You are on page 1of 7

1. 1.

0 PENGENALAN Tatabahasa adalah unsur yang penting dan asas dalam


pembentukan bahasa.Nik Safiah Karim (1996) dalam Tatabahasa Edisi Baharu
mendefinisikan bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang
jumlahnya.Manakala ayat pua terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Kajian
terhadap tatabahasa melibatkan dua aspek utama iaitu melalui cara perkataan terbentuk
daripada bunyi-bunyi bahasa serta bagaimana perkataan-perkataan ini disusun menjadi
ayat.Awang Sariyan dalam tulisannya Ceritera Bahasa (2002) mentakrifkan bahawa
tatabahasa merupakan peraturan yang membina bentuk-bentuk bahasa iaitu kata, frasa
dan ayat yang betul bagi bahasa tertentu. Unsur tatabahasa menentukan salah betunya
sesuatu bentuk bahasa yang dilahirkan oleh penuturnya sama ada dalam lisan atau pun
tulisan. Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam tulisannya Menurut Siti hajar (1996), mengertikan
tatabahasa sebagai peraturan-peraturan bagaimana perkataan dibentuk dan bagaimana
perkataan-perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk
menghasilkan ayat-ayat yang gramatis. 2.0 MAKSUD MORFOLOGI DAN SINTAKSIS
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan
kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambing yang menjadi unit
tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatbahasa sama ada bentuk
tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.
Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan
bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dlm golongan yang sama. 2.1 Definisi
Morfologi Menurut Kamaruddin Hj. Husin dan rakan-rakannya (1997:83), morfologi ialah
disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Bentuk kata
ini merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu. Mankal Abdullah Hassan juga
menyatakan definisi morfologi dalam buku Linguistik Am (2007), morfologi ialah bidang
linguisti yang mengkaji bagaimana perkataan perlu dibina. Kajian ini dilakukan terhadap
unsure-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan
bentuk-bentuk perkataan ialah morfem dan kata.
2. 2. HBML2103 2 Nik Safiah Karim (2004), berpendapat morfologi ialah bidang ilmu
bahasa yang mengkaji struktur bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata
dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambing yang turut menjadi unit bahasa
yang bermakna. Semua definisi yang diketengahkan oleh para tokoh ini menyokong
bahawa tatabahasa merupakan salah satu cabang daripada linguistik umum yang
memberi penerangan tentang peraturan-peraturan dan hukum-hukum
bahasa.Tatabahasa dalam Bahasa Malaysia terbahagi kepada dua bidang utama iaitu
morfologi dan sintaksis. Morfologi adalah bidang yang membicarakan struktur,
pembentukan kata dan golongan kata serta cara perkataan diwujudka daripda bunyi
bahasa dan pengaruhnya terhadap makna kata. Unit terkecil yang mempunyai makna
dan tugas nahu dikenali sebagai morfem.Jika kata tidak boleh dipecahkan kepada unit
bermakna atau nahu yng lebih kecil, maka kata-kata itu terdiri daripada satu
morfem.Sebagai contoh perkataan „makan‟. „Makan‟ tidak akan berfungsi dan
memberikan makna jika dipecahkan kepada „ma‟ dan „kan‟. Namun, kata „dimakan‟
boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu „di‟ dan „makan‟.Morfem terbahagi kepada
morfem bebas dan morfem terikat (imbuhan).Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri
daripada beberapa morfem. 2.2 Definisi Sintaksis Sintaksis ialah cabang ilmu bahasa
yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksiis bukan sahaja
mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hokum- hukum yang menentukan
bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Menurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksisi
dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan
atau konstruksi ayat. Sintaksis juga dikenali sebagai bidang kajian tentang hukum atau
rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyususnan perkataan
atau kelompok perkataanuntuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Aspek sintaksis
yang diberi tumpuan ialah: a. Unsur utama yang terdiri daripada kata frasa, klausa dan
aspek pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat. b. Jenis ayat iaitu ayat
penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan. c. Ragam ayat iaitu ayat aktif dan
ayat pasif. d. Susunan ayat iaitu susunan biasa dan songsang e. Binaan dan proses
penerbitan ayat.
