You are on page 1of 23

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK

2023/2024
SEJARAH

Tingkatan 2 Tempoh 2 Jam

Nama

Kelas

JANGAN BUKA KERTAS UJIAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


ARAHAN:
1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan
Bahagian C.
2. Anda dikehendaki menjawab semua soalan dalam Bahagian A dan Bahagian
B serta satu soalan daripada Bahagian C.

Untuk Kegunaan Pemeriksa


Nama Pemeriksa :
Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh
A 1-20 20
1 10
2 10
B
3 10
4 10
C 1/2 20
Jumlah 80

1
BAHAGIAN A
[20 MARKAH]

Jawab semua soalan.

1 Berikut merupakan nama bagi kerajaan-kerajaan Alam Melayu yang telah


muncul dari abad pertama hingga abad ke-9

• Kerajaan Kedah Tua


• Kerajaan Majapahit
• Kerajaan Srivijaya

Yang manakah merupakan persamaan dari segi lokasi pemilihan petempatan


awal kerajaan-kerajaan tersebut?
A Kawasan hutan
B Persisiran pantai
C Kawasan berbukit
D Lembah sungai

Gambar 1

Gambar di atas merupakan sebuah tempat ibadat yang terkenal di


Kemboja. Ianya merupakan binaan agung yang telah dibina oleh
Jayavarman II. Apakah nama binaan tersebut?
A Hagia Sophia
B Angkor Thom
C Candi Bahal
D Gapura Bajang Ratu

3 Apakah kesan dari sikap keterbukaan kerajaan Alam Melayu dalam


menjalinkan hubungan dengan kerajaan luar dari abad pertama hingga
abad ke-15?
A Membawa kemakmuran ekonomi
B Meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang teknologi
C Membuat penambahbaikan latihan sistem ketenteraan
D Mengambil berat dan berusaha untuk membaiki taraf hidup penduduk

2
4

Gambar 2

Berdasarkan gambar di atas, mengapakah baray telah dibina oleh


pemerintah kerajaan Angkor pada suatu masa dahulu?

A Memastikan tanah sentiasa subur


B Untuk mengelakkan banjir
C Sebagai benteng pertahanan
D Tempat untuk menyimpan air

5 Berdasarkan senarai yang diberi, yang manakah merupakan pelabuhan


utama bagi kerajaan Majapahit?
I Tuban
II Surabaya
III Yasodharapura
IV Gresik
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Kun-lun-po

Perkataan di atas merupakan nama sebuah pusat seni bina terkenal di


Palembang yang tercatat dalam rekod kerajaan China. Apakah fungsi pusat
seni bina tersebut?
A Pusat pembuatan senjata
B Binaan rumah ibadat
C Binaan kapal-kapal Melayu
D Pusat pembuatan tembikar

3
7 Maklumat di bawah merupakan sebahagian golongan diperintah di kerajaan
Alam Melayu.

• Pekerja istana
• Pedagang
• Artisan

Yang manakah merupakan peranan utama mereka dalam struktur sosial


masyarakat kerajaan Alam Melayu?
I Mengukuhkan sistem beraja melalui konsep taat setia
II Meningkatkan status pemiliknya
III Menjana ekonomi kerajaan
IV Mendukung sistem pentadbiran
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV

8 Antara kepercayaan awal masyarakat alam Melayu ialah ritual


penyembahan kepada roh nenek moyang yang telah meninggal dunia.
Apakah tujuan penyembahan ini dilakukan?
A Menjamin keselamatan dari bencana alam
B Memohon perlindungan daripada kuasa jahat
C Berdoa semoga mendapat hasil tanaman yang banyak
D Menghindarkan diri daripada kesusahan hidup di dunia

9 Jalinan hubungan diplomatik antara Kerajaan Srivijaya dan Kerajaan Chola


sangat penting bagi menjamin kemakmuran dan keselamatan kerajaan.
Apakah bukti kedua-dua kerajaan ini menjalinkan hubungan baik?
A Kerajaan Srivijaya mengirimkan utusan persahabatan ke India
B Maharaja Chola membantu menyelesaikan masalah pemberontakan
dengan menghantar bantuan ketenteraan
C Pemerintah Srivijaya mengahwini puteri Maharaja Chola
D Menjalankan aktiviti perdagangan dengan mengenakan cukai yang
rendah kepada pedagang Srivijaya

