You are on page 1of 5

LATIHAN STRUKTUR

TINGKATAN 2
BAB 7

KESULTANAN MELAYU
PAHANG, PERAK,
TERENGGANU DAN
SELANGOR

ARAHAN:

1. Soalan ini mengandungi BAHAGIAN B sahaja iaitu STRUKTUR.


2. Anda dikehendaki untuk menjawab semua dalam BAHAGIAN B
pada ruangan jawapan yang disediakan.

NAMA MURID:
TINGKATAN:
NAMA SEKOLAH:

Disediakan oleh: Cikgu NurShazihah Saari


Jawab semua soalan.

SOALAN 1

1. Keberangkatan Raja Muhammad dari Melaka membawa kepada pengasasan


Kesultanan Pahang.

(a) Namakan pembesar-pembesar utama yang mengiringi keberangkatan baginda ke


Pahang.

[3 markah]

(b) Tokoh berikut pernah dilantik sebagai Sultan Pahang.

Sultan Abdul Jamil Shah


Jelaskan sumbangan baginda terhadap Kesultanan Pahang.

[3 markah]

(c) Pada hari ini, sistem raja berperlembagaan diamalkan oleh negara kita.
Mengapakah sistem tersebut perlu dikekalkan? (KBAT)

[4 markah]
SOALAN 2

2. Gambar berikut menunjukkan Hukum Kanun Melaka.

(a) Hukum Kanun Melaka menjadi asas kepada penulisan undang-undang bertulis di
negeri-negeri Melayu yang lain.
Senaraikan dua kitab undang-undang bertulis di negeri-negeri yang terlibat.

[2 markah]

(b) Jelaskan fasal-fasal yang tercatat di dalam Hukum Kanun Melaka.

[4 markah]

(c) Mengapakah kemantapan sistem perundangan penting kepada sesebuah negara? (KBAT)

[4 markah]
SOALAN 3

3. Kesultanan Pahang, Perak, Terengganu dan Selangor mengamalkan sistem


pemerintahan yang diwarisi daripada Kesultanan Melayu Melaka.

(a) Dalam Kesultanan Perak, sistem Pembesar Empat Lipatan masih menjadi asas kepada
sistem pemerintahan.
Nyatakan tiga perkara dalam pemerintahan Kesultanan Perak yang mengesahkan
pernyataan tersebut.

[3 markah]

(b) Senaraikan tiga ciri-ciri sistem pewarisan takhta dalam Kesultanan Pahang.

[3 markah]

(c) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mempelajari sejarah Kesultanan Melayu?

[4 markah]
SOALAN 4

4. Adat istiadat yang diamalkan oleh Kesultanan Pahang, Perak, Terengganu dan
Selangor merupakan warisan yang disesuaikan daripada Kesultanan Melayu Melaka.
Antara adat istiadat warisan Kesultanan Melayu Melaka ialah adat keputeraan.

(a) Nyatakan pengalaman adat keputeraan dalam kalangan golongan istana.

[2 markah]

(b) Kaum kerabat diraja menjalankan istiadat pemakaman. Senaraikan cara adat istiadat
tersebut dijalankan.

[4 markah]

(c) Pada pendapat anda, mengapakah adat resam yang diwarisi turun-temurun daripada
nenek moyang perlu dipelihara?

[4 markah]

You might also like