3. 3. HBML2103 3 f. Ayat dasar. g. Ayat tunggal h. Ayat Terbitan/ majmuk 2.3 Konsep
Pembentukan Kata Dalam istilah linguistik, pembentukan kata ialah satu proses yang
mana perkataan baru dibentuk. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz di dalam bukunya Siri
Pendidikan Guru, Bahasa Melayu 1, pada halaman 133, proses pembentukan kata
menerangkan bagaimana sesuatu kata itu dibina dan dibentuk sehingga dapat
menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa. Bahasa Melayu merupakan salah
satu bahasa di dunia yang bersifat algunatif atau derivatif. Jenis bahasa yang sedemikian
membentuk kebanyakan perkataannya melalui proses pengimbuhan atau penggabungan
morfem kata dasar dengan morfem imbuhan secara rentetan mendatar iaitu imbuhan
digabungkan serentak dengan kata dasar, sama ada imbuhan itu mnedahului (awalan),
menyisipi (sisipan) atau mengikuti (akhiran) kata dasar tersebut. Kaedah pembentukan
kata seperti yang terdapat dalam bahasa Melayu ini tidak sama dengan pembentukan
kata dalam bahasa yang bersifat fleksi seperti bahasa Arab. Hal ini demikian kerana,
dalam bahasa Arab, cara membentuk dan mewujudkan perkataan adalah melalui
kejadian perubahan fonem atau bunyi kata dasar bahasa itu sendiri, iaitu berdasarkan
golongan kata atau kasusnya. (Siti Hajar Abdul Aziz, Siri Pendidikan Guru, Bahasa
Melayu 1, halaman 134) Secara umumnya, perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu
wujud melalui dua sumber, iaitu melalui asal usul bahasa Melayu itu sendiri. Bahasa
Melayu berasal rumpun bahasa Austronesia dan melalui sumber yang diwarisi itu,
sejumlah perkataan yang terdapat dalam bahasa Melayu telah diwujudkan sehingga hari
ini. Kedua, perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu juga wujud melalui proses-proses
tertentu seperti akronim, analogi, peleburan fonem, peluasan makna, pemberian makna
khusus, peminjaman kata, penambahan, penciptaan , penggemblengan, penyempitan
makna, dan penyingkatan. Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu ada yang
berbentuk tunggal, terbitan, majmuk dan gandaan. Setiap bentuk tersebut mempunyai
cara pengejaannya yang tersendiri serta membawa makna yang khusus sebagai rujukan.
Dalam struktur ayat, kesemua perkataan
4. 4. HBML2103 4 tidak boleh ditukar ganti kehadirannya dalam ayat kerana setiap bentuk
perkataan itu berbeza dari segi makna dan mempunyai fungsi yang berbeza. 2.4 Proses
pembentukan kata Proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu boleh dilihat dari
segi bentuk-bentuk kata yang terhasil seperti bentuk kata tunggal, bentuk kata terbitan,
bentuk kata majmuk, dan bentuk kata gandaan. Seterusnya, kita boleh lihat proses
pembentukan kata berdasarkan bentuk-bentuk kata yang berikut : a. Bentuk kata tunggal
Perkataan yang berada dalam bentuk kata tunggal ialah perkataan-perkataan dalam
bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses
penggandaan dan perangkaian. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal,
iaitu kata tunggal yang mengandungi hanya satu suku kata dan kata tunggal yang
mengandungi dua suku kata atau lebih. Jadual di bawah menunjukkan antara pola
gabungan konsonan-vokal dalam kata tunggal bahasa Melayu beserta contoh
perkataan : Bentuk Kata Tunggal (Pola suku kata beserta contoh perkataan) Bil. Pola
Kata Tunggal Satu Suku Kata Dua Suku Kata Tiga suku kata Empat suku kata dan lebih
1. KV – yu V+K – aku KV+V+KV- cuaca KV+KV+VK+KV- keluarga 2. 2. VK – am V+VK –