10 Kepimpinan Sultan Mansur Shah yang amat menitikberatkan keamanan dan


kebajikan rakyat dapat dilihat apabila baginda menasihatkan puteranya
supaya …
I Mengeratkan hubungan dengan penduduk
II Bertolak ansur dalam hal ehwal pentadbiran
III Bekerjasama dengan pegawai kerajaan
IV Sentiasa bersikap adil terhadap rakyat
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV

4
11 Gambar di bawah merupakan undang-undang tersohor yang telah ditulis
semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah.

Gambar 3
Apakah kesan dari pelaksanaan undang-undang tersebut?
A Memastikan aktiviti perdagangan sentiasa berjalan dengan lancar
B Membantu menjana ekonomi kerajaan
C Mengatasi masalah jenayah dan menjamin keselamatan rakyat
D Menyediakan peraturan pelayaran untuk pedagang

12 Berdasarkan catatan sejarah, Sultan Alauddin Riayat Shah I telah


memindahkan pusat pemerintahannya di Kota Kara ke Kota Sayong. Apakah
faktor utama baginda memindahkan pusat pemerintahannya?
A Belanda mengancam untuk menyerang kerajaannya sekiranya tidak
menyerahkan Kota Kara.
B Kota Kara telah dimusnahkan oleh Portugis
C Perkembangan pesat pusat bandar telah menyebabkan penduduk
berpindah ke kawasan luar bandar.
D Kerana lokasi Kota Sayong lebih strategik berbanding Kota Kara dan
dapat menarik ramai pedagang.

13 Antara kemudahan pelabuhan yang disediakan oleh Pelabuhan Johor Riau


ialah dengan menyediakan gudang bawah tanah. Apakah tujuan gudang
bawah tanah ini dibina?
A Supaya barangan yang disimpan tidak akan dicuri oleh lanun
B Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti kebakaran
C Pedagang dapat menyewa dengan harga yang berpatutan bagi
menyimpan barang dagangan mereka
D Supaya dapat mengelakkan barangan musnah akibat banjir kilat

5
14 Raja Muhammad telah dihantar oleh bapanya ke Pahang dari Melaka untuk
ditabalkan sebagai Sultan Pahang. Siapakah bapa baginda?
A Sultan Mansur Shah
B Seri Bija Diraja
C Sultan Abdul Jamil Shah
D Sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin Shah

15 Apakah yang terjadi terhadap negeri Pahang selepas mangkatnya Raja


Muda Abdullah sebagai waris takhta?
A Pahang telah dijajah oleh Portugis
B Pahang telah ditadbir oleh pembesar negeri Pahang
C Pahang telah diambil alih di bawah pemerintahan Kesultanan Johor
Riau
D Pahang telah diserahkan kepada bapa saudara Raja Muda Abdullah

16 Gambar di bawah merupakan puncak tertinggi dan salah satu lokasi yang
telah menarik kehadiran pedagang ke negeri Kedah seterusnya menjadikan
Kedah muncul sebagai pusat perdagangan dan negeri yang makmur.

Gambar 4
Apakah nama puncak tertinggi tersebut?
A Gunung Kinabalu
B Gunung Beremban
C Gunung Jerai
D Gunung Tahan

17 Sultan Muhammad II telah menguatkuasakan undang-undang syarak


semasa pemerintahannya di Kelantan. Apakah kesan positif dari
pelaksanaan undang-undang tersebut?
I Pertelingkahan antara pembesar dapat diselesaikan
II Kelantan menjadi negeri yang aman
III Kerajaan semakin aktif dan maju dalam bidang perdagangan
IV Rakyat dapat menyelesaikan masalah berkaitan harta pusaka
dengan baik
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV

6
18 Apakah bentuk larangan yang telah dikenakan oleh Undang-Undang Tubuh
Negeri terhadap Sultan, Menteri dan Jemaah Menteri?
A Menyerahkan negeri mereka kepada kerajaan lain
B Membubarkan Dewan Undangan Negeri
C Bersetuju bekerjasama dengan kuasa luar
D Melaksanakan sistem pemerintahan yang baru

