You are on page 1of 6

PROGRAM KECEMERLANGAN PMR 2007

BAB 3 : KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA

 Kerajaan Funan
 Kerajaan Angkor

1 Maklumat di atas merupakan kerajaan awal di Asia Tenggara.


Apakah ciri persamaan bagi kerajaan tersebut?

A Perkembangan pertanian
B Perusahaan pembalakan
C Peningkatan perdagangan
D Pertumbuhan perindustrian

Kerajaan X

 Pusat kerajaan terletak di hilir sungai Mekong


 Kawasan pertanian utama di sekitar Tasik Tonle Sap

2 Maklumat di atas menerangkan mengenai kerajaan awal di Asia Tenggara.


X ialah kerajaan

A Funan
B Angkor
C Srivijaya
D Majapahit

Raja Kaundiya, menggunakan gelaran Kurung Bnam

3 Pernyataan di atas mengenai kerajaan Funan.


Mengapakah baginda menggunakan istilah Kurung Bnam?

A Tanda kesucian
B Lambang warisan
C Simbol kekuasaan
D Asas kepercayaan

4 Apakah kepentingan pembinaan baray kepada kerajaan Angkor?

A Menternak ikan
B Menyumbang hasil galian
C Membekalkan hasil dagangan
D Mengairi kawasan pertanian

15
PROGRAM KECEMERLANGAN PMR 2007

5 Kepentingan Tasik Tonle Sap kepada kerajaan Angkor ialah sebagai pusat

I pertanian
II pengairan
III perhubungan
IV perdagangan

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

 Wujud sejak abad kedua masihi.


 Nama Champa digunakan pada tahun 655 masihi
 Menerima pengaruh asing

6 Senarai di atas merujuk kepada ciri kerajaan Champa di Asia Tenggara.


Apakah pengaruh asing yang diterapkan dalam kerajaan tersebut?

I Arab
II China
III Hindu
IV Barat

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

7 Mengapakah dalam kerajaan Srivijaya, raja dianggap sebagai Raja di Gunung dan Maharaja di
Pulau?

I Bersifat alam
II Berkuasa sakti
III Berkuasa mutlak
IV Bersifat ketuhanan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

16
PROGRAM KECEMERLANGAN PMR 2007

 Langkasuka (Kedah)
 Ligor (Siam)
 Srivijaya (Sumatera)

8 Senarai di atas merupakan kerajaan awal di Kepulauan Melayu.


Tempat tersebut terkenal sebagai pusat

A pentadbiran
B keagamaan
C perdagangan
D kebudayaan

 Selat Melaka
 Selat Sunda
 Laut Jawa

9 Senarai di atas menunjukkan kawasan yang berjaya di kuasai oleh kerajaan Srivijaya.
Apakah kesan tindakan tersebut?

A Dapat menambah hasil laut


B Boleh menghadapi ancaman lanun
C Boleh mengawal jalan perdagangan
D Dapat menyebarkan agama Buddha

Gunung X

 Terletak di Kedah Tua


 Menjadi panduan kepada pedagang

10 Berdasarkan maklumat di atas, apakah nama gunung X?

A Gunung Jerai
B Gunung Korbu
C Gunung Ledang
D Gunung Bintang

17
PROGRAM KECEMERLANGAN PMR 2007

Pelabuhan X

 Kedudukannya di pintu masuk Selat Melaka


 Menjadi pelabuhan penting menjelang kurun kesembilan

11 Penyataan di atas menjelaskan tentang pelabuhan X


X ialah pelabuhan

A Melaka
B Srivijaya
C Kedah Tua
D Kuala Selising

Kerajaan Kedah Tua dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha

12 Penyataan di atas merupakan pengaruh agama Hindu-Buddha dalam kerajaan Kedah Tua.
Apakah bukti wujudnya pengaruh tersebut?

A Penemuan candi
B Penggunaan matawang perak
C Hubungan dengan negara luar
D Terdapat pelbagai jenis barang

Penemuan duit perak pada zaman pemerintahan Sultan al-Mutawakkil


(847-861M) di Lembah Bujang

13 Maklumat di atas dapat membuktikan bahawa Kedah Tua sebagai

A pusat kebudayaan
B kawasan pertanian
C pusat perdagangan
D kawasan perlombongan

18
PROGRAM KECEMERLANGAN PMR 2007

 Hayam Wuruk
 Patih Gajah Mada

14 Tokoh di atas merupkan pemerintah yang penting.dalam kerajaan Majapahit.


Apakah sumbangan mereka?

A Mengutamakan kegiatan pertanian


B Mengasaskan agama Hindu-Buddha
C Memperkenalkan penggunaan barray
D Menggunakan Undang-undang Manu

15 Apakah faktor yang membolehkan kerajaan awal berkembang dengan pesat?

I Pemerintahan yang teratur


II Pemimpin yang cekap
III Penduduk yang ramai
IV Perundangan yang ketat

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

19
PROGRAM KECEMERLANGAN PMR 2007

JAWAPAN BAB 3 TING 1

NO.SOALAN JAWAPAN MUKA


SURAT
1 A 33
2 B 33
3 C 34
4 D 34
5 A 35
6 B 36
7 D 38
8 C 38
9 C 38
10 A 39
11 C 39
12 A 39
13 C 39
14 D 41
15 A 42

20

You might also like