aib KV+V+KVK -biawak KV+KVK+KV+KV- sementara 3. 3. KVK – cat V+KVK – adik
V+KV+V- usia KVK+KV+V+KV- bendahari 4. 4. KKVK – stor VK+KV – undi KV+KV+V-
deria KV+KV+KV+KV- bidadari
5. 5. HBML2103 5 b. Bentuk kata terbitan Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang
dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan
pada kata dasar. Jadual di bawah menunjukkan antara kata terbitan yang terhasil melalui
proses pengimbuhan berserta contoh perkataan: c. Bentuk kata majmuk Kata Majmuk
ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan dua kata dasar atau lebih, dan
perkataan yang terhasil membawa makna tertentu, bertindak sebagai satu unit dan
lazimnya dieja berpisah. Contoh kata majmuk kerani besar, ruang tamu, biru laut dan
telefon dail terus. Kata majmuk hendaklah dibezakan daripada frasa. Dua perkataan
digabungkan menjadi kata majmuk bertindak sebagi unit, dengan maksud tidak boleh
menerima sebarang penyisipan. Anatara rumah batu, misalnya tidak dapat disisipkan
perkataan yang ( rumah yang batu) atau perkataan dan ( rumah dan batu). Ini berbeza
dengan rumah besar, sebuah frasa yang boleh menerima yang ( rumah yang besar) atau
dengan frasa pinggan mangkuk, yang boleh menerima dan ( pinggan dan mangkuk).
Bentuk Kata Terbitan Bil. Jenis imbuhan Awalan Akhiran Apitan Sisipan 1. Kata nama
(pe) -pelari, (pem) -pembuat Kata nama (-an) - pakaian, (-wati) - seniwati Kata nama
(pe-..-an) – perasaan Kata nama (-el)- telunjuk 2. Kata kerja (me) - melawan, di - diatur
Kata kerja (-kan) - buatkan, (-di) - diduduki Kata kerja (me-…-kan )– memainkan Kata
kerja (-er) - gerodak 3. Kata adjektif (ter) -terbesar, (se) -secantik - Kata adjektif (ke-…-
an) – keakraban Kata adjektif (-el) - gelegak
6. 6. HBML2103 6 Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar
atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna yang khusus. Kata majmuk dieja
terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu tidak boleh menerima sebarang penyisipan
unsur lain. Jadual di bawah menunjukkan antara contoh kata majmuk yang terhasil
berdasarkan tiga kelompok : Bentuk Kata Majmuk Bil. Rangkaian kata bebas Istilah
khusus Kiasan 1. gambar rajah Perdana Menteri hak milik 2. alat tulis Raja Muda batu
kapur 3. air hujan Maib Canselor daerah panas 4. nasi minyak Timbalan Ketua
Pustakawan atur cara d. Bentuk kata ganda Menurut Nik Safiah Karim, kata ganda ialah
bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar, sama
ada kata ganda tersebut diulangi secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian
tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Arbak Othman memberikan definisi
penggandaan sebagai proses bagaimana suatu kata dasar atau sebahagian daripadanya
diulang. Bahagian yang diulang ini dipanggil gandaan yang boleh mendahului atau
mengikuti dasarnya. Bentuk penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang
menggandakan kata dasar. Dalam proses yang demikian, kata dasar boleh mengalami
penggandaan penuh atau penggandaan separa. Penggandaan juga boleh berlaku
secara berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. . Jadual di bawah menunjukkan
antara contoh kata gandaan yang dibahagikan mengikut tiga jenis penggandaan berikut :
7. 7. HBML2103 7 3.0 PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN TATABAHASA BAHASA
MELAYU Merujuk kepada Kamus Dewan (2002), prinsip didefinisikan sebagai asas dan