19 Berdasarkan Adat Perpatih, perkahwinan sesama suku adalah dilarang.


Apakah yang akan terjadinya sekiranya seseorang wanita melanggar
larangan tersebut?
A Tidak lagi mempunyai hak untuk mewarisi harta
B Akan dihalau dari rumah ibu bapa mereka
C Tidak mendapat peluang untuk memegang sebarang jawatan dalam
organisasi
D Keluarga akan memutuskan hubungan kekeluargaan

20

• Kenyah
• Penan
• Kayan

Senarai di atas merupakan kaum yang tinggal di bahagian pedalaman di


Sarawak. Apakah kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh kaum-kaum
tersebut untuk menyara hidup?
A Pembuatan kapal atau perahu
B Menangkap ikan di sungai
C Mengutip sarang burung
D Menghasilkan sagu

7
BAHAGIAN B
[40 MARKAH]

Jawab semua soalan.

1 Kerajaan Alam Melayu terkenal dengan kegiatan ekonominya yang pelbagai


seperti pertanian, perdagangan, pengutipan hasil hutan dan laut serta industri
perlombongan dan pembuatan.

a) Namakan beberapa tanaman yang telah diusahakan oleh


masyarakat kerajaan Alam Melayu.
(i) ________________________________________________________
(ii) ________________________________________________________
(iii) ________________________________________________________

[3 markah]

b) Tuliskan dua contoh barang yang didagangkan oleh Kerajaan Srivijaya


(i) ________________________________________________________
(ii) ________________________________________________________
[2 markah]

c) Kegiatan perdagangan merupakan aktiviti utama bagi Kerajaan Alam


Melayu. Tuliskan nama kerajaan yang mempunyai pelabuhan yang
berikut.

Pelabuhan Nama Kerajaan


(i) Sungai Mas dan Pangkalan
Bujang
(ii) Yasodharapura
(iii) Oc Eo

[3 markah]

d) Pada pendapat anda, apakah faktor yang menyebabkan ekonomi


sesebuah negara itu maju?
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
[2 markah]

8
2 Kesultanan Melayu Melaka merupakan salah satu dari kesultanan paling
gemilang dalam sejarah Asia Tenggara.

a) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah Parameswara


memilih muara Sungai Bertam sebagai pusat kerajaan?
(i) ________________________________________________________
(ii) ________________________________________________________
(iii) ________________________________________________________
[3 markah]

b) Tuliskan tiga peranan Raja dalam sistem pemerintahan


(i) ________________________________________________________
(ii) ________________________________________________________
(iii) ________________________________________________________
[3 markah]

c) Alat kebesaran diraja merupakan simbol penting dalam budaya dan


sejarah sebuah negara.

Namakan beberapa alat kebesaran raja yang telah kamu pelajari.


(i) ________________________________________________________
(ii) ________________________________________________________
[2 markah]

d) Pada pendapat anda, apakah ciri kepimpinan yang perlu ada pada
seseorang pemerintah supaya negaranya sentiasa aman?
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
[2 markah]

9
3 Kesultanan Melayu Pahang, Perak, Terengganu dan Selangor memiliki akar
sejarah yang dalam yang berkaitan dengan Kesultanan Melayu Melaka
meskipun keempat-empat kesultanan ini terletak di wilayah yang berbeza.

a) Tuliskan nama negeri berdasarkan pemerintah yang mengasaskan


kesultanan di negeri tersebut.

