You are on page 1of 7

Nama: ______________________________ Kelas: ________________________

SEKOLAH TINGGI KOTA KINABALU


PEPERIKSAAN PENGGAL SATU 2020
SEJARAH TINGKATAN DUA, 1 JAM 15 MINIT

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

ARAHAN

1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Baca
arahan bagi setiap bahagian dengan teliti.
2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan Bahagian B .
3. Jawab satu soalan dalam Bahagian C.
4. Untuk Bahagian B, tulis jawapan anda pada ruang jawapan disediakan di dalam kertas soalan ini.
5. Markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan atau ceraian soalan ditunjukkan dalam kurungan.
6. Jika anda hendak menukar jawapan, batalkan dengan kemas jawapan yang telah dibuat.
Kemudian tulis jawapan yang baharu.

Untuk Kegunaan Pemeriksa


Nama Pemeriksa
Bahagian A Bahagian B Bahagian C
A 20
B 20
C 20
Jumlah 60

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

________________ __________________ ______________________


(LOW CHEE HUI) (PHOON CHIEW FUN) (SOMPHON SARARAKS)
Guru Subjek Ketua Panitia Sejarah Ketua Bidang Kemanusiaan
BAHAGIAN A (20 markah)

Arahan: Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan
D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.

1. Maklumat berikut ini menyebutkan tokoh yang mengemukakan pandangan tentang konsep Alam
Melayu.
Profesor Emeritus Dato’ dan Dr. Nik Hassan Shuhaimi

Apakah kawasan yang merangkumi Alam Melayu sepertimana pendapat yang diberikan oleh
tokoh-tokoh tersebut?
I Australia II Tenasserim III Segenting Kra IV Kepulauan Pasifik

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

2. Masyarakat Melayu telah mempunyai persamaan budaya dalam aspek seni persembahan. Apakah
aspek seni persembahan tersebut?

A Wayang Kulit B Tarian Zapin C Dikir Barat D Nazam

3. Kerajaan Majapahit telah berkembang sejak abad ke-13. Apakah pusat kerajaan Alam Melayu
tersebut?

A Pangkalan B Indraputra C Harihalaya D Kota Trowulan

4. Pemerintah kerajaan Champa iaitu Indravarman telah meninggal dunia pada tahun 1441. Apakah
kesan peristiwa tersebut?

A Diganggu kuasa Rom C Ditawan semula oleh Dai Viet


B Diserang oleh Dinasti Ming D Dibina pusat pentadbiran baharu

5. Mengapakah kerajaan Kedah Tua mengalami kemerosotan kegiatan perdagangan pada tahun
1025?

A Perairan tidak selamat C Serangan tentera Chola


B Kadar cukai yang tinggi D Pengurusan pelabuhan lemah

6. Apakah tugas Ketua Air dalam kerajaan Champa?

A Menjaga perairan Negara C Membina system perparitan


B Membekalkan bekalan air D Menyelenggarakan terusan

7. Kerajaan Majapahit telah membina beberapa sistem pengairan. Apakah kesan pembinaan sistem
pengairan tersebut?

A Melicinkan kegiatan menternak binatang C Meningkatkan pengeluaran padi sawah


B Memudahkan kemasukan pedagang luar D Mengatasi masalah ancaman banjir

8. Antara berikut, yang manakah pelabuhan utama kerajaan Kedah Tua?


I Sungai Mas II Kuala Muda
III Lembah Kinta IV Pangkalan Bujang

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV


9. Apakah barang dagangan yang diperlukan oleh pedagang India di Alam Melayu?

A Garam B Mangkuk C Kapur Barus D Sarang burung

10. Masyarakat kerajaan Funan dan Angkor terkenal dengan kemahiran membuat barang perhiasan.
Apakah bahan yang digunakan untuk membuat barang hiasan tersebut?

A Gading gajah B Kapur barus C Bijih Besi D Perak

11. Agama Islam telah tersebar di Champa sejak abad kelapan. Apakah kesan penyebaran agama
Islam tersebut?

A Tulisan Jawi berkembang luas C Bahasa Sanskrit sebagai bahasa utama


B Tulisan kawi dijadikan tulisan rasmi D Bahasa Khmer menggantikan bahasa Melayu

12. Masyarakat kerajaan Champa telah menggunakan tulisan Palava sejak abad keenam. Apakah
bukti masyarakat Champa menggunakan tulisan tersebut?

A Penemuan tulisan di dinding gua C Penemuan batu bersurat


B Penemuan ukiran di istana D Penemuan inskripsi

13. Gambar berikut merupakan ukiran tugu di Bukit Siguntang, Palembang.

Apakah pusat binaan tersebut?

