You are on page 1of 3

BAB 7 PAK21 (Inside Outside Circle)

1 Guru membentuk empat kumpulan yang mengandungi dua orang setiap kumpulan.
2 Guru memanggil empat orang pelajar untuk menjadi pembaca soalan bagi setiap kumpulan.
3 Pelajar pertama akan berada dalam bulatan tengah, manakala pelajar kedua akan berada dalam bulatan
luar. Kedua-duanya menghadap antara satu sama lain.
4 Pembantu guru akan membacakan beberapa soalan.
5 Pelajar di dalam bulatan tengah akan menjadi pendengar sahaja. Soalan yang ditanya akan dijawab oleh
pelajar di dalam bulatan luar.
6 Sekiranya betul jawapan yang diberikan, pelajar dalam bulatan tengah akan memberikan pujian.
7 Sekiranya jawapan yang diberikan salah, menjadi tugas kepada pelajar dalam bulatan tengah untuk
membetulkan dan memberikan jawapan yang betul.
8 Setelah selesai sesi pertama, pelajar pertama dan kedua akan bertukar tempat.
9 Aktiviti akan dijalankan seperti aktiviti pertama tadi.
10 Selesai kedua-dua pelajar menjalankan aktiviti, setiap kumpulan akan bertukar pasangan dengan
pasangan kumpulan lain.

Kumpulan Soalan Sesi Pertama Soalan Sesi Kedua


Kumpulan 1 (a) Siapakah pengasas kerajaan Kesultanan (a) Pemerintah Melaka yang menghantar
Pahang? anaknya untuk menjadi Sultan Pahang
(b) Pada tahun bilakah kerajaan kesultanan ialah
ini diasaskan? (b) Senaraikan golongan bangsawan yang
(c) Di manakah lokasi pusat pemerintahan terlibat mengiringi Raja Muhammad.
kerajaan kesultanan Pahang yang (c) Pengasas kesultanan Pahang daripada
pertama? keturunan Bendahara Johor ialah

Kumpulan 2 (a) Pengasas kerajaan Kesultanan Perak (a) Keberangkatan Raja Muzaffar diiringi
ialah oleh beberapa alat kebesaran diraja.
(b) Kekalahan kepada Portugis Senaraikan nama alatan tersebut.
menyebabkan Sultan Mahmud Shah (b) Apakah yang dimaksudkan dengan
melarikan diri ke Surat Ciri?
(c) Putera Sultan Mahmud telah dijemput (c) Pusat pemerintahan pertamanan
ke Perak untuk ditabalkan sebagai kerajaan Kesultanan Perak ialah di
sultan di sana. Siapakah pembesar
Perak yang terlibat dalam peristiwa
jemputan tersebut?
Kumpulan 3 (a) Pada 1708, sultan manakah telah (a) Siapakah tokoh-tokoh agama yang
menganugerahkan Terengganu kepada mengiringi Tun Zainal Abidin ke
Tun Zainal Abidin? Terengganu?
(b) Tun Zainal Abidin pernah menjadi (b) Apakah alat kebesaran yang mengiringi
putera angkat kepada seorang keberangkatan Tun Zainal Abidin ke
pemerintah. Kerajaan manakah Terengganu?
pemimpinnya merupakan bapa angkat (c) Lokasi pusat pemerintahan pertama
beliau? Sultan Zainal Abidin 1 ialah di
(c) Apakah gelaran yang dipakai oleh
Tun Zainal Abidin selepas ditabalkan
sebagai sultan Terengganu?

07_Excel in Sej Tg2_PAK21.indd 1 27/09/2018 8:02 PM


Kumpulan Soalan Sesi Pertama Soalan Sesi Kedua
Kumpulan 4 (a) Pada abad ke-16 Selangor pernah (a) Raja Lumu mengasaskan Kesultanan
berada di bawah naungan Selangor pada
(b) Raja Lumu mengadap sultan manakah (b) Apakah gelaran yang digunakan oleh
untuk mendapatkan pengiktirafan? Raja Lumu selepas ditabalkan sebagai
(c) Raja Lumu merupakan anakanda Sultan Selangor?
Daeng Chelak. Apakah jawatan Daeng (c) Pada zaman pemerintahan Sultan
Chelak dalam kerajaan Kesultanan Ala’uddin Suleiman Shah banyak
Johor Riau? pembangunan dijalankan. Senaraikan
bentuk pembangunan yang baginda
lakukan.

07_Excel in Sej Tg2_PAK21.indd 2 27/09/2018 8:02 PM


Jawapan
Kumpulan 1
Soalan sesi pertama
(a) Raja Muhammad atau Sultan Muhammad Shah
(b) Kerajaan ini diasaskan pada 1470
(c) Lokasi pemerintahan ialah di Pekan
Soalan sesi kedua
(a) Sultan Mansur Shah
(b) (i) Bendahara
(ii) Penghulu Bendahari
(iii) Temenggung
(iv) Hulubalang Besar
(c) Bendahara Siwa Raja Wan Ahmad

Kumpulan 2
Soalan sesi pertama
(a) Raja Muzaffar atau Sultan Muzaffar Shah
(b) Kampar, Sumatera
(c) (i) Tun Saban
(ii) Nakhoda Kassim
Soalan sesi kedua
(a) (i) Pedang Cura Si Manja
(ii) Sebilah keris
(iii) Cop mohor
(iv) Surat Ciri
(b) Kalimah ucapan berbentuk puisi memuji kebesaran Raja-Raja Melayu
(c) Tanah Abang, di pesisir Sungai Perak

Kumpulan 3
Soalan sesi pertama
(a) Sultan Abdul Jalil
(b) Kerajaan Patani
(c) Sultan Zainal Abidin 1
Soalan sesi kedua
(a) (i) Qadhi Wan Imam Mahmud
(ii) Che Buang
(b) (i) Keris diraja
(ii) Keris panjang Nang Chayam
(c) Tanjung Baru, Kuala Berang

Kumpulan 4
Soalan sesi pertama
(a) Kesultanan Johor Riau
(b) Sultan Mahmud Shah, Sultan Perak
(c) Yang di-Pertuan Muda
Soalan sesi kedua
(a) Tahun 1766
(b) Sultan Salehuddin Shah
(c) (i) Pembinaan jalan raya
(ii) Pembinaan landasan kereta api
(iii) Pembinaan rumah
(iv) Pembinaan kedai

07_Excel in Sej Tg2_PAK21.indd 3 27/09/2018 8:02 PM

You might also like