Pemerintah Negeri
(i) Raja Muzaffar
(ii) Putera Daeng Chelak
(iii) Raja Muhammad

[3 markah]

b) Nyatakan tiga sumbangan Sultan Zainal Abidin III yang terkenal


sebagai bapa pemodenan Terengganu.
(i) ________________________________________________________
(ii) ________________________________________________________
(iii) ________________________________________________________
[3 markah]

c) Bagaimanakah cara rakyat berterima kasih dan menunjukkan


penghargaan buat Sultan Ala’iddin Suleiman Shah di atas
kebijaksanaan baginda memerintah Selangor?
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

[2 markah]

d) Pada pendapat anda, adakah sistem beraja memainkan peranan


penting dalam memelihara warisan budaya dan sejarah negara?
(i) ________________________________________________________
(ii) ________________________________________________________
[2 markah]

10
4 Kelantan telah berpecah kepada dua wilayah pemerintahan disebabkan
oleh kemangkatan pemerintah terakhir Negara Patani Besar pada tahun 1970.

a) Namakan pemerintah tersebut serta dua wilayah yang disebutkan.


____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
[3 markah]

b) Siapakah yang telah menyatukan semula kedua-dua wilayah yang


telah berpecah dan apakah gelaran yang digunakan pemerintah
tersebut?
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

[2 markah]

c) Negara Patani Besar meliputi beberapa gabungan wilayah. Tuliskan


tiga dari wilayah tersebut.
(i) ________________________________________________________
(ii) ________________________________________________________
(iii) ________________________________________________________

[2 markah]
d)

Gambar di atas menunjukkan masjid tertua di Malaysia yang wujud


sejak abad ke-18 yang dikenali dengan nama Masjid Kampung Laut.
Apakah kepentingan pembinaan masjid tersebut?
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

[3 markah]

11
BAHAGIAN C
[20 MARKAH]

Jawab mana-mana satu soalan daripada bahagian ini.

1 Dalam masyarakat kerajaan Alam Melayu, struktur sosialnya cenderung


bersifat hierarki.

a) Jelaskan mengenai golongan yang diperintah dalam masyarakat


kerajaan Alam Melayu
[6 markah]

b) Terangkan mengenai kemunculan golongan hamba dan sumbangan


mereka dalam struktur sosial masyarakat kerajaan Alam Melayu
[6 markah]

c) Pada pendapat anda, mengapakah struktur sosial masyarakat


kerajaan Alam Melayu menyumbang kepada kestabilan kerajaan?
[8 markah]

2 Kesultanan Johor Riau adalah sebuah kerajaan yang telah mewarisi


pemerintahan dan pentadbiran serta wilayah jajahan takluk dan naungan
Kesultanan Melayu Melaka. Kesultanan ini telah menjadi pusat perdagangan
yang penting membolehkan ia berkembang sebagai pusat pentadbiran,
kebudayaan dan ekonomi yang berpengaruh

a) Terangkan mengenai keistimewaan Johor sebagai pusat


perdagangan yang terunggul pada abad ke-16 dan ke-17.
[6 markah]

b) Jelaskan mengenai sistem pengurusan yang telah membantu dalam


memajukan pelabuhan di negeri Johor.
[6 markah]

c) Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan untuk


memastikan pelabuhan di negara kita sentiasa maju?
[8 markah]

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

12
JAWAPAN SET 2 TINGKATAN 2

BAHAGIAN A (20 markah)

Nombor Jawapan Topik soalan Markah


Soalan
1 D BAB 1: KERAJAAN ALAM MELAYU 1
2 B 1
3 A 1
4 D BAB 2: SISTEM PEMERINTAHAN DAN KEGIATAN EKONOMI 1
5 B MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU 1
6 C BAB 3: SOSIOBUDAYA MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU 1
7 B 1
8 D BAB 4: AGAMA, KEPERCAYAAN DAN KEUNIKAN WARISAN 1
9 B MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU 1
10 D BAB 5: KESULTANAN MELAYU MELAKA 1
11 C 1
12 B BAB 6: KESULTANAN JOHOR RIAU 1
13 B 1
14 A BAB 7: KESULTANAN MELAYU PAHANG, PERAK, TERENGGANU 1
15 C DAN SELANGOR 1
16 C BAB 8: KERAJAAN KEDAH, KELANTAN, NEGERI SEMBILAN DAN 1
17 C PERLIS 1
18 A BAB 9: WARISAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN, NEGERI SEMBILAN 1
19 A DAN PERLIS 1
20 C BAB 10: SARAWAK DAN SABAH 1

BAHAGIAN B (40 markah)