dasar yang menjadi suatu pemikiran, kajian dan tindakan.Pengajaran pula ditakrifkan
sebagai aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan dan
serta kemahiran tertentu. Pengajaran meliputi aspek perancangan, pengelolaan,
penyampaian, bimbingan dan penilaian yang bertujuan untuk menyebarkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran kepada murid-murid dengan berkesan.Sharifah Alwiah
(1983) menganggap pengajaran sebagai aktiviti atau proses kerana apabila mengajar,
aktiviti seperti menyoal, menerangkan, mendengar, menggalakkan sesuatu, dan
berbagai-bagai aktiviti lain akan berlaku. Manakala Yaxley (1991) berpendapat,
pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan untuk membawa perubahan dari
segi kepercayaan, nilai dan makna.Selain itu, Yaxley turut Bentuk Kata Gandaan
(berserta contoh perkataan) Bil. Penggandaan Penuh Penggandaan Separa
Penggandaan Berentak 1. Kata tunggal Meja-meja, ayat-ayat Kata tunggal Laki-lelaki,
tikus- tetikus Pengulangan vokal Kuih-muih,cerai-berai 2. Kata berimbuhan Awalan-
pelatih-pelatih Akhiran-amalan-amalan Apitan-persatuan- persatuan Kata berimbuhan
Awalan-berlari-lari Akhiran-sayur- sayuran Apitan-kekuning- kuningan Pengulangan
konsonan Batu-batan, gunung, ganang, dolak-dalik 3. - - Bebas Anak-pinak, ulang-alik,
lintang-pukang.
8. 8. HBML2103 8 menyatakan pengajaran sebagai aktiviti intelek yang melibatkan
pemikiran, perasaan dan penilaian. Maka, prinsip pengajaran bolehlah diertikan sebagai
satu pegangan yang sehaluan dengan teori yang praktikal mengikut teknik, kaedah dan
pendekatan yang bersesuaian dengan kepercayaan kita terhadap cara pengajaran yang
sudah menjadi kebiasaan kita selama ini. Selain itu, prinsip pengajaran menjadi panduan
khusus kepada para guru dalam memastikan penyampaian ilmu itu berjaya
dilaksanakan.Pengetahuan terhadap tatabahasa dalam kalangan murid diuji berdasarkan
pada keupayaan merekadalam menguasai perkara asas pembentukkan kata dan ayat
serta menggunakannya mengikut sistem, hukum dan peraturan yang betul semasa
membina ayat.Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa prinsip pengajaran tatabahasa telah
mencorakkan usaha guru dalam menyampaikan pengajaran tatabahasa berdasarkan
aktiviti, program dan proses yang membantu dalam penyebaran ilmu pengetahuan. Oleh
itu, prinsip pengajaran merupakan pegangan utama guru dalam melaksanakan tugas
penyampaian ilmu.Warga pendidik seharusnya cemerlang dalam profesionnya demi
mewujudkan pengajaran berkesan.Tuner, R. (2001) menyatakan bahawa pengajaran
berkesan itu ialah pengajaran pakar dan cemerlang. Terdapat penggunaan istilah lain
seperti mengajar dengan baik (Brown et al., 1993), mengajar dengan kreatif (Woods et
al., (1996) dan Pengajaran Berkualiti (Stones, 1992).Namun semua pandangan tokoh ini
didasari oleh prinsip pengajaran yang utuh. Prinsip pengajaran boleh dikategorikan
kepada 5 bahagian iaitu : a. Asas prinsip pengajaran b. Strategi pengajaran c.
Pendekatan pengajaran d. Kaedah pengajaran e. Teknik pengajaran Kelima-lima unsur
ini membentuk prinsip pengajaran yang menjadi panduan utama guru dalam
penyampaian ilmu tatabahasa Bahasa Malaysia dalam kalangan murid.
9. 9. HBML2103 9 Asas Prinsip Pengajaran Sebelum masuk kepada 4 unsur prinsip
pengajaran lain, adalah baik untuk kita mengenal asas-asasnya terlebih dahulu : a.
Pengajaran haruslah dimulai daripada perkara yang mudah kepada yang susah.
