You are on page 1of 4

BAB 1 KERTAS 2 SOALAN STRUKTUR

Arahan: Jawab semua soalan.


1. Pembinaan ciri-ciri negara bangsa telah berlaku sejak perkembangan kerajaan Alam
Melayu.
a) Nyatakan tiga buah kerajaan Alam Melayu yang telah mempunyai ciri-ciri negara
bangsa. (3 markah) Buku Teks M.S 4
FI Kerajaan Funan
F2 Kerajaan Champa
F3 Kerajaan Gangga Nagara
b) Nyatakan ciri-ciri negara bangsa Kerajaan Alam Melayu. (3 markah)
Buku Teks M.S 4
F1 Raja
F2 Undang-undang
F3 Wilayah pengaruh
c) Bagaimanakah anda dapat melaksanakan tanggungjawab bagi merealisasikan hasrat
pembinaan negara dan bangsa Malaysia yang bersatu dan maju?
F1 Menghayati rukun negara
F2 Mengamalkan nilai-nilai murni
F3 Mengamalkan sikap toleransi
F4 Menguasai pelbagai kemahiran

2. Undang-undang Melaka atau lebih dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka sudah
dijalankan pada masa pemerintahan Sultan Muazaffar Syah (1446 – 1456 M) namun baru
ditulis dan disusun secara teratur setelah pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1489 –
1511 M).
a) Apakah kandungan Hukum Kanun Melaka? (2 markah) Buku Teks M.S 10
F1 Jenayah
F2 Bidang kuasa sultan dan pembesar
b) Nyatakan dua fasal yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka (2 markah) Buku Teks
M.S 10
F1 Fasal 5.1, apabila seseorang didapati membunuh orang lain tanpa pengetahuan
raja dan pembesar maka dia akan dihukum bunuh.
F2 Dalam Fasal 4, hukuman bunuh dikenakan kepada sesiapa yang ingkar arahan dan
memalsukan titah sultan.

c) Mengapakah undang-undang digubal oleh pemerintah Kesultanan Melayu Melaka?


(3 markah) KBAT
F1 Menjamin sistem pentadbiran yang berkesan.
F2 Menggambarkan kebijaksanaan pemerintah.
F3 Meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran.
d) Jelaskan kesan penggubalan sistem perundangan terhadap Kesultanan Melayu
Melaka. (3 markah) KBAT
F1 Masyarakat bersatu padu.
F2 Menjamin keselamatan negara.
F3 Bebas berpolitik.

3. Konsep berikut berkaitan dengan hubungan antara pemerintah dan rakyat di Kesultanan
Melayu Melaka.

 Waadat
 Tulah

a) Apakah maksud konsep tersebut? (2 markah) Buku Teks M.S 12


i. Waadat: Perjanjian
ii. Tulah: Kecelakaan yang menimpa seseorang kerana melanggar
larangan atau titah raja dan menderhaka kepada raja.
b) Jelaskan bidang tugas sultan Melaka. (2 markah) Buku Teks M.S 12
F1 Menaungi dan menjaga keselamatan negeri baginda.
F2 Mewujudkan perpaduan rakyat.
c) Bagaimanakah peranan rakyat di Kesultanan Melayu Melaka. (3 markah) Buku Teks
M.S 13
F1 Menunjukkan taat setia kepada pemerintah.
F2 Mematuhi segala arahan pemerintah sultan.
F3 Tidak derhaka kerana takut ditimpa tulah.
d) Perumpamaan berikut merujuk hubung kait antara pemerintah dengan rakyat.

Rakyat itu umpama akar, yang raja itu umpama pohon,


jikalau tiada akar nescaya pohon tidak akan dapat berdiri.

Mengapakah hubungan baik antara pemerintah dengan rakyat penting kepada


negara? (3 markah) KBAT
F1 Usaha menjamin kesejahteraan.
F2 Dapat memelihara kedaulatan negara.
F3 Mengukuhkan keamanan negara.
F4 Mengukuhkan sikap hormat menghormati institusi beraja.
F5 Meningkatkan sikap kesetiaan kepada pemerintah.
F6 Mengekalkan kemajuan negara.
F7 Meningkatkan imej negara.
Soalan Esei
Arahan: Jawab semua soalan.
1. Rajah berikut menunjukkan pentadbiran kerajaan Melaka berasaskan sistem Pembesar
Empat Lipatan.

a) Jelaskan maksud Pembesar Berempat. (4 markah)


F1 Terdiri daripada empat pembesar (1m)
F2 Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, Laksamana (1m)
F3 Mentadbir peringkat pusat (1m)
F4 Sultan Melaka memberi kurnia kawasan pegangan kepada Pembesar Berempat
(1m)
F5 Pembesar Berempat mentadbir kawasan pegangan (1m)
F6 Mewujudkan hubungan dua hala antara sultan (1m)
(Mana-mana 4 x 1m)

b) Terangkan tugas Pembesar Berempat. (8 markah)


F1 Bendahara (1m)
H1a Mempunyai tugasan dan peranan yang sangat penting (1m)
H1b Menjalankan tugas sebagai ketua pentadbir (1m)
H1c Sebagai ketua turus angkatan tentera (1m)
H1d Menasihati sultan dalam pelbagai hal (1m)
H1e Menjadi pemangku sultan (1m)
F2 Penghulu Bendahari (1m)
H2a Dilantik menguruskan perbendaharaan secara teratur (1m)
H2b KMM mempunyai sistem kewangan yang teratur (1m)
F3 Syahbandar (1m)
H3a Mengutip cukai di pelabuhan (1m)
H3b Hasil perbendaharaan akan disalurkan untuk kepentingan kerajaan (1m)
C3 Membeli senjata dan membina istana (1m)
F4 Temenggung (1m)
H4 Menjaga keselamatan kota Melaka (1m)
F5 Laksmana (1m)
H4 Sebagai panglima angkatan laut Melaka (1m)
(Mana- mana 8 x 1m)
c) Bagaimanakah sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka memperkukuhkan
kegemilangan kerajaan? (8 markah) KBAT
F1 Sistem pentadbiran yang lengkap (1m)
H1 Membentuk pentadbiran yang tersusun/sistematik (1m)
C1 Contoh, sistem Pembesar Empat Lipatan (1m)
I1 Memperlihatkan kebijaksanaan pemerintahan KKM mentadbir kerajaan (1m)
F2 Berhierarki (1m)
H2 Sultan mengetuai pemerintahan dan mempunyai kuasa dalam segala aspek
(1m)
C2 Contohnya dalam pemerintahan, peperangan, agama (1m)
I1 Menjadi sebuah empayar yang unggul (1m)
F3 Melancarkan pentadbiran (1m)
H3a Pembesar mempunyai peranan masing-masing (1m)
C3 Contohnya Pembesar Berempat (1m)
H3b Kekuasaan pembesar berdasarkan peringkat dan jawatan (1m)
I3 Mengatasi tindakan kuasa dan pembesar (1m)
F4 Mewujudkan permuafakatan (1m)
C4 Berlaku persefahaman antara pembesar dan sultan (1m)
H4 Mengukuhkan keharmonian (1m)
I1 Mengelakkan perebutan kuasa (1m)
(Mana-mana 8 x 1m)

You might also like