A Kapal-kapal B Patung Buddha C Flora dan fauna D Tawanan perang

14. Maklumat berikut merupakan seni bina masyarakat kerajaan Majapahit?

A Pintu gerbang B Rumah ibadat C Pusat pendidikan D Sistem pengairan

15. Apakah peranan rakyat merdeka dalam struktur social masyarakat kerajaan Alam Melayu?

A Menjana ekonomi kerajaan C Meningkatkan status pemiliknya


B Mendukung sistem pentadbiran D Memberi khidmat dalam sosioekonomi

16. Apakah tujuan masyarakat kerajaan Alam Melayu memiliki agama dan kepercayaan?

A Memudahkan urusan pekerjaan mereka


B Meningkatkan jalinan hubungan diplomatik
C Mengatasi ancaman keselamatan kuasa luar
D Memberikan panduan dalam kehidupan seharian

17. Dinamisme dikaitkan dengan kepercayaan terhadap kekuatan yang dikenal sebagai mana.
Apakah maksud mana?

A Semangat B Kekuasaan C Kesaktian D Sentosa


18. Apakah lokasi yang dipilih oleh pemerintah kerajaan Alam Melayu sebagai benteng pertahanan?
I Selat II Bukit III Teluk IV Lautan

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

19. Gambar berikut berkaitan Gunung Jerai di Kedah

Apakah kepentingan gunung tersebut kepada kemajuan kerajaan Kedah Tua?

A Benteng pertahanan negeri C Simbol penguasaan alam semesta


B Lambang kekuatan pemerintahan D Memudahkan kedatangan pedagang

20. Apakah persamaan peranan candi-candi berikut terhadap kerajaan Alam Melayu?

 Candi Muara Jambi  Candi Prambanan  Candi Borobudur

I Pusat perhimpunan para pendeta III Pusat pengumpulan hasil pertanian


II Pusat perdagangan antarabangsa IV Pusat ibadat agama Hindu-Buddha

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV


BAHAGIAN B (20 markah)

1.Kerajaan Alam Melayu telah mengalami perkembangan bahasa dan tulisan.


(a) Apakah faktor yang mendorong perkembangan bahasa dan tulisan kerajaan Alam Melayu?

___________________________________________________________________________________
( 1 markah)

(b) Apakah bahasa dan tulisan yang digunakan di kerajaan Alam Melayu berikut?
i. Srivijaya

Bahasa: ___________________________________________________________________

Tulisan: __________________________________________________________________
(2 markah)

ii. Majapahit

Bahasa: ___________________________________________________________________

Tulisan: __________________________________________________________________
(2 markah)

(c) Nyatakan peranan bahasa dan tulisan terhadap masyarakat kerajaan Alam Melayu.

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________
(2 markah)

(d) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, jelaskan kepentingan bahasa dan tulisan kerajaan
Alam Melayu terhadap masyarakat hari ini.

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________
(3 markah)

2. Kepercayaan awal masyarakat kerajaan Alam Melayu ialah animisme dan dinamisme.
(a) Apakah maksud berikut?

i. Animisme

__________________________________________________________________________
(1 markah)
ii. Dinamisme

__________________________________________________________________________
(1 markah)

(b) Mengapakah masyarakat Alam Melayu mengamalkan kepercayaan tersebut?

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

(2 markah)

(c) Bagaimanakah berlaku penyebaran agama Hindu, Buddha dan Islam ke Asia Tenggara?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________
(2 markah)

(d) Apakah kepentingan agama dalam kehidupan seseorang manusia?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

(4 markah)
Bahagian C (20 markah)

3. Kerajaan-kerajaan Melayu muncul sezaman dengan kerajaan-kerajaan luar yang lain.


(a) Nyatakan kerajaan-kerajaan luar yang sezaman dengan Kerajaan Alam Melayu pada abad
pertama Masihi. (4 markah)

(b) Terangkan hubungan yang berlaku antara Kerajaan-kerajaan Alam Melayu dengan kerajaan
China. (8 markah)

(c) Penjalinan hubungan dengan kerajaan luar yang lain mampu mengekalkan kemakmuran
negara. Mengapakah tindakan tersebut perlu dikekalkan? (8 markah)

4. Sebelum sistem tulisan digunakan dengan meluas, masyarakat kerajaan Alam Melayu terkenal
dengan tradisi lisan.
(a) Jelaskan tema-tema tradisi lisan tersebut. (4 markah)

(b) Pernyataan berikut berkaitan dengan sistem tulisan.


Kewujudan sistem tulisan membawa kepada perkembangan kesusateraan dalam kalangan
masyarakat. (Sumber: Buku Teks Sejarah Tingkatan 2, halaman 44)
Jelaskan dan nyatakan kerajaan-kerajaan Alam Melayu yang membuktikan pernyataan tersebut?
(8 markah)

(c) apakah nilai yang boleh diperoleh daripada kegiatan persuratan tersebut? (8 markah)

5. Kebijaksanaan pemerintah merupakan ciri unik yang membolehkan kerajaan Alam Melayu
berkembang dengan cepat dan bertahan lama.
(a) Apakah bukti untuk menyokong kebijaksanaan pemerintah tersebut? (4 markah)

(b) Pemerintah di Alam Melayu telah melakukan hubungan diplomatik. Bagaimanakah hubungan
diplomatik tersebut dilakukan? (4 markah)

(c) Mengapakah pemerintah di Alam Melayu perlu menjalinkan hubungan diplomatik dengan
negara lain? (6 markah)

(d) Bagaimanakah keadaan negara sekiranya dipimpin oleh pemerintah yang tidak mempunyai
kebijaksanaan? (6 markah)

You might also like