Pengajaran seharusnya mematuhi prinsip ansur maju. Perkara yang mudah perlu
dikuasai terlebih dahulu kerana itulah asas yang akan dibawa ke hadapan apabila
menimba ilmu yang lebih dalam. Selain itu, guru berhadapan dengan kepelbagaian ciri
dalam kalangan murid.Terdapat murid yang dapat memahami pengajaran tatabahasa
dengan cepat dan ada murid yang lambat (slow learner). Justeru, dengan pengajaran
yang mengikut aras tertibnya, pengajaran dan pembelajaran berlaku secara adil dan
saksama. b. Penggunaan bahan maujud serta Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang
berkesan dapat memudahkan penyampaian guru. Selain itu, ia diakui dapat memberikan
kefahaman yang cepat dalam kalangan murid. Penggunaan BBM juga membantu murid
dalam penerokaaan ilmu secara kendiri dan tidak bergantung sepenuhnya terhadap
kuliah yang diberikan oleh guru. c. Memberikan latih tubi Tidak dapat dinafikan lagi,
untuk mengukuhkan pembelajaran dalam kalangan murid, latih tubi sejak dari dahulu
mendominasi sebagai teknik pengajaran berkesan.Ia melibatkan pengulangan sama ada
dalam bentuk pemulihan atau pengayaan agar dapat mencapai objekif pembelajaran.
Latih tubi membantu murid untuk mengekalkan ingatan terhadap aspek tatabahasa yang
dipelajari.Selain itu, murid dapat mengenal pasti kesalahan yang sering dilakukan dalam
pembelajaran tatabahasa. d. Mengenal pasti struktur isi dengan jelas. Guru perlulah jelas
dengan hala tuju objektif pengajarannya. Justeru, guru perlu mahir dalam profesionnya
agar tidak ralat dalam penyampain ilmu tatabahasa dalam kalangan murid. Guru perlu
peka terhadap isu bahasa terkini kerana bahasa adalah unsur yang sentiasa
berkembang mengikut perubahan zaman.
10. 10. HBML2103 10 e. Menitikberatkan makna dan aspek tatabahasa mengikut konteks
petikan yang digunakan. Tatabahasa melibatkan hukum dan peraturan. Ketidakfahaman
terhadap hukum tatabahasa menyebabkan kerosakan pada penggunaan Bahasa
Malaysia.Sebagai contoh perkataan „perang‟.Untuk kata sifat, „perang‟ bermaksud
warna dan disebut secara „e-taling‟.Manakala untuk kata kerja, „perang‟ bermaksud
suatu perlakuan yang melibatkan pergaduhan, perlawanan dan pertelingkahan dan
disebut secara „e- pepet‟. Oleh itu, guru perlu membantu murid memahami aspek
sedemikan untuk mengelakkan kekeliruan.Selain itu, murid juga harus memahami cara
penggunaan ayat dalam konteks yang berlainan contohnya dalam aspek penulisan.
Murid haruslah dapat membezakan format dan gaya bahasa penulisan karangan fakta
dengan keperihalan. Strategi Pengajaran Perkataan „strategi’ berasal daripada bahasa
Yunani "strategia" yang bermaksud sebagai "the art of the general" atau seni seorang
panglima yang biasanya digunakan dalam peperangan.Strategi merupakan penyusunan
langkah-langkah ke depan dalam membangunkan visi dan misi sesuatu organisasi.
