You are on page 1of 5

LATIHAN STRUKTUR

TINGKATAN 2
BAB 5

KESULTANAN MELAYU
MELAKA

ARAHAN:

1. Soalan ini mengandungi BAHAGIAN B sahaja iaitu STRUKTUR.


2. Anda dikehendaki untuk menjawab semua dalam BAHAGIAN B
pada ruangan jawapan yang disediakan.

NAMA MURID:
TINGKATAN:
NAMA SEKOLAH:

Disediakan oleh: Cikgu NurShazihah Saari


Jawab semua soalan.
SOALAN 1

1. Pada abad ke-15, Kesultanan Melayu Melaka muncul sebagai pusat penyebaran
agama Islam yang unggul di Alam Melayu.

(a) Jelaskan cara-cara penyebaran agama Islam di Melaka.

[3 markah]

(b) Mengapakah penyebaran agama Islam memberikan kesan kepada Kesultanan Melayu
Melaka?

[3 markah]

(c) Bagaimanakah sikap yang perlu diambil oleh generasi masa kini terhadap amalan
beragama di negara kita? (KBAT)

[4 markah]

SOALAN 2
2. Senarai berikut berkaitan dengan bentuk-bentuk cukai di Pelabuhan Kesultanan
Melayu Melaka.

 Cukai rasmi
 Cukai tidak rasmi

(a) Jelaskan maksud.


i. Cukai rasmi

[1 markah]
ii. Cukai tidak rasmi

[1 markah]

(b) Terdapat dalam kalangan pedagang yang dikenakan cukai sebanyak 6%.
Nyatakan kumpulan pedagang-pedagang yang terlibat.

[4 markah]

(c) Terangkan kepentingan cukai kepada sesebuah negara. (KBAT)

[4 markah]

SOALAN 3
3. Kesultanan Melayu Melaka telah meneruskan tradisi kegemilangan kerajaan yang
unggul di Alam Melayu.

(a) Apakah faktor kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka?

[3 markah]

(b) Buktikan Parameswara seorang pemerintah yang bijak.

[3 markah]

(c) Berikan cadangan anda untuk mengekalkan kegemilangan negara. (KBAT)

[4 markah]

SOALAN 4
4. Ilustrasi berikut menunjukkan kegemilangan Pelabuhan kerajaan kegemilangan
Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15.

(a) Nyatakan tiga faktor yang menyumbang kepada kemajuan pelabuhan Melaka.

[3 markah]

(b) Senaraikan tiga barangan dari luar yang dibawa masuk ke Melaka.

[3 markah]

(c) Mengapakah kegiatan perdagangan wajar ditingkatkan pada hari ini? (KBAT)

[4 markah]

You might also like