SOALAN 1
Bab 2 : Sistem Pemerintahan dan Kegiatan Ekonomi Masyarakat Kerajaan Alam Melayu

Jawapan Markah
a) (i) pisang 1
(ii) tebu 1
(iii) bijan 1

Jawapan lain: kekacang, kelapa, sayuran, buah-buahan (3 markah)


b) (i) Damar 1
(ii) Kapur Barus 1

Jawapan lain: gaharu, madu, rotan, rempah, mutiara, rumpai laut, (2 markah)
gading gajah dan badak sumbu
c) (i) Kerajaan Kedah Tua 1
(ii) Kerajaan Angkor 1
(iii) Kerajaan Funan 1

(3 markah)
d) - Infrastruktur yang baik seperti jaringan jalan raya, bandar raya yang 1
teratur, pelabuhan, dan lapangan terbang yang canggih adalah 1
penting untuk memudahkan perdagangan
- Kestabilan politik dan sosial 1

Atau mana-mana jawapan yang munasabah (2 markah)

13
SOALAN 2
Bab 5 : Kesultanan Melayu Melaka

Jawapan Markah
a) (i) Kedudukan Melaka di laluan perdagangan utama 1
(ii) Bentuk muka bumi yang berbukit bukau sesuai untuk pertahanan 1
(iii) Terlindung dari angin monsun 1

Jawapan lain: Mempunyai pokok bakau dan api-api sebagai benteng (3 markah)
pertahanan semulajadi
b) (i) Menjadi simbol perpaduan dan kemakmuran 1
(ii) Merupakan ketua Angkatan tentera 1
(iii) Mengetuai hubungan diplomatik 1

Jawapan lain:
Menyelaraskan kegiatan ekonomi / Menjadi ketua agama Islam / (3 markah)
Menegakkan keadilan

c) (i) cap mohor 1


(ii) keris 1

Jawapan lain: nobat / lembing / mahkota


(2 markah)

d) - Kemahiran diplomasi 1
- Kepimpinan adil dan berhemah 1

Atau mana-mana jawapan yang munasabah (2 markah)

SOALAN 3
Bab 7 : Kesultanan Melayu Pahang, Perak, Terengganu dan Selangor

Jawapan Markah
a) (i) Terengganu 1
(ii) Selangor 1
(iii) Pahang 1

(3 markah)
b) (i) penggubalan undang-undang tubuh 1
(ii) memperkemaskan sistem sukat dan timbang 1
(iii) menubuhkan mahkamah syariah 1

Jawapan lain: menubuhkan pasukan polis / membina Istana Maziah (3 markah)


c) - Mengadakan sambutan keramaian Jubli Emas di Klang 1
- sempena genap 40 tahun pemerintahan baginda 1

(2 markah)
d) - sistem beraja sebagai simbol budaya dan sejarah 1
- Raja dan Pemaisuri sering menjadi penyokong seni, budaya dan 1
warisan

Atau mana-mana jawapan yang munasabah (2 markah)

14
SOALAN 4
Bab 8 : Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis

Jawapan Markah
a) - Nama pemerintah ialah Raja Bahar 1
- Wilayah yang berpecah ialah:
- Kelantan Barat 1
- Kelantan Timur 1
(3 markah)
b) - Long Yunus 1
- Gelaran yang digunakan ialah Yang di-Pertuan Kelantan 1

(2 markah)
c) (i) Terengganu 1
(ii) Patani 1
(iii) Singgora 1

Jawapan lain: Pathalung (3 markah)


d) - Simbol pentadbiran Islam di Kelantan 1
- Tempat untuk menyebarkan agama Islam dalam kalangan masyarakat 1
dan pedagang
- Menjadi pusat pengajian Islam 1

Jawapan lain:
- Mengingati peristiwa penyebaran Islam oleh sekumpulan (3 markah)
mubaligh di Kepulauan Melayu.
- Pusat ibadat orang Islam
Atau mana-mana jawapan yang munasabah

BAHAGIAN C (20 markah)