Dalam aspek pendidikan, strategi pengajaran dibahagikan kepada 3 iaitu pemusatan
guru, pemusatan murid dan pemusatan bahan.Strategi pemusatan guru menekankan
kawalan guru terhadap segala aktiviti pembelajaran.Kaedah dan teknik yang biasa
digunakan untuk strategi ini ialah penerangan, demonstrasi,syarahan,bercerita dan
pengajaran mikro. Strategi pemusatan murid pula lebih memberi tumpuan terhadap
akifnya murid dalam pembelajaran. Guru tidak menggunakan kuasa mutlak sebaliknya
berperanan sebagai fasilitator dan pembimbing sahaja. Kaedah dan teknik yang
digunakan adalah seperti inkuiri penemuan, perbincangan, main peranan dan
sumbangsaran. Dalam pemusatan bahan pula, guru menyampaikan pengajaran dengan
alat dan bahan bantu mengajar yang sesuai. Penggunaan alat dan bahan bantu dapat
membantu guru memudahkan penyampaian pengajaran. Selain itu, strategi ini berkesan
dalam meningkatkan pemahaman murid dalam pengajaran tatabahasa.Penggunaan
bahan adalah sangat perlu terutama sekali jika terdapat murid yang mempunyai daya
pembelajaran yang lambat.Strategi ini banyak menggunakan bahan audio-visual seperti
projektor, televisyen, komputer dan sebagainya.Oleh itu, ketiga-
11. 11. HBML2103 11 tiga strategi ini wajarlah digunakan oleh guru untuk mewujudkan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam kelas. 4.0 RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
BAHASA MALAYSIA Kelas Tahun 4 Arif Masa 8.30 – 9.30 (60 minit) Tarikh 11 Julai
2015 Bil. Murid 20 orang Tema “Sentiasa Berhemat Kita Selamat” Tajuk Pencemaran Air
Objektif Pada akhir pembelajaran, murid dapat : a. Menyenaraikan sekurang-kurangnya
enam penanda wacana yang terdapat dalam teks petikan yang dibaca. b. Membaca
petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik. c. Melengkapkan ayat
dengan penanda wacana yang sesuai. Fokus utama 8.5 Aras 1(i) Memilih dan mengenal
pasti penanda wacana yang sesuai dalam satu perenggan atau antara perenggan dalam
sebuah karangan. Fokus sampingan 5.1 Aras 3(i) Membaca petikan dengan sebutan dan
intonasi yang betul dan menarik. Kemahiran berbahasa Mendengar, membaca, menulis
dan bertutur Sistem bahasa Tatabahasa – Penanda wacana Ilmu Sains, Kajian
Tempatan Nilai Kerjasama, kebersihan Kemahiran bernilai tambah a. Kemahiran berfikir :
Menghubungkait b. Kemahiran belajar : Perbincangan, aktiviti berkumpulan, mendengar
aktif, membaca luncur dan simulasi. c. Kecerdasan pelbagai : Verbal linguistik, visual,
interpersonal, kinestetik, intrapersonal. Strategi dan pendekatan Konstruktivisme,
kontekstual Pengetahuan sedia ada a. Murid pernah melihat pencemaran air. b. Murid
mengetahui beberapa kesan negatif pencemaran air. BSPP a. Teks petikan b. Paparan
Video dan Powerpoint (Laptop dan Speaker) c. 2 botol mineral d. Lembaran kerja
(individu dan kumpulan) e. Kad-kad soalan Konsep 5P a. Penggabungjalinan :Kemahiran
membaca, menulis, mendengar. b. Penyerapan : Ilmu Sains dan Kajian Tempatan c.
Pemulihan : Lembaran kerja pemulihan
12. 12. HBML2103 12 d. Pengayaan : Tugasan susulan – membina ayat e. Penilaian :
Pemahaman murid terhadap penanda wacana Langkah/ Masa Isi pelajaran Aktiviti
pengajaran dan pembelajaran Catatan Set induksi 5 minit 1.Paparan video tentang „air‟.
2.Aktiviti simulasi 1.Murid menonton video tentang air dari aspek kepentingan, punca
pencemaran dan penyakit- penyakit. 2.Sesi soal jawab . 3.Guru membuat simulasi – 2
murid melakonkan meminum air bersih dan air tercemar. (Menguji pengetahuan sedia
ada murid) KB : Menghubungkait BCB : Aktivtiti simulasi, soal jawab KP : Visual, verbal
linguitik, interpersonal BSPP :2 botol mineral, paparan video. Langkah 1 5 minit 1.Petikan
bertajuk „Pencemaran Air‟ 1.Murid membaca dan memahami teks terlebih dahulu.
