You are on page 1of 3

BAHAGIAN

A : SOALAN
OBJEKTIF
(20%)
Penduduk Alam Melayu mempunyai ikatan keserumpunan.

1. Berdasarkan pernyataan di atas, apakah aspek keserumpunan tersebut?

I. Agama III. Budaya


II. Bahasa IV. Ekonomi
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV

● Kerajaan ini diasaskan oleh Jayavarman II.


● Kerajaan ini terletak di Lembah Sungai Mekong.

2. Kerajaan Alam Melayu yang manakah berkaitan dengan maklumat di atas?


A.Funan C. Champa
B. Angkor D. Srivijaya

3. Mengapakah peranan Patih Gajah Mada dianggap penting kepada kerajaan


Majapahit?
A.Meluaskan empayar. C. Menyebarkan pegangan agama.
B. Mengasaskan kerajaan. D. Menguasai laluan perdagangan.

4. Apakah kepentingan hubungan diplomatik kepada kerajaan Alam Melayu?


A. Kesetiaan rakyat. C. Peningkatan penduduk.
B. Kemakmuran negara. D. Pengekalan sumber alam.

5. Kerajaan Srivijaya telah mengalami kemerosotan pada tahun 1025.


Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya kemerosotan ini ?
A. Bencana alam C. Serangan tentera Chola
B. Perang saudara D. Kemangkatan pemerintah

6. Apakah faktor yang dikaitkan dengan kemasyuran kerajaan Kedah Tua ?

I. Pusat keagamaan Buddha III. Pemerintah yang berwibawa


II. Kekuatan angkatan tentera IV. Kepesatan kegiatan perdagangan
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV
7. Mengapakah hubungan diplomatik penting kepada kerajaan Alam Melayu ?

A. Memupuk kesetiaan C. Menyebarkan agama


B. Menjamin kedaulatan D. Memperkuatkan ketenteraan

8. Apakah gelaran yang digunakan oleh Raja Funan?


A. Dewaraja C. Bodhisattva
B. Yuwaraja D. Kurung Bnam

9. Pentadbiran wilayah kerajaan Srivijaya terbahagi kepada dua, iaitu Kedatuan dan
Pradatuan.
Berdasarkan maklumat di atas, siapakah pentadbir Wilayah Pradatuan?

A. Datu merupakan orang luar. C. Datu merupakan rakyat biasa.


B. Datu yang berketurunan raja. D. Datu yang bukan berketurunan raja.

10. Kerajaan ini meletakkan peranan wanita sebagai penasihat dalam pemerintah
kerajaannya.
Kerajaan Alam Melayu manakah boleh dikaitkan dengan penyataan ini?

A. Srivijaya C. Funan
B. Majapahit D. Angkor

11. Struktur sosial masyarakat kerajaan Alam Melyu terdiri daripada dua golongan
utama.
Siapakah golongan tersebut ?

I. Golongan Diperintah III. Golongan Penguasa


II. Golongan Rakyat IV. Golongan Pemerintah

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV
12. Sungai Bengawan Solo pernah diabadikan dalam lagu bertajuk Bengawan Solo
nyanyian Gesang Martohartono.
Apakah kisah yang ingin disampaikan dalam lagu tersebut?

A. Keindahan sungai C. Kesibukan urusan perdagangan


B. Kemajuan bidang pertanian D. Keharmonian masyarakat nelayan

13. Apakah kepentingan tasik Tonlep Sap?

I. membekalkan air minum III. Menjadi pusat pelancongan terkenal


II.Mengairi tanaman padi sawah IV. Menghubungkan kawasan perdagangan

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

14. Apakah hasil hutan yang boleh digunakan sebagai bahan pewangi ?

I. Rotan III. Kapur Barus


II.Gaharu IV. Sarang burung laying-layang

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV
15. Penduduk Majapahit menghasilkan garam, gula, pembungkusan daging kerbau
dan mi daripada beras.
Berdasarkan penyataan di atas, apakah nilai yang dapat dikaitkan dengan
masyarakat Alam Melayu?

A. Menghargai alam sekitar. C. Tabah menghadapi cabaran.


B. Kreatif dalam penciptaan. D. Bertoleransi dalam kehidupan.

12. Apakah faktor yang mendorong perkembangan persuratan masyarakat kerajaan


Alam Melayu?

A. Sistem tulisan. C. Struktur sosial masyarakat.


B. Kepercayaan dan agama. D. Sistem pemerintahan beraja.

13. Kerajaan Funan telah membina baray. Apakah kepentingan baray?

A. Pengairan C. Pusat ibadat.


B. Petempatan D. Perdagangan

14. Dengan merujuk rajah di bawah, apakah peranan kumpulan X dalam struktur
sosial masyarakat kerajaan Alam Melayu?

I. Pentadbir III. Petukang


II. Pedagang IV. Ilmuan
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV

You might also like