SOALAN 1
Bab 3 : Sosiobudaya Masyarakat Kerajaan Alam Melayu

Jawapan Markah
a) F1- Rakyat Merdeka 1
H1- Mengukuhkan sistem beraja 1
H2- Melalui konsep taat setia 1
H3- Menjana ekonomi kerajaan 1
H4- Terdiri daripada pekerja istana, askar, petani, penternak, 1
pedagang, nelayan dan artisan

F2- Hamba 1
H1- Berkhidmat dalam sektor sosioekonomi 1
H2- Meningkatkan status pemiliknya 1
H3- Terdiri daripada tawanan perang, hamba berhutang dan 1
rela menjadi hamba

(6 markah)
b)
F1- Tawanan perang 1

15
F2- Hamba berhutang 1
F3- Rela menjadi hamba 1
F4- Mereka berkhidmat dalam sektor sosioekonomi 1
F5- Meningkatkan status pemiliknya 1
F6- Merupakan golongan yang diperintah 1

c) F1- struktur hierarki yang kukuh membantu dalam mengekalkan 1


kestabilan
F2- membantu dalam pemeliharaan ketenteraman dan 1
kestabilan
H1- kerana kuasa dan tanggungjawab yang jelas telah 1
ditetapkan.

F3- mengukuhkan kuasa raja 1


F4- mengekalkan ketertiban sosial 1
F5- Adanya hubungan erat antara raja dan rakyat 1
F6- Rakyat mempunyai tanggungjawab untuk menolong dan 1
mematuhi pemerintah
F7- menggalakkan kesepaduan dan menghormati hierarki 1

(8 markah)

SOALAN 2
Bab 6 : Kesultanan Johor Riau

Jawapan Markah
a) F1 Kedudukan Strategik. 1

H1a Pelabuhan Johor Lama, Batu Sawar dan Panchor mudah 1


dimudiki
oleh kapal besar kerana Sungai Johor yang lebar dan dalam.
H1b Lokasi pelabuhan di kawasan selatan Selat Melaka 1
membolehkannya mengawal lalu lintas kapal dagang dari
Timur
dan Barat.
H1c Pelabuhan Riau yang terletak di persimpangan lalu lintas 1
maritim
yang strategik menjadi tumpuan para pedagang luar untuk
berurus
niaga.
F2 Tumpuan para pedagang. 1
H2a Tumpuan pedagang dari China, Gujerat, Belanda dan
Inggeris. 1
H2b Pedagang Jawa menjadikan Johor sebagai pelabuhan
pilihan 1
disebabkan tidak berminat berdagang dengan Portugis di
Melaka.
H2c Pedagang Siam memasarkan hasil pertanian seperti
beras. 1
H2d Turut menjadi tumpuan pedagang dari tanah jajahan
dan naungan 1
serta kerajaan lain di Alam Melayu.
F3 Pusat pengumpulan dan pengedaran pelbagai barangan
dagangan. 1

16
H3a Pelabuhan Johor Riau berperanan sebagai pusat
pertukaran 1
barangan keluaran Alam Melayu dengan barangan dari
China,
India dan Arab.
H3b Barangan dagangan yang dibekalkan oleh tanah 1
jajahan dan
naungan Johor ialah lada hitam, bijih timah dan emas.
C3bi Bijih timah dibawa masuk dari Klang, Sungai Ujong dan 1
Bernam serta Bangka, Sumatera.
C3bii Lada hitam dibawa dari Jambi. 1

C3biii Emas dari Inderagiri. 1


C3biv Barang tempatan lain seperti kelapa kering, kayu 1
gaharu,
damar, kelembak, sagu, pinang, ikan masin, periuk belanga,
lilin dan garam dari Pahang, timur Sumatera, Kepulauan
Riau, Sungai Ujong, Naning dan Rembau.
H3c Pelabuhan Batu Sawar menjadi pusat perdagangan 1
untuk
barangan yang dibawa dari China. 1
C3c benang emas, kain sutera putih, barang tembikar,
seramik,
kuali besi, the dan tembaga. 1
H3d Pedagang Jawa membawa beras. 1
H3e Pedagang Gujerat membawa kain, wangian dan manik. 1
H3f Johor mendapat bekalan beras yang diniagakan oleh
pedagang
Siam. 1
F4 Kesibukan pelabuhan Johor Riau. 1
H4a Terdapat 500 hingga 600 kapal dagang pelbagai bangsa
berlabuh
di pelabuhan Johor terutamanya di pelabuhan Riau. 1
C4 Antara kapal yang berlabuh di Riau termasuklah kapal
Siam,
Portugis, Inggeris dan pulau-pulau di Alam Melayu.