2.Murid membaca teks dengan intonasi dan sebutan yang betul. KB : Menghubungkait
BCB : Kemahiran membaca KP : Verbal linguitik, interpersonal BSPP : Teks petikan
Langkah 2 10 minit 1.Soal jawab berdasarkan petikan. 1.Guru memberikan kad-kad
soalan kepada setiap kumpuan. 2.Soalan untuk kumpulan 1 : a. Mengapakah air sangat
penting untuk manusia ? b. Apa yang perlu kita lakukan untuk menjaga kesihatan
badan ? 3.Soalan untuk kempulan 3 : a. Nyataka contoh-contoh penyakit yang
disebabkan oleh pencemaran air. b. Nyatakan punca-punca berlakunya pencemaran air.
KB : Menghubungkait BCB : Memproses maklumat, bacaan luncur KP : Interpersonal,
Verbal linguitik, BSPP :Teks petikan, kad-kad soalan. Langkah 3 10 minit 1.Penanda
wacana 1.Guru menggunakan Power Point untuk menunjukkan contoh-contoh penanda
wacana. 2.Beberapa orang murid dipilih daripada setiap kumpulan untuk membina ayat
berdasarkan penanda wacana tersebut. 3.Guru menerangkan definisi KB :
Menghubungkait BCB : Perbincangan KP : Verbal linguitik, BSPP : Powerpoint, teks
petikan
13. 13. HBML2103 13 atau cara penggunaan penanda wacana. 4.Guru memberikan
pelbagai contoh penanda wacana. Langkah 4 5 minit 1.Mengesan penanda wacana di
dalam teks petikan. 1.Murid mencari penanda wacana yang terdapat di dalam teks
petikan. 2.Contoh penanda wacana yang terdapat dalam teks : a. Oleh itu b. Namun c.
Seterusnya d. Oleh sebab itu e. Walaubagaimanapun f. Selain itu KB : Menghubungkait,
BCB : Bacaan luncur, memproses maklumat, menganalisis KP : Verbal linguitik, BSPP :
Teks petikan Langkah 5 20 minit 1.Aktiviti melengkapkan ayat dengan penanda wacana.
1.Lembaran kerja (Berskala 9 x A4) diberikan untuk setiap kumpulan. 2.Aktiviti
perbincangan : Murid akan melengkapkan ayat tersebut berdasarkan kad jawapan yang
diberikan. 3.Murid lemah diberi latihan pemulihan seperti menyalin semula ayat dan
mengisi tempat kosong dengan huruf yang tepat. KB : Menghubungkait, BCB : Bacaan
luncur, memproses maklumat, menganalisis KP : Verbal linguitik, BSPP : Lembaran kerja
beserta kad jawapan. Penutup 5 minit 1.Guru merumuskan isi pelajaran tentang : a.
Topik petikan b. Penanda wacana 2.Memberikan kerja rumah sebagai aktiviti pengayaan
dan pemulihan. 1. Guru membuat rumusan terhadap isi pelajaran. 2. Sesi soal jawab. 3.
Kerja rumah : “Berdasarkan 6 penanda wacana yang telah anda perolehi melalui petikan,
bina ayat yang sesuai”. KP : Menghubungkait KP : Verbal linguistik Rumusan Terhadap
Rancangan Pengajaran Harian Strategi Pengajaran Strategi pengajaran yang telah
diaplikasikan oleh guru ialah strategi pemusatan guru, murid dan bahan.Pemusatan guru
dilaksanakan semasa sesi penerangan rumus atau peraturan tatabahasa tentang aspek
kata terbitan.Selain itu, pemusatan guru adalah perlu untuk bertujuan mengawal kelas
dan disiplin murid.Dalam strategi pemusatan murid pula, mereka terlibat dengan pelbagai
aktiviti pembelajaran secara berkumpulan.Sebagai contoh aktiviti
14. 14. HBML2103 14 mencari penanda wacana dalam teks. Aktiviti ini memerlukan
komunikasi dalam kalangan murid. Penggunaan bahan bantu pengajaran sudah
membuktikan bahawa guru ini menggunakan strategi pemusatan bahan. Pelbagai bahan
yang digunakan untuk mengukuhkan pemahaman murid sama ada bahan maujud,
bercetak dan digital.
