban

B Bersatu Teguh Bercerai Roboh

C Sepakat Membawa Berkat

D Sedikit-Sedikit Lama-Lama Jadi Bukit

27. Namakan parti-parti yang terlibat dalam Pilihanraya Majlis Perundangan

Persekutuan 1955.

A UMNO, MIC, MCA, MIP

B PAS, BERSATU, KEADILAN

C Barisan Nasional

D Parti Perikatan

28. Apakah sumbangan Tokoh Tun Abdul Razak bin Hussein ?

A Menteri Kewangan Persekutuan Tanah Melayu yang pertama

B Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan

C Presiden Parti MIC

D Menentang penubuhan Malayan Union

29. Apakah tujuan Rundingan Mendapatkan Kemerdekaan diadakan ?

A Berunding dengan pihak British bagi mengukuhkan perhubungan

B Berunding dengan pihak British bagi mendapatkan sebidang tanah

C Berunding dengan pihak British bagi mendapatkan kemerdekaan

D Berunding dengan pihak British bagi menstabilkan ekonomi negara

9
30. Apakah faktor kejayaan tentera Jepun ?

A Kelengkapan bahan mentah

B Berusaha meningkatkan kebolehan

C Pertambahan penduduk

D Perancangan awal perang

31. Pelantikan Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh

A Durbar

B Majlis Raja-Raja

C Persatuan Ibu Bapa dan Guru

D Menteri di Jabatan Perdana Menteri

32. Semasa pertabalan, Yang di-Pertuan Agong akan ______________ .

A menyanyikan Lagu Negaraku

B melaksanakan Hukum Hudud

C melafaz dan menandatangi sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong

D melafazkan ikrar Rukun Negara

33. Siapakah tokoh yang dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong sebanyak 2 kali

di sepanjang hayatnya ?

A Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah

B Almarhum Almu’tasimu Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah

C Almarhum Tuanku Ja’afar

D Tuanku Syed Sirajuddin

10
34. Manakah yang berikut BUKAN peranan anda untuk mengekalkan sistem

pemerintahan beraja di Malaysia.

A Berfikiran terbuka

B Terpengaruh dengan unsur-unsur negatif

C Matang dalam sebarang tindakan

D Menghormati institusi beraja

35. Nyatakan maksud Bintang dan Bulan Sabit yang terdapat dalam Jata Negara.

A Lambang Keberanian

B Warna Diraja

C 13 buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan dalam Malaysia

D Islam sebagai agama Persekutuan

36. Apakah cogan kata Jata Negara Malaysia ?

A Semakin Hari Semakin Sayang

B Cepat, Cekap, Telus

C Bersekutu Bertambah Mutu

D Keluarga Bahagia

37. Siapakah nama Perdana Menteri Malaysia yang mengisytiharkan Nama

Bendera Kebangsaan sebagai Jalur Gemilang ?

A Tun Dr. Mahathir Muhammad

B Tunku Abdul Rahman

C Dato’ Seri Najib

D Tun Abdullah

11
38. Apakah tajuk asal Lagu Kebangsaan Malaysia ?

A Bumi Bertuah

B Pelangi Senja

C Empat Belas Baris

D Terang Bulan

39. Nyatakan peranan Bahasa Melayu dalam urusan mahkamah.

A Bahasa Ilmu

B Bahasa Undang-Undang

C Bahasa Kehakiman

D Bahasa Ekonomi

40. Nyatakan pihak yang telah mencadangkan pemilihan Bunga Raya sebagai Bunga

Kebangsaan negara kita.

A Kementerian Pertanian Malaysia

B Kementerian Kesihatan Malaysia

C Kementerian Pendidikan Malaysia

D Kementerian Pertahanan Malaysia

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

____________________ _____________________ _____________________


Nur Zalinda binti Ab Razak Nur Zalinda binti Ab Razak Katijah binti Abu Bakar

Guru Sejarah Ketua Panitia Sejarah Guru Penolong Kanan 1

SK Taman Pelangi Indah SK Taman Pelangi Indah SK Taman Pelangi Indah

12

You might also like