(6 markah)

b) F1 Pelabuhan entrepot. 1

H1a Kecekapan pelabuhan Kesultanan Johor Riau 1


mengendalikan
barang dagangan.
H1b Kemampuannya membekalkan kapal dengan cepat 1
dan murah.
F2 Kemudahan pelabuhan. 1
H2a Menyediakan gudang bawah tanah untuk menyimpan 1
barangan
bagi mengelakkan daripada kebakaran.
H2b Menyediakan pegawai terlatih untuk mengendalikan 1
urusan
perdagangan.

17
H2c Membekalkan barangan yang diperlukan oleh 1
pedagang lain.
C2c lada hitam & rempah ratus. 1
F3 Urusan jual beli dijalankan secara tukar barang (sistem 1
barter) dan
Menggunakan mata wang.
H3a Sultan Alauddin Riayat Shah I memperkenalkan mata 1
wang emas
yang dikenali sebagai mas, wang perak sebagai kupang dan
wang
timah sebagai kartun.
H3b Mata wang asing turut digunakan pada akhir abad ke- 1
18. 1
C3b Dolar Sepanyol, Dolar Mexico dan duit Belanda. 1
H3c Peranan Syahbandar. 1
C3ci mengurus sistem jual beli dan kutipan cukai pelabuhan. 1
C3cii menetapkan ukuran dan berat timbangan barangan. 1
H3d Cukai pelabuhan yang dikenakan terhadap pedagang
berpatutan. 1
F4 Sistem Naungan. 1
H4a Pedagang luar dan pedagang tempatan mendapat
naungan
daripada Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Raja
Indera
Bongsu. 1
H4b Sebahagian hasil keuntungan diberikan kepada pihak
yang
memberikan naungan dalam bentuk cukai perdagangan. 1
H4c Pedagang mudah mendapat surat kebenaran daripada
Belanda
dan dapat belayar tanpa gangguan di Selat Melaka. 1
F5 Peranan Orang Laut. 1
H5a Sebagai pengawal pelabuhan, penunda kapal dagang,
penunjuk arah kepada para pedagang dan pengawal di
perairan Johor dan
Selat Melaka.
1
H5b mengawal keselamatan Kesultanan Johor Riau dengan
menjadi
tentera angkatan laut. 1
F6 Kemudahan membaiki dan membina kapal bersaiz kecil. 1
H6a Orang Laut mahir dalam pembinaan kapal pesisir pantai. 1
C6a kolek, banteng, penjajap, balok dan pencalang. 1
H6b Kemahiran ini membantu memajukan Kesultanan Johor
Riau. 1
F7 Kerjasama di antara pemerintah dan rakyat dalam urusan
di pelabuhan menjadikan Kesultanan ini dapat menyaingi
dan
mengambil alih peranan Melaka dan Acheh sebagai pusat
perdagangan yang unggul ketika itu.
(6 markah)
c) F1Pengurusan pelabuhan terbaik menggunakan ICT dan atas 1
talian.
1

18
F2 Kemudahan yang canggih menggunakan mesin elektronik
dan automatik 1
H1seperti pengimbas untuk identifikasi barang dan diri. 1
F3 Pedagang luar dilayan dengan sopan. 1
F4 Kawalan keselamatan menjadi keutamaan seperti 1
H1 jaminan kawalan perairan negara daripada ancaman
musuh 1
dan lanun.
H2 jaminan kawalan mutu pengawalan kesihatan. contoh,
proses sanitasi virus dan bakteria dari terdedah di pelabuhan
dan pekerja mereka yang terlibat. 1
F5- Cukai yang dikenakan fleksibel dan tidak membebankan
pedagang. 1
F6 - Tawaran cukai kepada pedagang yang sering berurus
niaga dan banyak melabur modal ke dalam negara.
(8 markah)

19

You might also like