15. 15. HBML2103 15 5.0 KESIMPULAN Dalam usaha mempertingkatkan dan
memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu di peringkat global, pihak sekolah terlebih
dahulu memainkan peranan penting dalam menyahut cabaran ini.Oleh itu, guru
merupakan pemangkin utama dalam melonjakkan Bahasa Melayu di persada
antarabangsa.Aspek tatabahasa itu merupakan tonggak ke arah pembinaan dan
penggunaan bahasa yang standard. Nik Safiah Karim (1980) menyatakan kesalahan
bahasa sebagai penggunaan bahasa yang melanggar peraturan bahasa yang telah
dipersetujui sama ada di peringkat sebutan, pilihan kata, susunan frasa atau ayat.
Kesalahan tatabahasa harus dikesan dan dibetulkan secara murni. Maka, guru wajarlah
memperkasakan diri dengan kemahiran bahasa bagi menjayakan pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu setiap hari. Secara amnya, proses pengajaran aspek
tatabahasa Bahasa Melayu adalah satu proses yang berterusan, sama ada ia
disampaikan atau diajarkan baik secara langsung mahupun secara tidak langsung dan
perlu mengikut prinsip-prinsip pengajarannya agar apa yang disampaikan oleh guru itu
dapat diterima oleh murid dengan lebih berkesan lagi. Murid bukan sahaja dapat
memahami malah dapat mengaplikasikan aspek tatabahasa ini dengan baik sama ada
dalam pertuturan secara lisan mahupun secara bertulis. Perancangan lebih awal oleh
guru adalah penting agar guru dapat memikirkan langkah-langkah pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan serta menarik melalui Rancangan Pengajaran Harian.
Walaupun setiap proses pengajaran itu akan berhadapan dengan masalah terutamanya
berkaitan dengan murid, namun sebagai seorang pendidik, guru perlu lebih kreatif dan
terbuka dalam mengajar murid aspek tatabahasa ini agar dapat mencapai objektif. Guru
juga perlu memikirkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh
murid dengan memikirkan cara yang sesuai agar murid sekurang-kurangnya dapat
memahami konsep sesuatu elemen tatabahasa itu. (3,254 patah perkataan)
16. 16. HBML2103 16 6.0 BIBLIOGRAFI Aidah Zaraman (2012). Prinsip, Teknik, Kaedah
dan Masalah Pengajaran dan Pembelajaran
Tatabahasa.http://aidahzaraman.blogspot.com/2013/05/prinsip-teknikkaedah-dan-
masalah.html. Dilayari pada 6 Julai 2015. Aziah Mohamed (2012). Konsep Tatabahasa.
http://gen2bhs4533.blogspot.com/p/blog-page_13.html. Dilayari pada 6 Julai 2015.
Fairullizam (2011). Pengajaran Tatabahasa Dalam Konteks.
http://anthonydouglasd046622q03-forsharing.blogspot.com/2011/11/pengajaran-
tatabahasa- dalam-konteks.html. Dilayari pada 6 Julai 2015. Nik Safiah Karim, Farid M
Onn, Hashim Hj. Musa,Abdul Hamid Mahmood (2013), Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga,
Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur. Sazali Mohd. Bee (2012). Definisi
Tatabahasa. http://sazalippgbm2011.blogspot.com/p/definisi-tatabahasa.html Dilayari
pada 6 Julai 2015. Yew Wen Nee (2012). Sistem Tatabahasa Bahasa Melayu.
http://wenneeyew.blogspot.com/2012/10/sistem-tatabahasa-bahasa
melayu.html#.UeNESmLiM24.Dilayari pada 31 Jun 2013.

You might also like